Maklumat berikut berkaitan ketidakpatuhan masa oleh Argon.
> Argon sering datang lewat ke sekolah kerana bangun lambat akibat bermain telefon hingga lewat malam. Akibat sikapnya itu, dia tertinggal pelajaran dan akhirnya terlepas menduduki peperiksaan penting.
a
Apakah tindakan yang boleh dilakukan oleh Argon untuk mengatasi sikap lewat ke sekolah?
3 marks
b
Mengapakah penting untuk seseorang individu mematuhi masa dalam kehidupan seharian?
3 marks
c
Jelaskan kesan jika seseorang pelajar tidak mematuhi masa dalam kehidupan seharian.
4 marks
210 marks
Gambar berikut berkaitan isu penderaan kanak-kanak.
**Gambar 1**
a
Nyatakan tiga faktor yang mendorong penderaan kanak-kanak.
3 marks
b
Cadangkan cara meningkatkan kesedaran masyarakat untuk mengatasi penderaan kanak-kanak daripada terus berlaku.
3 marks
c
Jelaskan tindakan yang boleh dilakukan oleh pihak sekolah untuk membantu murid yang mengalami penderaan di rumah.
4 marks
310 marks
Maklumat berikut berkaitan hak dan tanggungjawab sebagai warganegara.
> **REMAJA TEMPATAN TANPA DOKUMEN PENGENALAN DIRI**
>
> JASIN : Seorang remaja lelaki berusia 13 tahun didapati tidak memiliki dokumen pengenalan diri semasa pemeriksaan polis. Ibunya, warga tempatan, tidak mengetahui prosedur pendaftaran kelahiran kerana anaknya dilahirkan di rumah. Remaja tersebut kini membantu keluarganya berniaga di pasar dan menurut JPN, ketiadaan dokumen sah menyebabkan kanak-kanak berisiko dinafikan hak asas.
a
Nyatakan dua contoh dokumen pengenalan diri sebagai warganegara Malaysia.
2 marks
b
Jelaskan kesan yang mungkin berlaku sekiranya seseorang individu tidak memiliki dokumen pengenalan diri yang sah sebagai warganegara.
4 marks
c
Andaikan anda terjumpa seorang remaja warga tempatan yang tidak mempunyai dokumen pengenalan diri. Huraikan tindakan yang boleh anda lakukan untuk membantu individu tersebut.
4 marks
410 marks
Dialog di bawah berkaitan penyertaan remaja dalam program komuniti.
> Raju : Hai James, awak ada rancangan hujung minggu ni?
>
> James : Tak ada lagi. Kenapa?
>
> Raju : Jom sertai program komuniti di padang sekolah kita.
>
> James : Baiklah, saya ikut. Lagi pun, elok juga buat aktiviti yang bermanfaat.
a
Nyatakan contoh program komuniti yang boleh disertai oleh golongan remaja.
3 marks
b
Huraikan kepentingan penglibatan golongan remaja dalam aktiviti komuniti.
3 marks
c
Jelaskan kesan sekiranya masyarakat kurang melibatkan diri dalam aktiviti komuniti.
4 marks
510 marks
Maklumat berikut berkaitan penyertaan Malaysia dalam pertubuhan antarabangsa.
**MALAYSIA PENGERUSI ASEAN 2025**
> 2025 bakal menyaksikan Malaysia mengambil giliran selaku Pengerusi ASEAN. Penggiliran jawatan Pengerusi ASEAN ini cerminan kesepakatan suatu pertubuhan berdekad lamanya wujud dalam membentuk kemakmuran dan kesepakatan negara Asia Tenggara menganggotainya sejak ASEAN yang ditubuhkan pada 8 Ogos 1967.
Sumber: bharian.com.my
a
Nyatakan tiga negara lain yang menyertai pertubuhan ASEAN selain Malaysia.
3 marks
b
Malaysia sering bekerjasama dengan negara-negara ASEAN. Apakah bentuk kerjasama yang sering dilakukan oleh Malaysia dengan negara-negara ASEAN?
3 marks
c
Terangkan kepentingan hubungan Malaysia dengan negara luar.
4 marks
Bahagian BChoose 1 of 2Chosen 0/1
610 marks
Gambar berikut berkaitan perpaduan rakyat Malaysia.
Sumber: fb Kementerian Perpaduan Malaysia
**Gambar 2**
a
Nyatakan contoh amalan perpaduan di kalangan rakyat Malaysia.
2 marks
b
Huraikan kepentingan amalan perpaduan dalam kalangan masyarakat Malaysia.
8 marks
710 marks
Maklumat berikut berkaitan penularan berita palsu di media sosial.
Sumber: www.malaysiakini.com
**Gambar 3**
a
Nyatakan dua tatacara menggunakan sumber dan menyebarkan maklumat.
2 marks
b
Bincangkan kesan penyebaran berita palsu jika perkara ini tidak ditangani
8 marks
Bahagian CAnswer all 2
820 marks
Maklumat berikut berkaitan pengurusan perbelanjaan di kalangan golongan muda.
**Terap ilmu pengurusan perbelanjaan pada usia muda**
> Dalam kehidupan, setiap individu membelanjakan sejumlah wang untuk memenuhi keperluan harian. Perbelanjaan ini perlu diuruskan secara beretika bagi menjamin kewangan yang stabil. Pengurusan perbelanjaan secara beretika bermaksud cara wang dibelanjakan dan diuruskan dengan berhemah untuk mendapatkan sesuatu barangan dan perkhidmatan
a
Senaraikan cara pengurusan perbelanjaan secara beretika yang perlu diamalkan oleh golongan muda.
4 marks
b
Huraikan kepentingan pengurusan perbelanjaan secara beretika.
8 marks
c
Terangkan kesan pengurusan perbelanjaan tidak beretika. Justifikasikan jawapan anda berdasarkan nilai-nilai universal yang dipelajari.
8 marks
920 marks
Maklumat berikut berkaitan dilema yang dihadapi oleh James.
> James terpilih menyertai program pertukaran pelajar ke Amerika Syarikat selama enam bulan. Walaupun hatinya teruja, fikirannya bercelaru. Ibunya kurang sihat dan tidak mahu berjauhan dengannya. Pada masa yang sama, peluang ini amat berharga untuk masa depannya. James sering meminta pendapat guru dan rakan, tetapi masih belum membuat keputusan. Dia duduk termenung setiap hari, memikirkan apa yang terbaik untuk dirinya dan keluarganya.
a
Andaikan anda ialah James, apakah pilihan anda apabila berhadapan situasi di atas? Huraikan pilihan anda.
4 marks
b
Terangkan dua kepentingan menyertai program pertukaran pelajar kepada pelajar. Jawapan anda hendaklah disokong dengan nilai-nilai universal yang dipelajari.
8 marks
c
Huraikan cabaran yang mungkin dihadapi oleh pelajar semasa menyertai program pertukaran pelajar
8 marks
AI is marking
Question by question against the scheme — keep this page open