Maklumat di bawah ini menunjukkan satu bentuk pemilikan perniagaan di Malaysia.
> Sebuah perniagaan telah ditubuhkan di Taiping, Perak dengan keahlian minimum 50 orang. Ahli lembaga perniagaan ini terdiri daripada wakil yang dipilih secara demokratik. Perniagaan ini menawarkan pinjaman peribadi, pinjaman kereta dan pinjaman perumahan kepada ahli dengan kadar faedah berpatutan.
a(i)
Apakah bentuk pemilikan perniagaan yang tersebut?
1 marks
a(ii)
Jelaskan ciri-ciri bentuk pemilikan perniagaan 1 (a)(i).
4 marks
b
Bagaimanakah kerajaan mengatasi masalah inflasi?
5 marks
210 marks
Jelaskan tujuan sesebuah perniagaan menetapkan perkara berikut:
a(i)
Visi
2 marks
a(ii)
Misi
2 marks
b
Jelaskan peranan bahagian fungsian pengagihan dalam sesebuah organisasi perniagaan.
6 marks
310 marks
Pengurusan sumber manusia dalam sesebuah perniagaan mempunyai peranan yang tertentu. Jelaskan peranan yang berikut:
a(i)
Pemantapan Budaya Profesional
2 marks
a(ii)
Menggalakkan kreativiti dan inovasi
2 marks
b
Situasi berikut berkaitan dengan sumber pembiayaan.
> Encik Hasnol merupakan pemilik Farmasi Cahaya Melati Sdn. Bhd. di Teluk Intan, Perak. Beliau ingin mengembangkan perniagaannya dengan membuka satu lagi cawangan baharu di Tapah, Perak dan bercadang untuk mendapatkan pembiayaan daripada pihak bank.
Jelaskan prosedur yang perlu dipatuhi untuk mendapatkan sumber pembiayaan tersebut.
6 marks
410 marks
a
Maklumat berikut berkaitan dengan sumber pembiayaan.
> Encik Ramesh memohon institusi kewangan mengambil alih tugas mengutip hutang perniagaan melalui pembelian invois dengan harga diskaun.
Jelaskan jenis pembiayaan tersebut.
5 marks
b
Jelaskan tanggungjawab yang perlu dipatuhi oleh pemilik setelah berjaya mendaftar perniagaan.
5 marks
510 marks
a
Rajah 1 menunjukkan faktor kemampuan perniagaan bertahan dalam industri.
Huraikan X dan Y.
6 marks
b
Jelaskan faedah mendaftarkan perniagaan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia.
4 marks
610 marks
a
Situasi berikut berkaitan satu kaedah aplikasi teknologi maklumat dalam perniagaan.
> Syarikat Sinar Gemilang Sdn. Bhd. bercadang untuk menjalankan urus niaga dengan beberapa jabatan kerajaan bagi membekalkan perabot pejabat. Pengurus syarikat perlu berurusan dengan menggunakan sistem yang disediakan.
Jelaskan aplikasi teknologi maklumat yang sesuai bagi syarikat tersebut.
4 marks
b
Maklumat berikut berkaitan dengan urus niaga Kedai Roti Manis sepanjang bulan April 2024.
| Tarikh Urus Niaga | Butiran Urus Niaga |
|---|---|
| 15 April | Kedai Roti Manis telah membeli 50 beg tepung gandum daripada Pemborong Bakeri Sentosa bernilai RM3000 secara tunai. |
| 20 April | Kedai Roti Manis membayar gaji pekerja sebanyak RM 15800. |
Jelaskan dokumen perniagaan bagi setiap urus niaga tersebut.
6 marks
Bahagian BChoose 2 of 3Chosen 0/2
715 marks
Maklumat berikut berkenaan dengan sebuah perniagaan.
> Puan Wong merupakan pengusaha makanan sejuk beku di Kuala Kangsar, Perak. Beliau dibantu oleh 10 orang pekerja tetap dan 5 orang pekerja sementara. Selepas 3 tahun, beliau telah membuka sebuah kedai di sekitar Parit Buntar yang berhampiran dengan kawasan perumahan.
a
Terangkan skala perniagaan yang terlibat.
4 marks
b
Jelaskan prosedur mengurus sumber fizikal kepada perniagaan tersebut.
6 marks
c
Mengapakah Puan Wong memilih kawasan perumahan tersebut untuk memulakan perniagaan?
5 marks
815 marks
Maklumat berikut berkaitan dengan sebuah perniagaan.
> Encik Rafiq pemilik kafe Kopi Warisan di Lumut, Perak pernah mendapat perhatian ramai selepas sebuah syarikat penyiaran terkenal mencuba menu baharu kafe tersebut. Kejayaan ini menjadikan kafe itu popular di seluruh negara. Beliau mengamalkan gaya kepimpinan yang memberi kebebasan penuh kepada pekerja tanpa banyak campur tangan. Namun selepas beberapa tahun, perniagaan mula merosot akibat persaingan sengit dan teknik pemasaran moden oleh pesaing. Bagi mengatasi masalah ini, Encik Rafiq telah berbincang dengan Pengurus Kewangan dan memohon peruntukan tambahan untuk meningkatkan semula jualan.
a
Jelaskan kaedah promosi yang digunakan oleh perniagaan tersebut.
6 marks
b
Jelaskan gaya pengurusan yang diamalkan oleh Encik Rafiq.
5 marks
c
Cadangkan strategi yang boleh dilakukan pengurus kewangan bagi meningkatkan semula jualan.
4 marks
915 marks
Jadual berikut menunjukkan maklumat kewangan Syarikat Hasani Sdn Bhd.
| Butiran | 2022 (RM) | 2023 (RM) |
|---|---|---|
| Kos Jualan | 80 000 | 50 000 |
| Jumlah aset | 220 000 | 250 000 |
| Stok purata | 20 000 | 15 000 |
| **Jualan bersih** | **120 000** | **150 000** |
a(i)
Hitung nisbah kecekapan bagi kedua-dua tahun tersebut.
6 marks
a(ii)
Jelaskan justifikasi kedudukan kewangan berdasarkan nisbah kecekapan bagi tahun 2022 dan 2023.
3 marks
b
Terangkan pihak yang berkepentingan kepada penyata kewangan syarikat sesebuah perniagaan.
6 marks
Bahagian CAnswer all 1
1020 marks
Perniagaan Walid & Rakan-Rakan merupakan sebuah perniagaan yang menghasilkan pelbagai jenis daging salai yang berkualiti tinggi, antaranya daging lembu salai, itik salai, dan kambing salai. Perniagaan ini beroperasi di Taman Cendana, Ipoh dan menerima tempahan pelanggan dari seluruh negeri Perak.
Perniagaan ini bukan sahaja telah menjadi sumber pendapatan utama bagi Encik Walid dan keluarganya, malahan turut memberikan peluang pekerjaan dan sumber rezeki kepada penduduk setempat.
Setelah beroperasi selama 5 tahun, perniagaan ini menunjukkan perkembangan yang positif dan menunjukkan peningkatan jualan pada setiap tahun. Sejak dua tahun kebelakangan ini, Perniagaan Walid & Rakan-Rakan telah mula menerima tempahan dari negeri Pulau Pinang, Perlis dan Kedah. Bagi menampung permintaan yang semakin meningkat Encik Walid bercadang untuk menukar bentuk milikan perniagaan mereka kepada Syarikat Walid Salai Sendirian Berhad.
**Berikut adalah Penyata Aliran Tunai bagi 3 bulan berakhir 30 Jun 2024.**
| Butiran | April (RM) | Mei (RM) | Jun (RM) |
|---|---|---|---|
| Baki awal | 10 600 | 13 320 | 15 800 |
| Jualan | 31 500 | 33 580 | 35 100 |
| Penerimaan daripada Penghutang | 4 800 | 3 200 | 3 000 |
| **Jumlah Penerimaan** | **36 300** | **36 700** | **38 100** |
| Gaji | 23 000 | 23 000 | 23 000 |
| Belian | 7 600 | 8 200 | 10 000 |
| Belanja utiliti | 480 | 520 | 590 |
| Sewa | 2 500 | 2 500 | 2 500 |
| **Jumlah Pembayaran** | **X** | 34 220 | 36 090 |
| **Lebihan/Kekurangan** | 2 720 | 2 480 | **Y** |
| **Baki h/b** | 13 320 | 15 800 | 17 810 |
Salah seorang rakan kongsinya, Encik Roslan mencadangkan agar perniagaan mendapatkan sumber pembiayaan daripada Agrobank. Melalui Penyata Aliran Tunai tersebut, membuktikan bahawa syarikat mampu membayar balik pinjaman.
Berdasarkan kes tersebut, jawab soalan-soalan berikut:
a
Jelaskan sektor perniagaan tersebut.
3 marks
b
Jelaskan peranan Encik Walid sebagai usahawan terhadap diri dan keluarga.
4 marks
c
Mengapakah Encik Walid ingin menukar bentuk perniagaan tersebut?
5 marks
d
Hitung nilai X dan Y.
4 marks
e
Pada pendapat anda, wajarkah Encik Walid bersetuju dengan cadangan Encik Roslan? Berikan alasan anda.
4 marks
AI is marking
Question by question against the scheme — keep this page open