Gambar berikut menunjukkan sikap keperibadian mulia Alex dalam membantu individu yang mempunyai masalah penglihatan.
Sumber: academia.edu
a
Apakah perasaan anda melihat perlakuan Alex? Jelaskan.
3 marks
b
Terangkan contoh amalan keperibadian mulia anda di sekolah.
4 marks
c
> **Lebih 6000 kes buli di sekolah - KPM**
Sumber: Sinar Harian, 15 Disember 2024
Berdasarkan keratan akhbar di atas, nyatakan punca kes tersebut berlaku.
3 marks
210 marks
Berikut merupakan situasi yang dihadapi oleh Joni.
> Joni merupakan seorang pemandu di Syarikat Megah Holding. Suatu hari, semasa dalam perjalanan menghantar majikannya ke hospital akibat serangan jantung, Joni telah mengabaikan lampu isyarat merah. Tindakannya itu menyebabkan dia ditahan polis trafik. Polis tersebut mengeluarkan saman walaupun Joni cuba menjelaskan keadaan yang sebenarnya.
a
Tindakan polis trafik tersebut adalah wajar. Jelaskan.
3 marks
b
Polis tersebut telah membuat keputusan berdasarkan prinsip keadilan. Nyatakan ciri prinsip keadilan.
3 marks
c
Rakan baik anda, mengalami konflik dengan keluarganya dan ingin lari dari rumah. Sebagai rakan, terangkan bagaimana anda boleh membantunya.
4 marks
310 marks
Gambar berikut berkaitan bantuan yang diberikan oleh kerajaan kepada warga emas.
Sumber :https://images.app.goo.gl
a
Andaikan anda salah seorang penerima sumbangan tersebut, jelaskan perasaan anda.
3 marks
b
Selain bantuan kewangan, apakah bantuan lain yang boleh diberikan kepada golongan di atas?
3 marks
c
Gambar di bawah berkaitan pengabaian warga emas.
Sumber :https://images.app.goo.gl
Mengapakah situasi di atas berlaku?
4 marks
410 marks
Gambar di bawah berkaitan dengan Program Bakti Siswa di sebuah sekolah.
a
Program Bakti Siswa wajar disokong. Justifikasikan alasan anda.
3 marks
b
Nyatakan program komuniti lain yang boleh dilaksanakan bersama masyarakat.
3 marks
c
> Generasi muda kini lebih suka menghabiskan masa lapang dengan permainan dalam talian daripada melibatkan diri dalam program komuniti.
Cadangkan cara memupuk minat generasi muda untuk melibatkan diri dalam program komuniti.
4 marks
510 marks
Keratan akhbar berikut berkaitan usaha sama peringkat global.
> **Malaysia Masih ada MoU dengan Lapan Negara Sumber Tenaga Asing**
>
> KUALA LUMPUR – Sehingga kini Kerajaan Malaysia telah menjalin usaha sama bagi pengambilan dan penggajian pekerja asing melalui Memorandum Persefahaman (MoU) dengan 10 negara luar. Hanya lapan MoU yang masih berkuatkuasa iaitu dengan Bangladesh, Indonesia, Pakistan, Thailand, Vietnam, Nepal dan Kemboja.
Sumber: Malaysiagazatte.com, 29 Mac 2023
a
Usaha sama peringkat global tersebut adalah wajar. Jelaskan kepentingannya kepada sesebuah negara.
4 marks
b
Berdasarkan pengetahuan anda, nyatakan jenis pekerjaan di Malaysia yang memerlukan khidmat pekerja asing.
2 marks
c
> Malaysia kini mempunyai jumlah pekerja asing sebanyak 3.4 juta atau 10 peratus daripada 34 juta penduduk Malaysia. Menurut Timbalan Menteri Sumber Manusia, Mustapha Sakmud memberitahu Dewan Rakyat bahawa sudah berlaku peningkatan pekerja asing dalam negara, melebihi unjuran yang ditetapkan.
Sumber: Diubahsuai dari Sinar Harian, 5 Mac 2025
Terangkan implikasi sekiranya situasi ini berterusan.
4 marks
Bahagian BChoose 1 of 2Chosen 0/1
610 marks
Berikut adalah antara contoh aplikasi Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK).
a
Huraikan kepentingan penggunaan aplikasi di atas secara beretika dalam bidang pendidikan.
8 marks
b
Jelaskan cabaran penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dalam bidang pendidikan.
2 marks
710 marks
Situasi di bawah berkaitan dengan tindakan Robert.
> Robert merupakan seorang jurutera di sebuah syarikat pembinaan. Baru-baru ini, tanpa berfikir panjang, dia telah menerima RM4 juta untuk meluluskan satu projek pembinaan yang tidak memenuhi spesifikasi yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa.
a
Tindakan Robert telah mengabaikan integriti. Huraikan kesan tindakan Robert.
8 marks
b
Pada pendapat anda, jelaskan punca Robert mengabaikan integriti.
2 marks
Bahagian CAnswer all 2
820 marks
Situasi berikut berkaitan dilema Jason.
> Jason merupakan pemain bola sepak remaja yang terpilih bertanding di peringkat antarabangsa. Namun, tarikh pertandingan tersebut bertembung dengan tarikh Peperiksaan Percubaan SPM. Ini menyebabkan Jason berada dalam dilema sama ada ingin melibatkan diri dalam pertandingan ataupun menduduki peperiksaan tersebut.
a
Sekiranya anda adalah Jason, apakah pilihan anda? Justifikasikan.
4 marks
b
Selain daripada menceburkan diri dalam bidang sukan, jelaskan cara yang boleh anda lakukan untuk mengharumkan nama negara berdasarkan nilai-nilai universal yang telah dipelajari.
8 marks
c
Sekiranya anda terpilih untuk mewakili negara seperti Jason, jelaskan cabaran yang akan anda hadapi.
8 marks
920 marks
Penyataan di bawah berkaitan dengan kawalan sempadan antara dua buah negara.
> **Malaysia, Thailand tingkatkan usaha sama perangi jenayah rentas sempadan**
>
> BANGKOK- Malaysia dan Thailand bersetuju mempertingkatkan usaha dalam kawalan sempadan, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.
Sumber: Diubahsuai dari https://www.astroawani.com
a
Selain daripada hubungan kawalan sempadan, jelaskan bentuk hubungan dua hala antara Malaysia dengan negara lain dalam bidang pendidikan.
4 marks
b
Ramalkan kesan jika tiada kawalan yang ketat di sempadan kedua-dua buah negara.
8 marks
c
Andaikan anda pemimpin negara, huraikan cara anda mengekalkan hubungan antarabangsa. Justifikasikan jawapan anda berdasarkan nilai-nilai universal yang telah dipelajari.
8 marks
AI is marking
Question by question against the scheme — keep this page open