Petikan berikut berkaitan testimoni seorang peguam tentang kes seorang ibu yang mencuri kotak pensel untuk dihadiahkan kepada anaknya.
> "Saya bersendirian masa tu dan ternampak seorang wanita India berusia 50 tahun yang bekerja sebagai tukang cuci digari bersama polis”.
>
> "Keadaannya itu membuatkan saya menghampiri dan bertanyakan punca ditangkap... rupa-rupanya dia mencuri bekas pensil dari pasar raya untuk dihadiahkan kepada anak lelaki berusia 10 tahun," katanya memetik laporan The Star.
>
> Lebih menyayat hati, bekas pensil tersebut dicuri untuk dihadiahkan kepada anak tunggalnya selepas berjaya menjadi pelajar terbaik dalam kelas. Bagaimanapun, ibunya tidak mempunyai duit yang mencukupi sehingga terpaksa mencuri bekas pensil yang berharga RM18.
Sumber: Mstar, 02 Ogos 2023
a
Terangkan pertimbangan moral yang dapat anda lakukan untuk menilai situasi di atas berdasarkan prinsip keadilan dan prinsip keprihatinan.
(i) Prinsip Keadilan
(ii) Prinsip Keprihatinan
4 marks
b
Jika anda peguam tersebut, ulaskan cara-cara penyelesaian konflik yang dapat digunakan untuk menangani kes tersebut.
4 marks
c
Berdasarkan prinsip keprihatinan, sarankan **satu** tindakan yang wajar diberikan kepada ibu tersebut. Berikan justifikasi anda
2 marks
210 marks
Pernyataan di bawah ini berkaitan hukuman terhadap individu yang menyalahgunakan kuasa ketika menjalankan tugas.
> Mahkamah Majistret di sini hari ini membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan reman seorang pegawai kerajaan negeri bagi membantu siasatan kes salah guna kuasa dalam menawarkan projek bernilai RM3 juta.
a
Apakah perasaan anda apabila membaca pernyataan di atas? Jelaskan.
2 marks
b
Kenal pasti **dua** kesan perbuatan tersebut terhadap diri sendiri.
2 marks
c
Terangkan faktor yang menyebabkan jenayah rasuah semakin berleluasa.
3 marks
d
Kes penipuan dalam organisasi menunjukkan kemerosotan integriti individu dalam sesebuah organisasi. Jelaskan langkah penyelesaian bagi mengatasi masalah kemerosotan integriti dalam organisasi.
3 marks
310 marks
Maklumat di bawah berkaitan isu-isu penyalahgunaan media sosial dalam kalangan remaja.
- Penyebaran ilmu songsang
- Penyebaran berita palsu
- Buli siber
- Penularan pornografi
- Body shaming
a
Nyatakan **dua** etika penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi dalam kalangan remaja pada masa kini.
2 marks
b
Senaraikan ciri-ciri kerohanian yang perlu ada pada remaja agar tidak terlibat dalam isu di atas.
2 marks
c
Jelaskan peranan ibu bapa dalam usaha mengurangkan penglibatan remaja dalam penyalahgunaan media sosial.
3 marks
d
Ramalkan implikasi terhadap masyarakat sekiranya isu di atas semakin berleluasa.
3 marks
410 marks
Maklumat berikut berkaitan prinsip-prinsip dalam Rukun Negara.
a
Apakah perasaan anda apabila melafazkan prinsip-prinsip Rukun Negara semasa perhimpunan rasmi di sekolah? Jelaskan.
2 marks
b
Bagaimanakah anda mengamalkan prinsip Rukun Negara dalam kehidupan seharian.
4 marks
c
Rukun Negara sebagai nadi perpaduan negara. Bersetujukah anda? Berikan justifikasi anda.
4 marks
510 marks
Gambar di bawah berkaitan satu institusi pelaburan yang terdapat di Malaysia.
Sumber: Berita Harian, 31 Disember 2023
a
Selain saham yang diiktiraf, nyatakan **dua** lagi sumber kewangan yang diperoleh secara beretika.
2 marks
b
Sebagai seorang anggota masyarakat yang akan melangkah ke alam pekerjaan, terangkan **satu** cara untuk menguruskan kewangan anda secara beretika.
2 marks
c
Infografik di bawah berkaitan lima negara yang menjadi rakan dagang utama Malaysia.
Bincangkan cabaran yang dihadapi negara Malaysia dalam menjalankan perdagangan dengan negara lain.
3 marks
d
Jika anda menjadi menteri kewangan, huraikan cadangan anda untuk menguruskan kewangan negara demi menjamin masa hadapan Malaysia.
3 marks
Bahagian BChoose 1 of 2Chosen 0/1
610 marks
Maklumat di bawah berkaitan dengan gelandangan di Malaysia.
Golongan gelandangan merupakan kelompok masyarakat yang tiada rumah dan mereka biasanya ada di bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur. Statistik yang dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM 2022) melalui pembentangan di Parlimen menunjukkan jumlah golongan gelandangan di Malaysia bagi tahun 2019 hingga tahun 2021 adalah seramai 7,833 orang yang telah diselamatkan oleh JKM.
a
Senaraikan faktor kewujudan golongan gelandangan.
2 marks
b
Bincangkan tindakan perikemanusiaan yang boleh ditunjukkan oleh pelbagai pihak dalam membantu golongan gelandangan.
8 marks
710 marks
Keratan akhbar di bawah berkaitan penyeludupan hidupan liar.
> **Seludup hidupan liar dilindungi dalam kotak 'buah tangan' dari Malaysia**
>
> KUALA LUMPUR: Sumbat burung dalam paip polivinil klorida (PVC) sebelum dimasukkan ke dalam kotak kononnya berisi 'buah tangan' dari Malaysia.
>
> Itu taktik digunakan lelaki warga Indonesia yang cuba menyeludup unggas liar dilindungi melalui Terminal 2, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA2), tengah hari kelmarin.
>
> Ketua Pengarah PERHILITAN Semenanjung Malaysia, Datuk Abdul Kadir Abu Hashim berkata, tindakan suspek bagaimanapun berjaya dihalang sepasukan pegawainya dibantu polis bantuan KLIA2.
Sumber: 2 Mac 2024, hmetro.com.my
a
Nyatakan **dua** haiwan yang terancam pada peringkat global selain haiwan di atas.
2 marks
b
Berdasarkan keratan akhbar di atas, huraikan cara-cara memelihara dan memulihara hidupan liar agar menjamin kesejahteraan global.
8 marks
Bahagian CAnswer all 2
820 marks
Gambar berikut berkaitan aktiviti kitar semula dalam kalangan murid sekolah.
**Sumber:** http://shafinaupsiblogpendidikan.blogspot.com.
Institusi pendidikan merupakan wadah untuk murid pelbagai kaum berjumpa dan menimba ilmu pengetahuan. Murid akan saling mengenal dan menjalin hubungan baik antara satu dengan yang lain di dalam kelas dan melalui aktiviti kokurikulum. Salah satu aktiviti yang boleh disertai oleh murid daripada pelbagai kaum ialah kitar semula.
a
Selain aktiviti di atas, apakah aktiviti lain yang dapat dipraktikkan oleh murid di sekolah dalam memupuk perpaduan antara kaum?
4 marks
b
Pada pandangan anda, bagaimanakah program kitar semula dapat disuburkan dalam kalangan masyarakat?
8 marks
c
Terangkan kepentingan program di atas bagi membentuk amalan perpaduan dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum. Beri huraian anda berdasarkan nilai universal yang anda pelajari.
8 marks
920 marks
Maklumat di bawah berkaitan dengan pantai di Malaysia.
> Pulau Perhentian ialah satu gugusan pulau yang terletak sekitar 10 batu nautika (19 km) dari pantai dalam timur laut negeri Terengganu, Malaysia, sekitar 40 batu (64 km) selatan dari sempadan Thailand. Dua pulau utama ialah Perhentian Besar dan Perhentian Kecil.
>
> Pulau ini pada awalnya tidak mempunyai nama yang khusus. Ia dijadikan tempat persinggahan bagi kapal-kapal dagang yang berulang alik dari China ke Asia Tenggara seperti Singapura, Jawa dan beberapa tempat di Semenanjung Tanah Melayu. Di pulau ini juga dijadikan tempat persinggahan kapal-kapal garam dari Singgora (Selatan Thai), untuk menghantar garam ke Kuala Terengganu.
>
> Oleh kerana pulau ini sering dijadikan tempat persinggahan bagi kapal-kapal yang dalam pelayaran, ia telah dinamakan sebagai Pulau Perhentian. Iaitu pulau tempat kapal-kapal singgah atau berhenti seketika sebelum meneruskan pelayaran.
>
> Sehingga sekarang pulau ini masih lagi dijadikan tempat berlindung bagi kapal-kapal dari angin kencang dan ombak besar. Antara pantai yang cantik di Pulau Perhentian adalah Pantai Panjang, Teluk Dalam, Teluk Keke dan Pantai Romantik.
>
> Sumber: https://travetopia.my/
a
Nyatakan faedah sekiranya Pulau Perhentian dipromosikan sebagai satu destinasi pelancongan terkenal di dunia.
4 marks
b
Sebagai individu yang bersikap glokal, cadangkan cara untuk mengharumkan nama negara di persada dunia.
8 marks
c
Hubungan dua hala dan hubungan pelbagai hala penting untuk memajukan Malaysia dalam pelbagai bidang supaya imej Malaysia meningkat di persada dunia.
Cerakinkan cabaran yang perlu ditempuhi oleh Malaysia dalam mengekalkan hubungan antarabangsa berdasarkan nilai-nilai universal yang telah anda pelajari.
8 marks
AI is marking
Question by question against the scheme — keep this page open