Maklumat berikut berkaitan dengan perniagaan Zaitun *Beauty Industry*.
> Perniagaan Zaitun *Beauty Industry* merupakan sebuah perniagaan yang menjadi perintis bagi produk halal muslim dalam industri kelengkapan peribadi dan kosmetik. Syarikat ini terdiri daripada 150 orang pekerja tetap dan mencapai jumlah jualan tahunan sebanyak RM 20 juta.
a(i)
Apakah saiz perniagaan Zaitun *Beauty Industry*?
1 marks
a(ii)
Terangkan kelebihan saiz perniagaan di 1(a)(i).
4 marks
b
Gambar 1 merujuk kepada satu sektor perniagaan.
Jelaskan sektor perniagaan tersebut.
5 marks
210 marks
Jelaskan jenis-jenis pengangguran berikut:
a(i)
Pengangguran bermusim
2 marks
a(ii)
Pengangguran kitaran
2 marks
b
Jelaskan peranan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dalam perniagaan.
6 marks
310 marks
Maklumat berikut berkaitan dengan Syarikat Penanti Sdn. Bhd.
> Syarikat Penanti Sdn. Bhd. mengeluarkan produk minyak wangi. Syarikat berjaya mengeluarkan sebanyak 150 000 unit botol minyak wangi pada tahun 2024. Permintaan minyak wangi mendapat sambutan hangat pada bulan Disember kerana promosi yang dijalankan untuk Jualan Akhir Tahun.
a
Terangkan ciri-ciri objektif perniagaan bagi Syarikat Penanti Sdn. Bhd.
6 marks
b
Jelaskan tujuan sebuah organisasi perniagaan menggunakan teknologi maklumat dalam memajukan perniagaan.
4 marks
410 marks
a
Jelaskan keupayaan membina jenama sebagai satu kekuatan yang perlu ada pada seseorang usahawan.
3 marks
b(i)
Gambar 2 menunjukkan sebuah produk yang dikeluarkan oleh Syarikat Sejati Gemilang.
Terangkan strategi pemasaran yang perlu dilakukan oleh syarikat tersebut.
4 marks
c
Dokumen berikut berkaitan dengan dokumen perniagaan Syarikat Jannah.
> **MEMO** (M001)
>
> Syarikat Jannah
> Lorong 3 Taman Ria
> 08000 Sungai Petani Kedah.
> 04-4887799
>
> Tarikh : 1 Julai 2022
>
> **Peringatan :**
>
> Pemilik memasukkan tunai RM 10 000 ke dalam akaun bank perniagaan sebagai modal tambahan dan mengeluarkan tunai ditangan untuk bayaran balik belanja tunai runcit sebanyak RM 210.
>
> KAMIL
> Pengurus
Jelaskan dokumen di atas.
3 marks
510 marks
Gambar 3 menunjukkan sejenis sumber fizikal.
a(i)
Apakah jenis sumber tersebut?
1 marks
a(ii)
Jelaskan prosedur mengurus sumber di 5(a)(i).
4 marks
a(iii)
Jelaskan kepentingan latihan kepada usahawan.
5 marks
610 marks
a
Jelaskan peranan bahagian fungsian jualan dalam sesebuah organisasi perniagaan.
6 marks
b
Jelaskan kepentingan penyata kewangan kepada pihak pengurusan.
4 marks
Bahagian BChoose 2 of 3Chosen 0/2
715 marks
Rajah 1 menunjukkan titik pulang modal Perniagaan Ikan Bilis Encik Rizqi yang beroperasi di Pulau Aman, Pulau Pinang.
a
Jelaskan situasi **S1**.
4 marks
b
Jelaskan kesan kepada Perniagaan Ikan Bilis Encik Rizqi sekiranya jualan berada di Kawasan **Y**.
5 marks
c
Jelaskan cara yang boleh dilakukan oleh Perniagaan Ikan Bilis Encik Rizqi supaya tidak terus berada di Kawasan **Y**.
6 marks
815 marks
Maklumat di bawah berkaitan perniagaan IzhamTech Sdn. Bhd.
> IzhamTech Sdn. Bhd. merupakan sebuah syarikat tempatan yang menghasilkan komponen elektronik. Walaupun permintaan semakin meningkat, syarikat masih menggunakan mesin konvensional yang memerlukan tenaga buruh yang tinggi dan masa pengeluaran yang lama. Pengurus syarikat bercadang untuk membeli mesin automatik bagi meningkatkan produktiviti dan mengurangkan kebergantungan terhadap tenaga kerja manual. Walau bagaimanapun, harga mesin tersebut sangat tinggi dan melebihi bajet semasa syarikat. Pihak pengurusan sedang menimbang beberapa pilihan sumber pembiayaan tersebut. Pada masa sama, mereka juga mempertimbangkan keperluan latihan pekerja untuk mengendalikan teknologi maklumat dalam syarikat ini.
a
Jelaskan sumber teknologi yang digunakan oleh syarikat ini.
5 marks
b
Jelaskan satu sumber pembiayaan yang sesuai untuk membeli mesin automatik tersebut.
6 marks
c
Bersetujukah anda dengan penggunaan teknologi maklumat dalam syarikat ini.
4 marks
915 marks
Maklumat di bawah ini berkaitan dengan Encik Nizam.
> Encik Nizam ialah seorang pengusaha madu kelulut. Beliau kerap menghadiri kursus-kursus jangka pendek yang diadakan secara percuma oleh agensi kerajaan. Hal ini membantu beliau meningkatkan kebolehan membuat keputusan, kemahiran berkomunikasi dan membuat perancangan perniagaan yang lebih mantap. Untuk meningkatkan hasil madu kelulut, beliau telah membelanjakan wang yang banyak untuk memperkenalkan teknologi nano untuk meningkatkan hasil keluarannya. Penggunaan teknologi ini berjaya meningkatkan hasilnya sebanyak 20%. Perniagaan beliau dengan kerjasama Persatuan Dermatologi juga sedang membuat kajian untuk mengeluarkan produk penjagaan kulit seperti pencuci muka, krim muka dan skrub muka yang berasaskan madu kelulut miliknya.
a
Huraikan ciri keperibadian usahawan yang ada pada Encik Nizam.
6 marks
b
Nyatakan kepentingan pengurusan sumber manusia dalam sesebuah organisasi perniagaan.
4 marks
c
Pada pendapat anda, bagaimanakah seorang pengurus sumber manusia dapat meningkatkan tahap motivasi pekerjanya.
5 marks
Bahagian CAnswer all 1
1020 marks
Encik Zulkifli bersama dua rakan rapat menubuhkan sebuah perniagaan yang kini beroperasi di beberapa lokasi di Pulau Pinang dan turut menjalankan jualan secara dalam talian. Perniagaan ini berdaftar secara rasmi dan dikendalikan berdasarkan peraturan tertentu yang memerlukan laporan kewangan disediakan setiap tahun. Pemilik tidak perlu menanggung kerugian melebihi jumlah pelaburan asal mereka.
Perniagaan mereka menjual pakaian sukan yang direka khas untuk golongan belia yang aktif. Produk dijual melalui kedai dan platform e-dagang dengan sokongan daripada pasukan khidmat pelanggan dan pemasaran yang cekap. Penggunaan media sosial sebagai saluran promosi telah membantu syarikat menjangkau pelanggan dari pelbagai negeri.
Seorang kakitangan baharu telah diambil bekerja baru-baru ini untuk membantu menguruskan interaksi pelanggan dan pemasaran digital. Pekerja ini dikehendaki menyesuaikan diri dengan persekitaran kerja yang pantas, menggunakan sistem digital untuk pengurusan maklumat pelanggan, serta berhadapan dengan pelbagai situasi yang memerlukan penyelesaian segera.
Encik Zulkifli amat menekankan aspek kewangan. Beliau memastikan setiap bulan penyata kewangan dikemaskini. Menurut laporan kewangan terkini:
- **Aset Semasa**: RM120,000
- **Liabiliti Semasa**: RM60,000
Meskipun perniagaan ini menghadapi pelbagai cabaran, Encik Zulkifli berpuas hati kerana berjaya menguruskan perjalanan perniagaan dengan baik. Beliau bebas membuat keputusan, mendapat pengalaman baharu setiap hari dan turut berpeluang membuka peluang pekerjaan kepada penduduk setempat.
Untuk terus kekal berdaya saing, perniagaan merancang untuk menjalankan promosi dengan lebih giat. Pengurus Pemasaran diminta oleh Encik Zulkifli untuk merancang strategi promosi yang sesuai dengan pasaran semasa serta yang dapat menarik minat pelanggan untuk membeli. Pengurus perlu kreatif dalam merancang aktiviti promosi.
Berdasarkan kes tersebut, jawab soalan-soalan berikut:
a
Jelaskan ciri bentuk milikan perniagaan Encik Zulkifli.
5 marks
b
Huraikan skala perniagaan tersebut.
3 marks
c
Jelaskan kemahiran kebolehkerjaan yang perlu bagi pekerja baharu.
5 marks
d(i)
Hitungkan nisbah semasa perniagaan tersebut.
2 marks
d(ii)
Tafsirkan jawapan di (d)(i).
2 marks
e
Cadangkan strategi promosi yang sesuai bagi perniagaan tersebut.
3 marks
AI is marking
Question by question against the scheme — keep this page open