Poster berikut berkaitan etika pemakaian yang harus dipatuhi oleh pelawat di premis kerajaan.
a
Selain hospital, nyatakan premis kerajaan lain yang menguatkuasakan kod etika berpakaian ini.
3 marks
b
Berdasarkan Rukun Negara yang kelima, jelaskan amalan lain dalam kehidupan harian yang menunjukkan prinsip kesopanan dan kesusilaan.
3 marks
c
> Pemakaian uniform dan pakaian seragam di sekolah merupakan satu contoh etika berpakaian. Elemen ini penting dalam membentuk nilai yang positif dalam kalangan generasi muda Malaysia.
Adakah anda bersetuju dengan pernyataan tersebut? Jelaskan pendapat anda.
4 marks
210 marks
Petikan akhbar berikut berkaitan kejadian rogol.
> **TUKANG CUCI MENGAKU ROGOL REMAJA DIPENJARA 5 TAHUN, 2 SEBAT**
>
> MUAR: "Saya merayu hukuman diringankan, ayah saya tak sihat sekarang," demikian rayuan pekerja kedai cuci kenderaan yang mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas pertuduhan merogol remaja perempuan baru dikenali, minggu lalu.
>
> Tertuduh, Mohammad Syed Kamarul Akhmal Amran, 28, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dikemukakan terhadapnya sebelum Hakim Sayani menjatuhkan hukuman penjara lima tahun dan dua sebatan.
>
> Mengikut pertuduhan, dia yang masih bujang didakwa merogol remaja berusia 13 tahun di sebuah rumah di Batu Pahat, antara jam 4.30 hingga 5.00 pagi, 2 Februari lalu.
Sumber: Berita Harian Online, 10 Feb 2025
a
Bagaimanakah prinsip keadilan dapat digunakan untuk mengadili kes rogol? Jelaskan.
4 marks
b
Huraikan kesan salah laku rogol terhadap mangsa.
4 marks
c
Nyatakan **dua** langkah membendung jenayah rogol dalam masyarakat.
2 marks
310 marks
Gambar berikut berkaitan integriti dalam organisasi.
a
Berikan definisi integriti organisasi.
2 marks
b
Sebagai seorang majikan, bagaimanakah anda membentuk pekerja supaya lebih berintegriti? Jelaskan.
4 marks
c
Berikut merupakan perbuatan tidak berintegriti yang berlaku dalam sesebuah organisasi.
> Datang lewat ke tempat kerja
>
> Meminta suapan/ rasuah untuk mendapatkan sesuatu
>
> Mengemukakan sijil cuti sakit dan tuntutan palsu
>
> Keluar pejabat dalam waktu kerja untuk urusan peribadi
Jelaskan implikasi jika perbuatan berikut berlaku dalam sesebuah organisasi.
4 marks
410 marks
Gambar berikut berkaitan Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM) mengendalikan pelarian yang memasuki Malaysia.
a
Bagaimanakah isu di atas mampu menggugat kedaulatan negara?
4 marks
b
Nyatakan **dua** ciri negara berdaulat yang perlu ada dalam sesebuah negara.
2 marks
c
Mengapakah kita perlu menjaga kedaulatan negara? Huraikan.
4 marks
510 marks
Gambar berikut berkaitan hak dan tanggungjawab setiap warganegara.
a
Selain gambar berikut, nyatakan hak sebagai warganegara berlandaskan Perlembagaan Malaysia.
2 marks
b
Mengapakah setiap warganegara perlu patuh pada hak yang diperuntukkan Perlembagaan Persekutuan?
4 marks
c
Sekiranya anda diajak oleh rakan untuk menyertai perhimpunan yang tidak mendapat kebenaran pihak berkuasa, apakah tindakan anda? Berikan justifikasi.
4 marks
Bahagian BChoose 1 of 2Chosen 0/1
610 marks
Keratan akhbar berikut berkaitan misi bantuan kemanusiaan sebagai kolaborasi antara Malaysia dan Myanmar.
> **MALAYSIA PERKUKUH PERANAN SERANTAU MELALUI MISI BANTUAN KEMANUSIAAN KE MYANMAR**
>
> **KUALA LUMPUR, 12 April** – Penghantaran Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) serta Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) ke Myanmar bagi misi bantuan kemanusiaan mencerminkan kepimpinan proaktif Malaysia selaku Pengerusi ASEAN, tahun ini.
>
> Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) NADMA, Datuk Dr Abdul Gapar Abu Bakar berkata usaha tersebut memperlihatkan komitmen negara dalam mendokong Deklarasi ASEAN mengenai Pengurusan Bencana yang dikenali sebagai "Satu ASEAN, Satu Tindak Balas".
>
> “Saya rasa ini amat penting kerana ia menyuburkan hubungan kerjasama di peringkat serantau dan antarabangsa dalam penghantaran misi-misi bantuan seumpama ini,” katanya ketika ditemu bual menerusi Google Meet dalam program Selamat Pagi Malaysia di Angkasapuri Kota Media, di sini.
(Sumber: Berita RTM, 12 April 2025)
a
Senaraikan **dua** usaha sama lain antara Malaysia dengan masyarakat global.
2 marks
b
Terangkan cara Malaysia dapat membantu mangsa bencana tersebut.
8 marks
710 marks
Gambar berikut berkaitan stesen pengecas kenderaan elektrik di Malaysia.
a
Selain penggunaan kenderaan elektrik, nyatakan contoh inovasi penggunaan teknologi hijau dan mesra alam.
2 marks
b
Berdasarkan pengetahuan anda, apakah kelebihan penggunaan teknologi pengangkutan mesra alam?
8 marks
Bahagian CAnswer all 2
820 marks
Gambar berikut berkaitan amalan kerohanian pelbagai agama.
a
Senaraikan ciri individu yang mempunyai nilai kerohanian.
4 marks
b
Sekiranya nilai kerohanian diabaikan, apakah implikasinya terhadap keperibadian individu?
8 marks
c
Terangkan cara yang boleh dilaksanakan untuk meningkatkan nilai kerohanian dalam diri. Jawapan anda hendaklah berdasarkan nilai universal yang dipelajari.
8 marks
920 marks
Gambar berikut berkaitan tarian tradisional di Malaysia.
a
Andaikan anda mempunyai seorang rakan berbangsa lain yang berminat untuk mempelajari budaya kaum anda. Apakah tindakan anda?
4 marks
b
Jelaskan kepentingan masyarakat mempelajari kepelbagaian budaya kaum yang terdapat di Malaysia. Huraian anda mestilah berdasarkan nilai universal yang telah dipelajari.
8 marks
c
Terangkan peranan pelbagai pihak untuk mempromosikan kepelbagaian budaya di Malaysia.
8 marks
AI is marking
Question by question against the scheme — keep this page open