Kuala Lumpur Trial 2026 Perniagaan Kertas 2 · TOP 5
Settings
Vibration
Sound
Question language
Show original too
translate
Perniagaan
Kuala Lumpur Trial 2026 Perniagaan Kertas 2 · TOP 5
Kuala Lumpur Trial TOP 5 · 2026
10 questions · Total 100 marks
135 min
Marking scheme
From the paper's own marking scheme
Marking
Marked by AI against the scheme — a study aid
Answer in
Malay
Last updated
2026-11-13
Bahagian AChoose 5 of 6Chosen 0/5
110 marks
a
Apakah tujuan perniagaan?
2 marks
b
Gambar 1 menunjukkan jenis pemilikan perniagaan.
Huraikan bentuk pemilikan perniagaan tersebut.
4 marks
c
Jelaskan kelebihan perniagaan bersaiz besar.
4 marks
210 marks
Rajah 1 berkaitan dengan perkembangan sektor perniagaan di Malaysia.
**Rajah 1:** Selepas Merdeka → Era 1990-an → **X**
a(i)
Apakah X?
1 marks
a(ii)
Jelaskan perkembangan sektor perniagaan di 2(a)(i).
4 marks
b
Rajah 2 menunjukkan trend persekitaran sebuah perniagaan.
Apakah trend persekitaran perniagaan di atas?
1 marks
c
Terangkan faktor-faktor yang mempengaruhi trend persekitaran perniagaan tersebut.
4 marks
310 marks
Maklumat yang berikut merupakan situasi ekonomi sesebuah negara.
> Peningkatan kadar pengangguran, kemiskinan serta kekurangan pelaburan akan mengakibatkan kelembapan pertumbuhan ekonomi dan kemungkinan menjadi negatif.
a(i)
Apakah situasi tersebut?
1 marks
a(ii)
Bagaimanakah pihak kerajaan mengatasi situasi tersebut?
2 marks
b
Maklumat berikut berkaitan dengan objektif perniagaan Syarikat Annur Sdn. Bhd.
> - Sasaran pengeluaran kasut sebanyak 60 000 pasang pada tahun 2026
> - Peningkatan keuntungan sebanyak 15% berbanding tahun sebelumnya.
Terangkan ciri objektif perniagaan tersebut.
4 marks
c
Rajah 3 berkaitan dengan kesan kegagalan mencapai objektif perniagaan.
**Rajah 3 — Kesan Kegagalan Mencapai Objektif Perniagaan:**
- Jualan merosot
- Tidak mampu membayar kos
- Imej perniagaan terjejas
- **R**
- Gagal dalam persaingan
Jelaskan **R**.
3 marks
410 marks
Maklumat berikut berkaitan dengan bahagian fungsian sebuah perniagaan.
> Sejak 20 tahun lalu, industri berasaskan kayu Malaysia telah menjadi salah satu penyumbang pendapatan utama kepada pertumbuhan ekonomi negara. Hal ini merangkumi pengeluaran kayu gergaji, venir, produk panel termasuk papan lapis, papan partikel, papan serpai dan papan gentian serta komponen perabot dan perabot. Bagi memastikan industri berasaskan kayu dan perabot dapat meningkatkan kedudukan eksportnya, industri perlu memanfaatkan teknologi baharu serta canggih untuk meningkatkan pengeluaran, sekali gus menghasilkan produk dengan rekaan lebih baharu dan berkualiti.
a(i)
Nyatakan bahagian fungsian yang terlibat?
1 marks
a(ii)
Apakah peranan bahagian fungsian di 4(a)(i)?
3 marks
b
Maklumat di bawah berkaitan dengan iklan jawatan kosong bagi sebuah kilang yang menghasilkan pelbagai jenis produk makanan berasaskan nenas.
> *(Logo: buah nenas bermahkota)* **CROWNAPLE** — NENAS MD2
>
> Nama jawatan: Pengurus Cawangan
>
> Kelayakan:
>
> - Pemegang ijazah dalam bidang pengurusan pentadbiran perniagaan
> - Mempunyai pengalaman dalam pengurusan dan pentadbiran perniagaan sekurang-kurangnya 5 tahun
> - Pernah bekerja di ladang nenas atau bidang pertanian
>
> Gaji dan faedah:
>
> - Gaji RM6 500 ke atas
> - Cuti tahunan sebanyak 25 hari
Huraikan keperluan kemahiran kebolehkerjaan yang perlu ada pada calon yang memohon jawatan sebagai Pengurus Cawangan perniagaan tersebut.
6 marks
510 marks
a
Mengapakah pengurusan sumber fizikal diperlukan dalam menjalankan operasi sesebuah perniagaan?
3 marks
b
Gambar 2 berkaitan sumber teknologi sebuah syarikat.
Apakah prosedur mengurus sumber di atas?
3 marks
c
Bezakan antara sumber pembiayaan dalaman dan luaran bagi perniagaan.
4 marks
610 marks
Situasi berikut berkaitan dengan ciri-ciri seorang usahawan.
> Puan Nani merupakan seorang ibu tunggal. Puan Nani mempunyai kemahiran menggubah bunga dan telah membuka perniagaan "Sweet Florals" yang membekal dan menjual bunga-bunga segar di kawasan Seremban. Pada awalnya, permintaan pelanggan sangat tidak memberangsangkan. Namun, pelbagai usaha promosi telah dijalankan oleh Puan Nani sehingga permintaan semakin meningkat. Pelbagai gubahan bunga direka untuk menarik minat pelanggan. Puan Nani menjalankan promosi secara dalam talian dan perkhidmatan penghantaran juga disediakan.
a
Jelaskan ciri-ciri usahawan yang ada pada Puan Nani?
2 marks
b
Terangkan faktor-faktor lain yang menyumbang kepada Puan Nani untuk memulakan perniagaan.
4 marks
c
Maklumat berikut berkaitan dengan sejenis pemilikan perniagaan.
> Haziqah ingin membuka perniagaan atas nama Haz Bakery Sdn. Bhd. Beliau perlu mendaftarkan perniagaannya di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)
Bagaimanakah prosedur pendaftaran yang perlu dilakukan oleh Haziqah?
4 marks
Bahagian BChoose 2 of 3Chosen 0/2
715 marks
Maklumat di bawah berkaitan dengan sebuah perniagaan.
> Kedai Anakku Comel Sendirian Berhad menjual barangan bayi yang terkenal di Terengganu. Semua barangan bayi dijahit sendiri oleh 25 orang pekerja yang bertauliah dalam bidang jahitan. Jumlah jualan tahunan ialah sebanyak RM1.5 juta. Pengurus Besar iaitu Puan Hazana berhasrat untuk menaikkan gaji pekerjanya memandangkan sambutan pakaian bayi yang menggalakkan. Beliau turut menawarkan percutian kepada pekerja yang proaktif.
a
Apakah bentuk pemilikan perniagaan tersebut?
1 marks
b
Jelaskan ciri-ciri bentuk pemilikan perniagaan tersebut.
8 marks
c
Agensi kerajaan manakah yang membantu peniaga tempatan meluaskan pasaran ke luar negara?
6 marks
815 marks
Maklumat berikut berkaitan dengan sebuah perniagaan.
> Syarikat Kreatif Maju Sdn. Bhd. adalah sebuah syarikat pengeluaran alat tulis yang telah beroperasi selama 10 tahun dan mempunyai 90 pekerja yang terlibat dalam pelbagai fungsian.
>
> Pihak pengurusan komited meningkatkan kemahiran teknikal dan pengurusan. Penilaian prestasi dijalankan setiap enam bulan untuk mengenal pasti kekuatan dan kelemahan pekerja. Selain itu, kebajikan pekerja dijaga melalui ganjaran, insentif dan persekitaran kerja yang selamat.
>
> Bagi memastikan kelancaran operasi dan pematuhan audit, syarikat menyimpan dokumen perniagaan dengan lengkap dan sistematik.
>
> Dalam suasana persaingan perniagaan yang sengit, pihak pengurusan juga menekankan kemahiran kebolehkerjaan bagi meningkatkan produktiviti tetapi juga menyumbang kepada prestasi dan keuntungan syarikat.
a
Terangkan bagaimana peranan pengurusan sumber manusia yang diamalkan oleh Syarikat Kreatif Maju Sdn. Bhd. dapat membantu meningkatkan prestasi pekerja.
6 marks
b
Jelaskan kemahiran kebolehkerjaan yang perlu dimiliki oleh pekerja di Syarikat Kreatif Maju Sdn. Bhd. bagi membantu meningkatkan produktiviti dan prestasi syarikat.
4 marks
c
Pada pendapat anda, mengapakah pihak pengurusan perlu melaksanakan penilaian prestasi setiap enam bulan sekali?
Bahagian fungsian manakah yang bertanggungjawab dalam menyediakan penyata kewangan di atas? Jelaskan tanggungjawab lain fungsian tersebut.
4 marks
c
Maklumat di bawah berkenaan dengan Encik Shahriman, seorang usahawan kedai basikal.
> Encik Shahriman ialah seorang usahawan yang baru sahaja membuka sebuah kedai basikal di Taman Daya Bakti, Marang. Perniagaan beliau telah didaftarkan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia. Beliau sentiasa mencari peluang untuk menambahkan pengalaman menguruskan perniagaan. Beliau juga sentiasa berhubung dengan rakan pesaing untuk mendapatkan maklumat terkini perniagaan mereka. Mereka sama-sama mencari idea untuk mengukuhkan jenama basikal mereka dalam pasaran. Beliau juga berhasrat menambah modal dan ingin membuat pinjaman daripada agensi-agensi yang sesuai. Beliau perlu menyediakan rancangan perniagaan untuk dikemukakan kepada pihak pembiaya.
Mengapakah Encik Shahriman perlu menyediakan rancangan perniagaan yang lengkap sebelum memohon pinjaman?
5 marks
Bahagian CAnswer all 1
1020 marks
Oaty Kopi dimiliki oleh Cik Husna dan En. Afiq. Mereka merupakan dua rakan baik yang merupakan graduan daripada universiti tempatan dalam bidang Sains Makanan dan Pemakanan serta memiliki sijil Latihan barista dan asas pastri. Mereka berdua memilih perniagaan minuman berasaskan oat dan kopi premium yang menyasarkan pelanggan dalam kalangan pelajar kolej, pekerja pejabat dan individu yang mementingkan gaya hidup sihat.
Mereka telah membuka kiosk di kawasan tumpuan orang ramai iaitu laluan utama pengguna menuju ke stesen LRT. Perniagaan mereka menggunakan konsep e-pesan iaitu semua urusan belian dan pembayaran secara atas talian. Namun begitu, selepas dua bulan beroperasi, Oaty Kopi menghadapi kesukaran untuk meningkatkan jualan kerana masih ramai pelanggan yang tidak mengetahui mengenai Oaty Kopi walaupun risalah berkaitan Oaty Kopi telah diedarkan. Berikut merupakan analisis jualan Oaty Kopi sepanjang dua bulan beroperasi:
Isu ini tidak mematahkan semangat Cik Husna dan En. Afiq untuk meneruskan perniagaan Oaty Kopi. Mereka telah mengenal pasti beberapa strategi pemasaran yang perlu diambil oleh Oaty Kopi bagi menangani masalah ini. En. Afiq juga mencadangkan untuk menukar bekas minuman dan menambah label "Oaty Kopi" bagi memudahkan pelanggan mengenali jenama serta meningkatkan daya tarikan produk.
Bagi meningkatkan jualan, Cik Husna juga bercadang menggunakan platform media sosial seperti TikTok dan Threads untuk mempromosikan minuman Oaty Kopi. Cik Husna percaya promosi yang konsisten dan berterusan akan meningkatkan keyakinan pelanggan untuk membeli minuman Oaty Kopi seterusnya dapat meningkatkan jualan.
Namun begitu Oaty Kopi menghadapi masalah kekurangan modal bagi menempah bekas minuman seperti yang dicadangkan oleh En. Afiq. Oaty Kopi juga menghadapi kesukaran mendapatkan sumber pembiayaan daripada pihak bank dan agensi kerajaan. Bagi mengatasi masalah ini, Cik Husna mencadangkan untuk menggunakan simpanan peribadi masing-masing bagi menangani isu kekurangan modal.
Berdasarkan kes di atas, jawab soalan-soalan berikut:
a
Jelaskan kelebihan bentuk pemilikan perniagaan Oaty Kopi.
4 marks
b
Anda bersetuju dengan Oaty Kopi menggunakan aplikasi e-pesan dalam perniagaannya. Terangkan aplikasi teknologi maklumat yang boleh diaplikasikan oleh Oaty Kopi untuk melancarkan operasi perniagaannya.
4 marks
c
Jelaskan kekuatan diri yang dimiliki oleh Cik Husna dan En. Afiq sebagai seorang usahawan.
6 marks
d
Anda kurang bersetuju dengan strategi pemasaran yang dijalankan oleh Oaty Kopi. Cadangkan kaedah pemasaran lain yang boleh diaplikasikan oleh Oaty Kopi.
4 marks
e
Pada pendapat anda, mengapakah Oaty Kopi memilih menggunakan simpanan peribadi untuk menampung kekurangan modal?
2 marks
AI is marking
Question by question against the scheme — keep this page open