Jelaskan kepentingan keuntungan kepada sesebuah perniagaan.
4 marks
b
Maklumat berikut berkaitan dengan bentuk pemilikan perniagaan.
> Afifah merupakan seorang pemilik restoran yang menjual pelbagai menu makanan tengahari. Sahabat baiknya, Yasmin amat berminat untuk bekerjasama menguruskan restoran milik Afifah. Beliau bersetuju untuk menukar nama perniagaan kepada restoran Fahmin.
Mengapakah Afifah dan Yasmin memilih bentuk pemilikan perniagaan tersebut?
4 marks
c
Jelaskan rakan kongsi aktif.
2 marks
210 marks
Rajah berikut menunjukkan trend persekitaran perniagaan.
a
Apakah trend persekitaran tersebut?
2 marks
b
Terangkan faktor dalaman yang mempengaruhi trend di 2(a).
6 marks
c
Apakah kelebihan sumber manusia dalaman?
2 marks
310 marks
Rajah berikut berkaitan dengan satu proses dalam sesebuah organisasi perniagaan.
a(i)
Nyatakan proses di atas.
1 marks
a(ii)
Nyatakan X, Y dan Z.
3 marks
b
Jelaskan kepentingan interaksi sesebuah perniagaan dengan organisasi luar.
6 marks
410 marks
Situasi berikut berkaitan dengan sebuah perniagaan yang mengeluarkan makanan sejuk beku.
> Syarikat Mershila Sdn Bhd menghadapi beberapa masalah dalam operasinya. Mesin pembungkusan sering rosak kerana kurang penyelenggaraan. Selain itu, stok bahan mentah tidak disusun dengan baik sehingga berlaku pembaziran. Bagi meningkatkan kecekapan operasi, pihak pengurusan bercadang untuk menggunakan sistem inventori berkomputer dan mesin pembungkusan automatik baharu bagi mempercepatkan proses pengeluaran.
a
Jelaskan tujuan mengurus sumber fizikal yang diperlukan dalam operasi perniagaan tersebut.
4 marks
b
Huraikan prosedur mengurus sumber fizikal yang boleh dilaksanakan oleh perniagaan tersebut.
6 marks
510 marks
Rajah berikut menunjukkan graf titik pulang modal bagi sebuah syarikat pengeluaran pakaian renang muslimah.
a
Bagaimanakah usahawan membuat analisis operasi kewangan pada titik **S** berdasarkan graf tersebut?
3 marks
b
Dengan menggunakan graf yang sama, lorekkan kawasan untung sekiranya syarikat mengeluarkan pakaian renang muslimah 250 unit melebihi titik pulang modal. *(Huraikan lorekan anda dalam perkataan: kuantiti yang anda tanda pada paksi Kuantiti, dan kawasan yang anda lorek — di antara garis yang mana dan dari kuantiti berapa hingga berapa.)*
2 marks
c
Nyatakan lima pihak berkepentingan yang menggunakan penyata kewangan sesebuah perniagaan.
5 marks
610 marks
a
Maklumat berikut berkaitan dengan ciri keperibadian usahawan.
> Encik Nuh telah melaburkan semua wang simpanannya dalam bidang hartanah semasa ekonomi negara berkembang maju kerana beliau percaya dapat mengaut keuntungan pada masa akan datang.
Terangkan ciri keperibadian usahawan yang dimiliki oleh Encik Nuh.
4 marks
b
Maklumat berikut berkaitan dengan seorang usahawan.
> Taufik seorang graduan dalam bidang perakaunan. Beliau ditawarkan bekerja di Mega Trading Holding sebagai akauntan dengan gaji asas RM5 500 namun beliau memilih untuk membuka perniagaan restoran makanan tradisional di Bandar Baru Sungai Udang dan berazam untuk membuka lebih cawangan kedai yang menawarkan makanan tradisional kepada pelanggan.
Jelaskan kelebihan yang diperolehi Taufik sebagai seorang peniaga berbanding makan gaji.
4 marks
c
Nyatakan dua keberuntungan perniagaan kepada usahawan.
2 marks
Bahagian BChoose 2 of 3Chosen 0/2
715 marks
Penyataan berikut berkaitan dengan sebuah perniagaan.
> Style Home Furniture merupakan syarikat perabot di Ayer Keroh dan telah beroperasi selama 10 tahun. Akhir-akhir ini, syarikat menghadapi masalah apabila harga bahan mentah meningkat secara mendadak kerana keadaan ekonomi yang tidak menentu. Syarikat juga mengalami masalah apabila mesin lama sering rosak dan pengeluaran menjadi perlahan. Akibatnya, syarikat tidak mampu menanggung kos operasi yang tinggi lalu mengambil keputusan memberhentikan beberapa orang pekerja. Style Home Furniture bercadang memohon bantuan dari kerajaan bagi menangani masalah agar syarikat kembali pulih dan tiada lagi pekerja yang diberhentikan kerja.
a(i)
Jelaskan pengangguran yang terlibat.
3 marks
a(ii)
Terangkan faktor dalaman yang mempengaruhi masalah Style Home Furniture.
6 marks
b
Penyataan berikut berkaitan dengan sebuah perniagaan.
> Puan Selamah merupakan seorang pemilik kedai buku yang terkenal di Merlimau, Melaka. Beliau sedar bahawa permintaan terhadap bahan cetakan seperti buku rujukan pada masa kini semakin berkurangan kerana terdapatnya banyak laman sesawang yang boleh dirujuk untuk mendapatkan maklumat.
Terangkan tiga ciri objektif yang boleh membantu meningkatkan jualan buku rujukan kedai Puan Selamah.
6 marks
815 marks
Seri Stella merupakan seorang bekas pengurus di sebuah syarikat. Setelah berhenti dari pekerjaannya, beliau bercadang ingin membuka perniagaan pakaian Nayla Busana seperti dalam rajah berikut.
a(i)
Cadangkan tiga bahagian fungsian yang paling sesuai diwujudkan oleh Seri Stella bagi memastikan matlamat perniagaan beliau tercapai.
3 marks
a(ii)
Jelaskan tujuan setiap bahagian dalam organisasi perniagaan yang dicadangkan.
6 marks
b
Bagaimanakah pengurusan sumber fizikal dan sumber teknologi yang cekap dapat meningkatkan keupayaan perniagaan pakaian Nayla Busana bersaing di pasaran?
Analisis nisbah semasa di 9(b)(i) menunjukkan perniagaan ini mampu membayar hutang jangka pendeknya. Kemukakan alasan anda.
5 marks
Bahagian CAnswer all 1
1020 marks
Encik Farid telah menubuhkan Syarikat EcoDrive Sdn. Bhd., sebuah syarikat yang menghasilkan kereta elektrik mesra alam. Keunikan syarikat ini ialah penekanan terhadap pengurusan sumber teknologi reka bentuk, iaitu penggunaan perisian reka bentuk berkomputer (CAD), simulasi 3D, dan teknologi automasi dalam pembangunan kereta.
Selain itu, syarikat ini menubuhkan bahagian Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) untuk meningkatkan inovasi, menambah baik prestasi bateri, dan menghasilkan reka bentuk kereta yang lebih efisien serta selamat. Bahagian R&D juga berfungsi mencari penyelesaian baharu bagi mengurangkan kos pengeluaran dan meningkatkan daya saing di pasaran global.
Syarikat ini memerlukan sumber pembiayaan daripada institusi kewangan dan sokongan kerajaan untuk menampung kos pembangunan teknologi dan R&D. Pembiayaan ini penting bagi memastikan projek kereta elektrik dapat dikomersialkan, menyokong agenda kelestarian negara, serta menepati piawaian keselamatan antarabangsa.
Berdasarkan kes tersebut, jawab soalan-soalan berikut.
a
Jelaskan manfaat yang diperoleh masyarakat apabila Encik Farid menubuhkan Syarikat EcoDrive Sdn. Bhd.
4 marks
b
Sekiranya anda ialah pereka produk, cadangkan penambahbaikan yang sesuai terhadap kereta elektrik tersebut.
3 marks
c
Jelaskan peranan agensi kerajaan dalam memastikan reka bentuk dan kualiti kereta elektrik yang dihasilkan.
3 marks
d
Mengapakah pengurusan sumber teknologi reka bentuk sangat penting dalam operasi Syarikat EcoDrive Sdn. Bhd.?
3 marks
e
Bagaimanakah fungsi bahagian Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) dapat meningkatkan daya saing Syarikat EcoDrive Sdn. Bhd.?
3 marks
f
Jelaskan sumber pembiayaan agensi kerajaan yang boleh digunakan oleh Syarikat EcoDrive Sdn. Bhd. untuk menampung kos pembangunan teknologi dan R&D.
4 marks
AI is marking
Question by question against the scheme — keep this page open