Rajah 1 menunjukkan garis lurus $PQR$ yang dilukis pada satah Cartes. Titik $Q$ merupakan titik tengah bagi garis lurus $PR$.
a
Cari nilai $k$.
1 marks
b
Hitung jarak $PR$.
2 marks
24 marks
Jadual 1 menunjukkan kadar premium tahunan bagi setiap RM1 000 nilai muka insurans sementara boleh baharu tahunan yang ditawarkan oleh Syarikat Insurans AZAM.
| Umur | Lelaki: Bukan perokok (RM) | Lelaki: Perokok (RM) | Perempuan: Bukan perokok (RM) | Perempuan: Perokok (RM) |
|---|---|---|---|---|
| 35 | 2.10 | 2.50 | 1.45 | 1.78 |
| 36 | 2.12 | 2.72 | 1.50 | 1.84 |
| 37 | 2.18 | 2.80 | 1.56 | 1.93 |
Jadual 1
Encik Irfan berumur 36 tahun, seorang yang sihat dan tidak merokok ingin membeli polisi insurans tersebut bernilai RM250 000 dan menambah polisi penyakit kritikal. Syarikat AZAM menawarkan polisi penyakit kritikal dengan memberikan perlindungan sebanyak 40% nilai muka asas dan kadar premium bagi setiap RM1 000 ialah RM1.75 mengikut umur dan status kesihatan Encik Irfan.
Hitung premium tahunan bagi Encik Irfan.
4 marks
33 marks
Rajah 2 menunjukkan sebuah taman di kawasan perumahan yang berbentuk segi empat tepat, $EFGH$. Kawasan berlorek $JEK$ dan $GLM$ ialah kawasan berumput dan $JKFLMH$ adalah kawasan bersimen.
Bentukkan satu ungkapan kuadratik untuk mewakili kawasan bersimen.
3 marks
44 marks
Rajah 3 menunjukkan segitiga bersudut tegak, $PQR$ dan $PRS$ ialah garis lurus.
Diberi $\text{kos}\ y^\circ = -\frac{7}{25}$.
Hitung nilai bagi $\tan x^\circ$. Seterusnya, tentukan nilai $x$.
4 marks
54 marks
Jadual 2 menunjukkan hubungan antara tiga pemboleh ubah, $M$, $N$ dan $P$.
| $M$ | 24 | 0.30 |
|---|---|---|
| $N$ | 8 | $q$ |
| $P$ | 40 | 45 |
Jadual 2
Diberi $M \propto \frac{N^2}{P}$.
a
Ungkapkan $M$ dalam sebutan $N$ dan $P$.
2 marks
b
Hitung nilai $q$.
2 marks
64 marks
Rajah 4 menunjukkan sebuah segi empat selari $OPQR$.
Cari
a
persamaan garis lurus $RQ$.
2 marks
b
pintasan-$x$ bagi garis lurus $RQ$.
2 marks
74 marks
Terdapat 6 kad bernombor 3, 4, 5, 6, 8 dan 9 dimasukkan dalam sebuah kotak. Sekeping kad dipilih secara rawak daripada kotak itu. Diberi $M$ = {peristiwa memilih nombor gandaan 3} dan $E$ = {peristiwa memilih nombor genap}.
a
Pada ruang jawapan, lukis gambar rajah Venn untuk mewakili hubungan antara set $M$ dan set $E$. Kemudian, tentukan sama ada peristiwa $M$ dan $E$ ialah peristiwa saling eksklusif atau peristiwa tidak saling eksklusif.
*(Huraikan gambar rajah Venn anda dalam perkataan: set-set yang dilukis di dalam set semesta $\xi$, label setiap set dan kedudukan set-set itu antara satu sama lain.)*
2 marks
b
Hitung kebarangkalian memilih peristiwa $M$ atau peristiwa $E$.
2 marks
84 marks
a
Tulis premis 2 untuk melengkapkan hujah berikut:
> Premis 1: Jika $x$ boleh dibahagi tepat dengan 4, maka $x$ boleh dibahagi tepat dengan 2.
>
> Premis 2: ……………………
>
> Kesimpulan: 16 tidak boleh dibahagi tepat dengan 4.
1 marks
b
Adakah hujah di 8(a) sah dan munasabah? Sekiranya tidak, berikan justifikasi anda.
3 marks
95 marks
Rajah 5 menunjukkan dua sektor bulatan, $OPQR$ dan $PQSO$ masing-masing berpusat di $O$ dan $P$. $QRO$ ialah sukuan bulatan.
Menggunakan $\pi = \frac{22}{7}$, hitung
a
panjang lengkok, dalam cm, sektor $PQR$,
2 marks
b
luas, dalam cm², kawasan berlorek.
3 marks
105 marks
Pada November 2022, sebuah syarikat feri merekodkan jumlah kereta, $x$, dan lori, $y$, yang menggunakan perkhidmatan feri ialah 5 550 buah. Bulan berikutnya, jumlah kereta meningkat dua kali ganda, manakala jumlah lori adalah satu per tiga daripada bulan sebelumnya. Pada bulan tersebut, bilangan kereta melebihi bilangan lori sebanyak 8 650 buah.
Menggunakan kaedah matriks, hitung bilangan kereta dan lori bagi November 2022.
5 marks
Bahagian BAnswer all 5
119 marks
Encik Azizi dan isterinya memilih taksiran cukai bersama pada tahun 2022. Jumlah pendapatan bercukai mereka adalah sebanyak RM129 300. Mereka masing-masing telah membayar zakat sebanyak RM1 200 kepada pusat pungutan zakat pada tahun tersebut. Jadual 3(i) menunjukkan pelepasan yang hendak dituntut oleh Encik Azizi dan isterinya.
| Perkara | Encik Azizi | Isteri |
|---|---|---|
| Individu | RM9 000 | RM9 000 |
| Perbelanjaan rawatan perubatan ibu bapa (had RM5 000) | RM2 000 | RM1 000 |
| Insurans hayat dan KWSP (had RM7 000) | RM2 800 | RM2 500 |
| Insurans perubatan (had RM3 000) | RM1 600 | RM1 800 |
| Gaya hidup (had RM2 500) | RM1 200 | RM1 200 |
| Tabung bersih SSPN (had RM8 000) | RM5 000 | RM6 000 |
Jadual 3(i)
a
Sekiranya nisbah pendapatan tahunan bagi Encik Azizi kepada isterinya ialah $3 : 2$, hitung pendapatan tahunan Encik Azizi.
3 marks
b
Jadual 3(ii) menunjukkan kadar cukai pendapatan individu untuk Tahun Taksiran 2022.
Hitung jumlah cukai pendapatan bagi Encik Azizi dan isterinya dengan menggunakan cara taksiran cukai bersama.
| Pendapatan Bercukai (RM) | Pengiraan (RM) | Kadar (%) | Cukai (RM) |
|---|---|---|---|
| 70 001 – 100 000 | 70 000 pertama | | 4 600 |
| | 30 000 berikutnya | 21 | 6 300 |
| 100 001 – 250 000 | 100 000 pertama | | 10 900 |
| | 150 000 berikutnya | 24 | 36 000 |
Jadual 3(ii)
3 marks
c
Setiap bulan, gaji mereka masing-masing dipotong sebanyak RM200 dan RM230 untuk potongan cukai bulanan (PCB).
Adakah mereka perlu membuat bayaran baki cukai pendapatan? Jelaskan jawapan anda.
3 marks
129 marks
Rajah 6.1 menunjukkan tiga pentagon $ABCDE$, $FGHJK$ dan $FLMNP$ dilukis pada suatu satah Cartes.
Pentagon $FLMNP$ ialah imej bagi pentagon $ABCDE$ di bawah gabungan transformasi $\mathbf{UV}$.
a(i)
$\mathbf{V}$,
3 marks
a(ii)
$\mathbf{U}$.
3 marks
b
Diberi pentagon $FLMNP$ mewakili kawasan yang mempunyai luas 448 cm². Hitung luas, dalam cm², kawasan berlorek.
2 marks
c
Rajah 6.2 menunjukkan corak pada satu jubin yang merupakan suatu teselasi.
Berikan definisi bagi teselasi.
1 marks
139 marks
Rajah 7 menunjukkan sebuah prisma tegak dengan tapak segi empat sama $ABGF$ di atas satah mengufuk. Permukaan $ABCDE$ adalah keratan rentas seragam. Segi empat tepat $DCHJ$ ialah satah condong. Tiga sukuan silinder bergabung dengan pepejal prisma tegak di satah $LRFM$ dan $MNSF$ untuk membentuk pepejal gabungan seperti yang ditunjukkan. Tepi $AE$ dan $BC$ adalah tegak. Diberi $JK = MN = MF$ dan $AE$ = 5 cm.
Lukis dengan skala penuh,
a
pelan gabungan pepejal itu.
*(Huraikan lukisan anda dalam perkataan: bentuk garis luar dengan label bucu, garis-garis di dalamnya, lengkok (jika ada), panjang setiap sisi, sudut pada bucu dan jenis setiap garis (padu atau putus-putus).)*
4 marks
b
dongakan objek itu pada satah mencancang yang selari dengan $AB$ sebagaimana dilihat dari $X$.
*(Huraikan lukisan anda dalam perkataan: bentuk garis luar dengan label bucu, garis-garis di dalamnya, lengkok (jika ada), panjang setiap sisi, sudut pada bucu dan jenis setiap garis (padu atau putus-putus).)*
5 marks
149 marks
Satu tinjauan telah dilakukan terhadap 40 orang murid tentang alat peranti yang dimiliki oleh murid Tingkatan 5 Bestari di sebuah sekolah. Terdapat tiga alat peranti yang disenaraikan iaitu tablet ($P$), telefon pintar ($Q$) dan laptop ($R$). Maklumat berikut menunjukkan keputusan tinjauan tersebut.
- 16 orang murid memiliki tablet
- 17 orang murid memiliki telefon pintar
- 18 orang murid memiliki laptop
- 6 orang murid memiliki tablet dan telefon pintar
- 7 orang murid memiliki telefon pintar dan laptop
- 2 orang murid memiliki tablet, telefon pintar dan laptop
- Bilangan murid yang memiliki telefon pintar sahaja ialah dua kali bilangan murid yang memiliki laptop sahaja.
a
Lengkapkan gambar rajah Venn pada ruang jawapan berdasarkan maklumat yang diberikan.
*(Huraikan gambar rajah Venn anda dalam perkataan: set-set yang dilukis di dalam $\xi$ dan bilangan murid dalam setiap rantau — $P$ sahaja, $Q$ sahaja, $R$ sahaja, $P$ dan $Q$ sahaja, $P$ dan $R$ sahaja, $Q$ dan $R$ sahaja, serta $P$, $Q$ dan $R$.)*
3 marks
Nyatakan
b(i)
bilangan murid yang memiliki telefon pintar sahaja.
1 marks
b(ii)
bilangan murid yang memiliki tablet dan laptop.
1 marks
b(iii)
bilangan murid yang memiliki tablet sahaja.
1 marks
b(iv)
bilangan murid yang tidak memiliki tablet, telefon pintar atau laptop.
1 marks
c
Hitung $n((P \cap Q)' \cap R)$.
2 marks
159 marks
Jadual 4 menunjukkan jadual kekerapan bagi jisim, dalam kg, buah durian yang dibeli oleh 30 orang pelanggan.
| Jisim (kg) | Bilangan pelanggan |
|---|---|
| 15 – 19 | 1 |
| 20 – 24 | 2 |
| 25 – 29 | 3 |
| 30 – 34 | 5 |
| 35 – 39 | 7 |
| 40 – 44 | 7 |
| 45 – 49 | 5 |
Jadual 4
a
Untuk ceraian soalan ini, gunakan kertas graf yang disediakan pada halaman 25. Dengan menggunakan skala 2 cm kepada 5 kg pada paksi mengufuk dan 2 cm kepada seorang pelanggan pada paksi mencancang, lukis satu histogram bagi data tersebut.
*(Huraikan histogram anda dalam perkataan: skala dan julat setiap paksi, sempadan kelas yang digunakan dan tinggi setiap bar.)*
4 marks
b
Berdasarkan histogram anda, nyatakan bentuk taburan data itu.
1 marks
c
Hitung sisihan piawai jisim, dalam kg, durian itu.
4 marks
Bahagian CChoose 1 of 2Chosen 0/1
1615 marks
a
Encik Johan merupakan seorang pengusaha restoran makanan Arab. Dia menjual dua jenis menu utama iaitu Nasi Maqlubah dan Nasi Mandy seperti dalam Rajah 8.1.
Encik Johan menjual dua menu tersebut pada kadar harga yang sangat berpatutan. Hasil jualan 24 set Nasi Maqlubah dan $x$ set Nasi Mandy ialah RM$3352_8$.
Cari bilangan set Nasi Mandy yang dijual.
3 marks
Encik Johan membuka dua gerai, $A$ dan $B$, di suatu karnival keusahawanan. Jadual 5.1 menunjukkan kebarangkalian jualan set menu nasi arab sepanjang karnival tersebut.
| Gerai | Kebarangkalian Jualan: Nasi Maqlubah | Kebarangkalian Jualan: Nasi Mandy |
|---|---|---|
| $A$ | $\frac{3}{7}$ | $\frac{9}{11}$ |
| $B$ | $\frac{4}{5}$ | $\frac{8}{13}$ |
Jadual 5.1
b(i)
Hitung kebarangkalian Nasi Maqlubah dan Nasi Mandy dijual di Gerai $A$.
2 marks
b(ii)
Encik Johan bercadang untuk memberikan bonus kepada pekerja dari gerai yang mempunyai kebarangkalian jualan Nasi Maqlubah dan Nasi Mandy tertinggi. Tentukan gerai yang layak menerima bonus tersebut.
2 marks
Setelah selesai karnival keusahawanan, Encik Johan perlu pulang ke restoran bagi menyediakan tempahan daripada pelanggan. Jadual 5.2 menunjukkan maklumat perjalanan bagi Encik Johan ke restoran menggunakan laluan terpendek.
| Waktu | Huraian |
|---|---|
| 6:00 p.m. | Bertolak dari tempat karnival |
| 6:30 p.m. | Berhenti di R&R |
| 6:45 p.m. | Bertolak dari R&R |
| 7:00 p.m. | Sampai di restoran |
Jadual 5.2
Diberi jarak di antara tempat karnival dengan R&R ialah 40 km dan jarak di antara R&R dengan restoran ialah 20 km.
c(i)
Mengandaikan van bergerak dengan laju seragam sepanjang perjalanan, lukis satu graf jarak-masa mewakili perjalanan tersebut.
*(Huraikan graf anda dalam perkataan: masa yang anda labelkan pada paksi-x dan titik-titik yang disambungkan oleh garis.)*
2 marks
c(ii)
Seterusnya, hitung laju van, dalam km min$^{-1}$, bagi 10 minit yang pertama.
2 marks
d
Rajah 8.2 menunjukkan sekeping papan tanda restoran Encik Johan yang baharu berbentuk segi empat tepat. Diberi bahawa luas papan tanda tersebut ialah 18 m².
Hitung perimeter, dalam m, bagi papan tanda tersebut.
4 marks
1715 marks
Zahir ialah pemilik sebuah kilang kek. Dia membeli sebuah MPV yang berharga RM108 000 untuk mengedar kek yang dikeluarkan oleh kilangnya.
Zahir membayar bayaran pendahuluan sebanyak 10% dan bakinya dibayar secara ansuran selama $t$ tahun. Kadar faedah sama rata yang dikenakan oleh bank ialah 4.5% setahun dan ansuran bulanan yang perlu dibayar ialah RM2 389.50.
a(i)
Hitung nilai $t$.
2 marks
a(ii)
Hitung jumlah keseluruhan yang dibayar oleh Zahir untuk MPV itu.
2 marks
Zahir perlu mengedar kek kepada enam buah kedai di suatu kawasan. Jadual 6 menunjukkan panjang jalan yang menghubungkan kedai-kedai itu.
| Kedai | Jarak (km) |
|---|---|
| $P - Q$ | 13 |
| $P - T$ | 10 |
| $Q - R$ | 5 |
| $Q - T$ | 12 |
| $Q - U$ | 3 |
| $S - R$ | 6 |
| $R - U$ | 8 |
| $S - T$ | 15 |
| $S - U$ | 9 |
| $T - U$ | 2 |
Jadual 6
b(i)
Lengkapkan graf tak terarah dan berpemberat di ruang jawapan.
*(Huraikan graf anda dalam perkataan: senaraikan setiap tepi yang anda lukis (dua bucu yang disambung) dan pemberatnya.)*
2 marks
b(ii)
Tentukan laluan terpendek perjalanan Zahir bermula dari kedai $P$ ke kedai $R$ jika setiap kedai dilalui sekali sahaja. Seterusnya, hitung jumlah jarak laluan itu.
2 marks
c
Zahir menggunakan 2 kg tepung gandum, 400 g gula dan 0.05 kg mentega untuk membuat kek.
Ungkapkan nisbah bahan-bahan itu dalam bentuk termudah.
2 marks
Rajah 9 menunjukkan graf laju-masa bagi perjalanan Zahir menghantar kek dalam tempoh 56 minit.
d(i)
Diberi MPV itu memecut dengan 75 km j$^{-2}$ dalam tempoh masa tertentu.
Hitung
nilai $v$.
2 marks
d(ii)
jumlah jarak, dalam km, yang dilalui oleh MPV itu.
3 marks
AI is marking
Question by question against the scheme — keep this page open