Maklumat berikut berkaitan dengan sebuah perniagaan.
> Perniagaan Mega Maju Sdn. Bhd merupakan pengeluar barangan elektronik di Shah Alam, Selangor. Perniagaan ini mempunyai 250 orang pekerja tetap dan merekodkan jualan tahunan sebanyak RM80 juta.
b(i)
Terangkan saiz perniagaan tersebut.
2 marks
b(ii)
Bagaimanakah saiz perniagaan di (b)(i) menghadapi cabaran dalam aspek pengambilan pekerja.
4 marks
210 marks
Jelaskan cara kerajaan menangani;
a(i)
Pengangguran Struktur
3 marks
a(ii)
Pengangguran Kitaran
3 marks
b
Maklumat berikut berkaitan perubahan kepada persekitaran perniagaan.
> Qbal Bombolini merupakan pengeluar pelbagai donut di Subang, Selangor. Perniagaan menghadapi cabaran di mana kuasa beli pengguna merosot. Selain itu, perubahan dasar berkaitan standard keselamatan makanan yang lebih ketat juga memberi kesan kepada operasi perniagaan Qbal. Kesedaran masyarakat berkenaan penggunaan bahan gluten dalam makanan turut menjejaskan perniagaan.
Jelaskan faktor luaran yang membawa perubahan kepada persekitaran perniagaan tersebut.
4 marks
310 marks
a
Jelaskan maksud objektif perniagaan?
2 marks
b
Maklumat berikut berkaitan dengan perniagaan Lemang Tok Rahman Enterprise.
> Lemang Tok Rahman Enterprise ialah pengeluar lemang pelbagai perisa di negeri Selangor sejak 2024. Lemang ini menjadi pilihan pengguna kerana keunikan pelbagai perisa dan teksturnya yang lembut. Lemang Tok Rahman Enterprise menggunakan beras pulut dan santan berkualiti tinggi. Peningkatan permintaan menyebabkan mereka telah menyewa kilang dan menggunakan mesin berteknologi tinggi untuk mengisi beras ke dalam buluh.
Jelaskan peranan bahagian fungsian pengeluaran perniagaan tersebut.
4 marks
c
Rajah 1 menunjukkan dua buah organisasi perniagaan.
**Rajah 1**
- **KILANG ROTI MATAHARI** — anak panah menghala ke kanan
- **PASARAYA SN ROSHAN** — anak panah menghala ke kiri (bertentangan, ke arah Kilang Roti Matahari)
- Di tengah, di antara kedua-dua anak panah: **BAHAGIAN KEWANGAN**
Jelaskan interaksi yang berlaku antara dua perniagaan tersebut.
4 marks
410 marks
a
Dialog berikut berkaitan peranan pengurusan sumber manusia dalam sebuah organisasi.
> **Encik Amir:** Setelah meneliti permohonan dan keputusan temuduga sebelum ini, kami dengan sukacitanya ingin menawarkan Cik Nurul jawatan sebagai Pegawai Pentadbiran di syarikat kami.
>
> **Cik Nurul:** Alhamdulillah, terima kasih banyak atas tawaran ini, Encik Amir.
>
> **Encik Amir:** Tahniah, Cik Nurul. Jawatan ini akan bermula pada 1 Mei 2025. Gaji permulaan adalah sebanyak RM3,000 sebulan, dengan faedah seperti KWSP, PERKESO, dan cuti tahunan sebanyak 14 hari.
>
> **Cik Nurul:** Saya bersetuju dengan syarat-syarat tersebut.
>
> **Encik Amir:** Bagus. Seterusnya, kami akan berikan surat tawaran rasmi untuk ditandatangani. Selepas itu, awak akan dijadualkan untuk sesi orientasi pada hari pertama kerja.
Jelaskan peranan pengurusan sumber manusia kepada Cik Nurul.
6 marks
b
Jelaskan sumber pembiayaan pemfaktoran.
4 marks
510 marks
a
Bagaimanakah agensi kerajaan dapat memberikan bantuan profesional kepada usahawan yang ingin memulakan perniagaan?
4 marks
b
Gambar 1 berkaitan dengan salah satu aktiviti pemasaran sebuah kedai perabot.
Huraikan strategi agihan perniagaan tersebut.
6 marks
610 marks
a
Maklumat berikut berkaitan dengan kelebihan berniaga sebagai satu peluang kerjaya.
> Puan Fazeera merupakan seorang ibu tunggal. Beliau mengusahakan pes sambal yang dibuat dari rumah. Ini memudahkan beliau menguruskan seorang anak istimewa dan seorang ibu yang sudah uzur. Perusahaan beliau yang mendapat bantuan Pusat Zakat menggunakan mesin berteknologi tinggi bagi mengekalkan kualiti dan diyakini pelanggan.
Terangkan kelebihan berniaga sebagai satu peluang kerjaya kepada Puan Fazeera.
6 marks
b
Dokumen berikut berkaitan dengan sebuah perniagaan.
**Salinan** — No. 001
**INVOIS**
**POHON MEKAR**, 168, Jalan Tuah, 08000 Sungai Petani
Tarikh: 6 Mei 2022
Kepada: Toko Ibrahim, 177, Jalan Kolam Ayer, 08000 Sungai Petani
| Kuantiti | Butir | Harga Seunit (RM) | Jumlah (RM) |
|---|---|---|---|
| 50 | Bunga kekwa | 10.00 | 500.00 |
| | | | 500.00 |
| | | Tolak: Diskaun niaga 10% | 50.00 |
| | | **Jumlah** | **450.00** |
(Ringgit Malaysia: Empat ratus lima puluh sahaja)
10% 5 hari, 5% 14 hari
K. & K. di K
Tandatangan: *Nnasha* (Penerima) — *Lee* (Pengurus)
Mengapakah dokumen tersebut dikeluarkan oleh perniagaan Pohon Mekar?
4 marks
Bahagian BChoose 2 of 3Chosen 0/2
715 marks
Maklumat berikut berkaitan sebuah perniagaan.
> Bling-Bling Cleaning Services dimiliki oleh Puan Shera dan menawarkan perkhidmatan pembersihan rumah dan pejabat di sekitar Kajang, Selangor. Perniagaan telah mensasarkan hasil sebanyak RM30 000 sebulan namun sasaran tersebut tidak dapat dicapai. Oleh itu, Puan Shera mempertimbangkan untuk mengkaji semula objektif perniagaannya. Beliau mendapati permintaan yang tinggi tidak dapat dipenuhi disebabkan bilangan pekerja yang tidak mencukupi. Tambahan pula, perkhidmatan pembersihan yang ditawarkan belum begitu dikenali oleh orang ramai. Puan Shera bercadang untuk mempromosikan perkhidmatannya dengan lebih agresif melalui laman sosial rasmi perniagaannya.
a
Terangkan skala dan sektor perniagaan tersebut.
4 marks
b
Terangkan faktor dalaman yang mempengaruhi sasaran hasil perniagaan tersebut.
4 marks
c
Anda bersetuju dengan cadangan Puan Shera?
Berikan alasan anda.
7 marks
815 marks
Maklumat berikut berkaitan sebuah perniagaan.
> Sinar Niaga Enterprise merupakan pengedar minyak wangi yang terkenal di Selangor. Perniagaan yang semakin meningkat menyebabkan pemilik menukar bentuk pemilikan kepada Syarikat Sinar Niaga Sdn. Bhd (SSNSB). Setelah prosedur penubuhan dijalankan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), SSNSB perlu mematuhi tanggungjawab yang telah ditetapkan. Kini SSNSB merupakan saudagar minyak wangi yang mempunyai pengedar di seluruh Malaysia.
>
> Syarikat ini menerima bekalan minyak wangi daripada negara Timur Tengah dan membuat pembungkusan semula dengan pelbagai jenama. Oleh itu Syarikat menandatangani kontrak pembekalan minyak wangi supaya bekalan berterusan. Di samping itu, SSNSB memerlukan perkhidmatan logistik untuk tujuan penghantaran dan penerimaan bekalan agar kualiti produk terjamin.
>
> Permintaan yang sentiasa meningkat, menyebabkan SSNSB berhasrat untuk menyediakan perkhidmatan logistik sendiri. Justeru, SSNSB bercadang membuat pembelian 5 buah lori kontena. Namun begitu SSNSB membuat keputusan menggunakan rizab perniagaan bagi tujuan tersebut.
a
Jelaskan tanggungjawab yang perlu dipatuhi oleh SSNSB
4 marks
b
Jelaskan hubungan dan interaksi antara bahagian fungsian syarikat dengan organisasi luar.
5 marks
c
Wajarkah SSNSB membuat keputusan sedemikian?
6 marks
915 marks
Maklumat berikut berkaitan dengan sebuah perniagaan.
> Encik Umar merupakan pemilik Catfish Sdn. Bhd yang mengusahakan ternakan ikan keli di Tanjong Karang, Selangor. Beliau memiliki 10 buah kolam yang diuruskan oleh beberapa orang pekerja tempatan. Hasil ternakannya dipasarkan ke seluruh negeri Selangor. Di samping menjual ikan keli segar, terdapat juga ikan keli salai yang siap sedia untuk dimasak.
>
> Baru-baru ini, terdapat aduan dari pelanggan berkenaan kualiti ikan keli salai yang busuk. Setelah aduan disiasat, didapati pembungkusan yang mudah terkoyak merupakan penyebab kualiti ikan terjejas. Encik Umar bercadang membuat penyelidikan untuk meningkatkan kualiti pembungkusan dengan membeli mesin "*retort*". Oleh kerana harganya yang agak mahal, beliau membuka peluang pelaburan kepada rakannya, Encik Uwan. Encik Uwan telah meminta dokumen perniagaan iaitu penyata kewangan bagi tujuan tersebut. Namun begitu, Encik Uwan juga ingin melihat prestasi perniagaan berdasarkan peratus margin untung bersih bagi menguatkan lagi keputusan yang bakal dibuat.
>
> Berikut merupakan nisbah peratus margin untung bersih bagi tahun 2023 dan 2024.
| Jenis Nisbah | Tahun 2023 | Tahun 2024 |
|---|---|---|
| Peratus Margin Untung Bersih | 55.2% | 60.3% |
a
Jelaskan kelebihan Encik Umar kepada masyarakat.
6 marks
b
Mengapakah Encik Uwan meminta dokumen perniagaan tersebut?
4 marks
c
Jelaskan prestasi perniagaan Catfish Sdn. Bhd.
5 marks
Bahagian CAnswer all 1
1020 marks
Puan Fatimah mengusahakan Fetty Event dan Catering (FEC), sebuah perniagaan keluarga yang memberikan perkhidmatan perancang perkahwinan (*wedding planner*) bertempat di Shah Alam, Selangor. Beliau dibantu oleh adiknya Encik Aidil, yang bertindak sebagai pengurus kewangan dan pentadbiran. FEC mempunyai empat buah dewan acara yang dilengkapi dengan kemudahan untuk disewakan. Salah sebuah dewannya sering kali mengalami masalah gangguan bekalan elektrik yang mendatangkan rungutan dari pelanggan secara berterusan. Puan Fatimah meminta agar pengurus operasi menyelesaikan masalah tersebut.
Di samping itu, setiap dewan diuruskan oleh seorang penyelia yang menyelaras kerja-kerja khidmat pelanggan termasuklah mengendalikan lawatan dewan dan uji rasa makanan. Tempahan dan pembayaran diuruskan oleh Encik Aidil. Baru-baru ini, Encik Aidil mendapati kutipan bayaran dewan tidak sama dengan dokumen jualan yang dikeluarkan. Setelah disiasat, salah seorang penyelia telah pecah amanah dengan meminta pelanggan membayar deposit sewaan ke dalam akaun peribadinya. Puan Fatimah mengambil tindakan segera dengan membuat laporan polis.
Berikutan peristiwa tersebut, kes telah tular dan menjejaskan imej FEC. Tempahan pakej perkahwinan turun secara mendadak. Oleh itu, Puan Fatimah telah meminta Encik Aidil menyediakan penyata pendapatan bagi menyemak butiran yang terdapat di dalamnya.
Bagi mengatasi masalah tempahan, Puan Fatimah mengarahkan pengurus pemasaran merancang promosi secara besar-besaran. Promosi tersebut akan melibatkan kos yang tinggi di mana modal tambahan diperlukan. Justeru, Puan Fatimah bercadang untuk menjual salah sebuah dewan acara di Puchong yang bernilai RM300 000 untuk menampung kos tersebut.
Walau bagaimanapun, Encik Aidil tidak bersetuju dengan Puan Fatimah kerana terdapat pembiayaan daripada Tabung Ekonomi Usaha Niaga (TEKUN). Berikut adalah maklumat pembiayaan tersebut.
| Perkara | Butiran |
|---|---|
| Nama Skim | Skim Pembiayaan Tekun Niaga |
| Had Pembiayaan | RM100 000 |
| Tempoh Pembiayaan | 6 – 120 bulan |
| Cagaran | Tiada cagaran diperlukan |
| Simpanan | 5% daripada pinjaman wajib disimpan sebagai tabungan |
| Kadar Faedah | 4% setahun |
Namun begitu, mereka masih mempertimbangkan untuk memilih salah satu daripada cadangan tersebut.
Berdasarkan kes tersebut, jawab soalan berikut:
a
Bagaimanakah pengurus operasi menyelesaikan masalah tersebut?
3 marks
b
Anda merasakan tindakan Puan Fatimah adalah tepat.
Kemukakan alasan.
4 marks
c
Jelaskan butiran yang boleh disemak oleh Puan Fatimah.
3 marks
d
Cadangkan promosi yang sesuai.
4 marks
e
Pada pendapat anda, cadangan manakah yang sesuai dipilih.
Berikan alasan anda
6 marks
AI is marking
Question by question against the scheme — keep this page open