Jelaskan kepentingan keuntungan kepada perniagaan.
6 marks
210 marks
Maklumat berikut berkaitan dengan pengangguran.
> Isu tentang pengangguran dan juga kehilangan pekerjaan akibat revolusi teknologi kecerdasan buatan ataupun 'Artificial Intelligent' (AI) ini sangat memberi kesan langsung kepada perkembangan baru hari ini. Majikan juga berisiko kehilangan perniagaan yang sedang mereka lakukan sehingga perniagaan mereka berisiko ditutup dan akhirnya pekerja juga akan hilang pekerjaan.
>
> (Sumber : Berita Harian, Jan 27, 2023)
a(i)
Jelaskan jenis pengangguran tersebut.
3 marks
a(ii)
Bagaimanakah kerajaan mengatasi masalah pengangguran di 2(a)(i)?
2 marks
b
Jelaskan faktor dalaman yang mempengaruhi perubahan visi, misi dan objektif perniagaan.
5 marks
310 marks
Gambar 2 menunjukkan sejenis sumber perniagaan.
a(i)
Apakah bahagian fungsian tersebut?
1 marks
a(ii)
Jelaskan peranan bahagian fungsian di 3(a)(i).
3 marks
Jelaskan aspek pengelolaan sumber manusia berikut:
b(i)
Standard prosedur operasi tugas
3 marks
b(ii)
Struktur organisasi
3 marks
410 marks
a
Dialog berikut adalah perbualan di antara Encik Azmi, pengarah filem dengan penulis skripnya Puan Anis.
> **Encik Azmi :** Filem yang ditayangkan mengalami kerugian kerana mengalami masalah cetak rompak.
>
> **Puan Anis :** Syarikat perlu lakukan sesuatu bagi mengatasi masalah ini supaya tidak berulang.
Bagaimanakah prosedur mengurus sumber tersebut?
6 marks
b
Terangkan kemudahan kewangan yang disediakan oleh agensi kerajaan kepada usahawan.
4 marks
510 marks
a
Apakah perbezaan antara kos tetap dan kos berubah?
4 marks
Jelaskan strategi campuran pemasaran berikut:
b(i)
Produk
3 marks
b(ii)
Harga
3 marks
610 marks
a
Jelaskan tanggungjawab yang perlu dipatuhi oleh usahawan setelah mendaftarkan perniagaan.
4 marks
b
Maklumat berikut berkaitan dengan urus niaga perniagaan Kedai Kek Athirah sepanjang bulan Julai 2025.
| Tarikh urus niaga | Butiran urus niaga |
|---|---|
| 23 Julai 2025 | Bayar sewa kedai sebanyak RM 1500 |
| 27 Julai 2025 | Bayar bil elektrik rumah sebanyak RM 600 |
Jelaskan dokumen perniagaan bagi setiap urus niaga tersebut.
6 marks
Bahagian BChoose 2 of 3Chosen 0/2
715 marks
Maklumat berikut berkaitan dengan sebuah perniagaan kraftangan.
> Indah Seni Kraftangan ditubuhkan pada 21 Julai 2003 di Kota Bharu yang dimiliki oleh Puan Wanie mengusahakan sebuah perniagaan yang menjual hasil kraftangan seperti ukiran kayu dan anyaman. Pada tahun 2023, bilangan pekerja tetap seramai 40 orang dan pekerja sambilan pula seramai 20 orang. Perniagaan ini menikmati jualan tahunan melebihi RM12 juta. Seiring perkembangan teknologi, Indah Seni Kraftangan menggunakan platform media sosial untuk memasarkan hasil kraftangan ke negara Indonesia, Singapura dan Brunei. Dalam satu mesyuarat pentadbiran, Puan Wanie mencadangkan untuk mempelawa sahabatnya, Puan Anur yang berminat dengan perniagaan ini untuk menjadi rakan kongsi bagi memenuhi keperluan permintaan yang semakin meningkat.
a
Jelaskan skala perniagaan Indah Seni Kraftangan.
3 marks
b
Jelaskan perkaitan antara saiz syarikat dengan bentuk pemilikan perniagaan.
6 marks
c
Bersetujukah anda dengan cadangan tersebut?
6 marks
815 marks
Maklumat berikut berkaitan dengan sebuah perniagaan.
> Cik Tina menjalankan sebuah perniagaan kedai runcit di kawasan Taman Perumahan Seroja. Beliau mendapatkan barang jualan daripada pembekal yang berdekatan. Kedai runcit Cik Tina sangat laris sejak Taman Perumahan Seroja Fasa 2 dibuka. Beliau berhasrat untuk membesarkan lagi perniagaan kedai runcitnya dengan membuat pinjaman daripada bank.
a
Apakah saluran agihan yang digunakan dalam perniagaan tersebut?
4 marks
b
Mengapakah Cik Tina memilih lokasi tersebut?
6 marks
c
Wajarkah Cik Tina membuat pinjaman dengan bank? Kemukakan alasan.
5 marks
915 marks
Jadual menunjukkan maklumat yang dipetik daripada penyata kewangan Kedai Buku Gemilang bagi tahun 2023 dan 2024.
| Butiran | Tahun 2023 (RM) | Tahun 2024 (RM) |
|---|---|---|
| Kos jualan | 66 300 | 44 200 |
| Untung bersih | 33 000 | 22 000 |
| Belian | 51 000 | 35 000 |
| Stok awal | 8 500 | 6 200 |
| Stok akhir | 6 100 | 5 010 |
a
Hitung kadar pusing ganti stok bagi tahun 2023 dan 2024.
5 marks
b
Jelaskan prestasi perniagaan berdasarkan jawapan di 9 (a).
4 marks
c
Sekiranya anda seorang Pengurus Pemasaran, cadangkan tindakan yang perlu diambil bagi meningkatkan kadar kecekapan perniagaan menguruskan stok.
6 marks
Bahagian CAnswer all 1
1020 marks
Syarikat Che'Syamimi Food Solution Sdn Bhd merupakan syarikat yang menghasilkan sambal berasaskan ikan bilis. Syarikat ini beroperasi di kawasan perindustrian Pengkalan Chepa, Kota Bharu, Kelantan. Syarikat ini mempunyai 210 orang pekerja tetap dan jumlah jualan tahunan pada tahun 2025 adalah sebanyak RM 53 juta. Syarikat ini menawarkan pelbagai jenis sambal dan sering mendapat tempahan dari pelanggan di seluruh negara.
Setelah empat tahun beroperasi, Syarikat Che'Syamimi Food Solution Sdn Bhd mengalami peningkatan dalam jumlah jualan sambalnya. Berikut menunjukkan trend peningkatan bagi Syarikat Che'Syamimi Food Solution Sdn Bhd.
| Tahun | Jumlah Jualan (RM) |
|---|---|
| 2022 | 50.5 juta |
| 2023 | 51.3 juta |
| 2024 | 52.2 juta |
| 2025 | 53 juta |
Hal ini menyebabkan Cik Atiqah selaku pengurus besar Syarikat Che'Syamimi Food Solution Sdn Bhd ingin meluaskan lagi pasaran perniagaannya dengan mengeluarkan beberapa produk baharu ke luar negara terutamanya ke negara jiran seperti Thailand dan Indonesia serta meningkatkan jualan produk sedia ada. Justeru itu, semua pekerja di bahagian pengeluaran diarahkan untuk bekerja lebih masa dan permohonan cuti dibekukan. Pengurus pengeluaran dikehendaki mengeluarkan notis berkenaan dan tiada seorang pun pekerja di bahagian tersebut dibenarkan bercuti dalam tempoh itu. Hal ini menyebabkan pekerja tidak berpuas hati.
Permintaan yang terus meningkat memerlukan pihak pengurusan syarikat membuat perlindungan ke atas produk supaya resepi sambal berasaskan ikan bilis tidak ditiru oleh syarikat pesaing.
Berdasarkan kes tersebut, jawab soalan-soalan berikut:
a
Terangkan klasifikasi perniagaan tersebut.
5 marks
b
Jelaskan trend perniagaan yang dialami berdasarkan jumlah jualan Syarikat Che'Syamimi Food Solution Sdn Bhd dari tahun 2022 hingga tahun 2025.
4 marks
c
Agensi kerajaan yang manakah yang dapat membantu Syarikat Che'Syamimi Food Solution Sdn Bhd bagi meluaskan pasarannya ke luar negara? Beri alasan anda.
4 marks
d
Jelaskan gaya pengurusan pihak pengurusan Syarikat Che'Syamimi Food Solution Sdn Bhd.
4 marks
e
Jelaskan implikasi kepada Syarikat Che'Syamimi Food Solution Sdn Bhd jika tidak mengambil tindakan sewajarnya.
3 marks
AI is marking
Question by question against the scheme — keep this page open