Negeri Sembilan Trial 2023 Moral Education Kertas 1
Settings
Vibration
Sound
Question language
Show original too
translate
Moral Education
Negeri Sembilan Trial 2023 Moral Education Kertas 1
Negeri Sembilan Trial · 2023
9 questions · Total 100 marks
150 min
Marking scheme
From the paper's own marking scheme
Marking
Marked by AI against the scheme — a study aid
Answer in
Malay
Last updated
2026-11-19
Bahagian AAnswer all 5
110 marks
Gambar berikut menunjukkan norma masyarakat global berkaitan kelestarian alam sekitar. Beberapa orang penduduk sedang menanam anak pokok bakau di tepi pantai.
Sumber: Buku Teks Pendidikan Moral KSSM Tingkatan 5, halaman 8.
a
Jelaskan manfaat norma masyarakat tersebut kepada negara kita.
4 marks
b
> Kuala Lumpur: Kenderaan elektrik (EV) muncul sebagai alternatif automotif berdaya maju utama ke arah melindungi alam sekitar dan memastikan planet yang boleh didiami, kata Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Ahmad Amzad Hashim.
>
> Menurut beliau, memandangkan perubahan iklim telah menjadi ancaman paling mendesak kepada manusia hari ini, sudah tiba masanya untuk kita memperjuangkan usaha rendah karbon dan cekap sumber.
Sumber: Harian Metro, 28 September 2022
Berdasarkan maklumat di atas, beri cadangan anda untuk menggalakkan orang ramai menggunakan kenderaan elektrik di Malaysia.
3 marks
c
Selain kenderaan elektrik, nyatakan budaya mesra alam yang diamalkan oleh masyarakat global.
3 marks
210 marks
Situasi berikut berkaitan dengan seorang murid sekolah.
> Darshan ialah seorang atlet olahraga yang cemerlang. Dia mewakili sekolahnya di peringkat daerah, negeri dan kebangsaan. Namun dia sering tidak hadir ke sekolah sehingga dikenakan tindakan disiplin oleh pihak sekolah. Pencapaian akademiknya turut merosot.
>
> Dalam kejohanan olahraga peringkat kebangsaan yang akan datang, pihak sekolah tidak membenarkan Darshan untuk mengambil bahagian. Dia merayu kepada pihak sekolah dan berjanji akan mengubah sikapnya dengan hadir ke sekolah setiap hari.
a
Berdasarkan prinsip keprihatinan, Darshan patut diberi peluang oleh pihak sekolah. Nyatakan alasan anda.
2 marks
b
Bagaimanakah pihak sekolah boleh meningkatkan pencapaian akademik Darshan?
4 marks
c
Jelaskan kepentingan membuat keputusan berdasarkan prinsip keprihatinan.
4 marks
310 marks
Teliti keratan akhbar di bawah.
Sumber: Sinar Harian, 15 Januari 2022
a
Berdasarkan maklumat di atas, nyatakan cara untuk mengelakkan diri daripada menjadi mangsa buli siber.
3 marks
b
Rakan baik anda telah melakukan buli siber dengan menulis komen yang menghina seseorang di media sosial baru-baru ini. Jelaskan tindakan anda.
4 marks
c
Pernyataan berikut berkaitan dengan jenayah penipuan dalam talian.
> Peningkatan kes penipuan dalam talian di negara kita semakin membimbangkan. Penipuan dalam talian memberi impak negatif terhadap masyarakat dan negara.
Jelaskan pernyataan tersebut.
3 marks
410 marks
Maklumat berikut berkaitan dengan tanggungjawab rakyat Malaysia sebagai pembayar cukai.
Sumber: Lembaga Hasil Dalam Negeri
a
Mengisytiharkan cukai pendapatan merupakan contoh integriti demi pembangunan negara.
Beri cadangan untuk menyedarkan rakyat Malaysia mengisytiharkan dan membayar cukai pendapatan.
3 marks
b
Jelaskan keperluan rakyat Malaysia membayar cukai untuk pembangunan negara.
3 marks
c
Huraikan implikasi sekiranya rakyat Malaysia gagal mengisytiharkan dan membayar cukai.
4 marks
510 marks
Poster berikut berkaitan dengan iklan jualan murah.
a
Adakah berbelanja semasa jualan murah merupakan satu langkah penjimatan? Beri alasan anda.
3 marks
b
Jelaskan cara pengurusan perbelanjaan secara beretika.
3 marks
c
Huraikan kesan sekiranya seseorang tidak menguruskan perbelanjaan secara beretika.
4 marks
Bahagian BChoose 1 of 2Chosen 0/1
610 marks
Maklumat berikut berkaitan dengan kejayaan seorang artis dari Malaysia yang telah memenangi anugerah Pelakon Wanita Terbaik di Anugerah Academy, Amerika Syarikat.
> Pelakon kelahiran Malaysia yang mencipta nama di Hollywood, Tan Sri Michelle Yeoh telah mengharumkan nama negara apabila berjaya dinobatkan sebagai Pelakon Wanita Terbaik di Anugerah Academy atau Oscar bagi edisi ke-95 di Los Angeles, Amerika Syarikat baru-baru ini. Kejayaan beliau membuktikan bahawa rakyat Malaysia mampu bersaing di peringkat dunia dan mencapai kecemerlangan.
Sumber: The Star, 13 Mac 2023
a
Tan Sri Michelle Yeoh ialah individu glokal yang wajar dicontohi oleh semua lapisan masyarakat di Malaysia.
Berdasarkan pernyataan di atas, nyatakan sikap individu glokal.
2 marks
b
Ramalkan implikasi sekiranya individu tidak bersikap glokal.
8 marks
710 marks
Maklumat berikut berkaitan dengan bantuan kepada mangsa banjir.
Sumber: Agensi Pengurusan Bencana Negara
a
Nyatakan tanggungjawab anda sebagai warganegara dalam membantu mangsa banjir.
2 marks
b
Kerajaan menyediakan Bantuan Wang Ihsan RM1,000 bagi setiap ketua isi rumah terjejas ketika Monsun Timur Laut atau yang terkesan dengan mana-mana bencana alam.
Terangkan kepentingan menghulurkan bantuan kepada mangsa bencana alam.
8 marks
Bahagian CAnswer all 2
820 marks
Maklumat berikut berkaitan dengan usaha seorang wanita menyelamatkan kucing jalanan.
> **BELANJA RIBUAN RINGGIT DEMI KUCING JALANAN**
> BENTONG – Kenaikan kos sara hidup tidak menghalang seorang wanita untuk memelihara kucing jalanan. Meskipun perit kerana perlu mengeluarkan belanja lebih RM1000 sebulan untuk membeli makanan kucing, Jamilah Zakaria, 49, tetap meneruskan aktiviti tersebut. Atas sikap belas kasihan dan menyayangi haiwan, beliau sanggup memelihara lebih 40 ekor kucing jalanan. Ini adalah tindakan yang mulia dan menjadi suri teladan kepada orang lain.
Sumber: Utusan Timur, 25 Januari 2023
a
Usaha wanita tersebut dalam menyelamatkan kucing jalanan menunjukkan beliau seorang insan yang berkeperibadian mulia.
Berdasarkan pernyataan di atas, nyatakan ciri individu berkeperibadian mulia.
4 marks
b
Jelaskan kepentingan berkeperibadian mulia terhadap haiwan. Jawapan anda hendaklah berdasarkan nilai-nilai universal yang dipelajari.
8 marks
c
Terangkan cara anda mengamalkan keperibadian mulia dalam kehidupan.
8 marks
920 marks
Maklumat berikut berkaitan dengan isu pendatang asing tanpa izin (PATI).
> JAKARTA - Isu pendatang asing tanpa izin (PATI) merupakan topik utama mesyuarat antara Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani dan rakan sejawat di Indonesia, Jeneral Listyo Sigit Prabowo. Mereka membincangkan masalah tersebut dan bertekad untuk meningkatkan kerjasama antara kedua-dua negara.
>
> Menurut Jeneral Listyo Sigit, hampir setiap hari terdapat kes yang melibatkan kemasukan PATI dari Indonesia ke Malaysia. Beliau mengatakan bahawa kerjasama antara kedua-dua negara dapat memudahkan proses pemantauan dan penyelarasan bagi membendung masalah tersebut.
Sumber: Bernama, 22 Januari 2022
a
Selain maklumat di atas, berikan contoh hubungan dua hala antara Malaysia dengan negara luar.
4 marks
b
Ramalkan kesan sekiranya masalah pendatang asing tanpa izin (PATI) tidak diatasi dalam masa terdekat.
8 marks
c
Hubungan antarabangsa bermaksud pertalian dan interaksi antara negara di dunia. Ia juga meliputi interaksi antara organisasi antarabangsa dan pertubuhan bukan kerajaan.
Terangkan kepentingan hubungan antarabangsa kepada Malaysia. Jawapan anda hendaklah berdasarkan nilai-nilai universal yang dipelajari.
8 marks
AI is marking
Question by question against the scheme — keep this page open