Keratan akhbar berikut adalah mengenai kes kecurian yang berlaku di sebuah kedai.
Sumber: http://www.google.com
a
Tindakan seorang bapa mencuri untuk memberikan makanan kepada anaknya adalah tidak wajar. Berikan justifikasi anda.
2 marks
b
Jelaskan tindakan yang patut dikenakan ke atas bapa tersebut berdasarkan prinsip di bawah.
(i) Prinsip Keadilan:
(ii) Prinsip Keprihatinan:
4 marks
c
Selepas pandemik COVID-19, kadar kemiskinan dalam negara meningkat disebabkan kejatuhan ekonomi dunia. Ramai rakyat kehilangan sumber pendapatan sehinggakan ada antara mereka yang mengalami kemurungan, melakukan jenayah dan sebagainya untuk meneruskan hidup.
Bagi mengatasi masalah ini, huraikan tindakan yang boleh diambil oleh pelbagai pihak.
4 marks
210 marks
Gambar di bawah menunjukkan perlakuan anak yang tidak mendengar nasihat ibu bapa.
Sumber: http://www.google.com
a
Ibu bapa yang terlalu menyayangi anak akan memenuhi segala kemahuan dan menyebelahi anak walaupun mereka berbuat salah. Ini akan melahirkan anak yang menjadi “tuan” kepada ibu bapanya.
Perbuatan ibu bapa tersebut adalah tidak wajar. Berikan alasan anda.
3 marks
b
Hidup berkeluarga memerlukan seseorang itu mengamalkan integriti untuk membentuk keluarga bahagia.
Jelaskan **dua** amalan integriti yang perlu diamalkan dalam keluarga.
4 marks
c
**Gaya keibubapaan**
**Gaya Autoritatif**
- Akur dengan permintaan yang bersesuaian daripada anak-anak.
- Peka terhadap kemampuan dan kehendak anak-anak.
**Gaya Permisif**
- Anak-anak diberi kebebasan dalam membuat keputusan.
- Setiap permintaan dituruti tanpa memikirkan kesannya.
Berdasarkan dua gaya keibubapaan di atas, gaya keibubapaan yang manakah paling baik dijadikan sebagai contoh dalam mendidik anak-anak?
Jelaskan pilihan anda.
3 marks
310 marks
Maklumat berikut adalah mengenai tanggungjawab warganegara.
> **Tanggungjawab warganegara**
>
> Bertanggungjawab untuk membuat pengisytiharan harta dan membayar cukai.
Sumber: Buku Teks Pendidikan Moral Tingkatan 4
a
Namakan jenis-jenis cukai yang dikenakan terhadap rakyat oleh kerajaan.
3 marks
b
Membayar cukai adalah tanggungjawab rakyat terhadap negara.
Nyatakan kepentingan rakyat menunaikan tanggungjawab tersebut.
3 marks
c
Sekiranya rakyat tidak menunaikan tanggungjawab membayar cukai, jelaskan kesan terhadap masyarakat dan negara.
4 marks
410 marks
Maklumat berikut adalah mengenai program pertukaran pelajar ke luar negara.
> John merupakan seorang pelajar jurusan kejuruteraan komputer dari Universiti Kebangsaan Malaysia. Dengan pencapaian akademik yang cemerlang, beliau telah dipilih oleh pihak universiti untuk mengikuti program pertukaran pelajar selama dua tahun di Universiti Harvard, Amerika Syarikat. Ketika belajar di situ, beliau boleh menyesuaikan diri dengan perubahan di tempat baharu dan telah menunjukkan kecemerlangannya dengan memenangi anugerah pencapaian akademik yang dianugerahkan oleh pihak universiti. Walau bagaimanapun, beliau tidak bersikap sombong dan berhasrat membawa segala ilmu untuk dikongsikan dengan rakan-rakan apabila balik ke Malaysia nanti.
a
Berdasarkan pernyataan di atas, senaraikan ciri-ciri individu glokal yang ada pada John.
2 marks
b
Huraikan **dua** kepentingan menjadi individu glokal dalam kehidupan seharian.
4 marks
c
Individu yang gagal mengamalkan sikap glokal akan memberi impak yang sangat besar terhadap diri dan juga negara.
Jelaskan impak tersebut.
4 marks
510 marks
Gambar berikut merupakan contoh haiwan eksotik yang terdapat di Malaysia.
Sumber: http://www.google.com
a
Sesetengah masyarakat menjadikan haiwan eksotik sebagai makanan kegemaran.
Apakah perasaan anda dengan tindakan ini? Mengapa?
3 marks
b
Senaraikan usaha yang boleh diambil oleh pelbagai pihak untuk membendung perbuatan memakan haiwan eksotik tersebut.
3 marks
c
Haiwan eksotik merupakan haiwan yang sukar ditemui dan jarang sekali dibela sebagai haiwan peliharaan di rumah.
Bincangkan kepentingan melindungi haiwan eksotik.
4 marks
Bahagian BChoose 1 of 2Chosen 0/1
610 marks
Berikut merupakan contoh aplikasi untuk perkhidmatan pembelian dan penghantaran makanan secara dalam talian.
Seiring dengan perkembangan teknologi internet, aplikasi penghantaran makanan menjadi semakin popular dalam kalangan masyarakat masa kini. Terdapat banyak restoran yang menawarkan perkhidmatan penghantaran makanan untuk memperoleh pendapatan tambahan dan memenuhi permintaan pengguna.
a
Senaraikan contoh perbelanjaan secara beretika semasa membuat pembelian secara dalam talian.
2 marks
b
Huraikan kebaikan perkhidmatan pembelian dan penghantaran makanan secara dalam talian kepada masyarakat dan sektor pembuatan makanan di negara kita.
8 marks
710 marks
Keratan akhbar di bawah adalah mengenai salah satu program kerajaan untuk mengatasi masalah gelandangan di Malaysia.
Sumber: http://www.google.com
a
Berikan punca peningkatan gelandangan di negara kita.
2 marks
b
Bagaimanakah komuniti dapat membantu mengatasi masalah gelandangan? Jelaskan.
8 marks
Bahagian CAnswer all 2
820 marks
Pernyataan di bawah adalah mengenai kejayaan Malaysia dalam bidang sukan.
> Kejayaan pasukan bola sepak negara iaitu Harimau Malaya menentang pasukan gergasi daripada Korea Selatan yang berkeputusan seri 3 - 3 dalam peringkat kumpulan Piala Asia 2023 menjadi kebanggaan seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa. Semua orang bersatu padu menyokong pasukan negara dalam pertandingan tersebut.
>
> Ini jelas menunjukkan bahawa sukan menjadi alat untuk memupuk perpaduan rakyat yang berbilang kaum di negara kita.
Sumber: http://www.google.com
a
Selain aktiviti sukan, nyatakan aktiviti lain yang boleh dijalankan untuk memupuk perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia.
4 marks
b
Bagaimanakah acara sukan dikatakan dapat memupuk perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia? Jelaskan jawapan anda berdasarkan nilai-nilai universal yang dipelajari.
8 marks
c
Malaysia mempunyai penduduk yang berbilang kaum. Banyak cabaran yang dihadapi dalam usaha memupuk perpaduan.
Huraikan cabaran tersebut.
8 marks
920 marks
Keratan akhbar berikut adalah berkaitan hubungan baik Malaysia dengan Kanada.
> **Malaysia, Kanada perkukuh kerjasama pertanian, keterjaminan makanan**
>
> Februari 20, 2024 @ 6:47pm
> Arthur (dua dari kanan) dan MacAulay (tiga dari kiri) pada pertemuan di Putrajaya.
>
> PUTRAJAYA: Malaysia dan Kanada menyatakan komitmen untuk mengukuhkan kerjasama dalam sektor pertanian, perikanan dan ternakan, selain mengalu-alukan kerjasama teknikal dalam bidang penyelidikan serta pembangunan pertanian.
>
> Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) dalam kenyataan berkata, perkara itu antara inti pati perbincangan Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Arthur Joseph Kurup dengan Menteri Pertanian Agrimakanan Kanada, Lawrence MacAulay hari ini yang turut menyentuh aspek kerjasama dua hala dalam bidang keterjaminan makanan.
>
> Arthur turut mempelawa Kanada menyertai Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) yang dijadual berlangsung pada 11 hingga 22 September depan. – BERNAMA
a
Selain daripada sektor yang dinyatakan di atas, senaraikan **empat** sektor yang melibatkan kerjasama Malaysia dengan negara luar.
4 marks
b
Hubungan dua hala Malaysia dengan negara luar perlu dikekalkan demi menjaga kepentingan bersama.
Huraikan kepentingan mengekalkan hubungan baik antara Malaysia dengan negara luar.
8 marks
c
Sebagai seorang rakyat Malaysia, terangkan peranan anda dalam memastikan hubungan baik antara Malaysia dengan negara luar terus berkekalan. Jawapan anda hendaklah disokong dengan nilai-nilai universal yang dipelajari.
8 marks
AI is marking
Question by question against the scheme — keep this page open