Gambar 1 dan gambar 2 merupakan dua buah organisasi.
a(i)
Apakah organisasi gambar 1 dan gambar 2?
2 marks
a(ii)
Bezakan organisasi di 1(a)(i).
4 marks
b
Jelaskan peranan Bank Negara Malaysia (BNM).
4 marks
210 marks
Rajah 1 berkaitan dengan grid pengurusan.
a(i)
Jelaskan gaya pengurusan di koordinat:
P
3 marks
a(ii)
Q
3 marks
b
Jelaskan faktor dalaman yang mempengaruhi perubahan visi, misi dan objektif perniagaan.
4 marks
310 marks
a(i)
Jelaskan peranan fungsian pembelian.
3 marks
a(ii)
Maklumat di bawah berkaitan tatacara pembelian.
**Menerima tempahan belian daripada pengurus jualan → Mencari pembekal yang sesuai → R → Menilai pembekal-pembekal → Membuat pesanan pembelian → Penerimaan barang daripada pembekal**
Jelaskan R.
3 marks
b
Jelaskan faktor penentu sistem penggajian selain permintaan dan penawaran buruh.
4 marks
410 marks
a(i)
Gambar 3 merupakan sejenis sumber.
Jelaskan sumber tersebut.
2 marks
a(ii)
Mengapakah pengurusan sumber tersebut diperlukan dalam pengoperasian sesebuah perniagaan?
4 marks
b
Maklumat di bawah berkaitan sebuah perniagaan dobi cucian kering.
> Puan Sheila telah mengusahakan perniagaan dobi cucian kering sejak tahun 2023. Selepas tiga tahun beroperasi, perniagaannya menghadapi masalah aliran tunai untuk penyelenggaraan mesin basuh dan mesin pengering. Beliau ingin mendapatkan sumber pembiayaan daripada bank dengan menggunakan akaun semasa perniagaan.
Terangkan sumber pembiayaan tersebut.
4 marks
510 marks
a
Jelaskan kepentingan penyata pendapatan kepada perniagaan.
4 marks
b
Gambar 4 berkaitan dengan sejenis stok.
Huraikan S dan T.
6 marks
610 marks
Berikut merupakan sejenis dokumen perniagaan.
**Dokumen 1**
**BANK MALAYSIA** — *Bersama Mencapai Kemajuan* | **PENYATA AKAUN** — Akaun Semasa
**MAJU JAYA TRADING SDN. BHD.**, 202301012345 (1501234-A), 23, Jalan Industri 3/5, Kawasan Perindustrian Bukit Raja, 40000 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.
- No. Akaun: 1-23456-0012345-6
- Jenis Akaun: Akaun Semasa
- Tarikh Penyata: 31 Mei 2025
- Tempoh Penyata: 01 Mei 2025 – 31 Mei 2025
| Tarikh | Butiran Transaksi | No. Cek / No. Ref | Debit (RM) | Kredit (RM) | Baki (RM) |
|---|---|---|---|---|---|
| 30/04/2025 | BAKI BAWAAN | - | - | - | 25,000.00 |
| 02/05/2025 | TERIMAAN: BAYARAN DARIPADA ABC SDN. BHD. | TRF12345 | - | 15,000.00 | 40,000.00 |
| 05/05/2025 | PEMBAYARAN: PEMBEKAL ALAT TULIS | IBG56789 | (2,350.00) | - | 37,650.00 |
| 08/05/2025 | PEMBAYARAN: SEWA PREMIS MEI 2025 | IBG56790 | (5,000.00) | - | 32,650.00 |
| 12/05/2025 | TERIMAAN: BAYARAN DARIPADA XYZ ENTERPRISE | TRF12346 | - | 22,500.00 | 55,150.00 |
| 15/05/2025 | PEMBAYARAN: GAJI KAKITANGAN | IBG56791 | (18,750.00) | - | 36,400.00 |
| 20/05/2025 | PEMBAYARAN: UTILITI (TENAGA NASIONAL) | IBG56792 | (1,200.00) | - | 35,200.00 |
| 23/05/2025 | TERIMAAN: BAYARAN DARIPADA LMN SDN. BHD. | TRF12347 | - | 8,800.00 | 44,000.00 |
| 27/05/2025 | PEMBAYARAN: PEMBEKAL BARANG DAGANGAN | IBG56793 | (12,600.00) | - | 31,400.00 |
| 30/05/2025 | CAJ PERKHIDMATAN | - | (15.00) | - | 31,385.00 |
| 31/05/2025 | **BAKI AKHIR** | - | - | - | **31,385.00** |
*Nota: Penyata ini adalah cetakan komputer dan tidak memerlukan tandatangan. Terima kasih kerana berurusan dengan kami. Hubungi Kami: 1-300-88-5465, www.bankmalaysia.com.my*
a(i)
Apakah dokumen tersebut?
1 marks
a(ii)
Mengapakah dokumen di 6(a)(i) penting kepada peniaga?
5 marks
b
Situasi berikut berkaitan dengan promosi.
> Syarikat Fahmi Sdn Bhd. merupakan pengeluar produk jus kesihatan. Pada peringkat awal perniagaan, produknya kurang mendapat sambutan. Bagi mengatasi masalah, beliau bercadang untuk mengkomersialkan jus kesihatan. Pengurus pemasaran telah ditugaskan untuk mempromosikan produk tersebut.
Terangkan kaedah promosi yang sesuai digunakan.
4 marks
Bahagian BChoose 2 of 3Chosen 0/2
715 marks
Maklumat berikut berkaitan dengan Cakna Tekstil Sdn. Bhd.
> Cakna Tekstil Sdn. Bhd. merupakan sebuah syarikat pengeluar pakaian tradisional yang sedang berkembang pesat di Pantai Timur. Pengurus Besar syarikat, Encik Ariff lebih gemar mengisi kekosongan jawatan pengurusan dengan menawarkan kenaikan pangkat kepada kakitangan sedia ada berbanding mencari calon dari luar. Beliau percaya pekerja sedia ada sudah memahami budaya kerja syarikat.
>
> Walau bagaimanapun, situasi ekonomi negara menunjukkan trend penurunan yang membimbangkan akibat kemerosotan ekonomi global. Kuasa beli pengguna menurun secara drastik dan banyak industri terpaksa mengecilkan operasi mereka menyebabkan syarikat tidak lagi memerlukan ramai tenaga pekerja.
a
Jelaskan kelebihan bentuk pemilikan perniagaan tersebut.
6 marks
b
Mengapakah Cakna Tekstil Sdn. Bhd. mengambil pekerja sedia ada?
5 marks
c
Terangkan cara mengatasi pengangguran tersebut.
4 marks
815 marks
Maklumat berikut berkaitan dengan perniagaan Syarikat Batik Idaman.
> Syarikat Batik Idaman merupakan pengeluar batik tersohor di Kelantan. Syarikat ini telah berjaya menembusi pasaran di seluruh Semenanjung Malaysia, Sabah, dan Sarawak. Namun, pengurusan syarikat mendapati bahawa pelanggan kini lebih gemar membeli-belah secara dalam talian. Pengurus besar memutuskan untuk mengukuhkan bahagian e-dagang syarikat. Dua calon telah dipilih untuk mengisi jawatan Eksekutif Jualan Digital & Operasi IT.
| Calon A - Encik Ariff | Calon B - Puan Rina |
|---|---|
| Ijazah Sarjana Muda Teknologi Maklumat | Diploma Pemasaran Digital. |
| 2 tahun sebagai pembangun laman web. | 5 tahun menguruskan tempahan dalam talian di platform Shopee dan TikTok. |
| Mahir dalam pengekodan (coding) dan penyelenggaraan pelayan (server). | Mahir menggunakan sistem pengurusan pesanan (OMS) dan pemasaran media sosial. |
| Cekap menyusun pangkalan data pelanggan, tetapi kurang pengalaman dalam khidmat pelanggan secara langsung. | Sangat mahir menguruskan beratus tempahan sehari dan mahir dalam strategi (upselling) semasa melayan perbualan (chat) pelanggan. |
Syarikat Batik Idaman menggunakan sistem tempahan secara dalam talian melalui pengambilan pekerja baharu yang mahir dalam penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi.
a
Jelaskan skala perniagaan tersebut.
4 marks
b
Sebagai pengurus syarikat, calon manakah yang dipilih untuk mengurus tempahan pelanggan?
5 marks
c
Anda bersetuju bahawa penggunaan aplikasi e-tempahan dapat membantu pengurusan perniagaan menjadi lebih sistematik?
6 marks
915 marks
Maklumat berikut berkaitan dengan sebuah perniagaan.
> FSH Sdn. Bhd. merupakan sebuah syarikat tempatan yang mengeluarkan makanan sejuk beku. Berikut adalah maklumat yang diambil daripada akaun pengeluaran syarikat ini daripada tahun 2023 hingga 2025.
| Butiran \ Tahun | 2023 | 2024 | 2025 |
|---|---|---|---|
| Jumlah Pengeluaran (Unit) | 45 000 | 60 000 | 80 000 |
| Harga seunit (RM) | 12 | 14 | 15 |
| Kos seunit (RM) | 8 | 9 | 10 |
> Sejak dua tahun kebelakangan ini syarikat menghadapi cabaran peningkatan kos bahan mentah dan kos sara hidup pekerja yang semakin meningkat. Walaupun pengeluaran menunjukkan trend peningkatan, syarikat perlu mengawal kos untuk meningkatkan margin keuntungan demi mengekalkan daya saing dipasaran. Pihak pengurusan masih dalam pertimbangan samada mahu menaikkan gaji pekerja bagi mengekalkan tenaga kerja mahir atau menangguhkannya untuk menjaga aliran tunai syarikat.
a(i)
Hitungkan keuntungan yang diperoleh pada tahun 2025.
3 marks
a(ii)
Jelaskan kepentingan keuntungan kepada FSH Sdn. Bhd.
4 marks
b
Mengapakah pihak pengurusan masih dalam pertimbangan untuk menaikkan gaji pekerja?
4 marks
c
Jelaskan implikasi yang akan dihadapi oleh pihak pengurusan jika tidak menaikkan gaji pekerja?
4 marks
Bahagian CAnswer all 1
1020 marks
Puan Rania merupakan seorang usahawan yang menjalankan perniagaan anyaman mengkuang dan rotan di Pasir Puteh, Kelantan. Perniagaan ini dijalankan secara kecil-kecilan dengan menghasilkan produk seperti tikar, bakul, dan beg tangan yang dianyam secara manual. Keunikan hasil anyaman terletak pada corak tradisional serta penggunaan bahan semula jadi yang mesra alam. Perniagaan ini mempunyai 20 orang pekerja tetap dan jumlah jualan tahunan pada tahun 2025 adalah sebanyak RM 500 000.
Walau bagaimanapun, perniagaan ini menghadapi pelbagai cabaran yang menjejaskan kelangsungan perniagaan. Kekangan kewangan menyebabkan pengeluaran tidak dapat ditingkatkan, di samping kesukaran mendapatkan bahan mentah dan memasarkan produk secara meluas. Situasi ini memberi kesan negatif kepada matlamat dan objektif perniagaan Puan Rania.
Keadaan menjadi lebih sukar apabila rakan kongsi utama dalam perniagaan ini telah meninggal dunia. Kehilangan rakan kongsi turut menjejaskan pengurusan dan operasi harian perniagaan. Akibat kekangan kewangan yang berterusan serta kekurangan tenaga kerja dan kepakaran, perniagaan ini terpaksa dibubarkan buat sementara waktu.
Sehubungan itu, Puan Rania bercadang untuk memohon pembiayaan bagi mengembangkan perniagaan anyaman mengkuang dan rotan ini. Dengan adanya sokongan kewangan, perniagaan ini berpotensi untuk meningkatkan pengeluaran, memperluaskan pemasaran melalui platform digital serta membuka peluang pekerjaan kepada masyarakat setempat. Selain itu, usaha ini juga dapat memelihara warisan kraftangan tradisional agar tidak pupus ditelan zaman.
Berdasarkan kes tersebut, jawab soalan-soalan berikut:
a
Jelaskan saiz perniagaan Puan Rania.
3 marks
b
Mengapakah Puan Rania terpaksa membubarkan perniagaannya?
4 marks
c(i)
Jelaskan kesan kegagalan mencapai matlamat dan objektif.
4 marks
c(ii)
Cadangkan langkah yang perlu diambil oleh Puan Rania.
5 marks
d
Terangkan sumber pembiayaan yang sesuai bagi Puan Rania. Beri alasan anda.
4 marks
AI is marking
Question by question against the scheme — keep this page open