Jelaskan peranan agensi tersebut dalam membantu perniagaan.
5 marks
210 marks
a
Rajah 1 berkaitan dengan kitaran ekonomi.
Jelaskan Fasa I kitaran tersebut.
6 marks
Situasi berikut berkaitan dengan satu jenis kaedah promosi.
> Sebuah syarikat mendapat liputan dalam rancangan berita televisyen mengenai pelancaran produk baharunya.
b(i)
Apakah kaedah promosi yang digunakan?
1 marks
b(ii)
Bagaimanakah kaedah di 2(b)(i) memberi manfaat kepada syarikat?
3 marks
310 marks
a
Jelaskan kepentingan Rancangan Perniagaan.
5 marks
b
Jelaskan Nisbah Untung.
5 marks
410 marks
a
Terangkan pelepasan cukai yang diberikan oleh kerajaan kepada usahawan.
6 marks
b
Jelaskan kelebihan berniaga sebagai satu peluang kerjaya dari aspek matlamat peribadi.
4 marks
510 marks
Berikut merupakan dua dokumen yang disimpan oleh Damia Enterprise.
> **DAMIA ENTERPRISE**
>
> LOT 36 JALAN PUTIH 4, ALOR SETAR, KEDAH — 04-7366899
>
> **DOKUMEN X**
>
> TARIKH : 26 JANUARI 2026
>
> Kepada : Kerani Kewangan
>
> Pemilik telah membawa keluar tunai RM1 000 (Ringgit : Satu Ribu) untuk kegunaan bayaran persekolahan anaknya.
>
> *(tandatangan)* Damia — (Pengurus)
> **DOKUMEN Y**
>
> **FAQIHAH KOMPUTER**
>
> LOT 40 JALAN SEMARAK 4, ALOR SETAR, KEDAH — 04-7335698
>
> Tarikh : 28 Januari 2026
>
> Diterima daripada : DAMIA ENTERPRISE
>
> Sebanyak : Lima Ribu Sahaja
>
> Untuk bayaran : Menjelaskan bayaran pembelian komputer pejabat.
>
> *(tandatangan)* Faqihah — (Pengurus)
a(i)
Kenalpasti dokumen **X** dan **Y**.
2 marks
a(ii)
Jelaskan kegunaan dokumen di 5(a)(i) kepada Damia Enterprise.
4 marks
b
> Syarikat Segar Manis Sdn Bhd ditubuhkan pada 3 Julai 1997, merupakan syarikat pengeluar produk yogurt susu asli. Syarikat ini beroperasi di Shah Alam Selangor yang mempunyai bilangan pekerja tetap seramai 190 orang dan pekerja sambilan seramai 90 orang. Syarikat menikmati jualan tahunan sebanyak RM45 juta setahun dan bercadang mengeksport yogurt keluarannya ke Singapura dan Brunei untuk meluaskan pasaran sedia ada.
*Rajah 2*
Jelaskan perkaitan antara saiz syarikat dengan bentuk pemilikan perniagaan.
4 marks
610 marks
Jelaskan ciri-ciri objektif berikut:
a(i)
Jangka masa.
2 marks
a(ii)
Munasabah.
2 marks
b
Berikut merupakan ciri sebuah pemilikan perniagaan.
- Saham tidak boleh diurusniagakan di Bursa Malaysia
- Pindah milik saham hanya boleh dilakukan dengan kebenaran ahli lembaga pengarah
- Modal tambahan dapat diperoleh dengan menerbitkan syer
Jelaskan prosedur pendaftaran perniagaan tersebut.
6 marks
Bahagian BChoose 2 of 3Chosen 0/2
715 marks
Situasi di bawah menunjukkan trend persekitaran perniagaan Mahmod Holding.
Mahmod Holding Berhad ialah syarikat pengedaran barangan elektrik rumah yang telah beroperasi lebih 10 tahun dan mempunyai pelanggan tetap di beberapa bandar utama negeri Kedah. Namun, sejak kebelakangan ini jualan syarikat menurun dan gagal mencapai sasaran. Graf di bawah menunjukkan trend perniagaan Mahmod Holding Berhad dalam tempoh empat tahun.
Semakan dalaman mendapati penurunan ini berpunca daripada beberapa faktor dalaman seperti penggunaan perisian jualan sedia ada yang kurang efisien, kerap mengalami ralat serta kesilapan dalam rekod stok, sekali gus menyebabkan kelewatan dalam proses penghantaran. Keadaan ini turut dikaitkan dengan masalah dalam bahagian fungsian jualan seperti jurujual kurang pengetahuan tentang spesifikasi produk serta kemahiran komunikasi yang lemah.
Bagi mengatasinya, Mahmud Holding telah menaik taraf sistem kepada Perisian Pengurusan Jualan Bersepadu Berlesen (*Licensed Integrated Sales Management System*) berasaskan penstoran awan (*cloud storage*) yang membolehkan data jualan diakses secara lebih selamat dan mudah dikemas kini. Penggunaan perisian moden ini membantu meningkatkan kecekapan pengurusan jualan dan prestasi keseluruhan syarikat.
a
Jelaskan faktor dalaman yang mempengaruhi trend tersebut.
5 marks
b
Bagaimanakah peranan bahagian fungsian jualan dapat membantu mengatasi situasi tersebut?
5 marks
c
Anda bersetuju bahawa Mahmod Holding perlu mengurus sumber teknologinya. Kemukakan alasan anda.
5 marks
815 marks
Maklumat berikut berkaitan dengan sebuah perniagaan.
> Syarikat Rasa Warisan Sdn. Bhd. merupakan sebuah syarikat makanan sejuk beku berskala besar mengeluarkan produk karipap, samosa dan popia mini untuk pasaran dalam dan luar negara.
>
> Bagi memastikan pengurusan yang lebih cekap, syarikat ini membahagikan organisasi mengikut jenis produk. Setiap bahagian produk diketuai oleh seorang pengurus yang bertanggungjawab terhadap pengeluaran, pemasaran dan kawalan kualiti produk masing-masing. Encik Ali bertanggungjawab menguruskan produk karipap, Encik Salimi menguruskan produk samosa dan Encik Hamzah menguruskan produk popia mini.
>
> Namun begitu, syarikat menghadapi masalah pekerja kurang mahir kerana kebanyakan pekerja baharu tidak mempunyai pengalaman dalam bidang pemprosesan makanan. Pihak pengurusan bercadang mendapatkan bantuan daripada agensi kerajaan bagi meningkatkan produktiviti pekerja mereka.
a(i)
Jelaskan struktur organisasi Syarikat Rasa Warisan Sdn. Bhd.
2 marks
a(ii)
Lakarkan struktur organisasi di 8(a)(i). *(Tulis jawapan anda: huraikan carta organisasi anda dalam perkataan — jawatan di aras paling atas, jawatan-jawatan di aras bawahnya, dan siapa melapor kepada siapa.)*
3 marks
b
Jika anda Pengurus Sumber Manusia di syarikat tersebut, jelaskan aspek penting yang digambarkan dalam struktur organisasi.
6 marks
c
Terangkan agensi yang boleh membantu Syarikat Rasa Warisan Sdn. Bhd.
4 marks
915 marks
Maklumat berikut adalah petikan Kunci Kira-Kira sebuah perniagaan bagi dua tahun.
| | 2024 (RM) | 2025 (RM) |
|---|---|---|
| **Aset Semasa** | | |
| Stok Akhir | 50 000 | 40 000 |
| Penghutang | 20 000 | 25 000 |
| Tunai | 10 000 | 15 000 |
| **Liabiliti Semasa** | | |
| Pemiutang | 17 000 | 20 000 |
a
Hitungkan nisbah semasa bagi tahun 2024 dan 2025.
4 marks
b
Tahun manakah menunjukkan nisbah yang tinggi?
Berikan tafsiran anda.
5 marks
c
Jelaskan tindakan yang boleh diambil oleh perniagaan untuk menjelaskan hutang jangka pendek pada tahun 2026.
6 marks
Bahagian CAnswer all 1
1020 marks
Encik Afif adalah pemilik Qaseh Resort di Padang Terap, Kedah. Beliau telah membangunkan semula resortnya yang sebelum ini musnah teruk akibat banjir di Sungai Padang Terap. Atas daya usaha dan dibantu isterinya Puan Qasrina, kini Qaseh Resort mempunyai 40 buah bilik dengan 20 orang pekerja sepenuh masa. Pelanggannya terdiri daripada pengunjung yang datang dari seluruh Malaysia. Di Qaseh Resort juga ada menjual pelbagai produk Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) setempat contohnya kerepek, bahulu dan hasil perikanan nelayan sungai. Purata pendapatan jualan tahunan syarikat kini mencecah RM350,000.
Namun dua bulan kebelakangan ini, pengunjung semakin berkurang. Berdasarkan kajian yang dibuat Encik Afif, kebanyakan pengunjung di Malaysia gemar bercuti di Yan Kedah kerana pengusaha pelancongan di daerah tersebut menjalankan promosi di media sosial melalui aplikasi *facebook* dan *TikTok* secara agresif. Encik Afif lantas meminta isterinya untuk turut sama bertindak sedemikian bagi memantapkan strategi pemasaran.
Puan Qasrina memberitahu suaminya bahawa beliau tidak mahir dengan tugas tersebut. Encik Afif kemudian mengarahkan Puan Qasrina menemu duga beberapa calon yang sesuai untuk mengisi jawatan Pengurus Pemasaran dan Jualan yang masih kosong.
Berikut adalah calon-calon yang telah disenarai pendek :
| | Calon P | Calon Q |
|---|---|---|
| Nama | Ahmad Daiyan bin Fahmi | Daniel Hafni bin Amrin |
| Kelulusan | Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan, UiTM. | Diploma Pengurusan Hotel, Politeknik Ungku Omar. |
| Umur | 24 tahun | 32 tahun |
| Pengalaman | 1. Latihan Perantisan selama 6 bulan di ABC Global Sdn. Bhd. Ipoh; 2. Bekerja sementara di Kumkang Holdings, Nilai Negeri Sembilan. | 1. Pengurus Pemasaran & Jualan Tok Bali Resort, Pasir Puteh Kelantan; 2. Eksekutif Jualan & Pemasaran Hotel Seri Malaysia, Kuantan |
| Bahasa | Bahasa Melayu (cemerlang), Bahasa Inggeris (baik), Bahasa Mandarin (baik) | Bahasa Melayu (cemerlang), Bahasa Inggeris (cemerlang) |
| Kemahiran | Microsoft Office, Google Analytics, Canva | Strategi Jualan & Perancangan Pemasaran; Pemasaran Digital & Media Sosial; Analisis Data Pelanggan |
Puan Qasrina telah meminta Encik Afif memilih calon yang sesuai, dan Encik Afif telah memilih calon P namun Puan Qasrina menolak pilihan suaminya itu kerana mendapati calon Q lebih berkemahiran.
Selaras dengan bilangan pengunjung yang semakin bertambah, Encik Afif mengarahkan bahawa setiap bahagian dalam syarikat perlu berinteraksi secara berkesan untuk menjamin kelancaran aktiviti Qaseh Resort. Perkembangan syarikat juga amat dibantu oleh interaksi dengan organisasi luar. Encik Afif telah mengingatkan bahagian pengurusan agar sentiasa menjaga dan mengeratkan interaksi dengan organisasi luar. Beliau berpendapat banyak manfaat yang boleh diperoleh syarikat hasil interaksi tersebut.
Berdasarkan kes tersebut, jawab soalan-soalan berikut:
a
Adakah Encik Afif seorang usahawan? Berikan alasan.
4 marks
Jelaskan klasifikasi perniagaan Encik Afif mengikut :
b(i)
Saiz
2 marks
b(ii)
Skala
2 marks
c
Mengapakah Encik Afif meminta isterinya untuk turut sama bertindak sedemikian?
3 marks
d
Anda bersetuju dengan penolakan yang dibuat oleh Puan Qasrina. Kemukakan alasan anda.
5 marks
e
Sekiranya anda merupakan pengurus di Qaseh Resort, jelaskan manfaat yang dimaksudkan oleh Encik Afif.
4 marks
AI is marking
Question by question against the scheme — keep this page open