Rajah di bawah menggambarkan perkongsian maklumat yang berlaku dalam era digital yang menggunakan pelbagai peranti pintar dan aplikasi atas talian.
a
Dalam era digital masa kini, sumber dan maklumat diperolehi tanpa had dan sempadan. Nyatakan **dua** sumber maklumat sahih yang boleh dipercayai dan digunakan pada masa kini.
2 marks
b
Penyebaran berita palsu akan mengganggu ketenteraman awam dan individu di negara ini. Huraikan.
4 marks
c
> Kwan Seng sangat berminat untuk menyertai Angkatan Tentera Malaysia dan berkhidmat sebagai anggota tentera. Dia mendapat maklumat tentang kemasukan ke pusat latihan ketenteraan daripada pelbagai sumber. Kwan Seng sangat yakin bahawa dia layak untuk menyertainya.
>
> Pada masa yang sama, rakannya, Darren mengetahui maklumat yang diperoleh oleh Kwan Seng tidak berasaskan sumber sahih. Namun begitu, Darren berasa serba salah untuk memberitahu Kwan Seng kerana bimbang akan mengganggu emosinya.
Apakah tindakan wajar yang boleh dilakukan oleh Darren? Justifikasikan jawapan anda.
4 marks
210 marks
Petikan di bawah berkaitan dengan Revolusi Industri 4.0.
> Industri 4.0 mencakupi penemuan pelbagai teknologi baharu seperti automasi, *Internet of Things* (IoT), analisis dan *big data*, simulasi, integrasi sistem, penggunaan robotik dan *cloud* yang bakal merancakkan kemajuan landskap dunia moden.
>
> Revolusi ini menandakan kemunculan sistem fizikal siber melibatkan keupayaan baharu sepenuhnya bagi manusia, mesin dan kaedah baharu teknologi.
>
> Industri 4.0 juga dapat mengatasi masalah kebergantungan terhadap sumber tenaga yang secara signifikan akan mengubah masa depan dunia pekerjaan.
>
> Sumber: www.kosmo.com.my
a
Berkeperibadian mulia sangat penting dalam mengharungi cabaran untuk menghadapi perkara di atas. Beri komen anda.
3 marks
b
Jelaskan justifikasi anda sekiranya seseorang individu sangat terpengaruh dengan dunia teknologi moden tanpa sempadan.
3 marks
c
- Patuh peraturan sekolah.
- Memberi ucapan selamat kepada guru.
- Menyiapkan kerja sekolah.
Selain amalan di atas, bagaimanakah anda mempraktikkan keperibadian mulia dalam kehidupan seharian sebagai seorang murid?
4 marks
310 marks
Gambar berikut menunjukkan bahayanya kesan rokok elektronik (*vape*) kepada kesihatan diri.
Sumber: *Berita Harian*
a
Berdasarkan gambar di atas, nyatakan **dua** ciri individu yang mempunyai nilai kerohanian yang mampu menghindari daripada perkara tersebut.
2 marks
b
Huraikan **dua** kepentingan nilai kerohanian bagi membentuk individu bermoral dalam kalangan remaja.
4 marks
c
Ramalkan perkara yang akan terjadi sekiranya situasi di atas tidak dibendung.
4 marks
410 marks
Tangkap layar di bawah menunjukkan bantuan kemanusiaan yang diberikan oleh rakyat Malaysia kepada mangsa gempa bumi di Turki.
> Kuala Lumpur: Sudah 20 hari berlalu sejak bencana gempa bumi melanda Izmir, Turki serta mengorbankan lebih 100 mangsa.
>
> Derita dialami beribu rakyat Turki yang kehilangan tempat tinggal turut meruntun simpati ramai rakyat Malaysia yang terus menyalurkan sumbangan kepada mangsa susulan gempa dengan kekuatan 7 skala richter itu.
>
> Presiden Muslim Care Malaysia Society (MCM) Zulkifli Wahijan berkata, beribu penduduk Turki kehilangan tempat tinggal susulan banyak pangsapuri dan kediaman tinggi runtuh menyembah bumi.
>
> "Tidak mungkin mereka mampu menghadapi segala ujian ini melainkan dengan bantuan dari umat Islam seluruh dunia termasuk kita di Malaysia.
Sumber: https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2020/11/643321/terima-pujian-rakyat-malaysia-gigih-bantu-mangsa-gempa-turki
a
Adakah sikap berperikemanusiaan dapat menyumbang ke arah kesejahteraan global? Jelaskan.
3 marks
b
Pada pandangan anda, apakah yang bakal terjadi seandainya sikap masyarakat yang mengabaikan sikap berperikemanusiaan tidak dapat dibendung?
3 marks
c
Anda ialah pegawai perubatan yang terlibat dalam misi kemanusiaan di luar negara. Semasa menjalankan tugas, anda mendapat berita bahawa keluarga anda terlibat dalam kemalangan di tanah air. Apakah tindakan yang patut anda lakukan? Justifikasikan tindakan anda.
4 marks
510 marks
Baca perbualan antara Sarvesh dengan Adesh.
a
Perbualan di atas menunjukkan amalan integriti individu. Jelaskan maksud integriti individu.
2 marks
b
Apakah perkara yang akan berlaku jika perbuatan Sarvesh disokong oleh Adesh? Huraikan.
4 marks
c
Bagaimanakah ajaran agama atau kepercayaan memainkan peranan dalam pembentukan integriti individu?
4 marks
Bahagian BChoose 1 of 2Chosen 0/1
610 marks
Petikan berikut berkaitan dengan situasi pekerja asing di Malaysia.
> **Menangani isu lambakan pekerja asing**
>
> Kementerian Dalam Negeri pada tahun lalu melaporkan pekerja asing berdaftar di negara ini berjumlah 2.1 juta atau 15.5 peratus daripada keseluruhan guna tenaga di Malaysia, manakala pekerja asing tanpa izin dianggarkan berjumlah melebihi tiga juta orang.
>
> Hampir separuh pekerja asing berdaftar berasal dari Indonesia, diikuti Nepal dan Bangladesh, bakinya dari pelbagai negara seperti India, Myanmar, Pakistan, Filipina dan Vietnam.
>
> Sumber: https://www.bharian.com.my/taxonomy/term/61/2016/03/137736/menangani-isu-lambakan-pekerja-asing
a
Lambakan pekerja asing lebih banyak memberi kesan negatif kepada negara ini. Apakah perasaan anda sebagai warga Malaysia? Mengapa anda berperasaan sedemikian?
2 marks
b
Berdasarkan situasi di atas, bincangkan kesan pengambilan pekerja asing yang berlebihan untuk menjalankan operasi perniagaan kepada masyarakat dan negara.
8 marks
710 marks
a
Pengurusan kewangan secara beretika perlulah diamalkan oleh setiap individu bagi memastikan sumber kewangan yang diperoleh mengikut peraturan dan undang-undang. Apakah sumber kewangan tersebut?
2 marks
b
Pengurusan kewangan secara beretika memerlukan disiplin diri yang tinggi dalam diri setiap individu. Tindakan ini dapat memberi kebaikan pada masa hadapan.
Anda ialah seorang pekerja syarikat swasta yang mendapat pendapatan tetap secara bulanan. Huraikan kaedah untuk menguruskan pendapatan anda secara beretika setiap bulan.
8 marks
Bahagian CAnswer all 2
820 marks
Berikut ialah lirik lagu *Saya Anak Malaysia*.
> Sembilan belas lima puluh tujuh
> Bulan lapan kita merdeka
> Setelah dijajah oleh orang Inggeris
> Kamikaze dan Portugis
>
> Dari Perlis ke Kota Kinabalu
> Rakyat bersatu dan maju
> Bumi bertuah hasil melimpah
> Siapa rajin hidup mewah
>
> Saya anak Malaysia (4x)
>
> Melayu Iban India Cina
> Kadazan Portugis pun ada
> Semua kaya dengan budaya
> Di bawah kibaran satu bendera
>
> Saya anak Malaysia (4x)
>
> Hujan emas di negeri orang
> Hujan batu di negeri kita
> Walaupun cantik negeri orang
> Tentunya Malaysia cantik lagi
>
> Saya anak Malaysia (4x)
>
> Melayu Iban India Cina
> Kadazan Portugis pun ada
> Semua kaya dengan budaya
> Di bawah kibaran satu bendera
>
> Saya anak Malaysia (4x)
a
Berdasarkan lagu di atas, senaraikan keunikan rakyat Malaysia dari segi pakaian-pakaian yang dipakai oleh rakyat Malaysia.
4 marks
b
Dalam mempertahankan keunikan rakyat Malaysia ini, banyak cabaran yang perlu dihadapi demi keharmonian dan keamanan negara. Huraikan cabaran tersebut berdasarkan nilai universal yang anda pelajari.
8 marks
c
Jelaskan strategi yang perlu dilaksanakan bagi memastikan keunikan ini terus berkekalan untuk rakyat Malaysia.
Selain gambar di atas, apakah aktiviti lain yang dapat dipraktikkan bagi melestarikan alam sekitar?
4 marks
b
Pada pandangan anda, bagaimanakah program dalam gambar tersebut dapat disuburkan dalam kalangan masyarakat agar terus diamalkan demi kesejahteraan alam sekitar?
8 marks
c
Terangkan kelebihan program kitar semula terhadap masyarakat dan alam sekitar. Beri huraian anda berdasarkan nilai universal yang anda pelajari.
8 marks
AI is marking
Question by question against the scheme — keep this page open