Nyatakan aktiviti yang dapat anda laksanakan sebagai seorang murid untuk menyahut seruan Minggu Solidariti Palestin.
2 marks
b
Berdasarkan jawapan di (a), terangkan mengapa anda melaksanakan aktiviti tersebut.
8 marks
710 marks
Pernyataan di bawah ialah berkaitan kepentingan teknologi maklumat dan komunikasi.
> Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi semakin meluas. Teknologi maklumat dan komunikasi memudahkan urusan manusia dalam semua aspek kehidupan. Namun demikian, kita perlu menggunakan sumber dan menyebarkan maklumat yang sahih demi kesejahteraan sejagat.
a
Nyatakan dua contoh sumber dan maklumat yang sahih.
2 marks
b
Jelaskan tatacara individu yang menggunakan sumber dan menyebarkan maklumat demi kesejahteraan sejagat.
8 marks
Bahagian CAnswer all 2
820 marks
Maklumat yang berikut berkaitan dengan gejala buli dalam kalangan murid sekolah.
> **'Influencer' maut: Wanita tempatan ditahan**
>
> Sinar Harian
>
> 08/07/2024 16:48 MYT
>
> Pada Ahad Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dilaporkan berkata, isu buli siber di platform media sosial akan dibentangkan dalam mesyuarat Kabinet Jumaat depan bagi mencari penyelesaian terbaik termasuk aspek perundangan dan penguatkuasaan.
>
> Beliau berkata, pembentangan itu diminta sendiri oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dan ia juga akan menyentuh laporan berhubung insiden melibatkan seorang pempengaruh di aplikasi TikTok yang didakwa membunuh diri kerana tertekan akibat buli siber.
>
> Mayat pempengaruh wanita berumur 29 itu ditemui di rumahnya kira-kira jam 11 pagi, Jumaat lalu.
>
> Fahmi berkata, masalah utama menangani buli siber adalah kebanyakan pelaku bersembunyi di sebalik akaun palsu sehingga menyukarkan usaha mengenal pasti identiti mereka.
>
> Fahmi berkata, keluarga pempengaruh itu telah membuat laporan polis dan pihak kementerian telah berhubung dengan TikTok yang menyatakan kesediaan untuk memberi kerjasama lebih proaktif. - Sinar Harian
Sumber: Sinar Harian
a
Selain daripada buli siber, berikan contoh gejala buli dalam kalangan murid di sekolah.
4 marks
b
Huraikan punca perlakuan buli semakin berleluasa dalam kalangan remaja.
8 marks
c
Bagaimanakah ibu bapa dapat memastikan anak-anak tidak terlibat dengan gejala buli? Huraikan jawapan anda berdasarkan nilai-nilai universal yang dipelajari.
8 marks
920 marks
Keunikan masyarakat majmuk di Malaysia terletak pada keharmonian dan kesatuan yang terjalin antara pelbagai kaum, budaya, dan agama, menjadikan negara ini kaya dengan warisan budaya yang pelbagai dan perayaan yang meriah sepanjang tahun.
a
Senaraikan empat contoh pakaian tradisional pelbagai kaum di Malaysia.
4 marks
b
Bagaimanakah anda mengekalkan keunikan rakyat Malaysia dalam kalangan rakan di sekolah?
8 marks
c
Mengekalkan keunikan rakyat Malaysia memberikan pelbagai kebaikan kepada masyarakat dan negara.
Justifikasikan kebaikan mengekalkan keunikan rakyat Malaysia berdasarkan nilai-nilai universal yang dipelajari.
8 marks
AI is marking
Question by question against the scheme — keep this page open