Jelaskan matlamat penubuhan Organisasi Bukan Bermotifkan Untung (OBBU).
4 marks
b
Gambar di bawah menunjukkan dua bentuk pemilikan perniagaan.
Jelaskan perbezaan bentuk pemilikan perniagaan di atas.
6 marks
210 marks
a
Gambar berikut menunjukkan agensi kerajaan yang terlibat dalam aspek perkembangan aktiviti perniagaan.
Jelaskan peranan agensi di atas.
5 marks
b
Jelaskan kepentingan pengurusan sumber manusia dalam sesebuah perniagaan.
5 marks
310 marks
Berikut merupakan maklumat bagi Syarikat Kasut Idaman Sdn. Bhd.
- Kos berubah sepasang kasut: X
- Kos tetap: RM 100000
- Titik pulang modal: 1250 unit
a(i)
Hitung nilai X jika harga jualan ialah RM 230.00
2 marks
a(ii)
Bagaimanakah faktor daya saing dapat mempengaruhi dalam penetapan visi, misi dan objektif.
2 marks
b
Rajah menunjukkan tahap kitaran ekonomi.
Jelaskan peranan kerajaan dalam mengatasi masalah di fasa 1.
6 marks
410 marks
a
Gambar berikut berkait dengan perniagaan sate yang dijalankan oleh Syed Aizril.
Terangkan sumber teknologi yang terlibat dalam perniagaan sate Syed Aizril.
4 marks
Jelaskan faktor berikut dalam menentukan kemampuan perniagaan bertahan dalam industri.
b(i)
Kewangan
3 marks
b(ii)
Teknologi
3 marks
510 marks
a
Rajah berikut berkaitan dengan langkah-langkah pembangunan produk baharu.
> Penjanaan Idea → **Y** → Pembangunan dan pengujian konsep → Pembangunan strategi pemasaran → Analisis Perniagaan → Pembangunan Produk → Ujian Pemasaran → Komersialisasi
Jelaskan **Y**.
4 marks
Jelaskan hubungan dan interaksi sesebuah perniagaan dengan organisasi luar.
b(i)
Interaksi dengan pembekal
3 marks
b(ii)
Interaksi dengan pelanggan
3 marks
610 marks
a
Syarikat Gerak Pantas Sdn Bhd ingin menilai prestasi perniagaannya untuk tahun 2024 dan 2025 berdasarkan maklumat berikut.
| Tahun | 2024 | 2025 |
|---|---|---|
| Peratusan pulangan atas modal | 22.39 % | 26.11 % |
Jelaskan prestasi perniagaan di atas.
4 marks
Jelaskan kaedah promosi berikut.
b(i)
Jualan langsung
3 marks
b(ii)
Promosi Jualan
3 marks
Bahagian BChoose 2 of 3Chosen 0/2
715 marks
Pernyataan di bawah berkaitan dengan sebuah perniagaan.
> GoFresh PLT Mart menjalankan perniagaan menjual barang keperluan harian. GoFresh PLT Mart baharu ditubuhkan oleh sekumpulan usahawan yang ingin menikmati kelebihan entiti syarikat tetapi mengekalkan fleksibiliti pengurusan perkongsian. GoFresh PLT Mart menggaji 5 orang pekerja tetap bagi melancarkan operasi perniagaan. Namun, sejak kebelakangan ini, GoFresh PLT Mart lemah dalam mengurus penyelesaian masalah dan isu antara Cik Ilham dan Encik Azman. Cik Ilham mendakwa bahawa Encik Azman sering mengubah jadual kerja pekerja bawahan tanpa berbincang terlebih dahulu. Kesannya pertindihan tugas antara pekerja bawahan dari segi pengurusan masa dan beban kerja yang tidak seimbang. Sebaliknya, Encik Azman berasa dia mempunyai kuasa penuh dalam menguruskan pekerja di bahagian operasi. Akibat daripada perselisihan faham ini, komunikasi antara pekerja terputus, motivasi pekerja menurun, dan beberapa kesilapan teknikal mula berlaku dalam operasi perniagaan.
a
Mengapakah pengurus perniagaan GoFresh PLT Mart memilih bentuk pemilikan tersebut?
5 marks
b
Berdasarkan aspek pengelolaan sumber manusia, cadangkan kaedah penyelesaian masalah yang berkesan.
5 marks
c
Beri pendapat anda akan tindakan yang boleh dilakukan oleh pihak pengurusan agar masalah ini tidak berulang pada masa hadapan?
5 marks
815 marks
Maklumat berikut berkaitan perniagaan makanan sejuk beku yang dijalankan oleh Encik Aniq Indrawan.
> Encik Aniq Indrawan merupakan bekas pesara tentera yang baru berjinak-jinak menceburi bidang perniagaan berasaskan makanan sejuk beku. Berbekalkan duit ganjaran yang diterima selepas pencen, beliau memulakan perniagaan tersebut dengan membeli beberapa peralatan memproses makanan sejuk beku dan bahan mentah. Walau bagaimanapun Encik Aniq Indrawan menghadapi kekangan modal untuk membeli beberapa unit peti sejuk beku untuk kegunaan industri. Beliau bercadang untuk membuat pinjaman menggunakan sumber pembiayaan luaran. Oleh itu satu rancangan perniagaan yang lengkap harus disediakan oleh Encik Aniq Indrawan. Setelah beberapa tahun memulakan perniagaan ini, beliau berhasrat untuk melebarkan sayap produknya ke pasaran antarabangsa.
a
Terangkan dua jenis pembiayaan luaran yang sesuai untuk membantu Encik Aniq Indrawan menyelesaikan masalahnya dan berikan kekuatan jenis pembiayaan-pembiayaan tersebut.
5 marks
b
Jelaskan kepentingan Encik Aniq Indrawan menyediakan rancangan perniagaan.
5 marks
c
Jelaskan agensi yang sesuai membantu Encik Aniq Indrawan dalam merealisasikan hasratnya itu.
5 marks
915 marks
Petikan akhbar berikut berkaitan trend kerjaya.
> **Pencipta Kandungan (Content Creator) Antara Kerjaya Baru Belia Malaysia**
>
> KUALA LUMPUR: Golongan belia di negara ini sedang mentakrif semula bagaimana pekerjaan dan perniagaan boleh dimanfaatkan dalam era digital melalui penciptaan kandungan (content creator), penstriman langsung, pemasaran afiliasi dan keusahawanan digital di TikTok serta TikTok Shop.
>
> Menteri Ekonomi, Akmal Nasrullah Mohd Nasir, berkata golongan muda di Malaysia bukan sahaja menggunakan kandungan digital tetapi mereka juga menciptanya, berinovasi melalui kandungan tersebut dan membina perniagaan di persekitarannya. Selain itu, kerajaan telah pelbagai insentif kepada golongan muda yang terlibat. Antara insentif yang disediakan ialah geran kewangan.
>
> (Sumber: Diubahsuai daripada http://www.bharian.com.my, 3 April 2026)
a
Terangkan bahagian fungsian yang terlibat dalam perniagaan digital yang dikendalikan oleh pencipta kandungan (content creator).
4 marks
b
Anda bersetuju kerjaya pencipta kandungan (content creator) memberi impak kepada masyarakat dan negara. Jelaskan.
6 marks
c
Pada pendapat anda, wajarkah pencipta kandungan (content creator) dijadikan sebagai kerjaya. Berikan alasan anda.
5 marks
Bahagian CAnswer all 1
1020 marks
Syarikat Teguh Maju Berhad (TMB) merupakan sebuah syarikat yang terlibat dalam pengeluaran dan pengedaran minuman sedia minum (Ready-to-Drink, RTD) seperti kopi botol, teh ais premium dan jus buah segar. Syarikat ini telah beroperasi selama 10 tahun dan mempunyai rangkaian pengedaran yang meluas meliputi kedai runcit, stesen minyak serta platform dalam talian di seluruh Malaysia. Namun begitu, sejak tahun 2025, prestasi kewangan syarikat telah menunjukkan penurunan yang membimbangkan.
| Produk | Jualan 2024 (RM) | Jualan 2025 (RM) |
|---|---|---|
| Kopi Botol | 1,200,000 | 900,000 |
| Teh Ais Premium | 900,000 | 700,000 |
| Jus Buah Segar | 800,000 | 600,000 |
| **Jumlah** | **2,900,000** | **2,200,000** |
Jadual: Jumlah Jualan Syarikat Teguh Maju Berhad (TMB) bagi tahun 2024 dan 2025
Hal ini berpunca daripada kos bahan mentah seperti gula dan susu telah meningkat secara mendadak sebanyak 20%, manakala kos pengangkutan turut meningkat sebanyak 15% berikutan kenaikan harga bahan api. Di samping itu, perubahan citarasa pengguna juga memberi kesan kepada prestasi jualan syarikat. Kajian pasaran menunjukkan pengguna kini lebih cenderung memilih minuman rendah gula dan lebih sihat. Walau bagaimanapun, produk sedia ada TMB didapati masih mempunyai kandungan gula yang agak tinggi berbanding pesaing, sekali gus menyebabkan penurunan minat pengguna terhadap produk syarikat.
Dari segi operasi, syarikat turut menghadapi masalah dalam sistem pengedaran apabila berlaku kelewatan penghantaran ke beberapa kawasan luar bandar. Situasi ini menyebabkan kekurangan stok di pasaran dan menjejaskan jualan syarikat. Tambahan pula, strategi pemasaran digital syarikat didapati kurang berkesan. Syarikat TMB kurang aktif dalam penggunaan media sosial berbanding pesaing yang agresif menggunakan platform digital serta kerjasama dengan pempengaruh untuk menarik pelanggan baharu. Sehubungan itu, pihak pengurusan sedang mempertimbangkan dua alternatif utama bagi mengatasi masalah syarikat. Alternatif pertama ialah menambah modal perniagaan bagi meningkatkan kapasiti pengeluaran serta memperkukuh strategi pemasaran. Walau bagaimanapun, langkah ini berisiko meningkatkan beban kewangan syarikat.
Alternatif kedua ialah menerima pelawaan kerjasama strategik daripada Apex Synergy Berhad, sebuah syarikat yang mempunyai kepakaran dalam bidang logistik, pemasaran digital dan pengedaran antarabangsa. Kerjasama ini dijangka dapat membantu TMB menembusi pasaran luar negara serta meningkatkan kecekapan operasi. Pihak pengurusan TMB kini berada dalam dilema untuk memilih strategi terbaik bagi memastikan kelangsungan dan pertumbuhan syarikat dalam jangka panjang. Keputusan yang dibuat bukan sahaja akan memberi kesan kepada prestasi kewangan syarikat, malah turut mempengaruhi kedudukan daya saing TMB dalam industri minuman sedia minum.
a(i)
Apakah trend perniagaan Syarikat Teguh Maju Berhad (TMB)?
1 marks
a(ii)
Jelaskan jawapan di (a)(i).
3 marks
b
Jelaskan kesan perubahan citarasa pengguna terhadap perniagaan TMB.
4 marks
c
Bagaimanakah Syarikat TMB menyelesaikan masalah kelewatan penghantaran produk?
4 marks
d
Cadangkan strategi promosi yang berkesan.
4 marks
e
Pada pendapat anda, wajarkah syarikat TMB menerima pelawaan kerjasama strategik daripada Apex Synergy Berhad. Kemukakan alasan.
4 marks
AI is marking
Question by question against the scheme — keep this page open