Melaka Trial 2026 Moral Education Kertas 1 · Set 1
Settings
Vibration
Sound
Question language
Show original too
translate
Moral Education
Melaka Trial 2026 Moral Education Kertas 1 · Set 1
Melaka Trial Set 1 · 2026
9 questions · Total 100 marks
150 min
Marking scheme
From the paper's own marking scheme
Marking
Marked by AI against the scheme — a study aid
Answer in
Malay
Last updated
2026-11-19
Bahagian AAnswer all 5
110 marks
Maklumat di bawah berkaitan dengan satu isu tentang norma dan adat resam dalam kalangan generasi muda.
> Era modenisasi dan kemajuan teknologi telah mengubah cara hidup manusia. Walau bagaimanapun, kebelakangan ini, ramai remaja dilihat semakin melupakan adat resam dan tradisi kaum masing-masing. Ada dalam kalangan mereka yang berasa malu dan menganggap amalan seperti memakai pakaian tradisional, makan menggunakan tangan, atau menunduk hormat apabila berselisih dengan orang tua sebagai 'ketinggalan zaman' (kolot). Sebaliknya, mereka lebih selesa mengagungkan gaya hidup dan budaya Barat dalam kehidupan seharian.
a
Wajarkah remaja menganggap adat resam dan tradisi kaum sebagai sesuatu yang 'ketinggalan zaman'? Berikan alasan anda.
2 marks
b
Jelaskan perasaan anda apabila melihat warisan adat resam bangsa semakin dilupakan oleh generasi muda.?
3 marks
c
Sebagai seorang remaja yang menghargai warisan bangsa, terangkan cara anda mengekalkan adat resam dan tradisi kaum anda supaya tidak pupus ditelan zaman.
3 marks
d
Nyatakan dua nilai universal yang patut diamalkan oleh remaja masa kini terhadap adat resam masyarakat majmuk.
2 marks
210 marks
Maklumat di bawah berkaitan dengan isu ketidakpatuhan masa dalam kalangan murid sekolah.
> Rakan sekelas anda, Farid, sering datang lewat ke sekolah. Selain itu, dia juga kerap kali gagal menyiapkan kerja sekolah dan kerja kursus pada tarikh yang ditetapkan oleh guru. Apabila ditanya, Farid memberikan alasan bahawa dia terlalu leka bermain permainan video (game) di telefon pintarnya sehingga lewat malam. Akibat sikapnya yang suka membuang masa ini, prestasi akademiknya merosot teruk dan dia sering dipanggil oleh guru disiplin.
a
Berdasarkan petikan, nyatakan dua kesan buruk sikap ketidakpatuhan masa tersebut terhadap Farid.
2 marks
b
Wajarkah sikap yang ditunjukkan oleh Farid sebagai seorang murid? Berikan alasan anda.
2 marks
c
Jelaskan perasaan anda apabila melihat rakan anda mensia-siakan masa mudanya dengan perkara yang tidak berfaedah.
3 marks
d
Sebagai rakan yang prihatin, terangkan cara-cara yang boleh anda lakukan untuk membantu Farid menguruskan masanya dengan lebih baik..
3 marks
310 marks
Maklumat di bawah berkaitan dengan penglibatan remaja dalam aktiviti kesukarelawanan.
> Pada masa kini, penglibatan remaja dalam aktiviti kerja amal dan bakti di dalam masyarakat dilihat semakin merosot. Kebanyakan remaja lebih gemar menghabiskan masa lapang mereka dengan aktiviti yang bersifat peribadi seperti bermain permainan video atau melayari media sosial. Mereka sering memberi alasan bahawa aktiviti kemasyarakatan adalah sesuatu yang membosankan dan membuang masa. Tanpa kesedaran tentang kepentingan berbakti, nilai perikemanusiaan dan semangat kerjasama dalam diri remaja akan semakin pudar.
a
Jelaskan dua kesan sekiranya remaja terus kurang melibatkan diri dalam aktiviti kerja amal.
2 marks
b
Mengapakah ramai remaja pada masa kini kurang berminat untuk menyertai aktiviti kesukarelawanan?
2 marks
c
Jelaskan perasaan anda apabila melihat segelintir rakan sebaya anda langsung tidak mahu membantu masyarakat yang dalam kesusahan.
3 marks
d
Sebagai seorang remaja yang berhemah, cadangkan langkah-langkah yang boleh dilakukan oleh pihak sekolah untuk menarik minat murid menyertai aktiviti kerja amal.
3 marks
410 marks
Maklumat di bawah berkaitan dengan isu keselamatan di kawasan sempadan negara.
> Sempadan negara yang luas, baik di daratan mahupun di perairan, sering kali menjadi titik panas bagi aktiviti jenayah rentas sempadan. Pencerobohan oleh pendatang asing tanpa izin (PATI), aktiviti penyeludupan barangan terlarang, serta ancaman daripada kumpulan pengganas yang cuba menyusup masuk adalah antara isu utama yang menggugat kedaulatan negara. Pihak berkuasa seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (AKSEM) sering mengadakan rondaan, namun cabaran geografi yang mencabar menjadikan tugas memantau setiap inci sempadan negara bukanlah satu tugas yang mudah
a
Berdasarkan petikan, nyatakan dua aktiviti jenayah yang mengancam keselamatan negara di kawasan sempadan.
2 marks
b
Pada pendapat anda, mengapakah aktiviti penyeludupan di kawasan sempadan sukar dibanteras sepenuhnya? Berikan dua alasan.
2 marks
c
Jelaskan perasaan anda apabila mengetahui terdapat segelintir rakyat tempatan yang bersubahat dengan sindiket penyeludupan demi keuntungan peribadi.
3 marks
d
Sebagai rakyat yang patriotik, cadangkan tindakan yang boleh anda lakukan bagi membantu pihak berkuasa membendung ancaman keselamatan di kawasan sempadan.
3 marks
510 marks
Maklumat berikut berkaitan golongan gelandangan dan golongan Orang Kurang Upaya (OKU).
> Golongan gelandangan dan Orang Kurang Upaya (OKU) merupakan kelompok masyarakat yang sering terpinggir daripada arus perdana. Kebanyakan daripada mereka hidup dalam serba kekurangan dan sangat memerlukan bantuan serta sokongan daripada masyarakat sekeliling. Namun, segelintir masyarakat masih memandang serong dan mengabaikan kebajikan golongan ini. Sikap tidak peduli ini menyebabkan nasib mereka terus terabai.
a
Berikan dua contoh bantuan yang boleh diberikan oleh masyarakat kepada golongan gelandangan
2 marks
b
Apakah cabaran yang dihadapi oleh golongan OKU untuk menjalani kehidupan harian yang normal?
2 marks
c
Jelaskan kepentingan sikap prihatin masyarakat terhadap golongan gelandangan dan OKU
3 marks
d
Jelaskan nilai universal yang patut diamalkan oleh masyarakat untuk membantu meningkatkan kualiti hidup golongan gelandangan dan OKU
3 marks
Bahagian BChoose 1 of 2Chosen 0/1
610 marks
Gambar berikut berkaitan bencana alam yang melanda negara. .
**Gambar 1**
> Bencana alam seperti banjir dan kebakaran sering kali menyebabkan mangsa kehilangan tempat tinggal dan harta benda dalam sekelip mata. Masyarakat perlu bangkit untuk menghulurkan bantuan bagi memastikan kelangsungan hidup mereka terjaga.
a
Huraikan kepentingan amalan memberi bantuan kepada mangsa bencana alam.
5 marks
b
Berdasarkan nilai universal yang dipelajari, bagaimanakah anda boleh mengajak rakan-rakan untuk menyertai misi bantuan kemanusiaan tersebut?.
5 marks
710 marks
Maklumat berikut berkaitan penularan berita palsu di media sosial.
**Gambar 2**
> Puan Maria sering menggunakan kad kredit secara tidak terkawal untuk membeli-belah barangan berjenama mewah serta barangan kelengkapan rumah secara dalam talian demi mengekalkan imejnya di media sosial. Akibatnya, beliau kini hanya mampu membuat bayaran minimum bulanan bagi kad kreditnya dan mula dikejar oleh pihak bank kerana tunggakan yang semakin meningkat
a
Wajarkah tindakan Puan Maria? Berikan hujah anda berdasarkan nilai universal yang telah dipelajari.
5 marks
b
Sebagai rakan yang prihatin, terangkan tindakan yang boleh anda syorkan kepada Puan Maria untuk menyelesaikan masalah kewangan yang dihadapinya.
5 marks
Bahagian CAnswer all 2
820 marks
Maklumat berikut berkaitan permainan tradisional.
**Permainan Tradisional**
> Permainan tradisional seperti congkak, batu seremban, sepak raga, tarian naga, dan kabaddi merupakan khazanah warisan yang melambangkan keunikan identiti masyarakat majmuk di Malaysia. Namun begitu, dalam meniti arus pemodenan, permainan ini didapati semakin dipinggirkan oleh generasi muda. Lambakan teknologi dan kegilaan terhadap gajet menyebabkan ramai remaja masa kini menganggap permainan tradisional sebagai sesuatu yang membosankan dan 'ketinggalan zaman'. Sekiranya keadaan ini dibiarkan, keunikan budaya silang kaum yang menjadi ejen perpaduan di Malaysia akan lenyap ditelan zaman.
a
Jelaskan kepentingan mengekalkan permainan tradisional yang bercirikan pelbagai budaya kepada keharmonian masyarakat majmuk.
5 marks
b
Huraikan perasaan anda apabila melihat generasi muda masa kini lebih mengagungkan gajet berbanding permainan warisan tradisi kaum mereka sendiri. Berikan alasan anda.
5 marks
c
Sebagai seorang remaja yang prihatin, terangkan tindakan yang boleh anda lakukan untuk menarik minat rakan sebaya yang berbilang kaum agar bersama-sama memelihara permainan tradisional.
5 marks
d
Nyatakan peranan yang wajar dimainkan oleh pihak sekolah dengan sokongan agensi kerajaan bagi menyemarakkan semula permainan tradisional di peringkat sekolah.
5 marks
920 marks
Maklumat di bawah berkaitan dengan trend pembelian pengguna di Malaysia..
> Pada masa kini, terdapat segelintir rakyat Malaysia yang mempunyai sikap terlalu mengagungkan barangan berjenama dari luar negara seperti pakaian, kasut, telefon pintar, dan juga makanan. Mereka sanggup berbelanja besar dan beratur panjang semata-mata untuk mendapatkan produk luar negara kerana menganggap ia melambangkan status yang tinggi. Sebaliknya, barangan buatan tempatan sering dipandang rendah, dianggap kurang berkualiti, dan dipinggirkan walaupun harga yang ditawarkan jauh lebih murah.
a
Jelaskan kesan negatif sekiranya masyarakat terus bersikap mengagungkan barangan jenama luar terhadap pembangunan negara kita.
5 marks
b
Huraikan perasaan anda apabila melihat rakyat Malaysia terus meminggirkan produk keluaran tempatan. Berikan alasan anda.
5 marks
c
Berdasarkan nilai universal yang dipelajari, bagaimanakah anda boleh memainkan peranan untuk menggalakkan rakan-rakan menyokong barangan buatan Malaysia?
5 marks
d
Terangkan langkah-langkah yang patut diambil oleh pengeluar tempatan dan pihak kerajaan untuk meningkatkan keyakinan rakyat terhadap barangan keluaran tempatan.
5 marks
AI is marking
Question by question against the scheme — keep this page open