Rajah 1 menunjukkan trend persekitaran sebuah perniagaan.
Terangkan faktor luaran yang mempengaruhi trend tersebut.
6 marks
b
Terangkan pasaran baharu yang boleh diteroka oleh sesebuah perniagaan.
4 marks
310 marks
Jelaskan kemahiran kebolehkerjaan berikut:
a(i)
Kelayakan yang bersesuaian
3 marks
a(ii)
Berpengalaman
3 marks
b
Maklumat berikut berkaitan dengan perniagaan Puan Sopiah.
> Puan Sopiah membuka sebuah butik menjual pelbagai jenis pakaian wanita. Baru-baru ini, beliau menghadapi masalah untuk menjelaskan bayaran kepada pembekal. Beliau memerlukan tunai dengan segera. Oleh itu, beliau bercadang untuk menggunakan kemudahan pembiayaan yang ditawarkan oleh pihak bank memandangkan beliau merupakan pemegang akaun semasa di bank tersebut.
Jelaskan sumber pembiayaan tersebut.
4 marks
410 marks
Gambar 3 menunjukkan jenis sumber perniagaan.
a
Bagaimanakah perniagaan mengurus sumber tersebut?
6 marks
b
Rajah 2 berkaitan dengan faktor penyumbang untuk memulakan perniagaan.
**Rajah 2** — Faktor penyumbang untuk memulakan perniagaan:
- **X**
- Kemahiran
- Lokasi yang sesuai
- Pemasaran
- Bantuan profesional
- Latihan
- Stok
Jelaskan **X**.
4 marks
510 marks
Dokumen 1 berkaitan dengan dokumen perniagaan sebuah syarikat.
**Dokumen X**
Syarikat Nona Bakery, 208, Jalan Lagenda 7, Taman Lagenda, 08000 Sungai Petani Kedah
No: 0089 — Tarikh: 10 Mei 2025
Kepada: Kedai Kek Berkat, No. 7, Jalan Mawar, Pekan Baru, 08000 Sungai Petani, Kedah.
| Bil | Butir | Harga (RM) | Unit | Jumlah (RM) |
|---|---|---|---|---|
| 1 | Tepung Cap Mas | 3.90 | 100 | 390.00 |
| 2 | Gula Cap Tebu | 2.95 | 100 | 295.00 |
| 3 | Perisa Vanilla | 3.20 | 50 | 160.00 |
| 4 | Telur Gred A | 0.50 | 200 | 100.00 |
| | | | **Jumlah** | **945.00** |
Ringgit Malaysia: Sembilan Ratus Empat Puluh Lima Sahaja
Syarat: 10 % 14 hari, 5 % 21 hari
Serahan: Angkutan dibayar K. & K. di K.
Tandatangan: *Nora* (Penerima) — *Ramlee* (Pengurus)
Dokumen 1
a(i)
Apakah dokumen **X**?
1 marks
a(ii)
Jelaskan dokumen di 5(a)(i).
4 marks
Jelaskan proses aliran barang dan perkhidmatan berikut:
b(i)
Penerimaan pesanan daripada pengguna
2 marks
b(ii)
Penghantaran invois kepada pembeli dan penerimaan bayaran
3 marks
610 marks
Rajah 3 menunjukkan akta penubuhan perniagaan.
**Rajah 3** — AKTA PENUBUHAN PERNIAGAAN:
- Akta Pendaftaran Perniagaan 1956
- Akta Perkongsian Liabiliti Terhad 2012
- **Q**
a(i)
Apakah **Q**?
1 marks
a(ii)
Jelaskan jawapan di 6(a)(i).
3 marks
b
Maklumat berikut berkaitan dengan kelebihan berniaga sebagai satu peluang kerjaya.
> - Mencari rezeki bagi menyara kehidupan diri dan keluarga
> - Mengurus masa perniagaan dengan fleksibel
> - Membentuk personaliti seorang usahawan
Jelaskan kelebihan berniaga selain daripada pernyataan tersebut.
6 marks
Bahagian BChoose 2 of 3Chosen 0/2
715 marks
Graf berikut berkaitan dengan sebuah perniagaan.
a(i)
Jelaskan **X**.
3 marks
a(ii)
Jelaskan kesan sekiranya pengeluaran kurang daripada **X**.
3 marks
b
Jelaskan faktor dalaman yang mempengaruhi kawasan berlorek.
5 marks
c
Cadangkan tindakan yang boleh diambil bagi mengatasi situasi di kawasan berlorek dari aspek sumber manusia.
4 marks
815 marks
Maklumat berikut berkaitan dengan Perniagaan Dapur Crispy.
> Perniagaan Dapur Crispy merupakan perniagaan yang menghasilkan kerepek dan snek tempatan. Perniagaan berhasrat untuk meluaskan pasaran produk ke peringkat antarabangsa. Pemilik perniagaan, Encik Amir membuat keputusan untuk menggunakan sumber pembiayaan dalaman bagi menampung kos pembangunan platform secara dalam talian. Beliau juga mencadangkan penggunaan aplikasi teknologi maklumat bagi memudahkan pelanggan membuat pembelian. Beliau yakin banyak faedah yang akan diperoleh jika memasarkan produk di internet.
a
Mengapakah sumber pembiayaan tersebut dipilih?
5 marks
b
Terangkan **dua** aplikasi teknologi maklumat yang perlu disediakan oleh Perniagaan Dapur Crispy.
6 marks
c
Jelaskan implikasi yang akan dihadapi oleh Encik Amir jika menjalankan perniagaan dalam talian.
Tafsirkan kedudukan kewangan Syarikat Seri Tenun Sdn. Bhd. berdasarkan nisbah kecairan.
6 marks
c
Sekiranya anda seorang pengurus kewangan, cadangkan tindakan yang boleh diambil untuk meningkatkan nisbah kecairan.
5 marks
Bahagian CAnswer all 1
1020 marks
Syarikat Sos Cili Tok Wan Sdn. Bhd. telah ditubuhkan pada tahun 2019 oleh Encik Fahmey. Syarikat ini merupakan pengeluar sos cili di Sungai Petani, Kedah dan mempunyai 70 orang pekerja tetap serta 10 orang pekerja sambilan. Sos cili Tok Wan telah dipasarkan ke seluruh negeri Kedah. Sejak kebelakangan ini, permintaan sos cili semakin berkurangan dari tahun ke tahun. Hasil jualan tahunan adalah seperti berikut:
| Tahun | Hasil Jualan Tahunan (RM) |
|---|---|
| 2019 | 500 000 |
| 2020 | 400 000 |
| 2021 | 350 000 |
| 2022 | 330 000 |
| 2023 | 310 000 |
| 2024 | 300 000 |
Beliau telah menerima aduan daripada pelanggan tentang pembungkusan dan tekstur sos cili. Masalah tekstur yang cepat berubah boleh menjejaskan persepsi pelanggan terhadap kualiti produk. Namun begitu, Encik Fahmey mendapat maklumat daripada bahagian fungsian yang terlibat bahawa bahan mentah yang berkualiti telah digunakan dan tiada masalah semasa pemprosesan sos cili.
Encik Fahmey juga mendapati strategi campuran pemasaran memainkan peranan penting dan perlu ditambah baik. Kaedah promosi yang sesuai dan berkesan dapat menarik pelanggan sekali gus dapat meningkatkan jualan sos cili Tok Wan.
Oleh itu, syarikat memerlukan modal tambahan sebanyak RM100 000 untuk menambahbaik strategi pemasaran sedia ada dan pembelian mesin baharu. Encik Fahmey telah menerima tawaran pinjaman daripada dua pihak. Maklumat tawaran pinjaman adalah seperti berikut:
| Butiran | Agensi Kerajaan | Bank AA |
|---|---|---|
| Jumlah pinjaman | RM100 000 | RM100 000 |
| Faedah pinjaman (setahun) | 4.0% | 4.9% |
| Tempoh pinjaman (tahun) | 10 | 7 |
| Cagaran | Tiada | Ada |
Encik Fahmey berhasrat untuk membuat pembaharuan ke atas produknya dengan menukar kaedah pembungkusan yang lebih sesuai. Ini bagi memastikan perniagaannya dapat bertahan dan berdaya saing dari semasa ke semasa.
Berdasarkan kes tersebut, jawab soalan-soalan berikut:
a
Terangkan sektor dan saiz perniagaan Encik Fahmey.
4 marks
b(i)
Apakah bahagian fungsian yang dimaksudkan oleh Encik Fahmey?
1 marks
b(ii)
Jelaskan jenis kawalan lain yang perlu diberi perhatian oleh Encik Fahmey.
3 marks
c
Jelaskan strategi promosi yang perlu dibuat oleh Syarikat Sos Cili Tok Wan Sdn. Bhd.
4 marks
d
Cadangkan pihak yang patut dipilih oleh Encik Fahmey. Beri alasan anda.
4 marks
e
Wajarkah pembaharuan produk dilakukan oleh Encik Fahmey? Kemukakan alasan anda.
4 marks
AI is marking
Question by question against the scheme — keep this page open