Poster berikut berkaitan dengan Sambutan Hari Bumi tahun 2024.
Sumber : Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam
a
Pada pendapat anda, apakah tujuan Hari Bumi diadakan?
2 marks
b
Terangkan cara anda memelihara alam sekitar dalam aktiviti kehidupan harian.
4 marks
c
Pada pendapat anda, mengapakah pemeliharaan alam sekitar perlu diterapkan dalam kehidupan masyarakat?
4 marks
210 marks
Maklumat di bawah adalah mengenai penyalahgunaan sumber dan penyebaran maklumat.
Sumber : https://sebenarnya.my
a
Pada pandangan anda, mengapakah seseorang individu mudah terpedaya dengan panggilan palsu?
3 marks
b
Jelaskan cara-cara mengelakkan diri daripada ditipu oleh *scammer*.
4 marks
c
Senaraikan **tiga** contoh sumber untuk mendapatkan maklumat yang sahih.
3 marks
310 marks
Keratan akhbar di bawah adalah mengenai aktiviti Rukun Tetangga dalam komuniti.
Sumber : https://www.melakahariini.my/
a
Selain Rukun Tetangga, nyatakan agensi kerajaan yang berperanan untuk memupuk semangat perpaduan pelbagai kaum di Malaysia.
2 marks
b
Jelaskan kepentingan amalan perpaduan dalam masyarakat majmuk.
4 marks
c
Kerajaan telah menjalankan pelbagai usaha untuk mewujudkan dan mengukuhkan perpaduan dalam kalangan masyarakat di Malaysia. Namun begitu, pelbagai cabaran telah menjadi halangan dalam membentuk masyarakat yang bersatu padu. Huraikan cabaran yang dihadapi bagi membentuk amalan perpaduan dalam kalangan masyarakat.
4 marks
410 marks
Gambar di bawah adalah mengenai amalan menabung.
Sumber : http://www.google.com
Amalan menabung sejak kecil perlu diterapkan kepada kanak-kanak. Amalan ini merupakan salah satu cara pengurusan kewangan secara beretika.
a
Selain menabung, berikan cara lain untuk menguruskan kewangan secara beretika.
4 marks
b
Cally membelanjakan wang gajinya setiap bulan dengan membeli barangan mewah dan membayar ansuran bulanan kereta mewah yang baru dibelinya. Dia berasa puas kerana dapat memenuhi impiannya sejak kecil.
Pada pendapat anda, wajarkah tindakan Cally? Huraikan.
2 marks
c
Jelaskan kepentingan pengurusan kewangan secara beretika.
4 marks
510 marks
Keratan akhbar di bawah berkaitan dengan isu pencerobohan perairan negara.
Sumber : http://www.google.com
a
Apakah perasaan anda apabila perairan negara kita diceroboh? Jelaskan.
2 marks
b
Huraikan implikasi pencerobohan perairan terhadap negara.
4 marks
c
Jelaskan langkah-langkah yang boleh diambil oleh kerajaan untuk mempertahankan kedaulatan negara.
4 marks
Bahagian BChoose 1 of 2Chosen 0/1
610 marks
Gambar di bawah menunjukkan pakaian tradisional masyarakat global.
Sumber : http://www.google.com
a
Pada pendapat anda, mengapakah kita perlu mengenal dan mengetahui keunikan serta kepelbagaian pakaian masyarakat global?
2 marks
b
> Individu glokal bermaksud seseorang yang mampu berdaya saing pada peringkat global tetapi masih mampu berakar umbi atau berpegang teguh pada jati diri lokal. Sikap glokal menjadi satu aspek penting bagi menghadapi dunia yang semakin mencabar.
Sumber : Buku Teks Pendidikan Moral Tingkatan 5
Berdasarkan pernyataan di atas, jelaskan kepentingan menjadi individu glokal.
8 marks
710 marks
Maklumat berikut berkaitan sikap ibu bapa pada masa sekarang.
> **Trend Pontengkan Sekolah Anak**
>
> Ada antara ibu bapa yang secara tidak segan silu berkongsi tentang rancangan percutian mereka yang tidak seharusnya diamalkan.
>
> Sesetengah daripada mereka merancang untuk ‘memontengkan’ anak-anak mereka lebih awal iaitu beberapa hari sebelum bermulanya cuti persekolahan. Malah ada antara ibu bapa yang mendakwa ‘terpaksa’ melanjutkan percutian mereka beberapa hari selepas cuti sekolah tamat.
Sumber : https://my.theasianparent.com/
a
Pada pandangan anda, wajarkah tindakan ibu bapa seperti di atas? Jelaskan.
2 marks
b
Jelaskan integriti keluarga yang harus diamalkan oleh ibu bapa untuk dijadikan teladan kepada anak-anak.
8 marks
Bahagian CAnswer all 2
820 marks
Berikut adalah logo dua pertubuhan kemanusiaan yang terdapat di Malaysia.
Sumber : http://www.google.com
a
Pada pendapat anda, terangkan tujuan penubuhan pertubuhan di atas.
4 marks
b
Jelaskan kepentingan amalan sikap berperikemanusiaan dalam kehidupan bermasyarakat. Huraikan jawapan anda berdasarkan nilai-nilai universal yang dipelajari.
8 marks
c
Huraikan kesan sekiranya tiada bantuan kemanusiaan diberikan kepada orang yang memerlukan bantuan.
8 marks
920 marks
Keratan akhbar di bawah memaparkan salah satu masalah sosial yang berlaku dalam kalangan remaja.
> **Ketagihan vape dalam kalangan remaja**
Sumber: Buku Teks Pendidikan Moral Tingkatan 4
https://my.theasianparent.com
a
Selain ketagihan *vape*, nyatakan contoh masalah sosial yang berlaku dalam kalangan remaja.
4 marks
b
Huraikan kesan ketagihan *vape* kepada remaja.
8 marks
c
Jelaskan tindakan yang boleh diambil oleh remaja bagi mengelakkan diri daripada terjebak dengan gejala negatif. Jawapan anda hendaklah berdasarkan nilai-nilai universal yang dipelajari.
8 marks
AI is marking
Question by question against the scheme — keep this page open