Rajah 1 menunjukkan graf fungsi kuadratik $f(x) = ax^2 + bx - 3$.
Berdasarkan graf fungsi kuadratik di Rajah 1,
a
cari nilai $a$ dan $b$.
2 marks
b
hitung nilai $m$.
1 marks
24 marks
a
Nyatakan akas bagi pernyataan berikut. Seterusnya, tentukan sama ada akas tersebut benar atau palsu.
> Jika $a \geq 2$, maka $8a^2 \geq 32$.
2 marks
b
Tentukan sama ada hujah yang diberikan sah atau tidak sah, serta munasabah atau tidak munasabah. Justifikasikan jawapan anda.
> Premis 1 : Jika $c = 0$, maka garisan $y = mx + c$ melalui asalan.
>
> Premis 2 : $c = 3$.
>
> Kesimpulan : Garisan $y = mx + 3$ tidak melalui titik asalan.
Lukis satu graf mudah berdasarkan maklumat yang diberi. Seterusnya, nyatakan bilangan darjah bagi graf tersebut.
*(Huraikan graf anda dalam perkataan: bucu-bucu dan tepi-tepi yang dilukis.)*
2 marks
Rajah 3 menunjukkan suatu graf rangkaian.
b
Lukis satu subgraf daripada graf rangkaian di atas.
*(Huraikan subgraf anda dalam perkataan: bucu-bucu dan tepi-tepi yang dipilih.)*
1 marks
45 marks
Gambar rajah Venn di Rajah 4 menunjukkan bilangan unsur dalam set semesta, $\xi$, set $F$, set $G$ dan set $H$.
a
Diberi $n(G \cup H) = n(G \cup H)'$, cari nilai $x$.
2 marks
Gambar rajah Venn di ruang jawapan menunjukkan set $X$, set $Y$ dan set $Z$ dengan keadaan set semesta, $\xi = X \cup Y \cup Z$.
b(i)
Pada rajah di ruang jawapan, lorekkan set
$(Y \cup Z)'$,
*(Huraikan rantau yang anda lorek dalam perkataan.)*
1 marks
b(ii)
$(X \cap Z)' \cap Y$.
*(Huraikan rantau yang anda lorek dalam perkataan.)*
2 marks
54 marks
Jadual 1 menunjukkan jumlah pendapatan dan perbelanjaan Cik Ariesya pada bulan Disember 2022.
| Perkara | Amaun (RM) |
|---|---|
| Pendapatan aktif | 3 500 |
| Pendapatan pasif | 800 |
| Perbelanjaan tetap | 2 350 |
| Perbelanjaan tidak tetap | 1 000 |
Jadual 1
a
Hitung aliran tunai bulanan Cik Ariesya.
1 marks
b
Mulai Januari 2023, Cik Ariesya tidak akan menyewakan rumahnya. Perbelanjaannya dijangka akan meningkat sebanyak 10% dan dia akan menerima kenaikan gaji sebanyak 5%.
Jelaskan kesan aliran tunainya.
3 marks
65 marks
Dalam satu persiapan untuk meraikan persaraan Cik Shida, murid-murid dikehendaki untuk menyusun kerusi di dewan. Masa yang digunakan, $t$ jam, untuk menyusun kerusi di dewan berubah secara langsung dengan bilangan kerusi, $x$ buah dan secara songsang dengan bilangan murid, $y$ orang. Diberi 15 orang murid menggunakan masa 1 jam untuk menyusun 1 500 buah kerusi.
a
Tuliskan situasi di atas dalam bentuk ubahan.
1 marks
b
Ungkapkan $t$ dalam sebutan $x$ dan $y$.
2 marks
c
Berapakah masa, dalam minit, yang diperlukan sekiranya jumlah kerusi yang disusun ialah 1 000 dan hanya 5 murid sahaja yang menyusun kerusi tersebut?
2 marks
73 marks
Jadual 2 menunjukkan sebahagian daripada pengkadaran premium bawah Tarif Motor bagi polisi motor yang dikeluarkan di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak.
| Kapasiti enjin tidak melebihi (cc) | Semenanjung Malaysia: Polisi komprehensif (RM) | Semenanjung Malaysia: Polisi pihak ketiga (RM) | Sabah dan Sarawak: Polisi komprehensif (RM) | Sabah dan Sarawak: Polisi pihak ketiga (RM) |
|---|---|---|---|---|
| 1 400 | 273.80 | 120.60 | 196.20 | 67.50 |
| 1 650 | 305.50 | 135.00 | 220.00 | 75.60 |
| 2 200 | 339.10 | 151.20 | 243.90 | 85.20 |
| 3 050 | 372.60 | 167.40 | 266.50 | 93.60 |
| 4 100 | 404.30 | 181.80 | 290.40 | 101.70 |
Jadual 2
Encik Taufiq ingin memperbaharui insurans motor bagi kereta Proton Inspira yang digunakan di Terengganu. Maklumat kereta itu adalah seperti berikut.
| Jumlah ingin diinsuranskan | RM66 000 |
|---|---|
| Kapasiti enjin | 1 800 cc |
| NCD | 30% |
Hitung premium kasar bagi kereta Encik Taufiq untuk polisi komprehensif.
3 marks
84 marks
Rajah 5 menunjukkan graf laju-masa gerakan sebuah motosikal dalam masa 30 minit.
a
Nyatakan nilai $r$, jika motosikal itu bergerak dengan laju seragam selama 5 minit.
1 marks
b(i)
Hitung nilai $s$, jika jarak yang dilalui bagi 12 minit pertama ialah 9 km.
2 marks
b(ii)
Hitung nyahpecutan untuk motosikal tersebut.
1 marks
94 marks
Rajah 6 menunjukkan kedudukan rumah Aini, sekolah dan balai polis yang dilukis pada suatu satah Cartes.
Jarak antara rumah Aini dan balai polis adalah sama dengan jarak antara sekolah dan balai polis.
a
Nyatakan nilai $h$.
2 marks
b
Sebatang jalan lurus akan dibina melalui sekolah dan jalan tersebut selari dengan jalan yang menghubungkan balai polis dengan rumah Aini.
Cari persamaan garis lurus yang mewakili jalan lurus itu.
2 marks
105 marks
a
Rajah 7(a) menunjukkan bentangan sebuah pepejal geometri. Diberi diameter bulatan ialah 20 cm dan tinggi pepejal geometri itu ialah 24 cm.
Hitung tinggi condong, $s$, dalam cm, pepejal geometri tersebut.
2 marks
b
Rajah 7(b) menunjukkan gabungan bentangan Rajah 7(a) dengan sebuah pepejal geometri yang lain. Diberi $t$ ialah dua kali jejari bulatan itu.
Dengan menggunakan $\pi = \frac{22}{7}$, hitung isi padu gabungan pepejal geometri itu, dalam cm³.
3 marks
Bahagian BAnswer all 5
118 marks
Jadual 3 menunjukkan bilangan ahli Kadet Bomba dan Kadet Remaja Sekolah yang telah ditugaskan untuk satu tugasan luar di beberapa tempat sempena Perkhemahan Daerah.
| | Kadet Bomba (B) | Kadet Remaja Sekolah (K) |
|---|---|---|
| Lelaki (L) | 13 | 5 |
| Perempuan (P) | 7 | 5 |
Jadual 3
Dua orang ahli daripada unit uniform tersebut telah ditugaskan secara rawak di beberapa tempat tersebut.
a
Rajah 8 di ruang jawapan menunjukkan gambar rajah pokok yang tidak lengkap. Lengkapkan gambar rajah pokok di Rajah 8.
*(Tulis kebarangkalian bagi setiap petak kosong dan nyatakan petak yang mana.)*
2 marks
Berdasarkan Rajah 8, cari kebarangkalian bahawa
b(i)
seorang murid perempuan dan seorang ahli Kadet Remaja Sekolah dipilih.
2 marks
b(ii)
kedua-dua ahli Kadet Bomba dipilih.
2 marks
b(iii)
kedua-dua ahli Kadet Remaja Sekolah dipilih.
2 marks
129 marks
Rajah 9 menunjukkan dua titik, $S$ dan $Q$, pada suatu satah Cartes.
a(i)
Transformasi $\mathbf{T}$ ialah satu translasi $\begin{pmatrix} -1 \\ 3 \end{pmatrix}$.
Transformasi $\mathbf{R}$ ialah satu pantulan pada garis lurus $x = 5$.
Diberi titik $S$ adalah imej bagi suatu objek di bawah transformasi $\mathbf{T}$. Nyatakan koordinat objek tersebut.
1 marks
a(ii)
Nyatakan koordinat imej bagi titik $Q$ di bawah gabungan transformasi $\mathbf{TR}$.
2 marks
Rajah 10 di ruang jawapan pada halaman 25 menunjukkan sisi empat $ABCD$ dan $KLMN$, dilukis pada satah Cartes.
b(i)
$EFGH$ ialah imej bagi $ABCD$ di bawah transformasi putaran $90^\circ$ lawan arah jam pada pusat $(7, 3)$. Lukiskan imej bagi $EFGH$ dalam Rajah 10.
*(Huraikan lukisan anda dalam perkataan: koordinat setiap bucu imej $E$, $F$, $G$ dan $H$.)*
1 marks
b(ii)
$KLMN$ ialah imej bagi $EFGH$ di bawah suatu transformasi $\mathbf{W}$. Perihalkan selengkapnya transformasi $\mathbf{W}$.
3 marks
b(iii)
Diberi luas objek $ABCD$ ialah 30 cm². Hitungkan luas bagi imej $KLMN$.
2 marks
139 marks
Jadual 4 menunjukkan taburan tinggi bagi 80 orang murid di sebuah sekolah menengah pada tahun 2023.
| Tinggi (cm) | Kekerapan |
|---|---|
| 155 – 159 | 4 |
| 160 – 164 | 13 |
| 165 – 169 | 35 |
| 170 – 174 | 17 |
| 175 – 179 | 8 |
| 180 – 184 | 3 |
Jadual 4
a
Berdasarkan data di Jadual 4, hitung sisihan piawai.
4 marks
b
Untuk ceraian soalan ini, gunakan kertas graf yang disediakan di halaman 27.
Dengan menggunakan skala 2 cm kepada 5 cm pada paksi mengufuk dan 2 cm kepada 10 orang murid pada paksi mencancang, lukis satu histogram longgokan bagi data tersebut.
*(Huraikan histogram anda dalam perkataan: skala kedua-dua paksi, sempadan kelas dan kekerapan longgokan bagi setiap bar.)*
5 marks
149 marks
a
Lengkapkan Jadual 5 di ruang jawapan bagi persamaan $y = -\frac{1}{2}x^2 - 3x + \frac{7}{2}$ dengan menulis nilai-nilai $y$ apabila $x = -4.5$ dan $x = -1$.
| $x$ | −6 | −4.5 | −3 | −2 | −1 | 0 | 0.5 | 1 | 2 |
|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
| $y$ | 3.5 | | 8 | 7.5 | | 3.5 | 1.88 | 0 | −4.5 |
Jadual 5
2 marks
b
Untuk ceraian soalan ini, gunakan kertas graf yang disediakan di halaman 29. Anda boleh menggunakan pembaris fleksibel.
Menggunakan skala 2 cm kepada 1 unit pada paksi-$x$ dan 2 cm kepada 2 unit pada paksi-$y$, lukis graf bagi $y = -\frac{1}{2}x^2 - 3x + \frac{7}{2}$ untuk $-6 \leq x \leq 2$.
*(Huraikan graf anda dalam perkataan: skala paksi, titik-titik yang diplot dan bentuk lengkung/garis.)*
4 marks
Berdasarkan graf di 14(b), cari
c(i)
nilai-nilai $x$ apabila $y = 5$,
2 marks
c(ii)
nilai maksimum $y$.
1 marks
1510 marks
Anda tidak dibenarkan menggunakan kertas graf untuk menjawab soalan ini.
Haziq perlu menyelesaikan satu tugasan yang melibatkan bongkah kayu di sekolahnya. Rajah 11(a) menunjukkan bongkah kayu berbentuk prisma yang diterimanya dengan tapak segi empat sama, $ABCD$. $ABFE$ adalah keratan rentas kepada prisma tersebut. Diberi bahawa $AB : EF = 3 : 1$. Panjang $BF$ adalah sama dengan $BC$.
a
Lukis dengan skala penuh, pelan bagi bongkah kayu tersebut.
*(Huraikan pelan anda dalam perkataan: bentuk, label setiap bucu, panjang setiap sisi dan garis-garis di dalamnya.)*
3 marks
Semasa menyiapkan tugasan tersebut, Haziq telah menerima sebuah lagi bongkah kayu berbentuk separuh silinder yang perlu dicantumkan seperti ditunjukkan dalam Rajah 11(b). Diberi bahawa $FI = IG$.
b(i)
Lukis dengan skala penuh, dongakan gabungan bongkah kayu pada satah mencancang yang selari dengan $AB$ sebagaimana dilihat dari $X$.
*(Huraikan dongakan anda dalam perkataan: bentuk, label setiap bucu, panjang setiap sisi dan garis-garis di dalamnya.)*
4 marks
b(ii)
Bagi mencantikkan gabungan bongkah tersebut, Haziq mengecat separuh silinder dengan warna kuning.
Dengan menggunakan $\pi = \frac{22}{7}$, hitung luas, dalam cm², bagi permukaan yang diwarnakan.
3 marks
Bahagian CChoose 1 of 2Chosen 0/1
1615 marks
Encik Alif mempunyai sebuah kedai yang menjual pelbagai jenis buah. Pada suatu hujung minggu tertentu, dia mengambil bahagian dalam suatu Karnival Buah-buahan yang berlangsung selama dua hari. Dia menjual buah-buahan dalam dua pakej yang berlainan. Jadual 6 menunjukkan maklumat pakej tersebut.
| Pakej | Jenis Buah-buahan | Harga Per Pakej (RM) |
|---|---|---|
| Ekonomi | 2 nenas & 1 limau | $A$ |
| Premium | 2 buah naga & 3 epal | $B$ |
Jadual 6
a
Pada hari pertama, dia berjaya menjual 70 pakej Ekonomi dan 90 pakej Premium dengan hasil jualan RM1 780. Pada hari kedua, jualan pakej Ekonomi adalah dua kali jualannya pada hari pertama manakala jualan pakej Premium adalah $\frac{2}{3}$ daripada jualannya pada hari pertama. Jumlah jualan Encik Alif sepanjang karnival itu ialah RM3 900.
Dengan menggunakan kaedah matriks, hitung nilai $A$ dan nilai $B$.
5 marks
Encik Alif perlu memilih selebih-lebihnya 30 orang pelanggan setiap hari bagi cabutan bertuah. Bilangan pelanggan perempuan perlu sekurang-kurangnya dua kali bilangan pelanggan lelaki.
b(i)
Menggunakan $x$ untuk mewakili bilangan pelanggan perempuan dan $y$ untuk mewakili bilangan pelanggan lelaki, tulis dua ketaksamaan linear selain $x \geq 0$ dan $y \geq 0$ yang mewakili syarat pemilihan pemenang cabutan bertuah.
2 marks
b(ii)
Lukis dan lorek rantau yang memuaskan sistem ketaksamaan linear di ruang jawapan 16(b)(ii).
*(Huraikan graf anda dalam perkataan: skala paksi, setiap garis lurus yang dilukis (persamaan dan titik-titik yang dilaluinya) dan rantau yang dilorek — dibatasi oleh garis yang mana dan di sebelah mana garis itu.)*
4 marks
c
Pada awal tahun 2022, Encik Alif memperoleh sejumlah keuntungan daripada perniagaannya. Dia melabur hasil keuntungannya itu dengan membeli 8 000 unit syer Syarikat Bestari Holding dan 8 000 unit syer Syarikat Berjaya Maju. Pada awal tahun 2023, dia menjual semua unit saham dan memperoleh masing-masing RM5 350 dan RM5 800 bagi pelaburan Syarikat Bestari Holding dan Syarikat Berjaya Maju. Jadual 7 menunjukkan maklumat bagi kedua-dua pelaburan itu.
| Pelaburan | Bestari Holding | Berjaya Maju |
|---|---|---|
| Harga belian seunit | RM0.60 | RM0.65 |
| Bilangan unit saham yang dibeli | 8 000 | 8 000 |
| Dividen | RM150 setiap 6 bulan | RM250.00 |
| Bonus | 3.5% setahun | 3.8% setahun |
Jadual 7
Pelaburan manakah yang memberikan nilai pulangan pelaburan yang lebih menguntungkan? Justifikasikan jawapan anda.
4 marks
1715 marks
George, seorang graduan Universiti Sains Malaysia (USM) menceburi bidang pertanian mengikut jejak langkah ayahnya. Setelah menghadiri Program Usahawan Muda, George ingin mengembangkan potensi kerjayanya dengan bercadang untuk membeli sebuah traktor yang moden dengan harga yang sangat berpatutan. Rajah 12 menunjukkan harga bagi dua buah traktor dalam dua asas nombor yang berbeza.
a
Tentukan traktor yang lebih murah untuk dibeli oleh George.
4 marks
Ayah George menghadiahkan sebidang tanah pertanian di Selangor kepadanya. George juga memiliki sebuah rumah yang berdekatan dengan tanah tersebut. Jadual 8 merupakan keterangan berkaitan tanah dan rumah George.
| Keluasan tanah | $5x$ m × $3x$ m |
|---|---|
| Anggaran sewa tanah | RM1 200 sebulan |
| Jumlah cukai pintu | RM720 |
| Kadar cukai tanah | RM0.05 per meter persegi |
| Jumlah cukai tanah | RM300 |
Jadual 8
b(i)
Hitung nilai $x$.
2 marks
b(ii)
Hitung kadar cukai pintu bagi rumah tersebut.
3 marks
c
George telah membeli sebuah kenderaan pacuan empat roda dengan kapasiti enjin 2 755 cc untuk kegunaan mengangkut hasil pertanian. Jadual 9 menunjukkan kadar cukai jalan di Semenanjung Malaysia.
| Kapasiti enjin | Kadar cukai jalan: Kadar asas | Kadar cukai jalan: Kadar progresif |
|---|---|---|
| 1 601 cc – 1 800 cc | RM 200 | + RM0.40 setiap cc melebihi 1 600 cc |
| 1 801 cc – 2 000 cc | RM 280 | + RM0.50 setiap cc melebihi 1 800 cc |
| 2 001 cc – 2 500 cc | RM 440 | + RM0.80 setiap cc melebihi 2 000 cc |
| 2 501 cc – 3 000 cc | RM 840 | + RM1.60 setiap cc melebihi 2 500 cc |
Jadual 9
Hitung cukai jalan bagi pacuan empat roda tersebut.
3 marks
d
George bercadang untuk mengadakan kolam tadahan air berbentuk heksagon sekata dengan sisinya 10 m.
Hitung luas, dalam m², kolam tadahan air itu. Berikan jawapan anda dalam tiga angka bererti.
3 marks
AI is marking
Question by question against the scheme — keep this page open