Berikut merupakan sebuah keratan akhbar tentang isu semasa.
> PUTRAJAYA - Analisis terkini kerajaan menunjukkan bahawa lebih 30 peratus pekerjaan di Malaysia akan dipengaruhi oleh kecerdasan buatan (AI) dalam tempoh 10 tahun akan datang, dengan sektor utama seperti pembuatan, perkhidmatan dan teknologi maklumat dijangka melalui transformasi signifikan.
>
> (Sumber: Diubahsuai https://www.hmetro.com.my, 7 Januari 2025)
Bagaimana kerajaan boleh mengatasi pengangguran tersebut?
6 marks
210 marks
a
Jelaskan maksud visi perniagaan.
4 marks
b
Situasi berikut berkaitan dengan sebuah perniagaan.
> Perniagaan Ayam Goreng D’sedap merupakan sebuah kedai makanan segera di Kluang. Namun sejak kebelakangan ini, jualan perniagaan mereka semakin merosot dan terpaksa menilai semula arah tuju perniagaan.
Huraikan faktor dalaman yang mempengaruhi perubahan visi, misi dan objektif sesebuah perniagaan.
6 marks
310 marks
a
Maklumat berikut berkaitan dengan pengurusan sumber manusia.
> Encik Azhar merupakan seorang pengurus sumber manusia di sebuah pusat peranginan di Desaru, Johor. Ketika penularan penyakit Covid-19 menyerang negara, bilangan pelancong yang berkunjung merosot dengan banyak. Situasi ini menyebabkan perniagaan terpaksa memberhentikan sebahagian besar pekerja kerana tidak mampu membayar gaji mereka.
Jelaskan peranan Encik Azhar.
4 marks
b
Gambar 1 berkaitan dengan sumber fizikal sebuah perniagaan.
Gambar 3 berikut merupakan sejenis sumber fizikal.
Jelaskan sumber fizikal tersebut.
4 marks
b
Senaraikan langkah-langkah untuk mendapatkan sumber pembiayaan luaran.
6 marks
610 marks
a(i)
Gambar 4 berkaitan dengan kaedah promosi.
Apakah kaedah promosi tersebut?
1 marks
a(ii)
Jelaskan kelebihan di 6(a)(i).
3 marks
b
Maklumat berikut berkaitan dengan situasi Aiman dan Amir.
> Aiman dan Amir merupakan rakan sekuliah yang memiliki kelayakan akademik dari universiti yang sama. Namun, selepas menamatkan pengajian, Aiman memilih untuk bekerja di bandar manakala Amir bekerja di kampung. Walaupun mempunyai kelulusan setaraf, Aiman menerima gaji sebanyak RM4000 sebulan, manakala Amir hanya memperoleh RM3000 sebulan. Ini kerana Aiman bertanggungjawab mengurus projek besar berbanding Amir hanya menjalankan tugas pentadbiran biasa sahaja.
Terangkan faktor yang mempengaruhi perbezaan gaji antara Aiman dengan Amir.
6 marks
Bahagian BChoose 2 of 3Chosen 0/2
715 marks
Maklumat berikut berkaitan dengan Perniagaan Hana Sabun Organik.
> Hana Sabun Organik ialah perniagaan milik penuh Puan Hana, seorang usahawan muda yang bermula dari rumah dengan menjual sabun organik buatan tangan secara dalam talian. Puan Hana mempunyai 20 orang pekerja sepenuh masa dan mencapai jualan tahunan RM450 000 setahun untuk mendapat keuntungan yang maksimum.
>
> Baru-baru ini, kos pengeluaran meningkat secara mendadak akibat kenaikan harga bahan mentah organik. Seorang rakannya menasihatkan supaya Puan Hana menggunakan bahan kimia sintetik yang lebih murah. Walau bagaimanapun, Puan Hana tidak bersetuju dengan cadangan rakannya itu kerana dia mengutamakan tanggungjawab sosial kepada masyarakat.
a
Jelaskan saiz perniagaan Hana Sabun Organik.
4 marks
b
Mengapakah keuntungan penting kepada perniagaan Puan Hana?
5 marks
c
Anda bersetuju dengan tindakan Puan Hana?
Kemukakan alasan anda.
6 marks
815 marks
Maklumat berikut berkaitan dengan Syarikat GoTech Sdn. Bhd.
> Syarikat GoTech Sdn. Bhd. pada asalnya menjalankan operasi dalam sektor perkilangan. Namun begitu, seiring dengan perkembangan teknologi dan sokongan dasar kerajaan seperti MyDigital, syarikat ini telah melakukan transformasi besar dengan menceburi bidang perkhidmatan selaras dengan perkembangan ekonomi negara. Kini, GoTech Sdn. Bhd. menggunakan teknologi moden seperti aplikasi mudah alih dan kecerdasan buatan (AI) bagi meningkatkan kecekapan operasi. Peralihan ini turut mewujudkan pelbagai peluang pekerjaan baharu, sekali gus menuntut pekerja memiliki kemahiran tertentu untuk terus bersaing.
a
Jelaskan perkembangan sektor perniagaan Syarikat GoTech Sdn. Bhd.
5 marks
b
Adakah Syarikat GoTech Sdn. Bhd. perlu mengurus sumber teknologi yang digunakan? Jelaskan.
5 marks
c
Jelaskan kemahiran kebolehkerjaan yang perlu dimiliki oleh calon pekerja Syarikat GoTech Sdn. Bhd.
5 marks
915 marks
Maklumat berikut berkaitan dengan sebuah perniagaan.
> Seorang pegawai kewangan sedang membuat perancangan untuk mengurangkan perbelanjaan dan meningkatkan keuntungan. Tindakan ini dapat membantu syarikat mengurus kewangan dengan lebih cekap.
>
> Berikut merupakan butiran kewangan perniagaan **S’biji Khopi Café** bagi tahun 2023 dan 2024.
| Perkara | 2023 (RM) | 2024 (RM) |
|---|---|---|
| Jualan bersih | 180 000 | 220 000 |
| Untung kasar | 55 000 | 70 000 |
| Hasil | 5 000 | 8 000 |
| Belanja | 10 000 | 12 000 |
a
Jelaskan peranan lain pegawai kewangan dalam bahagian fungsian tersebut.
5 marks
b
Hitung margin untung bersih bagi S’biji Khopi Café bagi tahun 2023 dan 2024.
5 marks
c
Tafsirkan prestasi kewangan di 9(b).
5 marks
Bahagian CAnswer all 1
1020 marks
Encik Fahmi merupakan pemilik Syarikat Teraju Frozen Sdn. Bhd. yang mengusahakan makanan sejuk beku seperti pau, karipap, dan dim sum untuk pasaran tempatan. Bagi menampung kos dan mengembangkan perniagaan, Encik Fahmi telah memohon pembiayaan daripada agensi kerajaan kerana tidak memerlukan cagaran, kos lebih rendah dan disertai latihan serta bimbingan keusahawanan.
Setelah menerima pembiayaan daripada agensi kerajaan, syarikat ini berjaya membeli mesin pembungkus automatik dan sebuah peti sejuk industri bersaiz besar untuk meningkatkan pengeluaran. Namun begitu, Encik Fahmi mendapati bahawa mesin dan peralatan ini memerlukan penjagaan rapi bagi memastikan operasinya sentiasa lancar. Oleh itu, beliau menetapkan pelaksanaan satu prosedur pengurusan sumber fizikal yang merangkumi perlindungan insurans terhadap mesin, penyelenggaraan dan baik pulih secara berkala serta memberikan latihan keselamatan untuk pekerja pengendali mesin.
Syarikat Teraju Frozen Sdn. Bhd. mula menghantar produk makanan sejuk beku ke beberapa pasar raya besar dan pasar raya komuniti di sekitar negeri Johor. Graf berikut menunjukkan target jualan dan jualan sebenar bagi Syarikat Teraju Frozen Sdn. Bhd.
Tinjauan pasaran mendapati bahawa gaya hidup pengguna kini lebih cenderung kepada makanan segar dan organik serta rendah kalori. Manakala makanan sejuk beku dilihat kurang sihat. Situasi ini membimbangkan Encik Fahmi dan beliau telah mengarahkan Encik Faizul, pengurus bahagian Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) untuk bekerjasama dengan pihak MARDI bagi membantu meningkatkan kualiti produk.
Selepas 3 bulan, syarikat berjaya melancarkan produk inovasi baharu yang lebih sihat dan menarik, serta memperkenalkan konsep “Ready-to-eat, Healthy Choice”. Syarikat telah berjaya membina jenama yang dikenali ramai melalui produk makanan sejuk beku berkualiti tinggi. Sambutan pelanggan amat menggalakkan, dan syarikat ingin mengembangkan perniagaan ke seluruh negara dengan lebih pantas. Selepas meneliti beberapa cadangan, Encik Fahmi mengambil keputusan untuk menjalankan perniagaan berbentuk francais.
Berdasarkan kes tersebut, jawab soalan-soalan berikut:
a
Apakah agensi kerajaan yang telah memberi sumber pembiayaan kepada Syarikat Teraju Frozen Sdn. Bhd.?