Rajah 1 menunjukkan bentuk-bentuk perniagaan lain.
Apakah bentuk perniagaan lain **P**?
1 marks
a(ii)
Jelaskan ciri umum bentuk perniagaan lain di 1(a)(i).
5 marks
b
Terangkan cabaran perniagaan bersaiz besar.
4 marks
210 marks
Keratan akhbar di bawah berkaitan dengan isu yang berlaku di dalam negara.
> SHAH ALAM - Inflasi keseluruhan negara meningkat kepada 1.8 peratus pada Februari 2024 berbanding 1.5 peratus pada Januari tahun yang sama. Bank Negara Malaysia (BNM) dalam satu kenyataan berkata, inflasi terus kekal tidak berubah pada 1.8 peratus sejak sebulan yang lepas.
>
> *(Dipetik dan diubahsuai daripada: Sumber Sinar Harian, 29 Mac 2024)*
a
Bagaimanakah peranan kerajaan untuk mengatasi situasi tersebut?
4 marks
b
Terangkan faktor yang perlu dipertimbangkan dalam menghasilkan visi, misi dan objektif sebuah perniagaan.
6 marks
310 marks
a(i)
Gambar 1 menunjukkan salah satu bahagian fungsian yang terdapat dalam perniagaan.
Apakah bahagian fungsian tersebut?
1 marks
a(ii)
Jelaskan tujuan bahagian fungsian di 3(a)(i).
3 marks
b
Keratan akhbar berikut berkaitan dengan satu bahagian fungsian dalam organisasi perniagaan.
> Pasukan penyelidik dari Pusat Kejuruteraan Tisu, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) berjaya menghasilkan kulit gentian "MyDerm" sebagai kaedah terbaharu dalam teknologi perubatan dunia.
>
> *(Sumber: Dipetik dan disesuaikan daripada laman sesawang http://www.bharian.com.my/semasa)*
Jelaskan bahagian fungsian tersebut.
6 marks
410 marks
a
Setiap organisasi akan mengamalkan sistem penggajian bergantung kepada pelbagai faktor penentu.
Terangkan faktor tersebut.
6 marks
b
Gambar di bawah berkaitan jenis sumber teknologi.
Jelaskan prosedur mengurus sumber tersebut.
4 marks
510 marks
a
Rajah 2 di bawah menunjukkan pihak yang berkepentingan kepada penyata kewangan sebuah perniagaan.
Terangkan pihak berkepentingan di **X**, **Y** dan **Z**.
6 marks
b
Bezakan antara aset bukan semasa dengan aset semasa.
4 marks
610 marks
a
Maklumat berikut berkaitan dengan sejenis pembiayaan luaran.
> Syarikat Sukan Jaya merupakan sebuah perniagaan peralatan sukan. Sejak kebelakangan ini, perniagaan menghadapi masalah aliran tunai kerana pelanggan yang belum menjelaskan hutang. Oleh itu, syarikat mengambil keputusan memindahkan tugas pengutipan hutang tersebut kepada institusi kewangan.
Jelaskan jenis pembiayaan luaran yang terlibat.
5 marks
Maklumat di bawah merupakan Penyata Aliran Tunai Iffah Cookies.
**Iffah Cookies — Penyata Aliran Tunai bagi bulan berakhir 31 Mac 2023**
| Butiran | RM |
|---|---|
| Baki b/b | 32 000 |
| **Penerimaan** | |
| Jualan | 30 000 |
| Pinjaman | 50 000 |
| Jumlah Penerimaan | 80 000 |
| **Pembayaran** | |
| Gaji | 12 500 |
| Belian Tunai | 15 000 |
| Sewa | 3 000 |
| Jumlah Pembayaran | 30 500 |
| **Y** | ? |
| Baki h/b | **Z** |
Hitungkan:
b(i)
Nilai **Y**
3 marks
b(ii)
Nilai **Z**
2 marks
Bahagian BChoose 2 of 3Chosen 0/2
715 marks
Maklumat berikut berkaitan perniagaan pengeluaran produk makanan.
> Encik Amin mula mengusahakan perniagaan pengeluaran daging burger sejak tahun 2022. Selepas tiga tahun penubuhannya, beliau telah mempelbagaikan pengeluaran produknya seperti nugget ayam, daging kisar dan roti burger. Maklumat berikut berkaitan perniagaan Encik Amin.
| Perkara | Tahun 2022 | Tahun 2023 | Tahun 2024 |
|---|---|---|---|
| Pusing ganti stok | 3.0 kali | 5.0 kali | 4.0 kali |
| Jualan bersih | RM 450 000 | RM 680 000 | RM 500 000 |
> Sejak akhir-akhir ini, beliau mendapati jualan bersih perniagaannya mengalami penurunan. Setelah diteliti, Encik Amin mendapati ianya berpunca daripada bahagian pemasaran yang tidak bijak menggunakan kaedah promosi secara berkesan.
a
Prestasi tahun manakah lebih cekap dari segi pusing ganti stok? Jelaskan.
6 marks
b
Jelaskan tindakan yang boleh diambil oleh Encik Amin untuk mengatasi pusing ganti stok perniagaan yang kurang cekap.
5 marks
c
Anda bersetuju dengan Encik Amin, terangkan kaedah promosi yang sesuai digunakan untuk mengatasi situasi tersebut.
4 marks
815 marks
Maklumat berikut berkaitan dengan Syarikat Gloria Air Sdn Bhd.
> Pada tahun 2001, sebuah syarikat yang dibebani hutang yang amat banyak telah diambil alih oleh Park Mar Onn. Sejak diambil alih, Fly Airways Sdn Bhd telah berjaya meraih pelbagai anugerah serta bersaing sengit dengan syarikat-syarikat penerbangan yang lain termasuklah MAS Berhad. Pelbagai usaha telah dilakukan untuk meningkatkan hasil jualan dan menjadikan sebuah penerbangan yang terkenal di mata dunia.
>
> Beliau telah menggunakan pelbagai aplikasi teknologi maklumat seperti penggunaan laman sosial bagi tujuan mempromosikan perniagaan di atas talian. Malah beliau juga sangat menitikberatkan aspek pengelolaan sumber manusia dalam perniagaannya dalam usahanya menangani isu pekerja berpindah ke agensi penerbangan yang lain. Park Mar Onn telah berjaya menyelesaikan masalah beban hutang syarikat dalam masa satu tahun sahaja. Beliau telah berjaya membaiki prestasi Fly Airways Sdn Bhd dan merekodkan keuntungan.
a
Huraikan ciri-ciri keperibadian usahawan tersebut.
6 marks
b
Terangkan aplikasi teknologi maklumat yang digunakan dalam perniagaan tersebut.
4 marks
c
Jelaskan aspek pengelolaan sumber manusia yang dapat menjamin pekerja terus kekal dengan syarikat penerbangan miliknya.
5 marks
915 marks
Maklumat berikut berkaitan dengan sebuah syarikat pengeluaran bebola ikan.
> NafisahAnas Food Sdn Bhd mengusahakan produk berasaskan Bebola Ikan Goreng, Bebola Ikan Sayur dan Bebola Ikan Telur. Beliau mempunyai 30 orang pekerja. Syarikat ini mempunyai sebuah kilang yang terletak di Bentong. Kilang ini dilengkapi dengan mesin untuk pemprosesan bebola setiap hari. Baru-baru ini, timbul masalah beberapa buah mesin pemprosesan bebola mengalami kerosakan. Keadaan ini telah mengganggu pemprosesan pengeluarannya. Pada masa yang sama, pihak pengurusan juga bercadang untuk meningkatkan keselamatan sistem dalam sistem teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) di syarikat ini setelah satu kejadian maklumat perniagaannya telah disalah gunakan oleh pekerjanya sendiri.
a
Terangkan saiz dan sektor perniagaan NafisahAnas Food Sdn Bhd.
4 marks
b
Bagaimanakah cara mengurus sumber fizikal untuk membantu menyelesaikan masalah tersebut?
6 marks
c
Jelaskan peranan bahagian fungsian ICT kepada perniagaan NafisahAnas Food Sdn Bhd.
5 marks
Bahagian CAnswer all 1
1020 marks
Cemerlang Auto Care ialah sebuah perniagaan berasaskan perkhidmatan yang menyediakan servis penjagaan kereta profesional di Kotasas, Kuantan. Perniagaan ini telah beroperasi selama tiga tahun. Dengan pekerja seramai 10 orang, perniagaan ini menawarkan perkhidmatan premium, harga berpatutan dan cepat.
Selain menyediakan perkhidmatan yang berkualiti, Cemerlang Auto Care juga sering menganjurkan aktiviti kemasyarakatan seperti mencuci kenderaan pasukan bomba secara percuma, memberi diskaun kepada warga emas, dan menyumbang kepada tabung kebajikan setempat setiap bulan.
Cemerlang Auto Care boleh menyiapkan lebih kurang 260 buah kereta sebulan dan menjana pendapatan kasar sebanyak RM234,000 sebulan. Terdapat 2 pesaing perkhidmatan penjagaan kereta profesional berhampiran perniagaan ini. Berikut adalah carta pai yang menunjukkan syer pasaran tersebut.
Setelah tiga tahun beroperasi, perniagaan ini telah didaftarkan secara rasmi dengan penyertaan bersama oleh Alif, Amir dan Ahmad. Mereka telah menandatangani perjanjian rasmi untuk membahagikan keuntungan dan tanggungjawab secara adil.
Untuk menarik lebih ramai pelanggan, Cemerlang Auto Care menggunakan kaedah promosi seperti di bawah:
> **PROMO PERKHIDMATAN PENJAGAAN KERETA PROFESIONAL**
>
> **Cemerlang Auto Care – Penjagaan Terbaik untuk Kereta Anda!**
>
> **Harga Asal: RM1000 (premium)**
> **Harga Promosi: RM950**
> *(Diskaun RM100 jika Pelanggan Setia!)*
>
> **Mengapa Pilih Kami?**
>
> - Perkhidmatan profesional oleh pakar berpengalaman
> - Alatan canggih & bahan berkualiti tinggi
> - SMS peringatan servis untuk memastikan kereta anda sentiasa dalam keadaan terbaik
>
> **Bonus untuk Pelanggan Setia:**
>
> - Diskaun eksklusif RM100
> - SMS peringatan servis percuma
> - Cuci 5 kali, percuma 1 kali cucian
Berdasarkan kes tersebut, jawab soalan-soalan berikut.
a
Huraikan sektor perniagaan Cemerlang Auto Care.
3 marks
b
Jelaskan sumbangan Cemerlang Auto Care kepada masyarakat.
3 marks
c
Jelaskan kelebihan bentuk pemilikan perniagaan Cemerlang Auto Care yang baharu selepas didaftarkan secara rasmi.
4 marks
d(i)
Hitungkan syer pasaran Cemerlang Auto Care.
2 marks
d(ii)
Justifikasi jawapan di (d)(i) dengan membuat perbandingan dengan pesaing.
3 marks
e
Sebagai seorang pelanggan yang memerlukan perkhidmatan tersebut, wajarkah kaedah promosi itu digunakan oleh Cemerlang Auto Care?
5 marks
AI is marking
Question by question against the scheme — keep this page open