Jelaskan matlamat penubuhan organisasi bukan bermotifkan untung (OBBU).
4 marks
Gambar 1 merupakan sejenis bentuk pemilikan perniagaan.
b(i)
Apakah bentuk pemilikan perniagaan tersebut?
1 marks
b(ii)
Jelaskan kelebihan bentuk pemilikan perniagaan di 1(b)(i).
5 marks
210 marks
Maklumat berikut berkaitan dengan skala perniagaan.
> **Proton e.MAS 7 Kategori A masuk Singapura**
>
> PROTON memulakan tahun 2026 dengan memperkukuh strategi eksportnya menerusi pengenalan varian 100kW Proton e.MAS 7 di Singapore Motorshow. Direka khusus untuk pasaran luar negara, varian Proton e.MAS 7 100kW membolehkan model ini mematuhi peraturan COE Kategori A di Singapura.
>
> *(Sumber: Diubah suai daripada http://www.bharian.com.my, 14 Jan 2026)*
a(i)
Apakah skala perniagaan terlibat?
1 marks
a(ii)
Jelaskan kelebihan skala di 2(a)(i) kepada Proton.
5 marks
b
Logo 1 menunjukkan agensi kerajaan yang terlibat dalam aspek perkembangan aktiviti perniagaan Proton Holding Berhad.
Jelaskan peranan agensi tersebut.
4 marks
310 marks
a
Pernyataan berikut berkaitan satu situasi ekonomi.
> Konflik di Asia Barat menyebabkan gangguan bekalan minyak global yang menyebabkan kenaikan harga di pasaran secara berterusan. Keadaan ini memberi kesan kepada industri minyak negara seperti peningkatan kos pengangkutan.
Apakah situasi ekonomi yang berlaku? Jelaskan kesan negatifnya.
4 marks
b
Perniagaan yang berjaya mempunyai ciri-ciri objektif yang baik seperti boleh dicapai dan munasabah. Terangkan ciri-ciri objektif yang lain bagi sesebuah perniagaan.
6 marks
410 marks
a
Jelaskan kepentingan interaksi antara sesebuah perniagaan dengan organisasi luar.
6 marks
b
Mengapakah persekitaran kerja yang positif dan harmoni sangat penting untuk diamalkan dalam sesebuah perniagaan?
4 marks
510 marks
a
Maklumat berikut berkaitan dengan faktor penentu sistem penggajian.
> Ahmad adalah seorang kerani di sebuah kilang perusahaan kecil dengan kadar gaji minimum seperti yang ditetapkan oleh kerajaan. Kemudian beliau berhijrah ke Kuala Lumpur kerana mendapat tawaran pekerjaan sebagai penyelia kilang dengan jumlah gaji yang lebih tinggi.
Huraikan faktor penentu sistem penggajian yang berkaitan.
6 marks
b
Jelaskan sumber pembiayaan pemfaktoran.
4 marks
610 marks
Gambar 2 menunjukkan perbualan antara Puan Mariam dengan pihak yang berkepentingan terhadap penyata kewangan perniagaannya.
a
Terangkan tiga pihak lain yang berkepentingan terhadap penyata kewangan tersebut.
6 marks
b
Jelaskan kepentingan menyediakan rancangan perniagaan yang lengkap.
4 marks
Bahagian BChoose 2 of 3Chosen 0/2
715 marks
Maklumat berikut berkaitan dengan sebuah perniagaan.
> Berkah Home Sdn. Bhd. merupakan sebuah perniagaan membekalkan barangan runcit halal di Nilai, Negeri Sembilan dan mempunyai cawangan di Melaka, Pahang dan Johor. Berkah Home Sdn. Bhd. menggaji seramai 60 orang pekerja serta telah mencapai jumlah jualan tahunan sebanyak RM11.8 juta.
>
> Setelah 4 tahun beroperasi perniagaan menghadapi beberapa isu besar. Hal ini menjadi tumpuan di beberapa saluran media yang menyebabkan perniagaan kehilangan ramai pelanggan secara berterusan sehingga tidak dapat menampung kos seperti bayaran gaji kakitangan dan hutang kepada pembekal. Keadaan ini telah menjejaskan operasi dan prestasi perniagaan Berkah Home Sdn. Bhd.
a
Huraikan klasifikasi perniagaan Berkah Home Sdn. Bhd.
6 marks
b
Jelaskan kesan kepada Berkah Home Sdn. Bhd. akibat gagal mencapai matlamat perniagaannya.
5 marks
c
Terangkan dua jenis kos yang perlu ditanggung oleh Perniagaan Berkah Home Sdn. Bhd.
4 marks
815 marks
Maklumat berkaitan sebuah perniagaan.
> FreshMart telah memperkenalkan sistem pembayaran menggunakan mesin layan diri di pasar rayanya bagi mempercepatkan urusan pelanggan. Encik Rezqy bertanggungjawab terhadap maklumat dan keselamatan sistem layan diri tersebut bagi membolehkan pelanggan mengimbas kod bar dan membuat pembayaran menggunakan kad debit atau e-dompet. Beliau juga perlu memastikan semua data jualan daripada mesin layan diri disimpan dalam pangkalan data syarikat secara automatik. Penggunaan sistem tersebut telah menarik minat pelanggan kerana urusan pembayaran pelanggan menjadi lebih mudah. Pengurus besar bercadang untuk membuka sebuah lagi cawangan dan meminta pengurus kewangan untuk mendapatkan sumber pembiayaan daripada sebuah institusi kewangan.
a(i)
Apakah bahagian fungsian yang terlibat dengan Encik Rezqy?
1 marks
a(ii)
Jelaskan peranan bahagian fungsian di 8(a)(i).
5 marks
b
Terangkan prosedur mengurus bagi mesin layan diri tersebut.
4 marks
c
Jelaskan tatacara untuk memohon sumber pembiayaan daripada institusi kewangan.
5 marks
915 marks
Jadual berikut menunjukkan maklumat yang dipetik daripada penyata kewangan Kedai Alat Tulis Seremban Sdn. Bhd. bagi tahun 2024 dan 2025.
| BUTIRAN | TAHUN 2024 (RM) | TAHUN 2025 (RM) |
|---|---|---|
| Kos jualan | 22120 | 55210 |
| Untung bersih | 17000 | 47000 |
| Belian | 26500 | 42000 |
| Stok purata | 8400 | 11550 |
a(i)
Hitung kadar pusing ganti stok bagi tahun 2024 dan 2025.
5 marks
a(ii)
Tafsirkan jawapan di 9(a)(i).
5 marks
b
Berdasarkan dapatan analisis yang telah diperoleh, pengarah urusan merasakan lokasi yang strategik amat penting dalam mempengaruhi pencapaian sesebuah organisasi. Kemukakan alasan anda.
5 marks
Bahagian CAnswer all 1
1020 marks
Ladang Seri Makmur merupakan pengusaha tanaman nanas SG1 yang dimiliki oleh Encik Mikaeel dan tiga rakan kongsinya yang beroperasi di sekitar Mantin, Negeri Sembilan. Baka SG1 menjadi pilihan kerana keupayaannya mengeluarkan hasil buah yang manis dan tempoh matang nanas SG1 hanyalah 9 bulan berbanding 14 bulan untuk baka nanas biasa. Pada tahun 2026, perniagaan telah menambah lima orang lagi rakan kongsi bagi tujuan meningkatkan modal untuk pembukaan ladang baharu. Semua rakan kongsi bersetuju untuk menukar perniagaan perkongsian biasa kepada perkongsian liabiliti terhad serta menukar nama kepada Ladang Seri Makmur PLT.
Bagi memastikan kelancaran dalam pengurusan ladang, Encik Mikaeel sentiasa bersikap tegas dengan semua pekerjanya. Cara beliau ini dilihat sangat berkesan bagi mencapai sasaran pengeluaran buah nanas yang ditetapkan. Walau bagaimanapun, keadaan ini memerlukan pekerja untuk bekerja tujuh hari seminggu bagi memastikan kawalan ladang secara berterusan daripada gangguan haiwan perosak.
Selari dengan peningkatan permintaan buah nanas di pasaran, perniagaan merancang menggunakan perkhidmatan penghantaran buah nanas melalui Bumi Niaga Sdn. Bhd. untuk memastikan buah dapat sampai kepada pengguna dengan segera. Selain itu, Encik Mikaeel dan rakan kongsi telah memutuskan untuk mengusahakan lima lagi ladang baharu agar bekalan buah sentiasa mencukupi. Oleh itu, perniagaan memerlukan tambahan empat buah mesin membajak tanah bagi melancarkan lagi proses penanaman. Berikut merupakan kaedah pembiayaan yang dipertimbangkan untuk mendapatkan mesin tersebut:
| Mesin Bajak | Sewa Beli | Pajakan |
|---|---|---|
| RM80 000 / unit | Pinjaman bank; Bayaran secara ansuran | Kadar sewa bulanan |
*(Dalam kertas soalan, sel "Mesin Bajak" disertai gambar sebuah traktor dengan mesin bajak.)*
Berdasarkan perkembangan yang baik dalam permintaan dan pengeluaran, sebuah jabatan dibentuk agar dapat membantu merancang berkaitan pelaksanaan campuran pemasaran bagi memastikan jualan tahunan sentiasa dapat ditingkatkan. Selain itu, hal ini bertujuan bagi memastikan perniagaan sentiasa berdaya saing dalam sektor peladangan nanas Malaysia.
Berdasarkan kes, jawab soalan-soalan berikut:
a
Terangkan ciri-ciri bentuk pemilikan perniagaan Ladang Seri Makmur PLT.
4 marks
b
Apakah gaya pengurusan yang diamalkan oleh Encik Mikaeel? Berikan implikasi cara pengurusan tersebut.
4 marks
c
Jelaskan peranan Bumi Niaga Sdn. Bhd. dalam saluran agihan perniagaan Ladang Seri Makmur PLT.
4 marks
d
Pada pendapat anda, pilihan pembiayaan manakah yang sesuai bagi memenuhi hasrat Encik Mikaeel dan rakan kongsinya?
4 marks
e
Bagaimanakah campuran pemasaran dapat membantu Ladang Seri Makmur PLT dalam meningkatkan hasil jualan setiap tahun?
4 marks
AI is marking
Question by question against the scheme — keep this page open