Negeri Sembilan Trial 2022 Mathematics Kertas 2 · MPSM
Settings
Vibration
Sound
Question language
Show original too
translate
Mathematics
Negeri Sembilan Trial 2022 Mathematics Kertas 2 · MPSM
Negeri Sembilan Trial MPSM · 2022
17 questions · Total 100 marks
150 min
Marking scheme
From the paper's own marking scheme
Marking
Marked by AI against the scheme — a study aid
Answer in
Malay or English
Last updated
2026-11-19
Bahagian AAnswer all 10
13 marks
Jadual 1 menunjukkan markah yang diperoleh sekumpulan 25 orang peserta dalam suatu pertandingan.
| Mata | Bilangan peserta |
|---|---|
| 0 | $m$ |
| 1 | 8 |
| 2 | 1 |
| 3 | 5 |
| 4 | $n$ |
Jadual 1
Cari
a
nilai $m$, jika ia mewakili 20% daripada peserta dalam pertandingan itu.
2 marks
b
nilai $n$.
1 marks
25 marks
Encik Muaz menjual kedua-dua cat berwarna hijau dan merah dalam tin besar dan kecil. Harga jualan tin besar bagi setiap warna ialah RM$x$ dan tin kecil bagi setiap warna ialah RM$y$. Bilangan tin bagi setiap jenis cat yang dijual dalam sehari diberi dalam Jadual 2.
| Warna | Besar (1 kg) | Kecil (½ kg) |
|---|---|---|
| Hijau | 2 | 1 |
| Merah | 4 | 3 |
Jadual 2
Jumlah pendapatan hasil jualan cat hijau ialah RM28 dan cat merah ialah RM68.
Dengan menggunakan kaedah matriks hitung nilai $x$ dan nilai $y$.
5 marks
33 marks
Rajah 1, menunjukkan sebuah kapsul ubat yang dibentuk dari gabungan bentuk dua hemisfera dan satu silinder dengan tinggi ialah 15 mm.
Jika jejari kapsul tersebut diwakili dengan $j$, dalam mm, ungkapkan isipadu kapsul tersebut dalam sebutan $\pi$ dan $j$. Seterusnya, faktorkan ungkapan tersebut selengkapnya.
3 marks
43 marks
Tentukan nilai kebenaran bagi implikasi di bawah.
> “Jika $4x = 24$, maka $x = 6$”
Seterusnya, tulis akas dan kontrapositif bagi implikasi tersebut.
3 marks
54 marks
Dalam Rajah 2, graf menunjukkan $RS$, $ST$ dan $TU$ adalah garis lurus. $R$ terletak pada paksi-$y$, $ST$ selari dengan $OR$ dan $RS$ selari dengan $TU$.
Persamaan garis lurus $RS$ ialah $y - 2x - 6 = 0$.
a
Nyatakan persamaan garis lurus $ST$.
1 marks
b
Cari persamaan garis lurus $TU$ dan seterusnya, nyatakan pintasan-$y$ bagi garis lurus itu.
3 marks
66 marks
Dalam Rajah 4, $ABCD$ ialah sebuah trapezium dan $PQRS$ ialah sebuah lelayang. Diberi bahawa $2AP = PD$, $PD = 8$ cm, $DS = 6$ cm, $SC = 15$ cm, $BR = 18$ cm, dan perimeter bagi trapezium ialah 84.2 cm.
a
Hitung perimeter kawasan yang berlorek.
3 marks
b
Hitung luas kawasan yang berlorek.
3 marks
73 marks
Zahin mempunyai sebuah motosikal dan sebuah kereta dengan kapasiti enjin seperti ditunjukkan dalam Rajah 3. Berdasarkan jadual 3, hitung cukai jalan, dalam RM, untuk kedua-dua jenis kenderaan tersebut.
| Kapasiti Enjin | Kadar Cukai Jalan: Kadar Asas | Kadar Cukai Jalan: Kadar Progresif |
|---|---|---|
| **Kadar Cukai Jalan Motosikal** | | |
| 150 cc dan kebawah | Percuma | - |
| 151 cc – 200 cc | RM30.00 | - |
| 201 cc – 250 cc | RM50.00 | - |
| **Kadar Cukai Jalan Kereta Persendirian** | | |
| 1 401 cc – 1 600 cc | RM90.00 | - |
| 1 601 cc – 1 800 cc | RM200.00 | + 0.40 setiap cc melebihi 1 600 cc |
| 1 801 cc – 2 000 cc | RM280.00 | + 0.50 setiap cc melebihi 1 800 cc |
| 2 001 cc – 2 500 cc | RM380.00 | + 1.00 setiap cc melebihi 2 000 cc |
Jadual 3
3 marks
83 marks
Nyatakan semua ketaksamaan yang mewakili kawasan berlorek dalam Rajah 5 selain $x \geq 0$.
3 marks
95 marks
Rajah 6 menunjukkan graf jarak-masa bagi perjalanan berbasikal dua orang pelajar, Haziq dan Haris.
Garis lurus $AB$ mewakili perjalanan Haziq dari stesen X ke stesen Y, manakala garis lurus $CD$ mewakili perjalanan Haris dari stesen Y ke stesen X. Haziq dan Haris mengikuti jalan yang sama untuk menuju ke destinasi masing-masing.
a
Nyatakan jarak, dalam km, di antara stesen X dan stesen Y.
1 marks
b
Berapakah beza masa yang diambil oleh Haziq dan Haris untuk sampai ke destinasi masing-masing?
1 marks
c
Cari jarak dalam km, di antara tempat pertemuan mereka dari stesen Y.
1 marks
d
Hitung kadar perubahan laju dalam km min$^{-1}$, bagi perjalanan Haris.
2 marks
105 marks
Rajah 7 di bawah menunjukkan sebuah kebun berbentuk segi empat selari $JKLM$. Elvina merancang untuk membina pagar di sekeliling kebunnya.
Diberi luas kebun Elvina ialah 40 m$^2$. Hitung panjang pagar $LM$, dalam m.
5 marks
Bahagian BAnswer all 5
119 marks
a
Lengkapkan Jadual 4 di ruang jawapan bagi persamaan $y = -x^3 + 9x - 1$.
| $x$ | −3 | −2.5 | −2 | −1 | 0 | 0.5 | 1 | 1.5 | 2 |
|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
| $y$ | −1 | −7.9 | | −9 | −1 | 3.4 | | 9.1 | 9 |
Jadual 4
*(Tulis nilai $y$ bagi setiap petak kosong dan nyatakan nilai $x$ yang berkenaan.)*
2 marks
b
Untuk ceraian soalan ini, gunakan kertas graf yang disediakan. Anda boleh menggunakan pembaris fleksibel.
Dengan menggunakan skala 2 cm kepada 1 unit pada paksi-$x$ dan 2 cm kepada 2 unit pada paksi-$y$, lukiskan graf $y = -x^3 + 9x - 1$ bagi $-3 \leq x \leq 2$.
*(Huraikan graf anda dalam perkataan: skala paksi, titik-titik yang diplot dan bentuk lengkung/garis.)*
4 marks
Daripada graf anda, carikan
c(i)
nilai $y$ apabila $x = 0.5$,
1 marks
c(ii)
nilai $x$ apabila $y = -9.5$,
2 marks
1212 marks
Anda **tidak** dibenarkan menggunakan kertas graf untuk menjawab soalan ini.
Rajah 8.1 menunjukkan sebuah pepejal berbentuk prisma tegak dengan tapak segiempat tepat $ABCD$ terletak di atas lantai mengufuk. Permukaan $BCIGF$ ialah keratan rentas seragamnya. Segiempat tepat $GIJH$ ialah satah condong dan segiempat tepat $EFGH$ ialah satah mengufuk. $FB$ dan $IC$ adalah tegak. Sebuah pepejal berbentuk prisma tegak dengan keratan rentas seragam $KNQP$ dikeluarkan daripada pepejal Rajah 8.1. Pepejal yang tinggal adalah seperti dalam Rajah 8.2. Segiempat tepat $KLMN$ ialah satah mengufuk. Tepi $PK$ dan $QN$ adalah tegak. $MN = 2$ cm dan $MC = 2$ cm.
Lukiskan dengan skala penuh,
a
pelan
*(Huraikan pelan anda dalam perkataan: bentuk keseluruhan, garis-garis di dalamnya (kedudukan dan panjang), panjang setiap sisi, dan sama ada setiap garis penuh atau sempang.)*
3 marks
b
dongakan pepejal itu pada satah mencancang yang selari dengan $BC$ sebagaimana dilihat dari X.
*(Huraikan dongakan anda dalam perkataan: bentuk keseluruhan, panjang setiap sisi, garis-garis di dalamnya, dan sama ada setiap garis penuh atau sempang.)*
4 marks
c
dongakan pepejal yang tinggal itu pada satah mencancang yang selari dengan $AB$ sebagaimana dilihat dari Y.
*(Huraikan dongakan anda dalam perkataan: bentuk keseluruhan, panjang setiap sisi, garis-garis di dalamnya, dan sama ada setiap garis penuh atau sempang.)*
5 marks
138 marks
a
Rajah 9 menunjukkan tiga lukisan bagi anak patung beruang. Jadual 5 menunjukkan ukuran tinggi dan lebar bagi ketiga-tiga lukisan.
| | Asal | Lukisan I | Lukisan II |
|---|---|---|---|
| Tinggi (cm) | 18.6 | 11.16 | 27.9 |
| Lebar (cm) | 11.4 | 6.84 | 17.3 |
Jadual 5
Berdasarkan pada maklumat yang diberi dalam Jadual 5, huraikan hubungan antara ukuran asal dengan ukuran bagi lukisan I dan lukisan II. Seterusnya tentukan sama ada lukisan I dan lukisan II merupakan lukisan berskala bagi lukisan asal.
2 marks
Rajah 10 menunjukkan lukisan skala bagi pelan sebidang tanah segi empat tepat $ABCD$ yang dibahagikan kepada empat kawasan yang sama luas.
b(i)
Jika panjang sebenar $AB$ ialah 288 m, hitung
skala lukisan itu,
2 marks
b(ii)
panjang sebenar $BC$, dalam m,
2 marks
b(iii)
luas sebenar setiap kawasan, dalam m$^2$
2 marks
149 marks
Rajah 11 menunjukkan titik $M(10, 8)$ dan tiga sisi empat, $ABCD$, $PQRS$ dan $FGHI$, dilukis pada suatu satah Cartes.
Transformasi **J** ialah pantulan pada garis $y = 5$.
Transformasi **L** ialah putaran 90° lawan arah jam pada titik $S$.
Transformasi **N** ialah translasi $\begin{pmatrix} 3 \\ -7 \end{pmatrix}$.
Nyatakan koordinat imej bagi titik $M$ di bawah transformasi berikut:
a(i)
**N**
1 marks
a(ii)
**LJ**
2 marks
b
$PQRS$ ialah imej bagi $ABCD$ di bawah gabungan penjelmaan **UV**. Penjelmaan **V** telah dihuraikan seperti berikut:
**V** ialah translasi $\begin{pmatrix} -5 \\ 8 \end{pmatrix}$.
Huraikan selengkapnya penjelmaan **U**.
3 marks
c
Diberi bahawa sisi empat $PQRS$ mewakili suatu kawasan yang mempunyai luas 84 cm$^2$.
Hitung luas, dalam cm$^2$, bagi kawasan yang berlorek.
3 marks
157 marks
Jadual 6 di bawah menunjukkan markah yang diperoleh oleh Farzana dan Catherine dalam suatu ujian penilaian untuk mewakili sekolah ke pertandingan kuiz Nasional.
| Nama | Markah Ujian |
|---|---|
| Farzana | 43, 46, 38, 42, 48, 36, 43, 45 |
| Catherine | 44, 37, 38, 49, 35, 48, 44, 43 |
Jadual 6
Hitung
a(i)
Min
2 marks
a(ii)
Sisihan piawai
bagi markah kedua-dua murid tersebut.
3 marks
b
Siapakah yang layak mewakili sekolah ke pertandingan kuiz Nasional? Beri justifikasi anda.
2 marks
Bahagian CChoose 1 of 2Chosen 0/1
1615 marks
Rajah 12.1 menunjukkan dapatan maklumat berkaitan mata pelajaran elektif iaitu Kimia, Biologi dan Matematik tambahan yang ditawarkan di sebuah sekolah menengah untuk pilihan pelajar-pelajar tingkatan lima.
- 80 orang murid mengambil mata pelajaran Biologi
- 78 orang murid mengambil mata pelajaran Matematik Tambahan
- 75 orang murid mengambil mata pelajaran Kimia
- 32 orang murid hanya mengambil mata pelajaran Biologi dan Matematik Tambahan
- 28 orang murid hanya mengambil mata pelajaran Matematik Tambahan dan Kimia
- 25 orang murid hanya mengambil mata pelajaran Biologi dan Kimia
- 15 orang murid mengambil mata pelajaran Biologi, Kimia dan Matematik Tambahan
Rajah 12.1
a(i)
Dengan $B = \{$ murid yang mengambil Biologi $\}$, $A = \{$ murid yang mengambil Matematik Tambahan $\}$ dan $K = \{$ murid yang mengambil Kimia $\}$ dan $\xi = B \cup A \cup K$, lukis gambar rajah Venn untuk menunjukkan hubungan antara ketiga-tiga mata pelajaran tersebut.
*(Huraikan gambar rajah Venn anda dalam perkataan: label setiap set, bagaimana set-set itu bersilang, dan bilangan murid dalam setiap rantau.)*
3 marks
a(ii)
Hitung bilangan murid Tingkatan 5 di sekolah tersebut
1 marks
a(iii)
Cari $n(B \cup K')$
2 marks
b
Dengan menggunakan maklumat dalam Rajah 12.1, lengkapkan Jadual 7 di ruangan jawapan yang disediakan. Pilihan manakah yang menjadi tarikan utama pelajar, justifikasikan jawapan anda.
| Bilangan Mata Pelajaran | Jumlah Murid | Peratus Bilangan Pelajar |
|---|---|---|
| 1 | | |
| 2 | | |
| 3 | | |
Jadual 7
*(Tulis jumlah murid dan peratus bilangan pelajar bagi setiap baris; kemudian pilihan anda dan justifikasinya.)*
5 marks
Seorang murid dipilih secara rawak daripada sekolah tersebut. Hitung kebarangkalian bahawa murid tersebut
c(i)
mengambil satu mata pelajaran sahaja.
1 marks
c(ii)
mengambil sekurang-kurangnya dua mata pelajaran.
3 marks
1715 marks
Ahmad merupakan seorang Pereka Grafik. Ahmad ingin membuat poster berkonsepkan abstrak geometri seperti di (a)(i) dan (a)(ii).
Rajah 13.1 menunjukkan sebuah segitiga $ABCD$ dengan nisbah panjang $AC$ kepada panjang $AD$ ialah 5 : 2 dan panjang $BC$ ialah 6.568 cm.
a(i)
Cari sudut $\angle C$ dalam integer terhampir.
3 marks
a(ii)
Satu corak ulangan seperti yang ditunjukkan pada Rajah 13.2 sehingga lengkap satu pusingan 360°. Tentukan peringkat simetri putaran bagi corak tersebut.
2 marks
Jadual 8.1 menunjukkan maklumat kewangan Ahmad.
| Pendapatan bulanan | RM4 000 |
|---|---|
| Pendapatan pasif | RM500 |
| Perbelanjaan tetap | RM1 200 |
| Perbelanjaan tidak tetap | RM1 000 |
Jadual 8.1
Ahmad bercadang untuk menggunakan 5% daripada pendapatan bulanannya setiap bulan sebagai modal untuk mencetak poster iklan bagi menambahkan pendapatan pasif beliau. Setelah membuat tinjauan beberapa buah kedai cetakan, Ahmad mendapatkan maklumat seperti Jadual 8.2.
| Kedai | Nama Kedai | Harga cetak (RM): 500 keping | Harga cetak (RM): 1 000 keping | Harga cetak (RM): 2 000 keping | Maklumat Tambahan |
|---|---|---|---|---|---|
| A | Aurora Prints Sdn Bhd | 150 | 170 | 180 | \*5 hari |
| B | BB Printing Enterprise | - | 145 | 220 | Min. 1 000 keping; \*3 hari |
\*kedai akan mula mencetak pada keesokan hari.
Jadual 8.2
b(i)
Jika Ahmad ingin mencetak sebanyak 1 500 keping poster, kedai cetakan manakah di bawah bajet modal Ahmad? Berikan justifikasi anda.
3 marks
b(ii)
Seterusnya, hitung aliran tunai bulanan Ahmad sekiranya beliau berjaya menambah pendapatan pasif hasil dari pengiklanan sebanyak 75% dari asal.
3 marks
Rajah 13.3 menunjukkan peta bagi Bandar X dan jadual 8.3 menunjukkan maklumat antara simpang – simpang utama di Bandar X.
c(i)
| Pasangan Bucu | (A, B) | (B, C) | (C, D) | (C, E) | (C, G) | (D, E) | (E, F) | (F, G) | (G, H) | (A, H) |
|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
| Pemberat (km) | 0.3 | 0.4 | 0.8 | 0.6 | 0.25 | 0.2 | 0.3 | 0.65 | 0.15 | 0.35 |
Jadual 8.3
Ahmad bekerja di lokasi H. Ahmad ingin melalui sebanyak mungkin persimpangan utama tanpa melalui laluan yang sama untuk mengedarkan poster beliau sebelum pulang ke rumah dari $E$.
Lukis satu graf terarah dan berpemberat mewakili laluan Ahmad.
*(Ruang jawapan menunjukkan bucu H, G, F, A, C, E, B dan D. Huraikan graf anda dalam perkataan: setiap tepi — dari bucu mana ke bucu mana (arah) dan pemberatnya.)*
2 marks
c(ii)
Seterusnya hitung jumlah jarak yang dilalui oleh Ahmad.
2 marks
AI is marking
Question by question against the scheme — keep this page open