Pulau Pinang Trial 2022 Mathematics Kertas 2 · Latih Tubi Set 1
Settings
Vibration
Sound
Question language
Show original too
translate
Mathematics
Pulau Pinang Trial 2022 Mathematics Kertas 2 · Latih Tubi Set 1
Pulau Pinang Trial Latih Tubi Set 1 · 2022
17 questions · Total 100 marks
150 min
Marking scheme
From the paper's own marking scheme
Marking
Marked by AI against the scheme — a study aid
Answer in
Malay or English
Last updated
2026-11-19
Bahagian AAnswer all 10
14 marks
Dalam suatu acara sukan, Alia berlari sejauh $d$ km dalam masa $t$ jam. Selepas itu, dia berjalan kaki sejauh $d$ km dengan laju purata $x$ km/j. Cari ungkapan untuk:
a
laju Alia berlari dalam km/j,
1 marks
b
masa Alia berjalan kaki dalam j,
1 marks
c
laju purata untuk seluruh perjalanan Alia dalam km/j.
2 marks
23 marks
Dalam Rajah 1 di bawah, $PRS$ dan $QRT$ ialah dua segi tiga bersudut tegak.
a
Diberi $\sin RPS = \frac{3}{5}$, hitung panjang $RS$ dalam cm.
1 marks
Hitung nilai bagi
b(i)
kos $\angle RPS$,
1 marks
b(ii)
$\sin \angle PTQ$
1 marks
35 marks
Rajah 2 menunjukkan tinggi dalam cm, bagi 100 orang murid 5 Arif di sebuah sekolah menengah.
a
Hitung julat antara kuartil
2 marks
b
Bina satu plot kotak berdasarkan rajah 2
*(Huraikan plot kotak anda dalam perkataan: skala paksi dan nilai minimum, kuartil pertama, median, kuartil ketiga dan nilai maksimum yang diplot.)*
2 marks
c
Seterusnya, nyatakan bentuk taburan tersebut
1 marks
45 marks
Rajah 3 menunjukkan graf bagi fungsi kuadratik $f(x) = -a(x - b)(x - c)$ dengan keadaan $b < c$. $P$ ialah titik maksimum bagi fungsi kuadratik tersebut.
a
Hitung nilai $b$, $c$ dan $a$
3 marks
b
Tentukan persamaan paksi simetri
1 marks
c
Nyatakan koordinat titik $P$.
1 marks
54 marks
Kebarangkalian Aufa membeli set lukisan ($M$) dan novel ($N$) masing-masing ialah $\frac{3}{8}$ dan $\frac{2}{9}$.
a
Lengkapkan gambar rajah Venn di ruang jawapan untuk mewakili hubungan kebarangkalian Aufa membeli set lukisan dan novel.
*(Tulis kebarangkalian bagi setiap rantau yang kosong dan nyatakan rantau yang mana.)*
2 marks
b
Hitung kebarangkalian Aufa tidak membeli set lukisan atau novel.
2 marks
66 marks
Diberi $\xi = \{x : x \text{ ialah integer } 20 \leq x \leq 35\}$
Set $P = \{x : x \text{ ialah nombor perdana}\}$
Set $Q = \{x : x \text{ ialah nombor gandaan } 3\}$
Set $R = \{x : x \text{ ialah faktor bagi } 24\}$
Senaraikan semua unsur bagi set yang berikut.
a
$P'$
2 marks
b
$Q \cap R'$
2 marks
c
$(Q \cup R) \cap P'$
2 marks
73 marks
Diberi $155_6 - p_3 = 134_5$. Hitung nilai $p$.
3 marks
84 marks
Lukis graf terarah mengikut maklumat yang diberikan.
- Mempunyai satu gelung pada bucu $Q$ dan satu gelung pada bucu $S$,
- $QS$ ialah berbilang tepi,
- $d_{in}(P) = 0, d_{out}(P) = 2$
$d_{in}(Q) = 4, d_{out}(Q) = 2$
$d_{in}(R) = 0, d_{out}(R) = 2$
$d_{in}(S) = 4, d_{out}(S) = 2$
*(Huraikan graf anda dalam perkataan: bucu-bucu, setiap tepi terarah (dari bucu mana ke bucu mana) dan gelung.)*
4 marks
93 marks
Tuliskan akas, songsangan dan kontrapositif bagi implikasi ini.
> Jika $x = 2$, maka $x^3 = 8$.
3 marks
103 marks
Tulis tiga ketaksamaan linear yang memuaskan rantau berlorek yang diberikan.
3 marks
Bahagian BAnswer all 5
1110 marks
Rajah 5(a) menunjukkan segi tiga $ABC$, $DEF$ dan $JKL$ dilukis pada satah Cartes.
a(i)
$JKL$ ialah imej bagi $ABC$ di bawah gabungan penjelmaan $\mathbf{VU}$.
Huraikan selengkapnya penjelmaan :
$\mathbf{U}$
3 marks
a(ii)
$\mathbf{V}$
3 marks
b
Diberi bahawa luas $JKL$ ialah 90 cm². Hitung luas, dalam cm², segi tiga $ABC$.
2 marks
c
Rajah 5(b) menunjukkan suatu gabungan beberapa bentuk.
Tentukan sama ada rajah 5(b) adalah teselasi ataupun tidak. Berikan justifikasi anda.
2 marks
125 marks
Diberi set data 5, 7, 8, 8, 10, 12, 13, 13.
a
Hitung sisihan piawai bagi set data ini.
1 marks
Seterusnya hitung sisihan piawai baharu apabila
b(i)
5 dikeluarkan.
2 marks
b(ii)
8 ditambah
2 marks
1312 marks
a
Jadual 1 menunjukkan pengkadaran premium bawah Tarif Motor bagi polisi motor yang dikeluarkan di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak.
| Kapasiti enjin tidak melebihi (cc) | Semenanjung Malaysia: Polisi komprehensif (RM) | Semenanjung Malaysia: Polisi pihak ketiga (RM) | Sabah dan Sarawak: Polisi komprehensif (RM) | Sabah dan Sarawak: Polisi pihak ketiga (RM) |
|---|---|---|---|---|
| 1 650 | 305.50 | 135.00 | 220.00 | 75.60 |
| 2 200 | 339.10 | 151.20 | 243.90 | 85.20 |
| 3 050 | 372.60 | 167.40 | 266.50 | 93.60 |
\*Bagi polisi komprehensif, kadar yang dikenakan adalah bagi RM1 000 pertama daripada jumlah yang diinsuranskan
Sumber : Jadual Tarif Motor 2015
Jadual 1
En Halimi menetap di Kuching, Sarawak. Dia ingin membeli satu polisi insurans motor dan berikut ialah maklumat kenderaan yang ingin diinsuranskannya.
> Jumlah yang ingin diinsurans : RM90 000
>
> Umur kenderaan : 6 tahun
>
> Kapasiti enjin : 1800 cc
Hitung premium kasar bagi polisi pihak ketiga, kebakaran dan kecurian berdasarkan Jadual Tarif Motor di atas.
4 marks
Puan Raudhah ingin membeli insurans kebakaran untuk rumahnya. Nilai boleh insurans rumah itu ialah RM440 000. Polisi insurans kebakaran yang ingin dibelinya itu mempunyai peruntukan koinsurans untuk menginsuranskan 80% daripada nilai boleh insurans hartanya dan deduktibel sebanyak RM3 000.
b(i)
Hitung jumlah insurans yang harus dibeli oleh Puan Raudhah.
1 marks
b(ii)
Rumah Puan Raudhah telah mengalami kebakaran dan jumlah kerugiannya adalah sebanyak RM30 000. Hitung bayaran pampasan yang akan diterima Puan Raudhah jika dia menginsuranskan rumahnya
- pada jumlah insurans yang harus dibelinya.
- dengan jumlah RM200 000. Seterusnya, hitung nilai penalti ko-insurans.
6 marks
b(iii)
Rumah Puan Raudhah telah mengalami kerugian menyeluruh. Jika dia menginsuranskan rumahnya dengan jumlah RM300 000, hitung bayaran pampasan yang diterimanya.
1 marks
148 marks
a
Diberi $R = \begin{pmatrix} 4 & -6 \\ 2 & m \end{pmatrix}$. Cari nilai $m$ jika $R$ **tiada matriks songsang**
2 marks
En. Azman membayar RM27 untuk membeli 2 kg manggis dan 3 kg cempedak. Isterinya pula membeli 4 kg cempedak dan 3 kg manggis dengan harga RM38.
b(i)
Dengan menggunakan pemboleh ubah $p$ bagi 1 kg manggis dan $q$ bagi 1 kg cempedak, bina dua persamaan linear berdasarkan situasi di atas.
1 marks
b(ii)
**Dengan menggunakan kaedah matriks**, hitung beza harga bagi 1 kg cempedak dan 1 kg manggis.
5 marks
1510 marks
a
Lengkapkan jadual di ruang jawapan bagi persamaan $y = -2x^3 + 3x + 8$ dengan menulis nilai-nilai $y$ apabila $x = 1.8$ dan $x = 3$
| $x$ | −2 | −1 | 0 | 1 | 1.8 | 2 | 3 |
|---|---|---|---|---|---|---|---|
| $y$ | 18 | 7 | 8 | 9 | | −2 | |
2 marks
b
Untuk ceraian soalan ini, gunakan kertas graf. Anda boleh menggunakan pembaris fleksibel. Dengan menggunakan skala 2 cm kepada 1 unit pada paksi-$x$ dan 2 cm kepada 5 unit pada paksi-$y$, lukis graf $y = -2x^3 + 3x + 8$ bagi $-2 \leq x \leq 3$.
*(Huraikan graf anda dalam perkataan: skala paksi, titik-titik yang diplot dan bentuk lengkung.)*
4 marks
c
Pada graf anda, bina satu garis lurus yang memuaskan persamaan $-2x^3 + 10x + 3 = 0$ bagi $-2 \leq x \leq 3$. Nyatakan titik persilangan antara dua graf itu.
*(Huraikan garis lurus anda dalam perkataan: persamaannya dan titik-titik yang dilaluinya; kemudian nyatakan nilai-nilai $x$ bagi titik persilangan.)*
4 marks
Bahagian CChoose 1 of 2Chosen 0/1
1615 marks
Rajah 6 di bawah menunjukkan tangkap layar iklan tanah untuk dijual yang diletakkan di laman sesawang sebuah syarikat jualan hartanah pada tahun 2001.
a(i)
Rozita berminat untuk membeli tanah tersebut melalui pinjaman bank sepenuhnya bagi tempoh pinjaman 25 tahun. Diberi harga rumah tersebut ditetapkan pada harga RM550 000 dan pihak bank menawarkan kadar faedah mudah 3.2%. Hitung bayaran bulanan yang perlu dibayar oleh Rozita jika beliau setuju dengan tawaran bank tersebut.
3 marks
a(ii)
Pada akhirnya, Rozita telah membeli tanah tersebut dengan harga RM550 000 dan beliau turut membayar wang muka sebanyak 10%. Sejak dari itu, tanah tersebut telah disewakan dengan bayaran RM1 000 sebulan. Kini setelah 20 tahun, Rozita ingin menjual tanah itu dengan harga RM1 300 000 kepada seorang pembeli. Ketika ini, baki pinjaman yang tertunggak di bank ialah sebanyak RM178 200 dan jumlah ansuran bulanan yang telah dilunaskan kepada pihak bank adalah sebanyak RM712 800. Jadual 2($a$) di bawah menunjukkan senarai kos yang terlibat semasa urusan jual beli tanah itu.
| Kos guaman (semasa beli dan jual) | RM15 000 |
|---|---|
| Duti setem (semasa beli) | RM10 000 |
| Komisen ejen (Semasa jual) | RM20 960 |
Jadual 2($a$)
Hitung nilai pulangan pelaburan (ROI) yang diperoleh Rozita dalam urusan jual beli ini.
5 marks
b
Rozita menggunakan khidmat pekerja pembersihan untuk membersihkan tanahnya sebelum tanah itu diserahkan kepada pemilik baharu. Jadual 2(b) di bawah menunjukkan hubungan antara bilangan pekerja dan tempoh masa yang diambil untuk menyiapkan proses pembersihan.
| Bilangan pekerja pembersihan | Tempoh masa (jam) |
|---|---|
| 4 | 13 |
| 5 | $q$ |
Jadual 2($b$)
Diberi bahawa tempoh masa, $t$, berubah secara songsang dengan kuasa dua bilangan pekerja, $n$. Dengan menggunakan $k$ sebagai pemalar, tulis hubungan dalam bentuk persamaan antara tempoh masa, $t$ dan bilangan pekerja, $n$ dan seterusnya hitung nilai $q$.
4 marks
c
Bagi menghargai pembeli tanahnya, Rozita telah memperuntukkan sebanyak RM15 000 untuk membina pagar sekeliling tanah tersebut kepada pembeli. Harga pagar itu ialah RM $232332_6$. Hitung harga pagar tersebut dalam asas sepuluh dan kemudian tentukan sama ada Rozita mampu menghadiahkannya atau tidak.
3 marks
1715 marks
Sumayyah merupakan seorang arkitek muda yang bertugas di negeri Pulau Pinang dan masih lagi belum berkahwin. Bagi menjamin masa depan yang lebih cerah, beliau perlu merancang kewangannya dengan bijak serta berhemah. Dalam masa yang sama, beliau juga mula merancang untuk mengumpul aset-aset bagi dirinya.
Jadual 2 di bawah menunjukkan pelan kewangan Sumayyah.
| Pendapatan & Perbelanjaan | RM | RM |
|---|---|---|
| Pendapatan bersih | 4200 | |
| Pendapatan pasif | 400 | |
| Jumlah Pendapatan Bulanan | 4600 | |
| Tolak simpanan tetap | **H** | |
| Tolak dana kecemasan | 250 | |
| Baki Pendapatan | | 4140 |
| Tolak Perbelanjaan Tetap Bulanan | | |
| Pinjaman perumahan | 2200 | |
| Ansuran kereta | 550 | |
| Jumlah perbelanjaan tetap bulanan | | 2750 |
| Tolak perbelanjaan tidak tetap bulanan | | |
| Barangan dapur | 600 | |
| Bil utiliti | 280 | |
| Gimnasium | 200 | |
| Petrol | 400 | |
| Jumlah perbelanjaan tidak tetap bulanan | | **J** |
| Pendapatan Lebihan | | **K** |
Jadual 3
a(i)
Hitung nilai **H**, **J** dan **K**.
3 marks
a(ii)
Hitung aliran tunai Sumayyah. Tentukan sama ada Sumayyah menguruskan kewangannya dengan cekap atau tidak cekap. Berikan justifikasi anda.
3 marks
b
Dalam usahanya untuk menambah aset, Sumayyah kini berminat untuk membeli sebidang tanah seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 7 di bawah. Rajah menunjukkan sebidang tanah $PRTV$ yang berbentuk segi empat tepat. Kawasan segi tiga $PQW$ dan kawasan trapezium $UTSX$ merupakan kawasan paya manakala kawasan selebihnya yang berlorek digunakan untuk menanam pokok pisang dan betik.
Hitung luas kawasan tanaman pokok pisang dan betik terbabit.
3 marks
c
Bagi memastikan tanaman pokok pisang dan betiknya selamat daripada gangguan haiwan, Sumayyah merancang untuk memagar sekeliling tanah yang baru dibelinya itu. Diberi jumlah harga pagar, RM$y$, adalah berubah secara langsung dengan ketebalan besi pagar, $x$ mm. Dengan menggunakan $k$ sebagai pemalar, ungkapkan $k$ dalam sebutan $y$ dan $x$. Seterusnya, hitung nilai $k$ jika jumlah harga pagar yang dibelanjakan adalah sebanyak RM1 344 dan ketebalan besi pagar ialah 0.7 cm.
3 marks
d
Pada bulan yang lepas, Sumayyah dapat menuai sebanyak 60 kg pisang dan 83 kg betik. Setiap 1 kg pisang dan 1 kg betik masing-masing dijual pada harga RM7 dan RM6.20 kepada pemborong buah-buahan. Dengan hanya menggunakan pendaraban matriks **SAHAJA**, hitung jumlah hasil jualan buah-buahannya.
3 marks
AI is marking
Question by question against the scheme — keep this page open