Sabah Trial 2024 Moral Education Kertas 1 · Tawau Set 1
Settings
Vibration
Sound
Question language
Show original too
translate
Moral Education
Sabah Trial 2024 Moral Education Kertas 1 · Tawau Set 1
Sabah Trial Tawau Set 1 · 2024
9 questions · Total 100 marks
150 min
Marking scheme
From the paper's own marking scheme
Marking
Marked by AI against the scheme — a study aid
Answer in
Malay
Last updated
2026-11-19
Bahagian AAnswer all 5
110 marks
Gambar berikut menunjukkan amalan norma masyarakat dalam kehidupan berjiran.
*Gambar 1: Kehidupan berjiran*
a
Apakah perasaan anda sekiranya setiap anggota masyarakat mengamalkan norma tersebut dalam kehidupan harian? Beri alasan.
3 marks
b
Jelaskan kepentingan amalan norma masyarakat tersebut.
3 marks
c
Situasi berikut berlaku di satu kawasan kejiranan.
> Joshua mengadakan majlis hari jadi anaknya. Ramai kawan termasuk anak-anak jirannya datang ke majlis tersebut sehingga menjadi riuh-rendah dan bising. Jiran Joshua terganggu dengan keadaan tersebut. Dia memarahi Joshua dengan kasar dan mengugut untuk melaporkan hal itu kepada pihak polis.
Jika anda Joshua, terangkan tindakan yang akan anda lakukan?
4 marks
210 marks
Maklumat berikut berkaitan dengan Rukun Negara
a
Apakah prinsip X dan Y tersebut?
i) Prinsip X :
ii) Prinsip Y :
2 marks
b
Jelaskan cara anda mengamalkan prinsip X dalam kehidupan seharian?
3 marks
c
Terangkan kepentingan menghayati prinsip Y.
3 marks
d
Berikan dua implikasi jika prinsip Rukun Negara diabaikan oleh rakyat?
2 marks
310 marks
Gambar di bawah menunjukkan amalan integriti terhadap keluarga
*Gambar 2: Menjaga bapa yang sakit*
a
Nyatakan sikap baik yang boleh dicontohi daripada situasi di atas.
2 marks
b
Mengapakah anak-anak perlu berbuat baik terhadap ibu bapa?
4 marks
c
Anak-anak patut melaksanakan tanggungjawab mereka terhadap ibu bapa supaya amalan integriti keluarga dapat diamalkan secara berterusan dalam keluarga.
Jelaskan cara melaksanakan tanggungjawab terhadap ibu bapa.
4 marks
410 marks
Situasi berikut berkaitan dengan pelaburan skim cepat kaya.
> Isaac ditawarkan peluang untuk menjana sejumlah wang dengan cepat dan mudah. Rakannya telah mengatur untuk membuka akaun di sebuah bank untuknya dan dijanjikan dengan pulangan dan keuntungan yang berlipat ganda dengan hanya membuat pelaburan minimum RM1000. Isaac sangat berminat dengan tawaran itu. Menurutnya jika pelaburan itu berhasil dia tidak perlu risau lagi dengan masalah kewangan. Namun Isaac merasa ragu kerana rakannya tidak memberitahu dengan tepat bagaimana dia menghasilkan wang itu.
a
Sekiranya anda Isaac, apakah anda akan melabur dalam skim tersebut? Beri alasan.
3 marks
b
Jelaskan kesan sekiranya Isaac terlibat dalam pelaburan skim cepat kaya tersebut.
4 marks
c
Bagaimanakah mengelakkan diri daripada terpengaruh dengan skim pelaburan seperti situasi di atas?
3 marks
510 marks
Maklumat berikut berkaitan dengan kerjasama Malaysia dengan negara-negara luar dalam pelbagai bidang.
> Kerjasama industri halal Malaysia - Jepun mampu jadi kuasa besar ekonomi halal global
> Kerjasama penting Malaysia – Turki dalam bidang pertahanan
> Malaysia – Indonesia rangka kerjasama isu alam sekitar, jerebu rentas sempadan
> Malaysia dan Australia jalin kerjasama tangani impak COVID-19
a
Jelaskan kebaikan hubungan kerjasama di atas kepada Malaysia.
3 marks
b
Sebagai pelajar, terangkan cara anda dapat membantu Malaysia mengekalkan hubungan dengan negara luar.
4 marks
c
Namakan satu negara yang mana Malaysia tiada jalinan hubungan diplomatik dan kerjasama dengan negara tersebut?
1 marks
d
Jelaskan sebab Malaysia tiada hubungan diplomatik dan kerjasama dengan negara yang anda nyatakan di (d).
2 marks
Bahagian BChoose 1 of 2Chosen 0/1
610 marks
Maklumat berikut berkaitan dengan sikap tidak berintegriti pelajar.
a
Nyatakan punca pelajar terlibat dalam salah laku tersebut.
2 marks
b
Huraikan implikasi salah laku tersebut terhadap pelajar.
8 marks
710 marks
Maklumat berikut berkaitan dengan isu penipuan pembelian atas talian.
a
Nyatakan contoh penipuan pembelian atas talian.
2 marks
b
Huraikan cara mengelakkan diri daripada menjadi mangsa penipuan semasa membeli secara atas talian?
8 marks
Bahagian CAnswer all 2
820 marks
Gambar di bawah menunjukkan dilema yang dihadapi oleh Vikram Singh.
a
Pada pendapat anda, wajarkah Vikram Singh menurut pilihan ibu bapanya? Berikan alasan.
4 marks
b
Huraikan kelebihan perkahwinan campur berdasarkan nilai-nilai universal yang anda pelajari.
8 marks
c
Bincangkan cabaran yang dihadapi oleh pasangan kahwin campur.
8 marks
920 marks
Berita di bawah berkaitan dengan kejayaan negara.
> KUALA LUMPUR: Malaysia sekali lagi merangkul anugerah ‘Pelancongan Kesihatan dan Perubatan: Destinasi Terbaik Tahun Ini’, pada Anugerah Pelancongan Perubatan 2020 di London, semalam. Pengiktirafan kali ke-4 berturut-turut itu, sekali gus meningkatkan kedudukan Malaysia sebagai pusat penjagaan kesihatan mengagumkan di dunia dan mencerminkan komitmen negara dalam sektor penjagaan kesihatan.
>
> Bernama :September 24, 2020
a
Nyatakan kejayaan yang dicapai oleh negara selain daripada kejayaan di atas.
4 marks
b
Mengapakah kejayaan tersebut amat bermakna kepada negara?
Huraikan jawapan anda berdasarkan nilai-nilai universal yang dipelajari.
8 marks
c
Sebagai pelajar, huraikan cara anda mengharumkan nama negara.
8 marks
AI is marking
Question by question against the scheme — keep this page open