Gambar berikut berkaitan isu penggunaan teknologi maklumat.
a
Nyatakan etika penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi yang telah dilanggar oleh Amir.
2 marks
b
Jelaskan kesan pengabaian etika penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi berdasarkan situasi di atas.
4 marks
c
Cadangkan cara penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi secara beretika yang patut diamalkan oleh Amir.
4 marks
210 marks
Gambar berikut berkaitan situasi di sebuah pameran inovasi
a
Nyatakan cara untuk mengharumkan nama negara di persada dunia.
3 marks
b
Jelaskan cabaran yang dihadapi oleh murid tersebut dalam usaha mengharumkan nama negara.
4 marks
c
Cadangkan usaha yang boleh diambil oleh pihak kerajaan untuk membantu murid tersebut berjaya di peringkat antarabangsa.
3 marks
310 marks
Gambar berikut berkaitan kawalan keselamatan sempadan.
a
Nyatakan **tiga** contoh jenayah yang sering berlaku di kawasan sempadan negara.
3 marks
b
Jelaskan kepentingan kerjasama rakyat dengan pihak berkuasa dalam menjaga keselamatan sempadan.
3 marks
c
Pada pendapat anda, adakah penggunaan teknologi moden seperti dron berkesan dalam mengawal sempadan negara? Berikan hujah anda.
4 marks
410 marks
Petikan berikut berkaitan Program Inap Desa.
> Sekumpulan murid Tingkatan 5 menyertai Program Inap Desa di sebuah kampung tradisional. Sepanjang program tersebut, mereka tinggal bersama keluarga angkat dan mengikuti aktiviti masyarakat seperti gotong-royong, memasak makanan tradisional dan membantu kerja harian penduduk kampung.
a
Huraikan kebaikan program ini kepada masyarakat setempat.
4 marks
b
Jelaskan perasaan anda apabila melibatkan diri sebagai sukarelawan dalam melaksanakan program ini.
4 marks
c
Sekiranya kampung anda terlibat dalam Program Inap Desa, nyatakan sumbangan yang mampu anda laksanakan.
2 marks
510 marks
Carta pai berikut berkaitan statistik kes jenayah siber.
Sumber: Jabatan Siasatan Jenayah Komersil PDRM
a
Nyatakan maklumat yang diperoleh daripada carta tersebut.
2 marks
b
Huraikan kesan yang ditanggung oleh mangsa jenayah siber.
4 marks
c
Sebagai seorang pengguna Internet, bagaimanakah anda dapat mengelakkan diri daripada menjadi mangsa *scam* dalam talian?
4 marks
Bahagian BChoose 1 of 2Chosen 0/1
610 marks
Keratan akhbar berikut berkaitan semangat saling membantu dalam kalangan rakyat Malaysia.
> **'Tak payah bayar, bang…' - Mekanik tak ambil bayaran lepas lihat baki tinggal RM176**
>
> Kuala Lumpur: Seorang mekanik tular selepas membantu lelaki tersebut dengan membaiki rantai motosikalnya tanpa mengambil bayaran upah. Kisah itu dimuat naik menerusi video di Facebook, Minyak Hitam Jalanan Original, berdurasi kira-kira 2 minit 47 saat sehingga meraih perhatian meluas warga maya.
Sumber: Harian Metro, 18 April 2026
a
Pada pendapat anda, apakah perasaan mekanik tersebut selepas memberikan bantuan secara percuma? Berikan alasan anda.
2 marks
b
Jika rakan anda mengalami kerosakan motosikal, apakah bantuan yang boleh anda berikan?
8 marks
710 marks
Gambar berikut berkaitan sikap individu glokal.
a
Apakah kesan negatif jika seseorang gagal mengamalkan sikap individu glokal?
2 marks
b
Sebagai individu glokal, bagaimanakah anda menyumbang kepada pembangunan negara?
8 marks
Bahagian CAnswer all 2
820 marks
Poster berikut berkaitan cukai.
a
Nyatakan jenis pelepasan cukai yang layak dituntut.
4 marks
b
Huraikan kepentingan membayar cukai kepada pembangunan negara.
8 marks
c
Kerajaan telah memudahkan proses pengisytiharan dan pembayaran cukai menerusi *e-filing* (pembayaran dalam talian). Namun, masih ada individu yang tidak membayar cukai pendapatan. Apakah implikasi perbuatan tersebut? Huraikan jawapan anda berdasarkan nilai universal yang dipelajari.
8 marks
920 marks
Situasi berikut berkaitan dengan pengurusan perbelanjaan secara beretika.
> Alvin ialah seorang jurutera perisian yang berpendapatan tinggi. Namun begitu, beliau menghadapi kesukaran untuk menguruskan kewangan kerana masih menanggung hutang kereta, rumah dan pinjaman pendidikan.
>
> Kesukaran ini berpunca daripada sikap Alvin yang kurang berhemat dalam berbelanja, seperti membeli barangan berjenama, makan di restoran mewah dan berhibur bersama rakan-rakan.
a
Huraikan akibat kepada individu yang gagal menguruskan perbelanjaan secara beretika.
4 marks
b
Sekiranya anda rakan Alvin, apakah nasihat yang sesuai untuk membantu menguruskan kewangannya?
8 marks
c
Bagaimanakah ibu bapa dapat memupuk amalan menabung sejak anak-anak masih kecil sebagai satu bentuk pendidikan? Berikan huraian anda berdasarkan nilai universal yang telah dipelajari.
8 marks
AI is marking
Question by question against the scheme — keep this page open