Maklumat berikut berkaitan dengan suatu bentuk pemilikan perniagaan.
| | |
|---|---|
| Nama Perniagaan | Perusahaan Maju Reka Sendirian Berhad |
| Alamat Perniagaan | Lot 783, Bandar Satelit Pasir Tumbuh, 16150 Kota Bharu, Kelantan. |
| Jualan Tahun 2020 | RM30 juta |
| Bilangan Pekerja Tetap | 40 orang |
| Aktiviti Perniagaan | Membuat perabot kayu getah untuk pasaran eksport |
Jelaskan kelebihan bentuk pemilikan perniagaan tersebut.
5 marks
210 marks
a
Maklumat di bawah ini berkaitan dengan Encik Rosli, pengusaha kilang sos cili.
> Encik Rosli adalah seorang pengusaha kilang sos cili di Pasir Mas, Kelantan. Beliau menghasilkan pelbagai jenis sos cili yang diedarkan melalui pemborong. Beliau menggaji 20 pekerja tetap di kilangnya. Pada mulanya, hasil jualan tahunan adalah sebanyak RM800 000.
Terangkan klasifikasi perniagaan tersebut.
4 marks
b
Jelaskan jenis pelepasan cukai yang diberi oleh kerajaan kepada usahawan.
6 marks
310 marks
Jelaskan gaya pengurusan:
a(i)
Laissez-faire
2 marks
a(ii)
Demokratik
2 marks
b
Rajah berikut merupakan sebahagian langkah-langkah dalam Pembangunan Produk Baharu.
**Pengujian Konsep → P → Analisis Perniagaan → Pembangunan Produk → Ujian Pemasaran → Q**
Jelaskan P dan Q.
6 marks
410 marks
Jelaskan peranan sumber manusia berikut:
a(i)
Membangunkan pasukan untuk mencapai sasaran
2 marks
a(ii)
Pemantapan budaya profesional
2 marks
b
Gambar 1 berkaitan dengan sumber fizikal sebuah perniagaan.
Huraikan prosedur mengurus sumber tersebut.
6 marks
510 marks
Maklumat berikut berkaitan dengan sebuah perniagaan.
> Puan Melur mengusahakan perniagaan jus kesihatan berasaskan buah belimbing. Beliau bercadang untuk menjalankan penyelidikan dan pembangunan bagi menambahbaik produk bagi menembusi pasaran baharu. Rakan beliau mencadangkan beliau mendapat pembiayaan daripada TEKUN NASIONAL.
a(i)
Jelaskan ciri keusahawanan yang ada pada Puan Melur.
3 marks
a(ii)
Jelaskan prosedur memohon pinjaman daripada sumber tersebut.
4 marks
b
Jelaskan tiga kepentingan penyata aliran tunai kepada sesebuah perniagaan.
3 marks
610 marks
a
Huraikan kelebihan berniaga sebagai satu peluang kerjaya.
6 marks
b
Maklumat berikut berkaitan dengan persediaan memulakan perniagaan.
> Encik Haziq dan Encik Haikal bersetuju untuk memulakan perniagaan dobi dengan nama H & H Senang Cuci Dobi di Kubang Kerian, Kelantan. Encik Haziq telah memberi cadangan kepada Encik Haikal untuk mendaftarkan perniagaan dobi mereka di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956.
Mengapakah Encik Haziq memberi cadangan tersebut?
4 marks
Bahagian BChoose 2 of 3Chosen 0/2
715 marks
Maklumat berikut berkaitan dengan sebuah syarikat pembinaan.
> Syarikat Pembinaan Tok Janggut Sdn. Bhd. ditubuhkan pada tahun 2020, merupakan sebuah syarikat kontraktor binaan rumah yang beroperasi di Pasir Puteh, Kelantan. Syarikat bercadang untuk meluaskan operasinya ke seluruh negara. Sehubungan dengan itu, syarikat telah mengubah visinya iaitu untuk menjadi peneraju syarikat binaan rumah yang unggul di Malaysia menjelang tahun 2030. Pada tahun 2021 syarikat telah berjaya meluaskan operasi perniagaan ke Terengganu. Syarikat bercadang untuk menjalin usahasama dengan sebuah syarikat di Thailand yang mempunyai kepakaran dalam bidang teknologi Sistem Binaan Berindustri (IBS) iaitu pembinaan pasang siap.
a
Jelaskan skala perniagaan Syarikat Pembinaan Tok Janggut Sdn. Bhd.
3 marks
b
Pada pendapat anda, mengapa Syarikat Pembinaan Tok Janggut Sdn. Bhd. menjalinkan kerjasama tersebut?
6 marks
c
Sejauhmanakah faktor luaran yang menyebabkan Syarikat Pembinaan Tok Janggut Sdn. Bhd. mengubah visi syarikatnya?
6 marks
815 marks
Maklumat berikut berkenaan dengan sebuah perniagaan.
> Puan Zila dan Nadia bercadang membuka sebuah perniagaan pakaian wanita di pinggir bandar Kota Bharu. Masalah kesukaran mendapat lokasi yang sesuai, telah mendorong mereka untuk menjual secara dalam talian kerana lebih menjimatkan kos. Selain itu mereka menghadapi masalah kekurangan kemahiran dan ilmu tentang selok belok perniagaan. Strategi perletakan harga yang tinggi dalam pengeluarannya kurang berkesan menyebabkan pakaian jualan mereka kurang mendapat sambutan. Puan Zila mencadangkan agar harga pakaian diturunkan untuk meningkatkan jualan.
a
Terangkan faktor-faktor yang perlu dipertimbangkan untuk memulakan perniagaan mereka.
6 marks
b
Jelaskan aplikasi teknologi maklumat yang sesuai digunakan oleh Puan Zila dan Nadia.
4 marks
c
Anda bersetuju bahawa harga pakaian wajar diturunkan. Kemukakan alasan anda.
5 marks
915 marks
Maklumat berikut berkaitan dengan penyata kewangan syarikat pembekal produk sejuk beku pada tahun 2021.
| Butiran | Syarikat PMN Berhad (RM juta) | Syarikat XYZ Berhad (RM juta) |
|---|---|---|
| Untung Bersih | 13.23 | 10.23 |
| Untung Kasar | 17.76 | 15.23 |
| Modal Awal | 19.67 | 18.23 |
a
Hitungkan peratusan pulangan atas modal Syarikat XYZ Berhad.
3 marks
b
Anda sebagai seorang ahli lembaga pengarah, syarikat yang manakah akan dipilih sebagai rakan strategik niaga? Kemukakan alasan anda.
5 marks
c
Cadangkan tindakan yang boleh diambil untuk meningkatkan prestasi keuntungan Syarikat XYZ Berhad.
7 marks
Bahagian CAnswer all 1
1020 marks
Syarikat Sri Tanjung Sdn Bhd merupakan syarikat yang menghasilkan baja organik berjenama BISAGROW pada tahun 2015. Sasaran pelanggan syarikat ini ialah pekebun kecil buah-buahan dan penanam sayur. Berikut maklumat daripada akaun pengeluaran syarikat tersebut selama tiga tahun.
| Tahun | 2019 | 2020 | 2021 |
|---|---|---|---|
| Jumlah Pengeluaran | 5000 | 8000 | 10 000 |
| Harga seunit | RM10 | RM12 | RM13 |
| Kos Seunit (3kg) | RM6 | RM9 | RM12 |
Ahli lembaga syarikat dalam mesyuarat tahunan mendapati beberapa perkara yang perlu diberi perhatian bagi meningkatkan prestasi syarikat. Berikut laporan yang telah dibentangkan dalam mesyuarat tersebut:
| Kelemahan | Ancaman |
|---|---|
| i. Kos pengeluaran yang semakin meningkat; ii. Saiz pembungkusan terhad | i. Persaingan yang meningkat dari jenama lain |
Bagi mengekalkan daya saing dalam pasaran baja organik pihak syarikat beberapa faktor perlu dipertimbangkan. Pihak syarikat telah mengambil keputusan untuk menggunakan teknologi baharu dan strategi pemasaran berkesan bagi meningkatkan daya saing syarikat. Pengurus pemasaran telah mencadangkan agar syarikat menyediakan perkhidmatan selepas jualan bagi menarik lebih ramai pengguna.
Berdasarkan kes tersebut, jawab soalan-soalan berikut.
a
Hitungkan keuntungan yang diperoleh pada tahun 2020 dan 2021.
3 marks
b
Adakah anda bersetuju, prestasi kewangan syarikat pada tahun 2020 adalah lebih baik? Kemukakan alasan anda.
4 marks
c
Cadangkan kepada syarikat Sri Tanjung bagaimana mengatasi kelemahan tersebut.
5 marks
d
Terangkan faktor lain yang mempengaruhi daya saing syarikat tersebut.
4 marks
e
Jelaskan jenis-jenis perkhidmatan selepas jualan tersebut.
4 marks
AI is marking
Question by question against the scheme — keep this page open