Situasi di bawah adalah mengenai dilema seorang pengawas.
> Seorang pengawas sekolah ternampak adiknya ponteng kelas dan berada di kantin semasa sesi pembelajaran berlangsung. Dia berasa serba salah untuk mengambil tindakan terhadap adiknya.
a
2 marks
Sebagai seorang pengawas yang berintegriti, nyatakan tindakan yang harus diambil berdasarkan prinsip keadilan.
b
4 marks
Berdasarkan prinsip keprihatinan, terangkan kesan sekiranya pengawas tersebut tidak mengambil tindakan terhadap adiknya.
c
4 marks
Jelaskan **dua** kepentingan seseorang murid perlu mematuhi peraturan sekolah.


