Jelaskan tujuan penubuhan sesebuah organisasi perniagaan.
4 marks
b(i)
Apakah pemilikan perniagaan yang ditubuhkan untuk menjaga kebajikan ahlinya?
1 marks
b(ii)
Jelaskan prinsip pemilikan perniagaan di 1(b)(i).
5 marks
210 marks
a
Maklumat berikut berkaitan dengan objektif Syarikat Minuman Segar Sdn Bhd.
- Menjual produk minuman botol berasaskan buah-buahan
- Menjual 800 unit produk minuman dalam tempoh sebulan bagi pasaran tempatan
- Mensasarkan peningkatan 5% jualan setiap bulan bagi pasaran tempatan.
Terangkan ciri objektif perniagaan tersebut.
4 marks
b
Gambar 1 menunjukkan salah satu bahagian fungsian yang terdapat dalam perniagaan.
Jelaskan tujuan bahagian fungsian di atas.
6 marks
310 marks
a
Situasi berikut berkaitan aspek pengelolaan sumber manusia dalam pembangunan sesebuah perniagaan.
> Puan Rossy merupakan pemilik Firma Perakaunan Rossy Associates. Beliau menempatkan pekerjanya di ruang kerja yang dilengkapi dengan komputer yang mengandungi perisian perakaunan yang terkini. Setiap pekerja dibayar gaji mengikut pengalaman dan kelayakan masing-masing. Pekerja juga perlu mematuhi SOP yang telah ditetapkan. Pekerja yang berprestasi tinggi akan diberi penghargaan dan perbincangan dari masa ke semasa sentiasa diadakan bagi menggalakkan komunikasi berkesan.
Terangkan aspek tersebut.
6 marks
b
Jelaskan jenis pembiayaan overdraf.
4 marks
410 marks
a
Jelaskan kegunaan penyata kewangan kepada pihak berkepentingan.
5 marks
b
Bagaimanakah usahawan dapat membantu masyarakat dan negara?
5 marks
510 marks
Maklumat berikut berkaitan sebuah agensi kerajaan.
> Organisasi penyelidikan dan piawaian yang membantu dalam pembangunan industri, teknologi dan kualiti produk serta perkhidmatan di Malaysia.
a(i)
Apakah agensi tersebut?
1 marks
a(ii)
Jelaskan peranan agensi di 5 (a) (i).
3 marks
b
Maklumat berikut berkaitan dengan sebuah perniagaan.
> Molek Hotel & Resort merupakan sebuah perniagaan yang menguruskan rangkaian hotel di Malaysia. Sejak pandemik Covid-19 pada tahun 2020, perniagaan mengalami kemerosotan keuntungan yang menjejaskan operasinya.
Jelaskan trend persekitaran perniagaan syarikat tersebut.
6 marks
610 marks
a
Rajah berkaitan dengan kelebihan berniaga sebagai satu peluang kerjaya.
**Kelebihan berniaga sebagai satu peluang kerjaya** (kotak induk) bercabang kepada tiga kotak:
- Matlamat peribadi
- Objektif perniagaan
- P
Jelaskan P.
4 marks
b
Jelaskan butiran yang terdapat di bahagian rancangan operasi dalam rancangan perniagaan.
6 marks
Bahagian BChoose 2 of 3Chosen 0/2
715 marks
Maklumat berikut berkaitan dengan perniagaan Kedai Kek Sedap.
Promosi yang dijalankan telah meningkatkan jumlah pelanggan di Kedai Kek Sedap sehingga pekerja sedia ada tidak mencukupi untuk melayani pelanggan. Pada masa yang sama, pembuat kek di Kedai Kek Sedap memaklumkan bahawa beliau akan meletakkan jawatan bulan hadapan kerana perlu berhijrah mengikut suami, sekali gus mewujudkan kekosongan jawatan yang perlu diisi.
Seorang rakan pengurus yang merupakan pensyarah di sebuah politeknik berdekatan telah mencadangkan beberapa pelajar bidang kulinari untuk bekerja di kedai tersebut. Cadangan itu memberi peluang kepada pelajar memperoleh pengalaman praktikal sambil membantu pengurus mendapatkan pekerja baharu bagi mengisi kekosongan jawatan.
a
Jelaskan kaedah promosi yang digunakan oleh perniagaan Kedai Kek Sedap.
4 marks
b
Anda bersetuju dengan bilangan pekerja sedia ada tidak dapat mengekalkan kualiti perkhidmatan yang ditawarkan oleh perniagaan tersebut. Berikan pendapat.
6 marks
c
Wajarkah pengurus Kedai Kek Sedap menerima cadangan rakannya? Kemukakan alasan.
5 marks
815 marks
Maklumat berikut berkaitan dengan perniagaan Kopi Warisan Kluang.
> Di daerah Kluang, Johor, terdapat sebuah perniagaan milikan tunggal bernama Kopi Warisan Kluang. Perniagaan ini mempunyai 20 orang pekerja tetap dan mencatatkan jualan tahunan sebanyak RM2 juta. Produk utama ialah kopi premium berasaskan biji kopi tempatan dengan variasi seperti kopi botol ready-to-drink, cold brew, dan kapsul kopi untuk mesin rumah yang kini dipasarkan ke seluruh negeri Johor.
>
> Bagi meningkatkan jualan, pemilik melakukan inovasi dengan memperkenalkan pembungkusan moden serta meningkatkan pemasaran menggunakan platform e-dagang. Walaupun bermula sebagai milikan tunggal, pemilik bercadang menukar bentuk milikan kepada Syarikat Sendirian Berhad (Sdn. Bhd.) apabila perniagaan dilihat semakin berkembang.
a
Jelaskan saiz dan skala perniagaan Kopi Warisan Kluang.
6 marks
b
Anda bersetuju inovasi yang dilakukan memberi kesan positif kepada perniagaan. Jelaskan.
4 marks
c
Pada pendapat anda, wajarkah cadangan pemilik perniagaan diterima? Berikan alasan.
5 marks
915 marks
Maklumat di bawah berkaitan perniagaan Syarikat Jati Warisan Sdn. Bhd.
> Syarikat Jati Warisan Sdn. Bhd. merupakan sebuah perniagaan bumiputera di Pontian, Johor yang mengusahakan perniagaan perabot jati. Sejak setahun lalu, syarikat menghadapi kejatuhan jualan yang teruk ekoran situasi deflasi menyebabkan kuasa beli penduduk merosot. Encik Johari sebagai pemilik syarikat tidak mampu mengekalkan pekerja sedia ada kerana terpaksa menanggung kos operasi yang tinggi.
>
> Bagi meningkatkan jualan, Encik Johari merancang satu projek inovasi yang memerlukan dana sebanyak RM100,000 bagi membeli mesin berteknologi tinggi. Beliau mengambil tindakan memohon skim pembiayaan daripada Majlis Amanah Rakyat (MARA). Sekiranya rancangan ini berjaya, En Johari bercadang untuk memasarkan produknya ke pasaran antarabangsa.
a
Bagaimanakah kerajaan dapat membantu mengatasi situasi tersebut?
6 marks
b
Anda bersetuju dengan tindakan Encik Johari mendapatkan skim pembiayaan daripada MARA. Berikan alasan.
En Farish merupakan pemilik Syarikat NBJ Sdn Bhd yang beroperasi di Kawasan Perindustrian Senai, Johor. Syarikat ini mengeluarkan produk berasaskan buah-buahan tempatan yang diproses seperti jus, jem dan buah-buahan yang dikeringkan.
Syarikat NBJ Sdn Bhd mempunyai pekerja seramai 100 orang yang terdiri daripada penduduk tempatan. Berikut adalah agihan pekerja syarikat:
Pekerja kontrak merupakan pekerja tidak mahir yang bekerja dalam tempoh 1 tahun. Jika prestasi tidak memuaskan kontrak tidak akan disambung semula. Encik Muizz sebagai pengurus sumber manusia berpendapat, syarikat akan menghadapi masalah jika tidak mempunyai pekerja yang memenuhi keperluan kemahiran kebolehkerjaan seperti berpengalaman dan kelayakan yang bersesuaian. Situasi ini akan menyebabkan kos operasi meningkat dan berlaku pusing ganti pekerja yang tinggi. Bilangan pekerja mahir perlu ditingkatkan bagi meningkatkan daya saing di pasaran.
En Farish sentiasa memastikan mesin dan peralatan ICT yang digunakan adalah yang terkini dan moden. Beliau telah memasang kamera litar tertutup (CCTV) bagi tujuan kawalan dan keselamatan. Tindakan ini dirasakan sudah mencukupi dalam mengurus sumber fizikal.
En Farish juga ingin meluaskan pasaran perniagaannya dengan membuat penambahbaikan kepada pembungkusan produk yang lebih menarik dan menepati citarasa pelanggan. *(Gambar produk syarikat dipaparkan bersama soalan (d).)*
Beliau telah mengarahkan pengurus pemasaran untuk merancang kaedah promosi yang sesuai dan berkesan bagi menarik minat pelanggan. Permintaan yang terus meningkat memerlukan En Farish menambah beberapa mesin untuk menyiapkan tempahan dengan segera. Pihak syarikat masih mempertimbangkan untuk membeli mesin tersebut secara sewa beli atau pajakan.
Berdasarkan kes tersebut, jawab soalan-soalan berikut:
a
Jelaskan bentuk milikan perniagaan En Farish.
4 marks
b(i)
Apakah jenis pengangguran yang wujud daripada situasi di atas?
1 marks
b(ii)
Bagaimanakah En Muizz dapat mengatasi masalah tersebut?
3 marks
c
Anda tidak bersetuju dengan tindakan En Farish menguruskan sumber fizikalnya. Berikan alasan.
4 marks
d
Terangkan kaedah promosi yang sesuai dirancang oleh pengurus pemasaran.
4 marks
e
Sebagai pengurus kewangan, cadangkan jenis pembiayaan yang sesuai dipilih oleh Syarikat NBJ Sdn Bhd. Berikan alasan anda.
4 marks
AI is marking
Question by question against the scheme — keep this page open