Maklumat di bawah berkaitan dengan keunikan pelbagai kaum.
> Negara Malaysia merupakan sebuah negara yang unik kerana mempunyai rakyat yang terdiri daripada pelbagai kaum seperti Melayu, Cina, India, Punjabi, Kadazandusun, Iban, Orang Asli, Baba dan Nyonya, Portugis dan lain-lain. Setiap kaum menganuti agama dan kepercayaan masing-masing, antaranya termasuklah Islam, Buddha, Hindu, Kristian, Sikh dan animism. Kepelbagaian ini tidak menghalang rakyat Malaysia untuk menerima dan menghormati norma dan budaya kaum lain. Hal ini bertujuan untuk mewujudkan keharmonian dan keamanan. Kepelbagaian ini menjadikan rakyat Malaysia unik di persada dunia.
a
2 marks
Nyatakan nama pakaian bagi kaum berikut:
i. Punjabi
ii. Kadazandusun
b
3 marks
Terangkan kepentingan keunikan rakyat Malaysia.
c
2 marks
Wajarkah isu sensitif disebarkan melalui media sosial? Bincangkan alasan anda.
d
3 marks
Jelaskan cabaran yang dihadapi dalam mengekalkan keunikan rakyat Malaysia.


