Jelaskan tujuan Organisasi Bukan Berasaskan Untung.
2 marks
b
Maklumat berikut berkaitan dengan sebuah perniagaan.
> Encik Zul adalah pengusaha kilang keropok lekor di Mersing, Johor. Beliau menghasilkan pelbagai jenis keropok yang diedarkan melalui para pemborong. Beliau menggaji seramai 15 orang pekerja tetap di kilangnya. Purata hasil jualan tahunan yang diperoleh sebanyak RM750 000.
Terangkan saiz dan skala perniagaan yang dijalankan oleh Encik Zul.
4 marks
c
Jelaskan kelebihan perniagaan francais kepada francaisi.
4 marks
210 marks
a
Jelaskan matlamat undang-undang perlindungan pengguna.
3 marks
Maklumat berikut berkaitan dengan sebuah perniagaan.
> Puan Yati adalah pengeluar pelbagai jenis barangan berasaskan plastik bermutu tinggi. Beliau ingin mengeksport produknya ke Eropah. Namun, beliau tidak mempunyai maklumat pengimport barangan plastik di Eropah.
b(i)
Nyatakan agensi kerajaan yang dapat membantu Puan Yati.
2 marks
b(ii)
Bagaimanakah agensi di 2(b)(i) dapat membantu Puan Yati untuk meluaskan pasaran ke peringkat antarabangsa?
5 marks
310 marks
Rajah berikut berkaitan dengan kesan kegagalan mencapai objektif perniagaan.
**Kesan kegagalan mencapai objektif perniagaan:**
- Jualan merosot
- Tidak mampu membayar kos perniagaan
- Gagal dalam persaingan
- X
- Tidak mampu mengembangkan perniagaan
*(Dalam rajah asal, kotak "Kesan kegagalan mencapai objektif perniagaan" bercabang kepada lima kotak di atas.)*
a
Jelaskan X.
4 marks
Maklumat berikut berkaitan dengan objektif Fariza Kraftangan.
- Menjual produk kraftangan berasaskan rotan
- Menjual 1000 unit produk kraftangan dalam tempoh sebulan bagi pasaran tempatan
- Mensasarkan peningkatan 15% sebulan bagi pasaran tempatan dan 20% bagi pasaran antarabangsa
- Dapat membuka 2 cawangan baru Fariza Kraftangan di zon utara pada bulan Mei dan membuka 2 cawangan baru Fariza Kraftangan di zon Pantai Timur pada bulan Ogos.
b
Terangkan ciri-ciri objektif Fariza Kraftangan.
6 marks
410 marks
Dialog berikut berkaitan En. Azim, pengurus pengeluaran dengan En. Zaki, pengurus pembelian di sebuah syarikat pengeluaran roti.
> **En. Azim:** Penyelia bahagian pengeluaran melaporkan kekurangan stok bahan mentah sedangkan banyak tempahan perlu dipenuhi.
>
> **En. Zaki:** Jika begitu, awak perlu hantarkan segera senarai keperluan kepada saya untuk tindakan.
a
Bagaimana aplikasi teknologi maklumat dapat digunakan untuk mengatasi masalah tersebut?
4 marks
Maklumat di bawah ini berkaitan dengan objektif sebuah syarikat.
> Syarikat Murni Sendirian Berhad menyasarkan pengeluaran sebanyak 100 000 botol sos pada tahun 2024. Pada hujung tahun 2024, sebanyak 95 000 unit botol sos yang berjaya dikeluarkan.
b
Jelaskan bahagian fungsian yang terlibat dalam Syarikat Murni Sendirian Berhad.
4 marks
c
Setiap bahagian fungsian saling bergantung dan memerlukan antara satu sama lain.
Nyatakan kepentingan interaksi dengan organisasi luar.
2 marks
510 marks
a
Bagaimanakah seseorang pengurus sumber manusia dapat menggalakkan kreativiti dan inovasi pekerjanya?
3 marks
b
Mengapakah usahawan perlu mendaftar paten produk mereka melalui Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO)?
3 marks
c
Terangkan sumber fizikal yang terdapat dalam sesebuah bengkel kereta.
4 marks
610 marks
a
Jelaskan kepentingan penyata kewangan kepada peniaga.
3 marks
b
Jelaskan perbezaan kos tetap dan kos berubah.
4 marks
Maklumat di bawah ini diperoleh daripada Timah Jati Enterprise bagi tahun 2024 dan 2025.
| Nisbah untung | 2024 | 2025 |
|---|---|---|
| (a) Peratusan Untung Kasar (tokokan) | 42.5% | 56.8% |
| (b) Peratusan Margin Untung Kasar | 32.3% | 39.8% |
c
Jelaskan prestasi Timah Jati Enterprise berdasarkan peratusan untung tokokan bagi tahun 2024 dan tahun 2025.
3 marks
Bahagian BChoose 2 of 3Chosen 0/2
715 marks
Penyataan berikut berkenaan dengan jenis pengangguran.
- Pekerja bekerja dalam tempoh masa tertentu sahaja (kerja kontrak)
- Berlaku apabila penggunaan mesin lebih dari tenaga manusia
a(i)
Nyatakan dua jenis pengangguran di penyataan tersebut.
2 marks
a(ii)
Pada pandangan anda, bagaimanakah kerajaan menangani masalah pengangguran tersebut?
4 marks
Rajah berikut berkaitan dengan kitaran ekonomi.
b
Jelaskan Fasa I kitaran tersebut.
5 marks
Penyataan berikut menunjukkan gaya pengurusan yang diamalkan oleh sebuah organisasi perniagaan.
> Pekerja tidak diberi peluang untuk menyuarakan pendapat atau memberi cadangan.
c
Bincangkan gaya pengurusan tersebut.
4 marks
815 marks
Rajah berikut berkaitan dengan aliran barang dan perkhidmatan dalam perniagaan.
Penerimaan pesanan dari pengguna → **R** → Pesanan bahan mentah → Penerimaan invois pembekal dan pembayaran → **S** → Penghantaran invois kepada pembeli dan penerimaan bayaran
a
Terangkan aliran barang dan perkhidmatan dalam perniagaan.
3 marks
Maklumat berikut berkaitan dengan sebuah perniagaan.
> Nurul Aina, seorang graduan dalam bidang reka bentuk grafik, memilih untuk menceburi bidang perniagaan dengan membuka kedai atas talian yang menjual barangan kraf tangan dan hadiah peribadi. Pelbagai pilihan hadiah kustom seperti bingkai nama, kad ucapan 3D dan keychain unik dihasilkan.
>
> Harga yang ditawarkan mengikut bajet pelanggan dan diberikan diskaun musim perayaan. Jualan dilakukan melalui laman web rasmi dan platform e-dagang seperti Shopee dan Instagram selain mempromosikan di media sosial.
>
> Menjadi usahawan memberikan beliau pelbagai kelebihan seperti kebebasan membuat keputusan dan peluang membangunkan jenama sendiri. Beliau yakin dengan kebolehan diri sendiri dan sentiasa positif untuk berjaya. Kejayaan beliau menjadi inspirasi kepada ramai belia yang ingin menceburi bidang keusahawanan digital.
b(i)
Jelaskan ciri-ciri keperibadian yang ada pada Nurul Aina.
3 marks
b(ii)
Terangkan **dua** kekuatan diri yang ada pada Nurul Aina.
4 marks
b(iii)
Nurul Aina berjaya menjalankan strategi pemasaran yang berkesan dalam perniagaan. Jelaskan.
5 marks
915 marks
Rajah berikut berkaitan dengan sejenis sumber pembiayaan.
- Syarikat Teguh Jati Berhad → Syarikat TF Sendirian Berhad (anak panah)
- Syarikat Teguh Jati Berhad → Institusi Kewangan, dengan catatan: "Syarikat Teguh Jati Berhad menjual salinan invois kepada institusi kewangan pada kadar diskaun."
- Institusi Kewangan → Syarikat TF Sendirian Berhad (anak panah)
a
Institusi kewangan mengambil alih tugas Syarikat Teguh Jati Berhad mengutip hutang daripada Syarikat TF Sendirian Berhad.
Jelaskan sumber pembiayaan tersebut.
5 marks
Gambar rajah berikut menunjukkan titik pulang modal Warisan Dodol Melayu yang beroperasi di Kuala Linggi, Melaka.
b(i)
Jelaskan Y.
4 marks
b(ii)
Jelaskan kedudukan Titik Pulang Modal pada gambar rajah tersebut.
6 marks
Bahagian CAnswer all 1
1020 marks
Puan Aishah telah membuat tawaran kepada Encik Rashid untuk menyertainya dalam perniagaan. Encik Rashid baru sahaja menamatkan perkhidmatan sebagai penjawat awam. Perniagaan mereka dikenali sebagai AR Biskut Sedap. Mereka baru sahaja selesai menghadiri kursus pembuatan biskut di Institut Kulinari Melaka. Kilang AR Biskut Sedap menggunakan mesin yang berkualiti tinggi untuk memastikan kualiti biskut coklat chip yang dihasilkan berjaya dikekalkan. Mereka membuka kilang pembuatan biskut coklat chip di Ayer Keroh dan Alor Gajah yang dianggap mempunyai potensi pasaran yang luas berdasarkan bilangan penduduk mengikut daerah.
| Mukim (Daerah) | Bilangan penduduk |
|---|---|
| Ayer Keroh (Melaka Tengah) | 212,100 orang |
| Alor Gajah (Alor Gajah) | 263,600 orang |
Mereka turut memperkenalkan beberapa resipi biskut yang baru dengan menggabungkan coklat import berkualiti tinggi dengan bahan-bahan tempatan seperti kelapa parut dan gula melaka. Kesemua biskut tersebut dihasilkan daripada coklat premium dan bahan-bahan berkualiti tinggi. Mereka telah menemui satu resipi baru kombinasi coklat Belgium & Gula Melaka. Menu ini telah mendapat sambutan yang begitu hangat sehingga tempahan yang diperoleh melebihi kemampuan kilang mereka.
AR Biskut Sedap semakin mendapat tempat di hati pembeli, dengan permintaan yang kian meningkat setiap hari. Keenakan dan kualiti biskut ini menjadikannya pilihan utama pelanggan, menyebabkan kilang AR Biskut Sedap perlu meningkatkan pengeluaran bagi memenuhi permintaan pasaran.
Namun, di sebalik kejayaan tersebut, perniagaan berdepan cabaran besar apabila pengeluaran mula terjejas. Ramai pekerja memilih untuk berhenti kerana tidak sanggup bekerja lebih masa bagi memenuhi keperluan produksi yang semakin meningkat. Situasi ini menyebabkan kekurangan tenaga kerja, sekali gus menjejaskan kelancaran operasi kilang.
Trend perniagaan semasa mewujudkan persaingan. Wujud ramai peniaga menjual produk yang sama yang boleh mengganggu pasaran mereka. Mereka bersetuju untuk menggunakan strategi pemasaran berkesan agar pasaran biskut lebih berkembang dan jualan meningkat.
Berdasarkan kes tersebut, jawab soalan berikut:
a
Mengapakah Puan Aishah mempelawa Encik Rashid mengusahakan perniagaan AR Biskut Sedap?
3 marks
b
Sejauh manakah faktor lokasi penting dalam memilih lokasi kilang AR Biskut di Melaka? Jelaskan.
3 marks
c
Terangkan kelebihan jika mereka mendaftarkan resipi baharu.
4 marks
d
Bagaimanakah perniagaan AR Biskut Sedap menangani masalah pekerja di kilang mereka?
4 marks
e
Terangkan strategi pemasaran berkesan untuk meluaskan pasaran dan meningkatkan jualan biskut keluaran AR Biskut Sedap.
6 marks
AI is marking
Question by question against the scheme — keep this page open