Maklumat di bawah berkaitan isu penyalahgunaan media sosial dalam kalangan remaja.
> “Oh, ramai yang berkongsi tentang mesej ini! Lebih baik saya kongsikannya dengan rakan-rakan. Saya berharap menjadi orang pertama berkongsi mesej ini dalam kumpulan media sosial saya.”
a
Wajarkah tindakan anda menular mesej seperti di atas kepada rakan-rakan. Justifikasikan jawapan anda.
3 marks
b
Nyatakan **tiga** etika penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi dalam kalangan remaja pada masa kini.
3 marks
c
Jelaskan peranan ibu bapa dalam usaha mengurangkan penglibatan remaja dalam penyalahgunaan media sosial.
4 marks
210 marks
Maklumat di bawah berkaitan dengan individu yang boros berbelanja.
> Aminah ialah seorang remaja yang suka kepada fesyen dan alat aksesori wanita. Dia sering menggunakan wang simpanannya untuk membeli barang tersebut kerana pada pendapatnya mengikut trend remaja masa ini merupakan satu kepuasan. Oleh itu, dia sanggup menggunakan keseluruhan wang simpanan semata-mata untuk mengikut trend
a
Nyatakan cara pengurusan perbelanjaan secara beretika yang sepatutnya diamalkan oleh Aminah.
3 marks
b
Perkara yang dilakukan oleh Aminah menunjukkan dia seorang yang tidak menguruskan perbelanjaan secara beretika dan berhemat. Pada pandangan anda, jelaskan kepentingan seseorang itu perlu menguruskan perbelanjaan secara beretika.
3 marks
c
Jika rakyat Malaysia berbelanja seperti Aminah, huraikan kesan kepada individu tersebut.
4 marks
310 marks
Gambar di bawah ialah gambar tentang isu pelarian.
a
Tanpa bantuan orang ramai, kehidupan pelarian akan menghadapi masalah. Pada pendapat anda, mengapakah kita perlu membantu mangsa pelarian tersebut.
4 marks
b
Isu pelarian sering mendatangkan pelbagai masalah kepada negara kita. Jelaskan masalah yang dibawa oleh pelarian dari aspek-aspek di bawah.
Aspek ekonomi :
Aspek sosial :
4 marks
c
Pada pendapat anda, mengapakah pelarian melarikan diri dari negara asal mereka untuk mendapatkan perlindungan di negara lain?
2 marks
410 marks
Gambar di bawah menunjukkan perbezaan antara kereta dahulu dengan kereta sekarang.
(Sumber : www.google.com)
a
Terangkan contoh kerjasama masyarakat global yang dijalankan berdasarkan gambar di atas.
2 marks
b
Senaraikan kepentingan revolusi pembuatan kereta kepada masyarakat global.
4 marks
c
Kerjasama masyarakat global banyak memberi manfaat kepada negara. Berikan ulasan anda.
4 marks
510 marks
Pernyataan di bawah adalah mengenai atlet paralimpik negara.
> Pada tahun 2016, Malaysia telah meraih pingat emas pertama dalam pertandingan Sukan Paralimpik Rio de Janeiro. Manakala pada tahun 2020, Malaysia telah memenangi sebanyak 3 pingat emas dalam Sukan Paralimpik Musim Panas Tokyo. Kejayaan-kejayaan atlet paralimpik ini telah membakar semangat atlet kurang upaya untuk meraih kejayaan dalam acara sukan di peringkat antarabangsa. Terkini pada tahun 2023, Malaysia telah meraih 50 pingat emas dalam Sukan Para ASEAN Kemboja.
(Sumber: http://www.google.com)
a
Kejayaan atlet kurang upaya di peringkat antarabangsa amat membanggakan. Cadangkan tiga bentuk pengiktirafan yang boleh diberikan kepada mereka.
3 marks
b
Nyatakan **tiga** cabaran untuk mengharumkan nama negara di persada dunia dalam bidang sukan.
3 marks
c
Rakyat Malaysia berlumba-lumba untuk memenangi pertandingan di peringkat antarabangsa dalam pelbagai bidang. Jelaskan kepentingan mengharumkan nama negara di persada dunia.
4 marks
Bahagian BChoose 1 of 2Chosen 0/1
610 marks
Gambar di bawah berkaitan kerjasama Malaysia dengan PBB.
> Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) ialah sebuah pertubuhan antarabangsa yang ditubuhkan pada 24 Oktober 1945. Matlamat utamanya adalah untuk memelihara keamanan dan keselamatan sejagat, mempromosikan hak asasi manusia, serta mengeratkan kerjasama antarabangsa. PBB beribu pejabat di New York, Amerika Syarikat, dan mempunyai 193 negara anggota. Malaysia secara rasmi menyertai pertubuhan ini sebagai negara anggota ke-92 pada tahun 1957.
Sumber : https://ms.wikipedia.org/wiki/Pertubuhan_Bangsa-Bangsa_Bersatu
a
Senaraikan contoh agensi di bawah PBB.
2 marks
b
Malaysia sentiasa bekerjasama dengan PBB dalam pelbagai misi kemanusiaan dan keamanan antarabangsa. Huraikan kepentingan kerjasama Malaysia dengan PBB demi kesejahteraan masyarakat sejagat.
8 marks
710 marks
Maklumat yang berikut berkaitan dengan dilema yang dihadapi Lalissa.
> Lalissa memegang jawatan sebagai Bendahari Kelab Kebudayaan di sekolahnya. Dia merupakan seorang yang amanah dalam mengutip dan menyimpan yuran kelab. Suatu hari, ibu Lalissa terlibat dalam kemalangan. Keluarga Lalissa tidak mampu untuk membiayai kos rawatan ibunya.
>
> Disebabkan keadaan yang terdesak, Lalissa menggunakan duit kelabnya untuk membayar kos rawatan ibunya. Setelah mendapat wang daripada insurans perlindungan ibunya, Lalissa memulangkan sebahagian wang tersebut.
a
Wajarkah tindakan Lalissa tersebut? Berikan justifikasi anda berdasarkan penaakulan moral.
2 marks
b
Integriti harus dipupuk dalam diri setiap individu bagi melahirkan insan yang amanah dan jujur dalam setiap perlakuan. Huraikan kepentingan integriti individu dalam kehidupan harian.
8 marks
Bahagian CAnswer all 2
820 marks
Langkah mempertahankan kedaulatan negara menjadi tanggungjawab setiap warganegara. Kedaulatan negara diperoleh daripada hasil perjuangan dan pengorbanan generasi dahulu. Generasi sekarang haruslah memahami kepentingan mempertahankan kedaulatan negara yang dinikmati.
a
Senaraikan ciri negara berdaulat.
4 marks
b
Sebagai rakyat Malaysia yang berjiwa merdeka, huraikan tindakan yang patut diambil bagi menangani isu-isu yang menggugat kedaulatan negara. Jawapan anda perlu disokong dengan nilai-nilai universal.
8 marks
c
Terangkan cabaran yang boleh menggugat usaha untuk mengekalkan kedaulatan negara.
8 marks
920 marks
Teliti maklumat di bawah dan jawab soalan yang diberikan.
a
Selain program di atas, berikan contoh aktiviti komuniti yang boleh dilaksanakan demi kesejahteraan bersama.
4 marks
b
Ramalkan kesan jika kurangnya penglibatan masyarakat dalam program seperti di atas.
8 marks
c
Bersetujukah anda bahawa penglibatan diri dalam program komuniti sangat penting untuk mengatasi masalah yang dihadapi oleh negara kita? Justifikasikan jawapan anda berdasarkan nilai-nilai universal yang telah dipelajari.
8 marks
AI is marking
Question by question against the scheme — keep this page open