Gambar di bawah menunjukkan suasana meja makan selepas David menjamu selera dalam sebuah jamuan makan.
**Gambar 1**
a
Semasa menghadiri majlis jamuan makan, David telah mengambil makanan yang banyak dan tidak dapat menghabiskan makanan itu.
Beri komen anda terhadap sikap David.
2 marks
b
Sebagai rakan baik, bagaimanakah anda dapat memastikan David tidak mengulangi perbuatan tersebut.
4 marks
c
Ramalkan implikasi terhadap negara jika rakyat Malaysia bersikap seperti David.
4 marks
210 marks
Gambar di bawah berkaitan dilema yang dihadapi oleh Darren.
**Gambar 2**
> Darren mempunyai sejumlah wang hasil tabungan. Dia bercadang untuk menukar telefon sedia ada kepada telefon yang lebih canggih dan popular pada masa ini.
a
Andaikan anda sebagai Darren, adakah menukar telefon ini satu keperluan atau kehendak? Jelaskan.
3 marks
b
Huraikan kepentingan pengurusan kewangan secara beretika kepada individu.
4 marks
c) Gambar di bawah berkaitan Hari Tabungan Sedunia yang disambut di peringkat antarabangsa.
d
**Gambar 3**
> Hari Tabungan Sedunia disambut pada 31 Oktober setiap tahun.
Beri cadangan anda untuk menggalakkan rakyat Malaysia menyertai program tersebut.
3 marks
310 marks
Maklumat di bawah berkaitan simbol hak cipta yang digunakan dalam penerbitan dan penghasilan.
**Gambar 4**
a
Apakah yang dimaksudkan dengan hak cipta?.
2 marks
b
Anda dan Jason sedang menonton sebuah filem terbaharu di pawagam. Sambil menonton, Jason telah merakam filem tersebut dengan menggunakan telefon pintarnya. Apabila pulang ke rumah, Jason memuat naik rakaman tersebut melalui laman sosial dan menularkannya.
Ramalkan kesan daripada tindakan Jason terhadap pemilik hak cipta filem tersebut.
4 marks
c
Nyatakan contoh karya yang dilindungi di bawah hak cipta.
4 marks
410 marks
Gambar di bawah berkaitan kejadian gempa bumi yang berlaku di negara jiran.
*Pemilik rumah sedang melihat rumah yang telah roboh akibat kejadian gempa bumi*
> JAKARTA, 24 Disember 2021 – Gempa bumi kuat berukuran 6.4 skala Richter menggegarkan Indonesia pada Selasa lalu, menurut Badan Mitigasi Bencana Nasional (BNPB). Gempa bumi diukur pada kedalaman 10 kilometer (6.2 batu), dengan pusat gempa sekitar 233 km (kira-kira 139 batu) di selatan Jember. Gempa bumi ini telah membunuh 321 nyawa dan merosakkan 62,000 rumah.
>
> Sumber: Agensi
a
Jelaskan perasaan anda apabila melihat gambar di atas.
3 marks
b
Jelaskan implikasi kepada mangsa bencana jika masyarakat mengabaikan sikap berperikemanusiaan dalam situasi di atas?
3 marks
c
> Anda merupakan sukarelawan sebuah pertubuhan di Malaysia. Negara jiran sedang dilanda wabak berbahaya kesan daripada bencana alam yang berlaku. Anda terpilih untuk mengikuti misi bantuan kemanusiaan ke negara tersebut atas kepakaran yang dimiliki. Keluarga anda amat khuatir akan keselamatan diri anda.
Apakah tindakan yang wajar anda lakukan? Justifikasikan tindakan anda.
4 marks
510 marks
Petikan di bawah berkaitan kerjasama syarikat Malaysia dengan syarikat China.
> **Kerjasama ekonomi Malaysia-China terus diperkukuh, pacu sektor automotif**
>
> ***KUALA LUMPUR, 7 Mei*** - Kerjasama ekonomi Malaysia-China akan terus diperkukuh bagi menarik lebih banyak pelaburan terutama dalam sektor automotif tempatan. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata ia sekali gus memastikan industri itu bergerak seiring sejajar dengan ekosistem alam sekitar, sosial dan korporat (ESG) global. Malah kolaborasi Proton-Geely juga dilihat positif bagi mengekalkan kedudukannya sebagai hab eksport industri automotif terkemuka di Malaysia. "Geely dan Proton berjaya menjadikan Tanjung Malim sebagai pusat automotif utama kerana kami menyedari bahawa kesan sosioekonomi Proton kepada negara adalah penting dengan ekosistem automotifnya," jelas beliau.
a
Mengapakah kerjasama di atas penting dalam masyarakat global pada masa kini?.
3 marks
b
Ramalkan implikasi sekiranya kerjasama di atas diabaikan?.
3 marks
c
Selain kerjasama di atas, berikan contoh lain kerjasama Malaysia dalam masyarakat global.
4 marks
Bahagian BChoose 1 of 2Chosen 0/1
610 marks
Gambar di bawah berkaitan kegiatan meniru semasa peperiksaan.
**Gambar 5**
a
Apakah yang dimaksudkan dengan integriti individu?
2 marks
b
Jelaskan implikasi kepada murid jika terlibat dengan kegiatan di atas?.
8 marks
710 marks
Gambar di bawah berkaitan dengan isu yang berlaku dalam kalangan remaja masa kini.
> **Pelajar dipukul hampir dua jam**
> **Mangsa buli trauma sepanjang hayat**
> **Lebih 2,000 pelajar sekolah menengah dan rendah terlibat dadah**
> **Setiap Hari 50 Remaja Mulakan Tabiat Merokok**
**Gambar 6**
a
Masyarakat yang mempunyai pegangan agama atau kepercayaan meyakini bahawa nilai kerohanian dapat membantu dalam pembentukan individu bermoral.
Senaraikan ciri individu yang mempunyai nilai kerohanian.
2 marks
b
Bagaimanakah remaja dapat meningkatkan nilai kerohanian dalam diri mereka?
8 marks
Bahagian CAnswer all 2
820 marks
Gambar di bawah menunjukkan poster jualan murah atas talian.
**Gambar 7**
a
Nyatakan hak-hak pengguna yang bijak semasa menguruskan perbelanjaan.
4 marks
b
Bagaimanakah anda menguruskan perbelanjaan apabila anda melihat iklan jualan murah di atas?
Jawapan anda hendaklah disokong dengan nilai-nilai universal yang dipelajari.
8 marks
c
Huraikan kepentingan pengurusan perbelanjaan secara beretika ketika musim jualan murah.
8 marks
920 marks
Petikan di bawah berkaitan hubungan Malaysia di peringkat antarabangsa.
> **DASAR LUAR NEGARA**
>
> Dasar luar dapat didefinisikan sebagai matlamat, rancangan dan tindakan yang dijalankan oleh sesebuah negara dalam usaha untuk berhubung dengan sesebuah negara yang lain dalam pengertian yang terhad, dasar luar negara hanya mementingkan aspek tindakan yang diambil oleh sesebuah negara bagi mempengaruhi keadaan-keadaan yang berada di luar bidang kuasanya. Bagi menjaga kepentingan, keamanan dan keselamatan sesebuah negara, hubungan di antara sebuah negara dengan sesebuah negara yang lain adalah perlu dan penting. Hal ini demikian kerana kebanyakan negara bergantung antara satu sama lain dalam pelbagai aspek seperti politik, ekonomi, teknologi dan keselamatan. Negara maju perlu mengadakan hubungan dengan negara membangun khususnya dalam bidang perdagangan.
>
> Sumber: www.pmo.gov.my
a
Senaraikan negara yang memiliki hubungan dua hala dengan Malaysia?
4 marks
b
Mengapakah hubungan Malaysia dengan negara luar penting untuk Malaysia?
Jawapan anda hendaklah disokong dengan nilai-nilai universal yang dipelajari.
8 marks
c
**Gambar 8**
Jika anda sebagai pemimpin negara, cadangkan cara penyelesaian isu jerebu melalui hubungan antarabangsa.
8 marks
AI is marking
Question by question against the scheme — keep this page open