Pernyataan di bawah berkaitan dengan pengalaman hidup Eva.
> **Eva seorang murid tingkatan 5 yang bersekolah di SMK Jementah, Johor. Dia sangat cemerlang dalam pelajaran dan sentiasa mengamalkan sikap bersopan santun dalam kehidupannya. Eva dilahirkan dan dibesarkan di luar negara sehingga berumur 16 tahun. Namun begitu Eva sangat gemarkan budaya dan makanan Malaysia. Eva juga berkebolehan bertutur dalam pelbagai bahasa. Eva mudah menyesuaikan dirinya dengan perubahan budaya di Malaysia.**
a
Takrifkan maksud individu glokal yang terdapat dalam diri Eva.
2 marks
b
Sebagai individu glokal, terangkan **dua** cara Eva boleh mempromosikan kebudayaan Malaysia di luar negara.
4 marks
c
Rakan sekelas sering mentertawakan usaha yang dilakukan Eva untuk mempelajari kebudayaan Malaysia. Jelaskan implikasi jika seseorang individu tidak bersikap glokal.
4 marks
210 marks
Keratan akhbar di bawah menunjukkan penggunaan vape dalam kalangan pelajar.
**Vape jadi punca pelajar dibelasah teruk**
Vape atau rokok elektronik didakwa menjadi punca pelajar lelaki Tingkatan satu dibuli sekumpulan pelajar senior di sebuah maahad tahfiz di Tanjong Karang, semalam.
Sumber : [email protected]. 12 Mac 2020
a
Nyatakan perasaan anda selepas membaca keratan akhbar di atas. Berikan alasan anda.
2 marks
b
Pelajar yang mempunyai nilai kerohanian dapat mengelakkan diri daripada gejala negatif seperti di atas.
Terangkan cara pelajar meningkatkan nilai kerohanian diri bagi mengelakkan kes seperti di atas.
4 marks
c
Huraikan tindakan yang boleh dilakukan oleh pihak sekolah untuk menangani pengaruh gejala negatif ini dalam kalangan murid-murid ?
4 marks
310 marks
Memo berikut telah dikeluarkan kepada pekerja yang sering datang lewat ke kerja.
> **MEMO**
> Tarikh : 20 Januari 2023
> Kepada : Pekerja Pembersihan Rumput dan Longkang R03 & R07
> Daripada : Pejabat Urusan
> Tajuk : Mematuhi waktu bekerja yang ditetapkan
>
> Pihak pengurusan ingin memaklumkan pada semua pekerja bahawa pekerja diwajibkan hadir ke tempat kerja pada pukul 8.00 pagi dan perlu sampai ke tapak pada pukul 8.30 pagi. Pekerja yang lewat hadir ke tempat kerja akan dikenakan tindakan
a
Berikan **dua** etika kerja lain yang perlu diamalkan oleh pekerja dalam melaksanakan integriti dalam organisasi.
2 marks
b
Jelaskan **dua** kepentingan etika kerja seperti di atas dalam membantu kejayaan organisasi.
4 marks
c
Anda sebagai seorang majikan, terangkan tindakan anda sekiranya seorang daripada pekerja anda sering datang lewat ke pejabat ?
4 marks
410 marks
Berikut ialah perbualan antara dua orang rakan tentang menyertai misi bantuan antarabangsa.
> Johnny : saya bercadang untuk menyertai misi bantuan untuk membantu mangsa kebakaran hutan di negara jiran kita. Apa kata kita sama-sama menyertai misi ini?
>
> Danny : Tidak Johnny, saya tak nak. Saya juga menasihatkan awak jangan pergi. Misi ini membahayakan.
a
Wajarkah tindakan Danny ? Berikan alasan anda.
2 marks
b
Nyatakan **dua** jenis bantuan keperluan asas yang dapat diberikan kepada mangsa bencana alam.
2 marks
c
Huraikan kebaikan menyertai misi bantuan kepada seseorang sukarelawan.
3 marks
d
Hutan merupakan khazanah alam yang perlu dipelihara. Senaraikan **tiga** kepentingan hutan.
3 marks
510 marks
Berikut merupakan gambar yang berkaitan dengan pilihanraya
Sumber : google image.com
a
Terangkan prosedur yang harus dipatuhi semasa berada pada situasi di atas.
3 marks
b
Jelaskan kesan sekiranya anda tidak menunaikan tanggungjawab dalam situasi di atas.
4 marks
c
Nyatakan **dua** jenis pilihan raya yang dijalankan di Malaysia.
2 marks
d
Namakan agensi yang menguruskan pilihan raya.
1 marks
Bahagian BChoose 1 of 2Chosen 0/1
610 marks
Berikut merupakan diari kewangan pada bulan Januari 2023.
> **Diari kewangan pada bulan Januari 2023**
> Gaji : RM2000.00
> Sewa rumah : RM400.00
> Kenderaan : RM300.00
> Keperluan harian (makan) : RM600.00
> Ibu bapa : RM300.00
> Simpanan : RM100.00
a
Nyatakan sumber kewangan lain yang diperolehi secara beretika.
2 marks
b
Berdasarkan catatan diari diatas, justifikasikan kepentingan pengurusan kewangan anda dalam kehidupan seharian.
8 marks
710 marks
Situasi di bawah berkenaan dilema kekeluargaan.
> Encik John telah dihubungi pihak sekolah kerana anaknya, Alex meniru jawapan rakan ketika menduduki peperiksaan di sekolah.
a
Encik John meminta pihak sekolah mengenakan hukuman setimpal di atas kesalahan anaknya.
Huraikan tindakan pihak sekolah berdasarkan prinsip keadilan atau keprihatinan.
8 marks
b
Apakah peranan sebagai seorang murid di sekolah ?
2 marks
Bahagian CAnswer all 2
820 marks
Berikut merupakan pertubuhan antarabangsa yang dianggotai oleh Malaysia.
a
Namakan pertubuhan antarabangsa yang disertai oleh Malaysia.
4 marks
b
Huraikan kepentingan Malaysia menganggotai pertubuhan di atas. Jawapan anda hendaklah berdasarkan nilai universal yang dipelajari.
8 marks
Berikut merupakan contoh kejayaan Malaysia yang berjaya menganjurkan sukan Komanwel pada tahun 1998.
c
Jelaskan cara anda dapat mengharumkan nama Malaysia di persada dunia.
8 marks
920 marks
Gambar di bawah berkaitan dengan Festival Tarian Tradisional Malaysia.
a
Beri cadangan anda untuk menggalakkan orang ramai menyertai festival tradisional tersebut ?
4 marks
b
Bincangkan kebaikan festival tersebut kepada rakyat Malaysia.
8 marks
c
Festival seperti di atas merupakan keunikan rakyat Malaysia.
Terangkan cabaran dalam mengekalkan keunikan rakyat Malaysia.
Jawapan anda hendaklah disokong dengan nilai-nilai universal.
8 marks
AI is marking
Question by question against the scheme — keep this page open