Pahang Trial 2023 Moral Education Kertas 1 · Kuantan
Settings
Vibration
Sound
Question language
Show original too
translate
Moral Education
Pahang Trial 2023 Moral Education Kertas 1 · Kuantan
Pahang Trial Kuantan · 2023
9 questions · Total 100 marks
150 min
Marking scheme
From the paper's own marking scheme
Marking
Marked by AI against the scheme — a study aid
Answer in
Malay
Last updated
2026-11-19
Bahagian AAnswer all 5
110 marks
Gambar berikut menunjukkan seorang hakim di mahkamah.
a
Apakah contoh prinsip keadilan dalam membuat keputusan yang boleh diamalkan oleh individu di atas?
2 marks
b
Terangkan kebaikan membuat keputusan berdasarkan prinsip keadilan.
4 marks
c
Ramalkan implikasi yang akan berlaku jika prinsip keadilan tidak diamalkan dalam negara.
4 marks
210 marks
Poster berikut berkaitan program kebudayaan anjuran kerajaan yang menggabungkan pelbagai budaya antarabangsa.
Sumber : BERNAMA
a
Sebagai individu glokal, bagaimanakah anda dapat mempromosikan festival tersebut ke luar negara?
3 marks
b
Terangkan sikap individu glokal yang perlu ada pada diri seseorang.
4 marks
c
Apakah perasaan anda jika anda menyertai festival tersebut? Berikan justifikasi anda.
3 marks
310 marks
Maklumat di bawah menunjukkan sambutan rumah terbuka suatu perayaan di Malaysia
> Rumah terbuka ataupun seringkali disebut sebagai 'open house' bukanlah sesuatu yang baru diperkenalkan dalam masyarakat Malaysia tetapi sejak zaman dahulu lagi. Rumah terbuka adalah jamuan yang meraikan sambutan perayaan penting dalam Negara kita seperti Deepavali , Tahun Baru Cina , Hari Raya Aidilfitri dan juga Hari Natal. Sambutan ini bertujuan untuk memupuk persefahaman dalam masyarakat Malaysia yang pelbagai kaum dan yang menganuti pelbagai agama.
Sumber : https://societyresponsibility.weebly.com/rumah-terbuka.html
a
Selain sambutan rumah terbuka, nyatakan tiga aktiviti lain yang dapat mengukuhkan perpaduan kaum di Malaysia.
3 marks
b
Jelaskan manfaat yang diperolehi ketika menyertai suatu majlis keramaian.
3 marks
c
Terangkan cabaran dalam memupuk perpaduan masyarakat yang berbilang kaum.
4 marks
410 marks
Poster berikut menunjukkan Kempen Derma Darah yang dianjurkan oleh Pusat Derma Darah, Hospital Tuanku Ja'afar Seremban.
Sumber: BERNAMA
a
Sebagai masyarakat yang bertanggungjawab, bagaimanakah anda dapat menjayakan program komuniti di atas?
Ramalkan implikasi sekiranya masyarakat kurang melibatkan diri dalam program komuniti.
4 marks
510 marks
Keratan akhbar berikut berkaitan pengurusan kewangan.
Sumber : BERITA HARIAN
a
Jelaskan maksud pengurusan kewangan secara beretika.
2 marks
b
Pengurusan kewangan secara beretika memberi manfaat kepada setiap individu. Berikan justifikasi anda.
4 marks
c
> Ravi menanggung bebanan hutang yang serius sehingga mengalami tekanan dalam hidup.
Sebagai seorang sahabat, apakah nasihat anda kepada Ravi dalam menguruskan kewangan secara beretika untuk mengelakkan diri daripada muflis?
4 marks
Bahagian BChoose 1 of 2Chosen 0/1
610 marks
Gambar berikut menunjukkan bilangan kes buli melibatkan pelajar di Malaysia.
SUMBER : BERNAMA
a
Nyatakan contoh gejala sosial lain yang berlaku dalam kalangan remaja di Malaysia.
2 marks
b
Apakah Langkah-langkah pencegahan yang boleh diambil oleh pihak sekolah dalam membendung kes buli.
8 marks
710 marks
Situasi berikut berkaitan dengan penindasan terhadap pekerja asing.
> Samson dan rakan-rakan merupakan pekerja asing di tempat kerja anda. Majikan anda telah memegang pasport mereka dan menyekat pemberian gaji atas alasan mereka tidak menunjukkan peningkatan produktiviti.
a
Nyatakan dua ciri berperikemanusiaan demi kesejahteraan global yang patut diamalkan oleh majikan tersebut.
2 marks
b
Anda tidak bersetuju dengan tindakan majikan tersebut. Justifikasikan.
8 marks
Bahagian CAnswer all 2
820 marks
Petikan berikut berkaitan dengan bencana alam yang berlaku di negara kita.
> Saban tahun, kita sering melihat di kaca televisyen, mendengar di radio mahupun terbaca di laman web tentang beberapa kawasan di negara kita yang dilanda banjir terutama apabila tiba musim tengkujuh.
Sumber: ASTRO AWANI
a
Nyatakan bencana alam yang sering berlaku di Malaysia.
4 marks
b
Bincangkan tanggungjawab anda sebagai warganegara terhadap mangsa bencana alam. Huraian anda hendaklah berdasarkan nilai-nilai universal.
8 marks
c
Terangkan implikasi pengabaian hak dan tanggungjawab sebagai warganegara terhadap masyarakat.
8 marks
920 marks
Keratan akhbar berikut berkaitan program pertukaran pelajar.
Sumber : BERITA HARIAN
a
Selain dari negara Jepun, senaraikan negara Asia lain yang menjalinkan hubungan dua hala dengan Malaysia.
4 marks
b
Jelaskan kepentingan mengekalkan hubungan antara Malaysia dengan negara luar. Jawapan anda hendaklah disokong dengan nilai universal yang dipelajari.
8 marks
c
Huraikan cabaran yang dihadapi dalam menjalinkan kerjasama masyarakat global antara negara.
8 marks
AI is marking
Question by question against the scheme — keep this page open