Rajah 1 menunjukkan sebuah bulatan berpusat di $O$. $MPN$ ialah garis lurus yang berserenjang dengan $OP$ pada titik $P$. Diberi $MN$ = 26 cm dan $OP$ = 5 cm.
a
Namakan garis $MN$.
1 marks
b
Hitung jejari, dalam cm, bulatan itu.
2 marks
24 marks
a
Tulis kontrapositif bagi implikasi berikut.
> Jika $x^n$ ialah ungkapan kuadratik, maka $n = 2$.
1 marks
b
Lengkapkan Premis 2 di bawah untuk membentuk hujah deduktif yang sah dan munasabah.
> Premis 1 : Jika $p$ ialah faktor bagi $q$, maka $q$ boleh dibahagi tepat dengan $p$.
>
> Premis 2 : ……………………
>
> Kesimpulan : $p$ bukan faktor $q$.
1 marks
c
Buat satu kesimpulan umum secara induktif bagi urutan nombor 0.5, 0.25, 0.125, 0.0625, … yang mengikut pola berikut :
$0.5 = \frac{1}{2^1}$
$0.25 = \frac{1}{2^2}$
$0.125 = \frac{1}{2^3}$
$0.0625 = \frac{1}{2^4}$
2 marks
33 marks
Rajah 2 menunjukkan graf $M$ dan graf $N$.
a
Nina menyatakan bahawa graf $N$ ialah subgraf bagi graf $M$. Tentukan sama ada pernyataan Nina itu benar atau palsu. Berikan justifikasi anda.
2 marks
b
Lukis satu pokok berdasarkan graf $M$.
*(Huraikan pokok anda dalam perkataan: bucu-bucu dan tepi-tepi yang dipilih.)*
1 marks
44 marks
Ziyad membeli sebiji kek di kedai Secret Recipe untuk meraikan hari lahir ibunya. Dia membayar RM108 bagi harga sebiji kek tersebut termasuk 6% cukai perkhidmatan dengan menggunakan kad kredit miliknya.
a
Hitung harga sebiji kek tidak termasuk cukai perkhidmatan.
2 marks
b
Nyatakan bayaran cukai perkhidmatan bagi kad kredit yang perlu Ziyad bayar dalam tempoh setahun dan nyatakan pihak yang bertanggungjawab mengutip cukai perkhidmatan ini.
2 marks
54 marks
Rajah 3 menunjukkan sebuah segiempat selari yang dilukis pada suatu satah Cartes yang mewakili kedudukan rumah Zaim, sekolah, pasaraya dan stesen bas. Garis lurus yang menghubungkan rumah Zaim dan sekolah adalah selari dengan paksi-$x$. Manakala garis lurus yang menghubungkan sekolah dan stesen bas adalah selari dengan garis lurus yang menghubungkan rumah Zaim dengan pasaraya.
Diberi persamaan garis lurus yang menghubungkan sekolah dengan stesen bas ialah $y + 2x = 9$ dan jarak di antara pasaraya dan stesen bas ialah 10 km.
a
Nyatakan koordinat bagi rumah Zaim.
1 marks
b
Tentukan persamaan garis lurus yang menghubungkan rumah Zaim dan pasaraya.
3 marks
64 marks
Dalam Rajah 4, $RST$ ialah satu bulatan dengan pusat $O$ dan $OPQ$ ialah segitiga sama kaki. $S$ dan $R$ ialah titik tengah bagi garis $OQ$ dan $OP$. Diberi lilitan bulatan $RST$ ialah $81\frac{5}{7}$ cm, $PQ$ = 20 cm dan $\angle OPQ = 59^\circ$.
(Gunakan $\pi = \frac{22}{7}$)
Cari luas, dalam cm², kawasan berlorek.
4 marks
75 marks
Masa yang digunakan, $t$ jam, untuk menyusun kerusi di sebuah dewan berubah secara langsung dengan bilangan kerusi, $n$, dan secara songsang dengan bilangan pekerja yang terlibat, $P$ orang. Diberi bahawa 6 orang pekerja menggunakan masa 2 jam untuk menyusun 800 buah kerusi.
a
Ungkapkan $t$ dalam sebutan $n$ dan $P$.
2 marks
b
Seterusnya, hitung bilangan kerusi yang boleh disusun dalam masa 1.5 jam, jika bilangan pekerja ialah 12 orang.
2 marks
c
Jika bilangan pekerja bertambah, apakah yang akan berlaku pada masa yang diperlukan?
1 marks
84 marks
Rajah 5 menunjukkan dua kad dalam Kotak $Q$, tiga kad dalam Beg $A$ dan tiga kad dalam Beg $B$.
Satu kad dipilih secara rawak dari Kotak $Q$. Jika kad berlabel nombor ganjil dipilih, maka satu kad lain dipilih dari Beg $A$. Sebaliknya, jika kad berlabel nombor genap dipilih, maka satu kad lain dipilih dari Beg $B$.
a
Senaraikan semua kesudahan peristiwa di atas.
1 marks
b
Senaraikan semua kesudahan untuk mendapat satu kad berlabel huruf dan kad satu lagi dilabel nombor, seterusnya nyatakan kebarangkalian.
2 marks
c
Nyatakan kebarangkalian kedua dua kad dilabel dengan huruf
1 marks
95 marks
Rajah 6 menunjukkan graf $y = \sin x$ dan $y = \text{kos}\, x$.
a
Nyatakan nilai $x$ apabila $\sin x = -1$
1 marks
b
Nyatakan nilai-nilai $x$ apabila $\text{kos}\, x = 1$
2 marks
c
Nyatakan nilai-nilai $x$ apabila $\text{kos}\, x = \sin x$
2 marks
104 marks
Jadual 1 menunjukkan kadar premium tahunan bagi setiap RM1 000 nilai muka insurans hayat boleh baharu tahunan yang ditawarkan oleh Syarikat Insurans ABC.
| Umur | Lelaki (RM): Bukan perokok | Lelaki (RM): Perokok | Perempuan (RM): Bukan perokok | Perempuan (RM): Perokok |
|---|---|---|---|---|
| 38 | 2.36 | 3.05 | 1.63 | 2.03 |
| 39 | 2.49 | 3.23 | 1.71 | 2.14 |
| 40 | 2.66 | 3.47 | 1.80 | 2.26 |
Jadual 1
Encik Hamdan berumur 40 tahun dan dia seorang perokok. Dia ingin membeli polisi insurans bernilai RM150 000 dan menambah polisi penyakit kritikal sebanyak RM50 000. Nilai muka asas dan kadar premium bagi polisi penyakit kritikal ialah RM1.80 bagi setiap RM1 000.
Hitung premium tahunan yang dia perlu bayar?
4 marks
Bahagian BAnswer all 5
118 marks
a
Lengkapkan Jadual 2 pada ruang jawapan bagi persamaan $y = -\frac{25}{x}$ dengan menulis nilai-nilai $y$ apabila $x = 3$ dan $x = 5$
| $x$ | −2 | −1.5 | −1 | 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 |
|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
| $y$ | 12.5 | 16.67 | 25 | −25 | −12.5 | | −6.25 | | −4.17 |
Jadual 2
2 marks
b
Untuk ceraian soalan ini, gunakan kertas graf yang disediakan pada halaman **19**.
Anda boleh menggunakan pembaris fleksibel.
Menggunakan skala 2 cm kepada 1 unit pada paksi-$x$ dan 2 cm kepada 5 unit pada paksi-$y$, lukis graf $y = -\frac{25}{x}$ untuk $-2 \leq x \leq 6$.
*(Huraikan graf anda dalam perkataan: skala paksi, titik-titik yang diplot dan bentuk lengkung.)*
4 marks
Daripada graf di **11($b$)**, cari
c(i)
nilai $y$ apabila $x = 3.5$
1 marks
c(ii)
nilai $x$ apabila $y = 20$
1 marks
129 marks
Anda **tidak** dibenarkan menggunakan kertas graf untuk menjawab soalan ini. Garis padu halus untuk garis binaan mestilah ditunjukkan. Anda mesti menggunakan pensel BB atau 2B dan pensel HB.
Rajah 7 menunjukkan sebuah kuboid dicantumkan pada sebuah pepejal pada satah $BCVW$ dengan tapak segi empat $ABCD$ dan oktagon $BJKLMNPC$ yang terletak pada satah mengufuk objek. Tepi $AE$, $BF$, $JZ$, $KQ$, $LR$, $MS$, $NT$, $PU$, $CG$ dan $DH$ adalah tegak. Diberi bahawa $HG = VU = RQ$ dan $JK = LM = MS$.
Lukis dengan skala penuh,
a
dongakan objek itu pada satah mencancang yang selari dengan $JK$ dan $LM$ sebagaimana dilihat dari $X$,
*(Ruang jawapan menunjukkan pelan objek yang telah dilukis dengan skala penuh dan satu garis 45°. Huraikan dongakan anda dalam perkataan: bentuk-bentuk dan label bucunya, panjang setiap sisi, sudut pada bucu, jenis garis (padu atau putus-putus) dan garis binaan yang dilukis.)*
4 marks
b
dongakan objek itu pada satah mencancang yang selari dengan $ABJ$ sebagaimana dilihat dari $Y$.
*(Huraikan dongakan anda dalam perkataan: bentuk-bentuk dan label bucunya, panjang setiap sisi, sudut pada bucu, jenis garis (padu atau putus-putus) dan garis binaan yang dilukis.)*
5 marks
1310 marks
Rajah 8($a$) menunjukkan tiga pentagon $ABCDE$, $FGHIJ$ dan $FKLMN$ dilukis pada suatu satah Cartes.
Pentagon $FKLMN$ ialah imej bagi pentagon $ABCDE$ di bawah gabungan transformasi $\mathbf{VU}$.
Huraikan selengkapnya transformasi:
a(i)
$\mathbf{U}$
2 marks
a(ii)
$\mathbf{V}$
3 marks
b
Diberi bahawa pentagon $ABCDE$ mewakili kawasan yang mempunyai luas 108 cm².
Hitung luas, dalam cm², kawasan yang berlorek.
3 marks
c
Rajah 8($b$) menunjukkan sebahagian daripada satu jubin. Tentukan sama ada jubin itu adalah teselasi atau bukan. Berikan justifikasi anda.
2 marks
149 marks
Jadual 3(a) menunjukkan jumlah pesakit Tangan Kaki dan Mulut (HFMD) dalam kalangan kanak-kanak yang dicatat dalam tempoh 15 hari pertama semasa wabak tersebar di Malaysia.
| Bilangan hari | 2 – 3 | 4 – 5 | 6 – 7 | 8 – 9 | 10 – 11 | 12 – 13 | 14 – 15 |
|---|---|---|---|---|---|---|---|
| Jumlah kumulatif pesakit | 5 | 18 | 41 | 75 | 137 | 180 | 200 |
Jadual 3(a)
a
Berdasarkan Jadual 3($a$) lengkapkan Jadual 3($b$) pada halaman **25**
| Bilangan hari | Bilangan pesakit | Jumlah kumulatif pesakit |
|---|---|---|
| 0 – 1 | | 0 |
| 2 – 3 | | 5 |
| 4 – 5 | | 18 |
| 6 – 7 | | 41 |
| 8 – 9 | | 75 |
| 10 – 11 | | 137 |
| 12 – 13 | | 180 |
| 14 – 15 | | 200 |
Jadual 3(b)
*(Tulis bilangan pesakit bagi setiap kelas bilangan hari.)*
2 marks
b
Berdasarkan Jadual 3($a$),
Hitung anggaran min bagi bilangan pesakit Tangan Kaki dan Mulut (HFMD) yang dicatat dalam tempoh 15 hari pertama.
3 marks
Seterusnya hitung,
c(i)
varians
3 marks
c(ii)
sisihan piawai bagi data tersebut
1 marks
159 marks
a(i)
Diberi bahawa $\begin{pmatrix} 3 & x \\ -5 & y \end{pmatrix}$ ialah matriks songsang bagi $\begin{pmatrix} 7 & 4 \\ 5 & 3 \end{pmatrix}$.
Hitung nilai $x$ dan nilai $y$.
2 marks
a(ii)
Diberi
$\begin{pmatrix} 2p + 1 \\ q \end{pmatrix} - \begin{pmatrix} -5 \\ 3q + 4 \end{pmatrix} = \begin{pmatrix} 18 \\ -3 \end{pmatrix}$
Cari nilai bagi $p$ dan $q$.
2 marks
b
Alias membeli alat tulis untuk anaknya di Pasaraya Muroh Sokmo. Jumlah harga bagi empat buah buku tulis dan lima batang pen ialah RM18.00. Beza harga dua buah buku tulis dengan tiga batang pen ialah RM2.40. Menggunakan **kaedah matriks**, hitung harga dalam RM, sebuah buku tulis dan sebatang pen.
5 marks
Bahagian CChoose 1 of 2Chosen 0/1
1615 marks
a
Encik Ramli mahu membeli sebuah kereta Perodua Axia kepada anaknya, Faizira untuk kegunaan berulang alik ke kolej yang berhampiran rumahnya di Klang, Selangor. Rajah 9 menunjukkan satu iklan yang ditawarkan oleh Bank Bijak.
> **BANK BIJAK**
>
> Pembiayaan sehingga 100%
>
> Kadar Faedah 4.15 % setahun
Rajah 9
Dia ingin membuat pinjaman sebanyak RM23 000. Hitung jumlah ansuran bulanan yang perlu dibayarnya jika tempoh bayaran balik pinjaman yang dipilih adalah 5 tahun.
3 marks
Encik Ramli mempunyai pendapatan tetap sebanyak RM4 500 dan pendapatan daripada sewa kedai sebanyak RM800. Dia memperuntukkan sebanyak RM1 200 untuk tujuan simpanan dan kecemasan. Jadual 4 menunjukkan perbelanjaan bulanan beliau.
| Perbelanjaan Bulanan | RM |
|---|---|
| Bayaran ansuran pinjaman perumahan | 500 |
| Bayaran ansuran kereta Encik Ramli dan anaknya | 700 |
| Perbelanjaan makanan | 900 |
| Bayaran utiliti | 150 |
| Belanja tol dan petrol | 100 |
| Langganan perkhidmatan internet | 90 |
| Perbelanjaan dan yuran Pendidikan anak | 760 |
| Perbelanjaan insurans | 350 |
Jadual 4
b(i)
Hitung lebihan perbelanjaan Encik Ramli pada bulan itu.
2 marks
b(ii)
Setelah setahun, dia ingin memperbaharui polisi insurans motor bagi kereta anaknya. Jadual 5 menunjukkan maklumat kenderaan yang ingin diinsuranskannya.
| Jumlah yang ingin diinsuranskan | RM22 000 |
|---|---|
| Kapasiti enjin | 1 000 cc |
| NCD | 25% |
Jadual 5
Berdasarkan Jadual Tarif Motor 2015, tentukan sama ada En Ramli mampu untuk membeli polisi Komprehensif berdasarkan pengurusan kewangannya ? Justifikasikan jawapan anda.
| Kapasiti enjin tidak melebihi (cc) | Semenanjung Malaysia: Polisi komprehensif (RM) | Semenanjung Malaysia: Polisi pihak ketiga (RM) | Sabah dan Sarawak: Polisi komprehensif (RM) | Sabah dan Sarawak: Polisi pihak ketiga (RM) |
|---|---|---|---|---|
| 1400 | 237.80 | 120.60 | 196.20 | 67.50 |
| 1650 | 305.50 | 135.00 | 220.00 | 75.60 |
| 2200 | 339.10 | 151.20 | 234.90 | 85.20 |
| 3050 | 372.60 | 167.40 | 266.50 | 93.60 |
| 4100 | 404.30 | 181.80 | 290.40 | 101.70 |
| 4250 | 436.00 | 196.20 | 313.00 | 110.10 |
| 4400 | 469.60 | 212.40 | 336.90 | 118.20 |
| Melebihi 4400 | 501.30 | 226.80 | 359.50 | 126.60 |
\* bagi polisi komprehensif, kadar yang dikenakan adalah bagi RM 1000 pertama daripada jumlah yang diinsuranskan.
Sumber : Jadual Tarif Motor 2015
5 marks
Faizira memandu kereta dari rumah ke kolej dengan purata laju 60 km/j. Selesai kuliah, dia memandu pulang ke rumah dari kolej dan mengambil masa kurang 7 minit berbanding perjalanan perginya.
c(i)
Jika jarak antara rumah dan kolej ialah 45 km, hitung laju purata, dalam km/j, perjalanan Faizira.
3 marks
c(ii)
Rajah 10 menunjukkan graf jarak melawan masa yang dilalui oleh Faizira pada hari itu. Jika dia bertolak pada pukul 7.00 pagi dan berada di kolej selama 8 jam, lengkapkan graf perjalanan balik itu.
*(Tulis nilai $Q$ dan huraikan garis yang anda lukis dalam perkataan: titik mula dan titik akhir garis itu.)*
2 marks
1715 marks
Encik Kamal merupakan seorang guru Matematik dan Pendidikan Jasmani di sebuah sekolah.
Jadual 6 menunjukkan pembelian buku oleh Encik Kamal. Dia telah membeli $x$ buah buku modul matematik dan $y$ buah buku modul Pendidikan Jasmani. Jumlah buku yang dibeli sebanyak 20 buah dengan jumlah harga RM130.
| Jenis buku | Bilangan buku | Harga per buku (RM) |
|---|---|---|
| Matematik | $x$ | 7 |
| Pendidikan Jasmani | $y$ | 5 |
Jadual 6
a(i)
Tulis dua persamaan linear dalam sebutan $x$ dan $y$ untuk mewakili maklumat ini.
2 marks
a(ii)
**Penyelesaian menggunakan kaedah matriks tidak dibenarkan untuk soalan ini.**
Seterusnya, hitung nilai $x$ dan $y$ yang memuaskan persamaan linear serentak di atas.
4 marks
Pada minggu lepas , Encik Kamal merekodkan tinggi dalam cm, bagi 16 orang murid di kelasnya. Rajah 11 ialah sebuah ogif yang diplot berdasarkan data yang direkodkan.
b(i)
Berdasarkan ogif tersebut, tentukan
median,
1 marks
b(ii)
julat antara kuartil
2 marks
Dalam satu pertandingan kuiz Matematik, Encik Kamal telah memilih $x$ orang murid lelaki dan $y$ orang murid perempuan. Jumlah bilangan murid lelaki melebihi bilangan murid perempuan sekurang-kurangnya 5 orang dan bilangan murid yang dipilih selebih-lebihnya 25 orang.
c(i)
Tulis ketaksamaan linear, selain daripada $x \geq 0$ dan $y \geq 0$, yang mewakili situasi itu.
2 marks
c(ii)
Lukis dan lorek rantau yang memuaskan sistem ketaksamaan linear di atas.
*(Huraikan graf anda dalam perkataan: setiap garis lurus yang dilukis (persamaan dan titik-titik yang dilaluinya) dan rantau yang dilorek — dibatasi oleh garis yang mana dan di sebelah mana garis itu.)*
4 marks
AI is marking
Question by question against the scheme — keep this page open