Jelaskan kepentingan keuntungan kepada Organisasi Bermotifkan Keuntungan.
6 marks
b
Jadual 1 menunjukkan perkongsian untung yang dipersetujui antara rakan kongsi sebuah perniagaan.
| NAMA RAKAN KONGSI | CIK AIDA | CIK ROS | CIK LIZA |
|---|---|---|---|
| Jawatan | Pengurus | Pegawai Kewangan | Tiada |
| Modal | RM 100 000.00 | RM 75 000.00 | RM 50 000.00 |
| Nisbah Keuntungan | 5 | 3 | 2 |
| Pembahagian Keuntungan | RM 25 000.00 | RM 15 000.00 | RM 10 000.00 |
Jadual 1
Jelaskan penentu perbezaan perkongsian keuntungan antara pekongsi.
4 marks
210 marks
a
Gambar 1 menunjukkan sejenis bentuk milikan perniagaan.
> **KEK MARBLE WARISAN KU LAT's**
> **Pusat Penjaja Gong Badak**
>
> - RM 39.90 (1 kg)
> - Harga berpatutan
> - Resipi warisan bonda
> - Sejak 2002
Gambar 1
Jelaskan peranan pihak berkuasa tempatan dalam membantu perniagaan di atas.
6 marks
b
Terangkan peranan kerajaan dalam menangani isu-isu perniagaan dari aspek perundangan.
4 marks
310 marks
Jelaskan faktor-faktor penentu visi, misi dan objektif berikut.
a(i)
Titik pulang modal
2 marks
a(ii)
Syer pasaran
2 marks
b
Maklumat berikut berkaitan sebuah perniagaan.
> Syarikat Sentuhan Eksklusif Sendirian Berhad menyediakan perkhidmatan pereka hiasan dalaman di Kuala Nerus, Terengganu. Objektif syarikat ialah meningkatkan jualan sebanyak 30% dalam masa 3 bulan. Dengan merekrut lima orang lagi pekerja baharu, Encik Adam Shahiman selaku Pengurus Pemasaran ditugaskan untuk melaksanakan promosi besar-besaran agar dapat meningkatkan jualan sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri.
Terangkan ciri-ciri objektif bagi perniagaan di atas.
6 marks
410 marks
Gambar 2 berkaitan dengan sumber teknologi.
a(i)
Jelaskan jenis sumber di atas.
2 marks
a(ii)
Terangkan prosedur mengurus sumber di (a)(i).
4 marks
b
Jelaskan peranan syarikat pemfaktoran dalam membantu usahawan.
4 marks
510 marks
a
Jelaskan fungsi pemberian insentif yang munasabah kepada pekerja.
4 marks
Maklumat berikut berkaitan Syarikat Advance Trading Sdn Bhd yang menyediakan perkhidmatan telekomunikasi.
> Syarikat Advance Trading Sdn Bhd mempunyai aset semasa sebanyak RM 750 000.00 manakala liabiliti semasa ialah RM125 000.00. Kelengkapan ialah RM 15 300.00 dan modal ialah RM 150 000.00
b(i)
Hitungkan Nisbah Semasa.
3 marks
b(ii)
Jelaskan tafsir bagi 5 (b) (i).
3 marks
610 marks
Maklumat berikut berkaitan dengan sebuah entiti perniagaan.
> Perniagaan D'herbs Natural Sdn Bhd merupakan salah satu perniagaan berasaskan produk kosmetik, kesihatan dan kecantikan. Perniagaan ini mengeluarkan pelbagai jenis produk berasaskan kesihatan dan kecantikan. Antara produk yang dikeluarkan oleh perniagaan ini ialah Shampoo & Krim Rambut Berherba, Pewarna Rambut Super Lebat Sumber Inai Asli, Delima Lip Butter Lipstick Rawatan Bibir.
a(i)
Apakah struktur organisasi yang sesuai bagi perniagaan di atas?
1 marks
a(ii)
Jelaskan struktur organisasi di 6 (a).
3 marks
b
Maklumat berikut berkaitan dengan faktor penentu dalam sistem penggajian.
- Kemampuan organisasi
- Bentuk dan jenis tugas
Terangkan faktor lain penentu sistem penggajian.
6 marks
Bahagian BChoose 2 of 3Chosen 0/2
715 marks
Petikan akhbar berikut berkaitan dengan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
> **Wajib carum KWSP strategi tambah pekerja tempatan**
>
> SHAH ALAM - Pendekatan gaji minimum, gaji progresif dan langkah mewajibkan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kepada semua tenaga kerja merupakan strategi secara tak langsung dalam mengurangkan bilangan pekerja asing di negara ini.
>
> Pengarah Program MBA Putra Business School, Prof Madya Dr Ahmed Razman Abdul Latiff berkata, syarat tersebut membolehkan syarikat mempertimbangkan langkah mendigital atau mengautomasi perniagaan dan menambah pekerja tempatan separa mahir sekali gus mengurangkan bilangan pekerja asing.
>
> *(Ubahsuai dari Sinar Harian bertarikh 13 Disember 2024)*
a
Jelaskan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
4 marks
b
Bagaimanakah majikan yang bertanggungjawab dapat menjaga kebajikan pekerjanya?
6 marks
c
Mengapakah kerajaan perlu mengurangkan kemasukan pekerja asing?
5 marks
815 marks
Maklumat berikut berkaitan dengan sebuah perniagaan.
> Perniagaan KafSutra merupakan pengeluar batik kaftan yang popular di Terengganu. Bagi merealisasikan visi perniagaan iaitu "KafSutra Jelajah Dunia", KafSutra perlu mendapatkan modal tambahan untuk meluaskan pasaran ke Indonesia dan Singapura. Pemilik KafSutra mendapatkan sumber pembiayaan daripada Majlis Amanah Rakyat (MARA) kerana ditolak oleh institusi kewangan lain.
a
Jelaskan ciri-ciri fizikal produk batik kaftan bagi perniagaan KafSutra.
5 marks
b
Jelaskan visi "KafSutra Jelajah Dunia".
4 marks
c
Mengapakah permohonan pembiayaan KafSutra ditolak oleh institusi kewangan lain?
6 marks
915 marks
Maklumat berikut berkaitan dengan sebuah perniagaan.
> Encik Hamdan baru menamatkan pengajiannya dalam bidang perniagaan di sebuah institusi pengajian tinggi. Beliau bekerja di sebuah syarikat komputer sebagai Pegawai Pemasaran. Berdasarkan pengalaman dan modal, beliau telah berjaya membuka perniagaan komputer bersama rakannya di bandar Kuala Terengganu. Setelah lima tahun, perniagaannya telah mendapat sambutan baik daripada pelanggan dan beliau menikmati keuntungan yang lumayan. Beliau turut menjalankan aktiviti khidmat sosial seperti menyumbang derma kepada Rumah Anak Yatim.
a
Terangkan faktor penyumbang untuk memulakan perniagaan.
6 marks
b
Jelaskan keberuntungan yang diperolehi oleh Encik Hamdan dalam perniagaan yang diceburinya.
4 marks
c
Jelaskan prosedur pendaftaran pemilikan perniagaan tersebut.
5 marks
Bahagian CAnswer all 1
1020 marks
Puan Yanna seorang pengusaha salon kecantikan di bandar Kuala Terengganu. Beliau berhasrat mengembangkan perniagaannya dengan membeli sebuah van terpakai yang diubah suai menjadi salon bergerak. Setelah hampir lapan bulan beroperasi, perniagaan ini mendapat sambutan yang sangat menggalakkan terutamanya daripada golongan pelanggan yang mementingkan keselesaan. Ia telah berkembang di sekitar daerah Kuala Terengganu hingga ke daerah Marang. Oleh itu, beliau bercadangkan untuk memohon pembiayaan untuk membeli sebuah lagi van dan menambah kelengkapan yang lebih moden.
Puan Yanna telah menggunakan aplikasi mudah alih untuk memudahkan pelanggan membuat tempahan dan membantu beliau menyemak jadual tempahan, mengurus pekerja serta pembayaran tanpa tunai. Namun beliau kurang mahir dalam menggunakan teknologi maklumat.
Selain itu, beliau juga menghadapi masalah pekerja salon yang sering bertukar ganti. Beliau bercadang ingin mengambil pekerja tambahan bagi membantu beliau melancarkan operasi perniagaannya.
Perniagaan salon Puan Yanna berjaya mengekalkan kadar tempahan yang tinggi, khususnya di kawasan kejiranan mewah dan komuniti warga emas. Pelanggan menghargai kemudahan, keselesaan di rumah dan penjimatan masa. Namun beliau terpaksa berhadapan dengan beberapa cabaran untuk terus berdaya saing dan kekal berada di dalam pasaran.
a
Anda bersetuju dengan Puan Yanna mengusahakan perniagaan salon bergerak. Jelaskan.
3 marks
b
Terangkan jenis pembiayaan yang sesuai.
4 marks
c
Jelaskan kelebihan penggunaan aplikasi mudah alih kepada perniagaan Puan Yanna.
3 marks
d
Jelaskan kriteria pemilihan pekerja yang perlu dipertimbangkan oleh Puan Yanna.
5 marks
e
Pada pendapat anda, apakah cabaran perniagaan salon Puan Yanna?
5 marks
AI is marking
Question by question against the scheme — keep this page open