Bezakan aktiviti perniagaan berasaskan barang dan perkhidmatan.
6 marks
b
Rajah 1 menunjukkan jenis-jenis rakan kongsi.
Terangkan rakan kongsi **X** dan **Y**.
4 marks
210 marks
a
Maklumat berikut berkaitan skala perniagaan.
> Eton Enterprise merupakan pengedar produk ikan patin sejuk beku di Port Dickson, Negeri Sembilan. Selepas 3 tahun beroperasi, Eton Enterprise telah mengembangkan perniagaannya di Melaka dan Johor.
Huraikan skala perniagaan Eton Enterprise selepas 3 tahun beroperasi.
4 marks
b
Perbualan berikut berkaitan dengan peranan sebuah agensi kerajaan.
Jelaskan agensi tersebut.
6 marks
310 marks
a
Situasi berikut berlaku akibat daripada suatu masalah ekonomi.
> Permintaan terhadap produk meningkat berbanding penawaran yang terhad dalam pasaran.
Bagaimanakah cara kerajaan untuk menangani situasi tersebut?
4 marks
b
Gambar 1 dan gambar 2 menunjukkan dua organisasi dengan matlamat penubuhan yang berbeza.
Bandingkan organisasi tersebut.
6 marks
410 marks
a
Terangkan faktor luaran yang boleh mempengaruhi keuntungan sesebuah perniagaan.
6 marks
b
Situasi berikut berkaitan dengan satu proses komunikasi.
> Puan Nona sedang membentangkan rancangan pemasaran tahunan secara dalam talian kepada semua pengurus cawangan syarikatnya. Namun, talian internet tidak stabil menyebabkan maklumat sukar difahami. Beberapa pengurus memberitahu mereka tidak jelas dengan isi pembentangan dan mencadangkan agar bahan dihantar melalui email atau membuat pembentangan semula.
Jelaskan proses tersebut.
4 marks
510 marks
a
Rajah 2 merupakan struktur organisasi sebuah syarikat.
Huraikan struktur organisasi tersebut.
4 marks
b
> ***"Aspek pengelolaan sumber manusia seperti struktur organisasi dan sistem penggajian dapat merangka pembentukan strategi yang sesuai bagi memenuhi keperluan sumber manusia yang tepat"***
Terangkan aspek pengelolaan sumber manusia selain daripada yang dinyatakan.
6 marks
610 marks
a
Terangkan jenis sumber pembiayaan dalaman.
4 marks
b
Maklumat berikut berkaitan dengan seorang usahawan.
> Encik Lokman merupakan seorang usahawan yang mengusahakan kilang memproses ayam segar di Jelebu pada tahun 2024 dan beliau juga mempunyai tiga ladang penternakan ayamnya sendiri.
Jelaskan kelebihan yang diperoleh masyarakat apabila Encik Lokman menjalankan perniagaan tersebut.
6 marks
Bahagian BChoose 2 of 3Chosen 0/2
715 marks
Maklumat berikut berkaitan dengan sebuah perniagaan.
> Penerbitan Buku Indah Sdn. Bhd. merupakan perniagaan yang menerbitkan buku dan majalah yang telah beroperasi selama 20 tahun dengan 210 orang pekerja tetap. Hasil jualan tahunan yang dicatatkan pada tahun 2019 adalah sebanyak RM51 juta.
>
> Walau bagaimanapun, bermula pada tahun 2020 jualan syarikat mula mengalami penurunan yang membimbangkan akibat perubahan pasaran. Hal ini juga disebabkan peranan ejen dalam mengedarkan buku-buku semakin tidak efektif. Oleh yang demikian, pengurus besar telah mengarahkan penyelia bahagian pengagihan untuk menggunakan saluran agihan yang lebih sesuai.
a
Huraikan klasifikasi perniagaan Penerbitan Buku Indah Sdn. Bhd.
6 marks
b
Jelaskan kesan perubahan dari aspek pasaran.
5 marks
c
Jelaskan saluran agihan yang lebih sesuai untuk buku-bukunya.
4 marks
815 marks
Maklumat berikut berkaitan dengan sebuah perniagaan.
> Encik Siva merupakan seorang pengusaha ladang sawit di Pontian, Johor. Beliau merupakan majikan yang disenangi oleh pekerjanya. Dalam menentukan hala tuju perniagaan, beliau akan mendengar pandangan dan cadangan daripada pekerja sebelum memutuskan sebarang keputusan.
>
> Setelah tiga tahun beroperasi, beliau bercadang untuk menambah dua buah lori bagi tujuan penghantaran hasil buah kelapa sawit ke kilang. Namun beliau tidak mahu menggunakan pembelian tersebut secara tunai. Selain daripada itu, Encik Siva berhasrat membuat pinjaman modal tambahan daripada institusi kewangan bagi menyokong perkembangan perniagaannya. Beliau meminta pengurus pentadbiran menyediakan rancangan perniagaan bagi tujuan mendapatkan kelulusan pinjaman tersebut.
a
Jelaskan gaya pengurusan yang diamalkan oleh Encik Siva.
4 marks
b
Apakah jenis sumber pembiayaan yang sesuai digunakan oleh Encik Siva? Jelaskan jawapan anda.
5 marks
c
Jelaskan kepentingan Encik Siva menyediakan rancangan perniagaan.
6 marks
915 marks
Maklumat berikut berkaitan dengan sebuah perniagaan.
> Cik Ai Ching merupakan pemilik sebuah kedai kosmetik di bandar Seremban sejak tahun 2022 dan telah memilih lokasi kedai yang terletak di laluan utama bandar tersebut. Beliau merasakan lokasi yang dipilih sangat strategik walaupun kos sewa yang dikenakan tinggi.
>
> Setelah beberapa tahun beroperasi, Cik Ai Ching ingin menilai prestasi perniagaan dan meminta stafnya menyediakan rekod keluar masuk tunai yang berlaku dalam tempoh 3 tahun. Selain itu, Cik Ai Ching juga telah diberi maklumat kewangan berikut bagi membuat perbandingan prestasi perniagaan:
| Butiran | 2023 (RM) | 2024 (RM) |
|---|---:|---:|
| Modal 1 Januari | 100000 | 120000 |
| Untung bersih | 25000 | 35000 |
| Kos jualan | 30000 | 40000 |
| Aset semasa | 20000 | 30000 |
| Liabiliti semasa | 18000 | 24000 |
| Stok Purata | 12000 | 14000 |
a
Mengapakah pemilihan lokasi perniagaan yang strategik penting kepada Cik Ai Ching?
4 marks
b
Jelaskan tentang penyata kewangan yang dapat menunjukkan aliran wang keluar masuk tunai perniagaan Cik Ai Ching.
5 marks
c
Berdasarkan butiran kewangan yang dikeluarkan oleh Cik Ai Ching, buktikan melalui pengiraan analisis nisbah bagi menunjukkan prestasi perniagaan tahun 2024 adalah lebih baik.
6 marks
Bahagian CAnswer all 1
1020 marks
Perniagaan J&J Enterprise telah ditubuhkan pada Julai 2017 oleh Encik Jabbir di Nilai, Negeri Sembilan. Perniagaan ini, merupakan pembekal bahan mentah industri plastik seluruh Malaysia. Namun, pada awal tahun 2020, wabak COVID-19 mula melanda dunia dan memberikan kesan yang besar terhadap J&J Enterprise. Matlamat yang telah dirancang tidak dapat dicapai dan menghadapi kegagalan.
Selepas mengharungi keadaan ekonomi yang mencabar, Encik Jabbir telah bergabung dengan perusahaan Tianjin Biotech Berhad yang merupakan pengeluar plastik terbesar daripada negara China. Gabungan ini telah menubuhkan perusahaan baharu iaitu J&T Biotech Berhad. Matlamat utama penubuhan J&T Biotech Berhad untuk menjadi syarikat plastik terkemuka di Malaysia menjelang 2030. Sebuah kilang yang berteknologi tinggi telah dibina bagi mencapai matlamat gabungan ini.
Seiring dengan perkembangan pesat teknologi dalam dunia perniagaan, J&T Biotech Berhad turut merasai tekanan persaingan global. Bagi meningkatkan lagi keuntungan perniagaan, syarikat telah membangunkan aplikasi *e-Order* yang berfungsi untuk menguruskan tempahan dan pembayaran secara dalam talian. Aplikasi *e-Order* ini memaparkan maklumat produk seperti harga dan jenis-jenis barang.
Berdasarkan kes, jawab soalan-soalan berikut:
a
Jelaskan kesan kepada Perniagaan J&J Enterprise akibat tidak dapat mencapai matlamat yang ditetapkan.
3 marks
b
Bersetujukah anda dengan penubuhan J&T Biotech Berhad? Kemukakan alasan anda.