Zuhaira menyediakan 112 tin minuman untuk rakan-rakan sekelas sempena majlis hari jadinya. $\frac{1}{8}$ daripada minuman itu berperisa strawberi, $\frac{1}{4}$ minuman berperisa sarsi dan selebihnya berperisa laici.
Hitung bilangan tin minuman yang berperisa laici dalam asas tiga.
Others Trial 2022 Mathematics Kertas 2 · SBP
- Trial SBP · 2022
- 17 questions · Total 100 marks
- 150 min
- Marking scheme
- From the paper's own marking scheme
- Marking
- Marked by AI against the scheme — a study aid
- Answer in
- Malay or English
- Last updated
- 2026-11-19
Bahagian A
Answer all 10
Encik Fiqri ingin membeli insurans kebakaran untuk rumahnya. Syarikat insurans menetapkan bahawa nilai boleh insurans rumahnya ialah RM600 000 dengan peruntukan ko-insurans untuk menginsuranskan 70% daripada nilai boleh insurans hartanya dan deduktibel sebanyak RM10 000. Encik Fiqri menginsuranskan rumahnya pada nilai kurang daripada jumlah insurans yang harus dibeli. Rumah Encik Fiqri telah mengalami kebakaran dan jumlah kerugiannya adalah sebanyak RM250 000.
Jika Encik Fiqri telah menerima pampasan sebanyak RM200 000, hitung jumlah insurans yang telah dibeli olehnya.
Rajah 1 menunjukkan suatu graf bagi fungsi kuadratik $y = ax^2 + 15x + c$.
Tentukan nilai $a$ dan nilai $c$.
Rajah 2 menunjukkan pandangan sisi gabungan dua prisma tegak, $KLP$ dan $PMN$.
Panjang $MN$ dan $KL$ masing-masing ialah 14 cm dan 17 cm. Panjang $LP$ adalah 2 cm lebih daripada $MP$.
Diberi $\sin \angle MNQ = \frac{3}{7}$, hitung nilai $\tan \angle JKL$.
Rajah 3 di ruang jawapan menunjukkan sebuah sisi empat $PQRS$ dengan keadaan $PQ = PS$ dan $RQ = RS$. $X$ dan $Y$ ialah dua titik yang bergerak dalam rajah itu.
Pada Rajah 3 di ruang jawapan, lukis
a(i)
1 marks
lokus bagi titik $X$ dengan keadaan $XP = PQ$, *(Huraikan lokus anda dalam perkataan: jenis lokus (garis lurus atau lengkok/bulatan), titik atau garis rujukan, jarak/jejari dan titik-titik yang dilaluinya.)*
a(ii)
1 marks
lokus bagi titik $Y$ yang sentiasa sama jarak dari titik $Q$ dan $S$. *(Huraikan lokus anda dalam perkataan: jenis lokus, titik atau garis rujukan dan titik-titik yang dilaluinya.)*
b
1 marks
Seterusnya, tandakan titik persilangan bagi lokus $X$ dan lokus $Y$ dengan menggunakan simbol ⊗. *(Huraikan kedudukan titik persilangan itu dalam perkataan.)*
Rajah 4 menunjukkan kedudukan rumah $P$, rumah $Q$, rumah $R$ dan kedai $T$ yang dilukis pada suatu satah Cartes.
Diberi bahawa jalan yang menghubungkan kedai $T$ dan rumah $P$ adalah selari dengan paksi-$x$. Jarak kedai $T$ dari rumah $Q$ adalah 1.3 km dan jarak $PQ = QR$.
a
2 marks
Cari koordinat bagi rumah $R$.
b
3 marks
Cari persamaan garis lurus yang selari dengan laluan yang menghubungkan kedai $T$ ke rumah $Q$ dan melalui rumah $R$.
Rajah 5(a) menunjukkan sebuah segi tiga $QRS$ pada suatu satah Cartes.
Penjelmaan $\mathbf{T}$ ialah satu translasi $\begin{pmatrix} 5 \\ -2 \end{pmatrix}$
Penjelmaan $\mathbf{P}$ ialah satu pantulan pada garis lurus $y = -x + 4$
a
3 marks
Pada Rajah 5(b) di ruangan jawapan, lukiskan imej bagi segi tiga $QRS$ di bawah penjelmaan $\mathbf{P}$
*(Rajah 5(b) di ruang jawapan sama seperti Rajah 5(a). Huraikan imej anda dalam perkataan: tulis koordinat setiap bucu imej $Q'$, $R'$ dan $S'$.)*
b
1 marks
Nyatakan koordinat imej bagi titik $M$ bawah penjelmaan $\mathbf{T}$.
> Premis 1: Jika $m < 13$, maka $m^2 < 169$
>
> Premis 2: $m^2 \geq 169$
>
> Kesimpulan: $m \geq 13$
Tentukan sama ada hujah di atas adalah sah dan munasabah. Berikan justifikasi bagi setiap jawapan anda.
Diberi salah satu daripada punca bagi persamaan kuadratik $px^2 - x = 2p + 2$ ialah 2.
a
2 marks
Hitung nilai $p$,
b
3 marks
Cari punca yang lain bagi persamaan itu.
Harga sepeket sabun serbuk 5 kg dan sepeket sabun serbuk 10 kg di sebuah pasar raya masing-masing RM40 dan RM50. Puan Sofeeya membeli beberapa peket sabun serbuk 5 kg dan sabun serbuk 10 kg dengan harga RM410. Jumlah jisim sabun serbuk yang dibeli ialah 70 kg.
Menggunakan kaedah matriks, hitung bilangan peket sabun serbuk 5 kg dan sabun serbuk 10 kg yang dibeli oleh Puan Sofeeya.
Bahagian B
Answer all 5
Rajah 6 menunjukkan graf terarah dan berpemberat, dalam minit. $K$, $L$, $M$ dan $N$ ialah kedudukan bagi empat buah stesen komuter. $M$ dan $L$ ialah stesen transit dengan masa yang diambil bagi setiap stesen ialah 5 minit.
a
2 marks
Lukis satu pokok berdasarkan graf dalam Rajah 6. *(Huraikan pokok anda dalam perkataan: bucu-bucu dan tepi-tepi yang dipilih beserta pemberatnya.)*
Hany menaiki komuter dari $K$ ke $N$.
b(i)
2 marks
Hitung laluan yang mengambil masa perjalanan paling singkat.
b(ii)
2 marks
Jadual 1 menunjukkan kadar bayaran bagi perjalanan antara stesen.
| Pasangan bucu | Kadar bayaran (RM) |
|---|---|
| $(K, L)$ | 2.20 |
| $(K, M)$ | 1.30 |
| $(K, N)$ | 6.30 |
| $(L, M)$ | 5.40 |
| $(L, N)$ | 2.70 |
| $(M, N)$ | 2.50 |
Jadual 1
Hitung kos bagi laluan dengan masa perjalanan paling panjang.
c
4 marks
Diberi laju purata bagi komuter tersebut untuk setiap perjalanan dari satu stesen ke stesen yang lain ialah 120 kmj$^{-1}$.
Berdasarkan jawapan di (b)(i), lengkapkan graf jarak-masa pada ruangan jawapan.
*(Huraikan graf anda dalam perkataan: nilai $s_1$, $t$ dan $s_2$ yang anda tulis serta garis yang anda lukis — dari titik mana ke titik mana.)*
Rajah 8(a) menunjukkan tiga pentagon $EFGHJ$, $KLMNP$ dan $KQRST$ dilukis pada suatu satah Cartes
Pentagon $KQRST$ ialah imej bagi pentagon $EFGHJ$ di bawah gabungan penjelmaan $\mathbf{VU}$.
Huraikan selengkapnya penjelmaan:
a(i)
3 marks
$\mathbf{U}$
a(ii)
3 marks
$\mathbf{V}$
b
3 marks
Diberi bahawa pentagon $KQRST$ mewakili suatu kawasan yang mempunyai luas 256 m$^2$.
Hitung luas, dalam m$^2$, kawasan yang berlorek.
Rajah 9 menunjukkan pelan lantai halaman rumah Mukhriz.
Mukhriz bercadang menanam rumput pada dua bahagian yang berbentuk segi tiga sama kaki, $SMR$ dan $PKQ$.
a
2 marks
Bentukkan satu ungkapan kuadratik bagi luas kawasan tidak berumput yang diwakili oleh kawasan berlorek.
b
4 marks
Diberi luas kawasan yang berlorek ialah 184 m$^2$, cari nilai-nilai $x$.
c
2 marks
Seterusnya, hitung panjang, dalam m, bagi $LM$.
Seorang pengurus syarikat di sebuah kilang perabot mengkaji tempoh masa, dalam jam, yang diambil oleh pekerja-pekerjanya untuk menyiapkan sebuah kerusi kayu jati. Hasil kajian tersebut ditunjukkan dalam ogif pada Rajah 10.
Berdasarkan ogif pada Rajah 10,
a
3 marks
Lengkapkan Jadual 2 di ruang jawapan.
| Masa (jam) | Kekerapan longgokan | Kekerapan | Titik tengah |
|---|---|---|---|
| 1.0 – 1.4 | | | |
| 1.5 – 1.9 | | | |
| 2.0 – 2.4 | | | |
| 2.5 – 2.9 | | | |
| 3.0 – 3.4 | | | |
Jadual 2
*(Tulis nilai kekerapan longgokan, kekerapan dan titik tengah bagi setiap selang kelas.)*
Hitung,
b(i)
3 marks
min anggaran masa, untuk menyiapkan sebuah kerusi kayu jati.
b(ii)
3 marks
sisihan piawai bagi data itu.
Jumlah kalori sebiji kuih donat dan setin minuman bertenaga masing-masing ialah 100 kalori dan 50 kalori. Harga sebiji kuih donat adalah RM0.50 dan harga setin minuman bertenaga adalah RM2. Erik merupakan seorang atlet. Dia perlu merancang menu dietnya setiap hari berdasarkan kekangan berikut:
- I : Erik memerlukan sekurang-kurangnya 1000 kalori sehari.
- II : Erik mempunyai RM24 untuk membeli donat dan minuman bertenaga.
a
2 marks
Dengan menggunakan $x$ sebagai kuih donat dan $y$ sebagai minuman bertenaga, tulis dua ketaksamaan linear, selain $x \geq 0$ dan $y \geq 0$ yang memenuhi semua kekangan di atas.
b
5 marks
Dengan menggunakan skala 2 cm kepada 10 biji donut pada paksi-$x$ dan 2 cm kepada 10 tin minuman bertenaga pada paksi-$y$, lukis dan lorek rantau yang memenuhi sistem ketaksamaan linear di 15(a).
*(Huraikan graf anda dalam perkataan: skala paksi, setiap garis lurus yang dilukis (persamaan dan titik-titik yang dilaluinya) dan rantau yang dilorek — dibatasi oleh garis yang mana dan di sebelah mana garis itu.)*
c
2 marks
Daripada graf di 15(b), nyatakan bilangan minimum dan maksimum kuih donat jika Erik membeli 8 tin minuman bertenaga.
Bahagian C
Choose 1 of 2
Chosen 0/1
Sebuah kotak mengandungi tujuh biji tart keju dan lima biji tart nenas. Dua biji tart dipilih secara rawak dari kotak itu. Sekiranya tart pertama ialah tart nenas, maka tart itu dikembalikan ke dalam kotak dan tart kedua dipilih. Sekiranya tart pertama ialah tart keju, maka tart itu tidak dikembalikan dan tart kedua dipilih.
a(i)
2 marks
Lengkapkan Rajah 11 di ruangan jawapan.
*(Tulis kebarangkalian bagi setiap petak kosong dan nyatakan petak yang mana.)*
a(ii)
2 marks
Hitung kebarangkalian bahawa sekurang-kurangnya sebiji tart keju dipilih.
Faez membeli sekotak tart keju dari kedai kek sebagai juadah minum petang keluarganya. Rajah 12 menunjukkan pandangan atas sebuah kotak yang berbentuk kuboid menunjukkan 12 biji tart keju berbentuk bulat dan mempunyai saiz yang sama.
b(i)
3 marks
Hitung perimeter, dalam cm, ruangan yang tidak diisi dengan tart keju.
b(ii)
3 marks
Jika 5 biji tart keju telah dimakan oleh Faez, cari luas, dalam cm$^2$, ruang yang ditutupi oleh tart keju yang tinggal.
Tinjauan terhadap sekumpulan murid tingkatan lima mendapati 18 orang murid menyukai tart keju berperisa coklat, 15 orang murid menyukai tart keju berperisa kiwi, 6 orang murid menyukai tart keju berperisa coklat dan tart keju berperisa kiwi manakala 3 murid tidak menyukai kedua-dua perisa tersebut.
Diberi
- $\xi$ = {murid tingkatan lima}
- $C$ = {murid yang menyukai tart keju berperisa coklat},
- $K$ = {murid yang menyukai tart keju berperisa kiwi}
c(i)
3 marks
Lukis gambar rajah Venn yang mewakili hubungan di antara set $\xi$, set $C$ dan set $K$.
*(Huraikan gambar rajah Venn anda dalam perkataan: bagaimana set-set dilukis (bertindih, terkandung atau terpisah) dan bilangan murid dalam setiap rantau.)*
c(ii)
2 marks
Cari bilangan murid yang terlibat dalam tinjauan itu.
a
2 marks
Puan Sarah mendeposit RM10 000 ke dalam akaun simpanannya dengan kadar faedah 4% setahun dan dikompaun setiap suku tahun.
Hitung jumlah wang simpanan Puan Sarah pada akhir tahun kedua.
Puan Sarah ingin membeli sebuah kereta yang berharga RM96 000. Beliau merancang untuk membuat bayaran wang pendahuluan sebanyak 10% menggunakan wang simpanannya. Baki bayaran akan dibuat melalui pinjaman dari bank KBP Bank Bhd. dengan kadar faedah tetap sebanyak 4% setahun bagi tempoh 5 tahun.
Hitung,
b(i)
4 marks
Jumlah bayaran balik yang perlu dibayar kepada KBP Bank Bhd. bagi pinjaman tersebut.
b(ii)
2 marks
Ansuran bulanan pinjaman tersebut
c
2 marks
Puan Sarah telah membeli sebuah kereta dengan kapasiti enjin 1800 cc daripada Global Motors Sdn. Bhd.
Jadual 3 menunjukkan kadar cukai jalan kereta persendirian di Semenanjung Malaysia.
| Kapasiti Enjin | Kadar Semenanjung | Kadar Progresif |
|---|---|---|
| 1 000 cc | RM20.00 | - |
| 1001cc hingga 1200cc | RM 55.00 | - |
| 1201cc hingga 1400cc | RM 70.00 | - |
| 1401cc hingga 1600cc | RM 90.00 | - |
| 1601 hingga 1800cc | RM 200.00 | RM 0.40 untuk setiap perbezaan cc berbanding 1600 cc |
| 1801cc hingga 2000cc | RM 280.00 | RM 0.50 untuk setiap perbezaan cc berbanding 1800 cc |
| 2001cc hingga 2500cc | RM 380.00 | RM 1.00 untuk setiap perbezaan cc berbanding 2000 cc |
| 2501cc hingga 3000cc | RM 880.00 | RM 2.50 untuk setiap perbezaan cc berbanding 2500 cc |
| Melebihi 3000cc | RM 2,130.00 | RM 4.50 untuk setiap perbezaan cc berbanding 3000 cc |
Jadual 3
Hitung cukai jalan yang perlu dibayar oleh Puan Sarah bagi kereta barunya itu.
Pada hujung tahun 2014 suami Puan Sarah, Encik Hilmi telah membeli sebuah rumah pangsapuri di Kajang 2 dengan harga RM280 000. Beliau telah membayar 10% daripada harga rumah tersebut. Mulai 1 Januari 2015, beliau telah menyewakan rumahnya dengan kadar sewaan RM1000 sebulan. Pada 1 Januari 2022 beliau telah menjual rumahnya dengan harga RM440 000. Jumlah pinjaman masih berhutang dengan pihak bank ialah RM176 400 manakala ansuran bulanan yang telah dilunaskan kepada pihak bank ialah RM175 600. Caj-caj lain yang terlibat dalam urusan jual beli adalah seperti dalam Jadual 4.
| | |
|---|---|
| Kos guaman | RM14 000 |
| Duti setem | RM8 000 |
| Komisen ejen | RM14 000 |
Jadual 4
Hitung
d(i)
3 marks
jumlah pulangan pelaburan pangsapuri tersebut.
d(ii)
2 marks
nilai pulangan pelaburan yang diterima oleh Encik Hilmi.

AI is marking
Question by question against the scheme — keep this page open
0%Percent
0Score
0Full marks
Some questions could not be marked.
Marks per question

