Senaraikan subset bagi set $K$.
> $K = \{ 4, 9, 14 \}$
2 marks
b
Lorekkan rantau yang mewakili $P \cup (Q \cap R')$ pada ruang jawapan.
*(Huraikan rantau yang anda lorek dalam perkataan: set atau bahagian set yang dilorek.)*
2 marks
23 marks
Rajah 1 menunjukkan sebuah graf. Nyatakan bilangan
a
bucu
1 marks
b
tepi
1 marks
c
darjah
1 marks
35 marks
Graf laju – masa di bawah menunjukkan gerakan zarah untuk tempoh masa 80 saat.
a
Hitung kadar perubahan laju, dalam ms$^{-2}$, dalam 30 saat pertama.
2 marks
b
Hitung nilai $T$, jika nisbah jarak yang dilalui dalam $T$ saat pertama kepada jumlah jarak yang dilalui dalam 80 saat ialah 1 : 2.
3 marks
44 marks
Rajah 2 ialah gambar rajah Venn yang menunjukkan 80 murid yang bermain tiga jenis alat muzik dalam Kelab Muzik.
Diberi bahawa $P$ = {murid yang bermain piano}, $G$ = {murid yang bermain gitar} dan $V$ = {murid yang bermain biola}. Dalam kalangan murid, terdapat 35% murid bermain dua jenis alat muzik dan 55% murid hanya bermain satu jenis alat muzik.
Cari nilai $x$ dan nilai $y$.
4 marks
54 marks
Rajah 3 menunjukkan garis lurus $PQ$, $QR$ dan $SR$ yang dilukis pada suatu satah Cartes. Garis lurus $QR$ adalah selari dengan paksi-$y$ dan $PQ$ adalah selari dengan $SR$. Persamaan garis lurus $SR$ ialah $y = 2x + 6$.
Cari
a
persamaan bagi garis lurus $PQ$
2 marks
b
pintasan-$x$ bagi garis lurus $PQ$
2 marks
64 marks
Jadual di bawah menunjukkan pendapatan dan perbelanjaan bulanan bagi Darren.
| Item | RM |
|---|---|
| Gaji | 3200 |
| Komisen | 350 |
| Perbelanjaan tetap | 1850 |
| Perbelanjaan tidak tetap | 700 |
| Simpanan untuk dana kecemasan | 400 |
a
Hitung aliran tunai bulanan Darren
2 marks
b
Jika komisen bulanan Darren dikurangkan ke RM100 dan jumlah perbelanjaannya meningkat sebanyak 30%, apakah yang akan berlaku kepada aliran tunai bulanannya?
2 marks
74 marks
Jadual 1 menunjukkan bilangan epal di dalam tiga buah kotak.
| Kotak | Bilangan epal |
|---|---|
| A | $40_7$ |
| B | $25_{10}$ |
| C | $1000_3$ |
Jadual 1
a
Hitung jumlah bilangan epal, dalam asas sepuluh, di dalam ketiga-tiga buah kotak itu.
3 marks
b
Kotak manakah yang mempunyai bilangan epal yang paling banyak?
1 marks
84 marks
Hasil tambah nombor $m$ dan $n$ ialah 6. Tiga kali $m$ melebihi dua kali $n$ sebanyak 33. Menggunakan kaedah matriks, hitung nilai $m$ dan nilai $n$.
4 marks
94 marks
Encik Haqeem ingin membeli sebuah kereta model H dengan kapasiti enjin ialah 1799 cc untuk kegunaan persendirian di Putrajaya. Beliau perlu membeli insurans untuk kereta barunya dengan jumlah yang diinsuranskan ialah RM106 000. Beliau memindahkan NCD sebanyak 55% daripada kereta lamanya kepada kereta baru itu. Diberi pengkadaran premium bagi polisi motor yang dikeluarkan di Semenanjung Malaysia dengan kapasiti enjin tidak melebihi 2200 cc ialah RM339.10. Hitung premium kasar bagi kereta baru encik Haqeem untuk polisi komprehensif.
4 marks
104 marks
a
Pada ruang jawapan, lakarkan graf $y = 3 \sin 2x + 1$ untuk $0^\circ \leq x \leq 180^\circ$.
*(Huraikan lakaran anda dalam perkataan: bentuk lengkung, koordinat titik maksimum dan titik minimum, serta titik permulaan dan titik akhir lengkung.)*
2 marks
b
Seterusnya, cari nilai-nilai $x$ apabila $y = 1$ selain nilai $x = 0$.
2 marks
Bahagian BAnswer all 5
117 marks
a
Rajah di ruang jawapan menunjukkan pentagon $M$ dilukis pada satah Cartes.
Transformasi $\mathbf{L}$ ialah putaran $90^\circ$ ikut arah jam pada pusat $(3, 0)$
Transformasi $\mathbf{S}$ ialah translasi $\begin{pmatrix} -5 \\ -3 \end{pmatrix}$
Lukis objek bagi pentagon $M$ di bawah gabungan transformasi $\mathbf{LS}$ pada ruang jawapan yang telah disediakan.
*(Huraikan lukisan anda dalam perkataan: koordinat setiap bucu bagi setiap pentagon yang anda lukis.)*
4 marks
b
Diberi bahawa $PQRSTU$ ialah imej bagi $ABCDET$ yang mempunyai luas 100 unit$^2$ di bawah suatu pembesaran yang berpusat di $T$. Hitung luas kawasan yang berlorek dalam unit$^2$.
3 marks
1211 marks
a
Diberi isipadu sebuah kotak coklat dengan ukuran panjang, lebar dan tinggi masing-masing $x$ cm, $(14 - x)$ cm dan 2 cm ialah $(x^2 - 20)$ cm$^3$. Cari nilai $x$ dan seterusnya hitung jumlah luas permukaan bagi kotak coklat itu.
7 marks
b
Selain daripada bekas berbentuk kuboid, coklat itu juga boleh didapati di dalam bekas yang berbentuk silinder. Diberi tinggi silinder itu ialah 12 cm, hitung diameter bekas silinder itu jika isipadu coklat adalah sama dengan isipadu coklat di dalam bekas yang berbentuk kuboid.
4 marks
139 marks
Rajah 5 di bawah menunjukkan empat corak pertama dalam suatu pola.
a(i)
Bentuk satu kesimpulan induktif bagi bilangan segi empat sama pada corak ke-$n$.
2 marks
a(ii)
Cari bilangan segi empat sama bagi corak ke-10
2 marks
a(iii)
Corak keberapakah mempunyai 63 buah segi empat sama?
Tulis satu implikasi “jika p, maka q” berdasarkan antejadian dan akibat yang diberikan.
1 marks
b(ii)
Tulis akas bagi implikasi itu dan tentukan nilai kebenarannya.
2 marks
149 marks
Jadual 2 menunjukkan taburan kekerapan longgokan bagi amaun, dalam RM, yang dibelanjakan oleh 120 orang pelanggan di sebuah emporium.
| Amaun yang dibelanjakan (RM) | Kekerapan longgokan |
|---|---|
| 21 - 30 | 6 |
| 31 - 40 | 20 |
| 41 - 50 | 48 |
| 51 - 60 | 90 |
| 61 - 70 | 108 |
| 71 - 80 | 114 |
| 81 - 90 | 118 |
| 91 - 100 | 120 |
Jadual 2
a
Untuk ceraian soalan ini, gunakan kertas graf yang disediakan.
Menggunakan skala 2 cm kepada RM 10 pada paksi-$x$ dan 2 cm kepada 20 orang pelanggan pada paksi-$y$, lukis satu ogif bagi data itu.
*(Huraikan graf anda dalam perkataan: skala paksi, titik-titik yang diplot dan bentuk lengkung.)*
4 marks
Berdasarkan ogif yang dilukis di (a)
b(i)
Bina plot kotak bagi data itu pada graf di (a).
*(Huraikan plot kotak anda dalam perkataan: skala paksi dan nilai-nilai yang ditanda — nilai minimum, kuartil pertama, median, kuartil ketiga dan nilai maksimum.)*
4 marks
b(ii)
Nyatakan bentuk taburan data tersebut.
1 marks
159 marks
Anda **tidak** dibenarkan menggunakan kertas graf untuk menjawab soalan ini.
Rajah 6 menunjukkan sebuah pepejal berbentuk prisma tegak $ABCDEFGHJK$ ialah keratan rentas seragam prisma tegak itu. Tapak $ABVL$ ialah sebuah segi empat sama yang terletak pada satah mengufuk. Segi empat $MKJN$ ialah satah condong. Diberi bahawa $ML = DE = EF = FG = GH$ dan $NP = TU = 2$ cm.
Pada ruang jawapan, lukis dengan skala penuh,
a
dongakan pepejal itu pada satah mencancang yang selari dengan $LA$ sebagaimana dilihat dari $X$,
*(Huraikan dongakan anda dalam perkataan: bentuknya, label setiap bucu, garis penuh atau garis putus-putus, dan ukuran setiap sisi dalam cm.)*
5 marks
b
dongakan pepejal itu pada satah mencancang yang selari dengan $AB$ sebagaimana dilihat dari $Y$.
*(Huraikan dongakan anda dalam perkataan: bentuknya, label setiap bucu, garis penuh atau garis putus-putus, dan ukuran setiap sisi dalam cm.)*
4 marks
Bahagian CChoose 1 of 2Chosen 0/1
1615 marks
Sebuah kedai elektrik Mujiana menjual dua jenis peti ais jenama P dan Q. Syarat-syarat bagi jualan peti ais dalam sehari adalah seperti berikut :
- I : Jualan peti ais jenama P dan Q yang dijual selebih-lebihnya 80 buah.
- II : Bilangan maksimum peti ais jenama P ialah 60 buah
- III : Bilangan minimum peti ais jenama Q ialah 10 buah
Berdasarkan maklumat di atas,
a(i)
tulis tiga ketaksamaan linear selain $x \geq 0$ dan $y \geq 0$
3 marks
a(ii)
lukis dan lorekkan rantau sepunya yang memuaskan ketaksamaan linear yang dibina
*(Huraikan graf anda dalam perkataan: skala paksi, setiap garis lurus yang dilukis (persamaan dan titik-titik yang dilaluinya) dan rantau yang dilorek — dibatasi oleh garis yang mana dan di sebelah mana garis itu.)*
4 marks
b
En. Syihan ingin membeli sebuah peti ais untuk rumahnya. Jadual menunjukkan jangka hayat bagi dua jenama peti ais P dan Q yang dijual oleh kedai elektrik Mujiana.
| Jangka Hayat (Tahun) | 0 – 0.9 | 1.0 – 1.9 | 2.0 – 2.9 | 3.0 – 3.9 | 4.0 – 4.9 |
|---|---|---|---|---|---|
| Jenama P | 7 | 9 | 18 | 17 | 9 |
| Jenama Q | 9 | 14 | 14 | 16 | 7 |
Berdasarkan data tersebut, peti ais manakah yang patut Syihan beli? Justifikasikan jawapan anda.
5 marks
c
Setelah membeli peti ais, penggunaan elektrik di rumah En. Syihan semakin meningkat. Jadual di bawah menunjukkan penggunaan bil elektrik rumah kediaman En. Syihan pada bulan November. Diberi bahawa penggunaan yang melebihi 600kWj dalam sebulan akan dikenakan cukai perkhidmatan sebanyak 6%. Hitung nilai x dan y seterusnya hitung jumlah bil elektrik yang perlu dibayar oleh En. Syihan pada bulan November tersebut.
| Blok Tarif (kWj) | Blok Purata (kWj) | Kadar (RM) | Amaun (RM) |
|---|---|---|---|
| 200 | 200 | 0.218 | 43.60 |
| 100 | 100 | 0.334 | 33.40 |
| 300 | 300 | 0.516 | 154.80 |
| 300 | 250 | 0.546 | Y |
3 marks
1715 marks
Puan Sarah merupakan seorang guru di sebuah sekolah menengah di Kelantan. Beliau telah membeli sebuah rumah banglo untuk didiami bersama keluarganya. Berikut adalah maklumat bayaran rumah yang dibelinya.
| Harga | RM500 000 |
|---|---|
| Bayaran Pendahuluan | 30% dari harga rumah |
| Pinjaman kadar tetap | 5.5% setahun |
| Tempoh pinjaman | 30 tahun |
a
Hitung bayaran ansuran rumah yang perlu dibayar oleh Puan Sarah.
3 marks
b
Puan Sarah ingin mengubahsuai rumah yang dibelinya dengan menambah satu ruangan yang lebih luas untuk dijadikan sebuah kelas untuk mengajar muridnya di hujung minggu. Dalam menyiapkan ubahsuai rumah tersebut, diperhatikan bahawa masa yang diperlukan, $t$ minit, untuk mengecat ruangan yang ditambah itu meningkat apabila semakin luas ruangan yang ingin ditambah, $r$. Walaubagaimanapun, masa tersebut didapati berkurang jika bilangan pekerja, $p$ yang mengikat mengecat ruangan tersebut adalah lebih ramai. Jika 200 minit digunakan oleh 5 orang pekerja untuk mengecat ruangan seluas 100m$^2$, hitung luas ruangan yang boleh dicat oleh 3 orang pekerja dalam masa 4 jam.
4 marks
c
Puan Sarah telah membeli insurans kebakaran untuk rumahnya. Syarikat Insurans menetapkan bahawa nilai boleh insurans rumah tersebut ialah RM450 000. Polisi insurans kebakaran yang ingin dibelinya mempunyai peruntukan ko-insurans untuk menginsuranskan 80% daripada nilai boleh insurans hartanya dan deduktibel sebanyak RM3 500. Rumah Puan Sarah telah mengalami kebakaran dan jumlah kerugian ialah RM45 000. Hitung jumlah insurans yang telah dibeli oleh Puan Sarah jika beliau telah menerima pampasan sebanyak RM 34 000.
3 marks
d
Rajah di sebelah menunjukkan lukisan berskala ruang yang ditambah oleh Puan Sarah. Skala lukisan itu ialah 1 : 50. Puan Sarah ingin memasang jubin pada keseluruhan ruang tersebut. Beliau ingin menggunakan jubin dengan ukuran 30 cm x 30 cm yang berharga RM2.40 sekeping. Suami Puan Sarah mencadangkan jubin 50 cm x 50 cm yang berharga RM5.60 sekeping. Hitung beza harga jubin pilihan Puan Sarah dan suaminya. Seterusnya, nyatakan jubin manakah yang harus dipilih oleh Puan Sarah jika beliau ingin berjimat? Nyatakan alasan untuk jawapan anda.
5 marks
AI is marking
Question by question against the scheme — keep this page open