Johor Trial 2022 Mathematics Kertas 2 · Kota Tinggi
Settings
Vibration
Sound
Question language
Show original too
translate
Mathematics
Johor Trial 2022 Mathematics Kertas 2 · Kota Tinggi
Johor Trial Kota Tinggi · 2022
17 questions · Total 100 marks
150 min
Marking scheme
From the paper's own marking scheme
Marking
Marked by AI against the scheme — a study aid
Answer in
Malay or English
Last updated
2026-11-19
Bahagian AAnswer all 10
12 marks
a
Senaraikan semua faktor bagi 20.
1 marks
b
Tentukan gandaan sepunya terkecil (GSTK) bagi 18 dan 60.
1 marks
23 marks
Rajah di bawah menunjukkan satu garis lurus $AB$ dilukis pada grid segi empat sama bersisi 1 unit.
$X$ ialah satu titik yang sentiasa berjarak 3 unit dari garis lurus $AB$.
Pada rajah di bawah,
a
lukiskan lokus bagi titik $X$.
*(Huraikan lukisan anda dalam perkataan: bentuk lokus yang dilukis, kedudukannya berbanding garis $AB$ dan jaraknya dari $AB$.)*
2 marks
b
huraikan selengkapnya lokus bagi titik $X$.
1 marks
34 marks
Hadi membeli $x$ biji karipap dan $y$ biji donat. Jumlah karipap dan donat yang dibeli ialah 35 biji. Karipap yang dibeli adalah 5 biji kurang daripada donat.
Dengan menggunakan kaedah penghapusan atau kaedah penggantian, hitung bilangan $x$ biji karipap dan $y$ biji donat.
4 marks
44 marks
Rajah di bawah menunjukkan dua segi tiga bersudut tegak, $ABC$ dan $EDC$ yang kongruen.
a
Hitung nilai $y$.
2 marks
b
Hitung luas, dalam cm², bagi segi tiga bersudut tegak $EDC$.
2 marks
54 marks
a
Tulis dua implikasi bagi pernyataan berikut.
$4k + k = 25$ jika dan hanya jika $k = 5$
2 marks
b
Tulis Premis 2 untuk melengkapkan hujah berikut. Seterusnya, tentukan keesahan hujah tersebut.
Premis 1 : Jika $x$ ialah gandaan 10, maka $x$ boleh dibahagi tepat dengan 2
Premis 2 : ……………………………
Kesimpulan : 45 tidak boleh dibahagi tepat dengan 2
2 marks
65 marks
Rajah 6 menunjukkan graf laju – masa bagi perjalanan Kamil pergi ke sekolah dengan menaiki sebuah basikal.
a
Hitung laju purata dalam m s$^{-1}$, pergerakan Kamil dalam tempoh 8 saat.
3 marks
b
Huraikan gerakan Kamil untuk sampai ke sekolah.
2 marks
74 marks
a
Encik Adam membeli insurans motor untuk lorinya yang mempunyai peruntukan deduktibel sebanyak RM3 500. Lori yang dibeli Encik Adam telah mengalami kemalangan dengan kerugian sebanyak RM11 000.
Nyatakan sama ada Encik Adam boleh membuat tuntutan terhadap kerugian yang dialami atau tidak.
1 marks
Encik Adam ingin membeli insurans kebakaran untuk pangsapurinya. Syarikat insurans menetapkan bahawa nilai boleh insurans pangsapuri tersebut ialah RM80 000. Polisi insurans kebakaran yang ingin dibelinya mempunyai peruntukan ko-insurans untuk menginsurankan 70% daripada nilai boleh insurans hartanya dan deduktibel sebanyak RM2 000.
b(i)
Berapakah jumlah insurans yang harus dibeli untuk pangsapuri Encik Adam?
1 marks
b(ii)
Pada bulan Mac, pangsapuri Encik Adam terbakar disebabkan oleh litar pintas. Dia telah mengalami kerugian sebanyak RM25 000 akibat kebakaran itu. Jika Encik Adam menginsurankan rumahnya dengan jumlah RM42 000, hitung bayaran pampasan yang diterimanya.
2 marks
84 marks
Puan Suriana menjalankan aktiviti di dalam kumpulan dengan mencari isipadu gabungan pepejal yang diberi. Setiap kumpulan diberikan 2 pepejal yang mempunyai bentuk berbeza. Kumpulan Siva menerima pepejal seperti Rajah 8. Dia diminta untuk mencari isipadu gabungan pepejal tersebut. [Gunakan $\pi = \frac{22}{7}$]
4 marks
94 marks
Diberi fungsi kuadratik $f(x) = x^2 - 6x + 8$. Lakarkan graf fungsi kuadratik berdasarkan fungsi yang diberikan.
*(Huraikan lakaran anda dalam perkataan: bentuk graf, titik-titik persilangan graf dengan paksi-$x$ dan paksi-$y$, dan nilai yang dilabel pada graf.)*
4 marks
106 marks
a
Tentukan nilai bagi kos $127.4^\circ$ berdasarkan sudut rujukan sepadan.
Seterusnya, dengan menggunakan maklumat dalam jadual (b)(i), lukiskan graf bagi fungsi $y = 2 \text{ kos } 2x$ bagi $0^\circ \leq x \leq 360^\circ$.
*(Huraikan graf anda dalam perkataan: skala paksi, titik-titik yang diplot dan bentuk lengkung/garis.)*
3 marks
Bahagian BAnswer all 5
118 marks
a
Lengkapkan Jadual 11 di ruang jawapan bagi persamaan $y = x^3 - 8x + 5$ dengan menulis nilai-nilai $y$ apabila $x = -2$ dan $x = 3$.
| $x$ | −3 | −2 | −1 | 0 | 1 | 2 | 3 | 4 |
|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
| $y$ | 2 | | 12 | 5 | −2 | −3 | | 37 |
Jadual 11
2 marks
b
Untuk ceraian soalan ini, gunakan kertas graf yang disediakan. Anda boleh menggunakan pembaris fleksibel.
Dengan menggunakan skala 2 cm kepada 1 unit pada paksi-$x$ dan 2 cm kepada 5 unit pada paksi-$y$, lukiskan graf $y = x^3 - 8x + 5$ untuk $-3 \leq x \leq 4$.
*(Huraikan graf anda dalam perkataan: skala paksi, titik-titik yang diplot dan bentuk lengkung/garis.)*
4 marks
c
Daripada graf anda, tentukan nilai minimum bagi fungsi kubik ini.
2 marks
128 marks
a
Diberi matriks $A = \begin{pmatrix} 4 & -2 \\ -3 & 2 \end{pmatrix}$. Cari penentu bagi matriks $A$.
2 marks
Seramai 140 orang peserta telah menyertai suatu pertandingan badminton. Bilangan peserta lelaki ialah 16 orang kurang daripada 2 kali bilangan peserta perempuan.
b(i)
Tuliskan dua persamaan linear daripada situasi yang diberi.
2 marks
b(ii)
Dengan menggunakan kaedah matriks, hitung bilangan peserta lelaki dan peserta perempuan yang menyertai perlawanan badminton tersebut.
4 marks
139 marks
Rajah 13 menunjukkan gabungan pepejal yang terdiri daripada sebuah prisma tegak dan separuh silinder. Tapak pepejal itu $KPQFL$ terletak pada suatu satah mengufuk. Diberi $MN = RS = 2$ cm.
Pada ruang jawapan yang disediakan, lukis dengan skala penuh
a
dongakan bagi pepejal itu pada suatu satah mencancang yang selari dengan $PQ$ sebagaimana dilihat dari $X$.
*(Huraikan lukisan anda dalam perkataan: bentuk garis luar dengan label bucu, garis-garis di dalamnya, panjang setiap sisi dan jenis setiap garis (padu atau putus-putus).)*
4 marks
b
dongakan bagi pepejal itu pada suatu satah mencancang yang selari dengan $QL$ sebagaimana dilihat dari $Y$.
*(Huraikan lukisan anda dalam perkataan: bentuk garis luar dengan label bucu, garis-garis di dalamnya, panjang setiap sisi dan jenis setiap garis (padu atau putus-putus).)*
5 marks
1411 marks
Rajah di bawah menunjukkan dua histogram bagi taburan markah ujian Matematik yang diperoleh dua kumpulan, Cerdik dan Pintar.
a
Bandingkan serakan markah ujian Matematik bagi kedua-dua kumpulan tersebut dan seterusnya tentukan kumpulan manakah menunjukkan prestasi yang lebih baik.
3 marks
Rajah 14 merupakan jadual kekerapan yang menunjukkan panjang tapak kaki bagi 40 orang murid kelas 5 Arif.
| Panjang tapak kaki (cm) | Bilangan murid |
|---|---|
| 21.0 – 21.9 | 1 |
| 22.0 – 22.9 | 4 |
| 23.0 – 23.9 | 10 |
| 24.0 – 24.9 | 18 |
| 25.0 – 25.9 | 5 |
| 26.0 – 26.9 | 2 |
Rajah 14
b(i)
Berdasarkan jadual kekerapan dalam Rajah 14, lengkapkan jadual kekerapan longgokan di ruang jawapan (b)(i).
| Panjang tapak kaki (cm) | Bilangan murid | Kekerapan Longgokan | Sempadan Atas |
|---|---|---|---|
| 20.0 – 20.9 | 0 | 0 | 20.95 |
| 21.0 – 21.9 | 1 | 1 | 21.95 |
| 22.0 – 22.9 | 4 | | 22.95 |
| 23.0 – 23.9 | 10 | | |
| 24.0 – 24.9 | 18 | | |
| 25.0 – 25.9 | 5 | | 25.95 |
| 26.0 – 26.9 | 2 | 40 | 26.95 |
2 marks
b(ii)
Dengan menggunakan skala 2 cm kepada 1 cm pada paksi mengufuk dan 2 cm kepada 5 orang murid pada paksi mencancang, bina satu ogif untuk mewakili data tersebut.
*(Huraikan ogif anda dalam perkataan: skala paksi, titik-titik yang diplot dan bentuk lengkung.)*
4 marks
Berdasarkan ogif tersebut,
b(iii)(a)
cari median bagi data tersebut.
1 marks
b(iii)(b)
tentukan persentil ke-55, $P_{55}$.
1 marks
159 marks
a
Rajah 15 (a) menunjukkan beberapa bentuk poligon yang dilukis di atas satah grid sisi empat sama. Tentukan dua pasangan poligon yang kongruen.
Seterusnya, nyatakan satu sifat kekongruenan.
3 marks
b
Rajah 15 (b) menunjukkan tiga segi tiga $PQR$, $TUV$ dan $MKN$ pada suatu satah Cartes.
Segi tiga $PQR$ ialah imej bagi segi tiga $TUV$ di bawah transformasi $\mathbf{G}$. Manakala segi tiga $KMN$ ialah imej bagi segi tiga $PQR$ di bawah transformasi $\mathbf{H}$. Perihalkan transformasi $\mathbf{G}$ dan transformasi $\mathbf{H}$.
6 marks
Bahagian CChoose 1 of 2Chosen 0/1
1615 marks
Encik Sani merupakan seorang penjawat awam yang menetap di Taman Dahlia. Dia bekerja di Bandar B dengan memandu kereta pada setiap pagi.
a
Rajah 16 (a) di bawah menunjukkan graf jarak – masa bagi kereta yang dipandu oleh Encik Sani yang bergerak dari Taman Dahlia ke Bandar B melalui pejabat pos. Graf $OP$ mewakili perjalanan dari Taman Dahlia ke pejabat pos dan graf $PQ$ mewakili perjalanan dari pejabat pos ke tempat kerjanya, di Bandar B.
Carikan laju purata kereta yang dipandu oleh Encik Sani, dalam km j$^{-1}$, bagi keseluruhan pergerakan dari Taman Dahlia ke tempat kerjanya, di Bandar B.
3 marks
b
Pada waktu rehat, Encik Sani mengajak rakannya, Encik Bhala untuk pergi ke gerai Pak Ahmad untuk bersarapan pagi. Encik Bhala juga merupakan seorang penjawat awam tetapi bertugas di pejabat yang berlainan dengan Encik Sani. Encik Bhala telah membeli 4 bungkus nasi lemak dan 5 bungkus mi goreng untuk diberikan kepada rakan-rakan pejabatnya yang lain. Manakala Encik Sani membeli 8 bungkus nasi lemak dan 15 bungkus mi goreng juga untuk diberikan kepada rakan-rakan sepejabatnya. Pak Ahmad menerima jumlah bayaran daripada Encik Bhala dan Encik Sani, masing-masing, RM20 dan RM54.
Hitung harga, dalam RM, bagi sebungkus nasi lemak dan sebungkus mi goreng yang dijual oleh Encik Ahmad jika harga nasi lemak adalah lebih rendah daripada harga mi goreng.
4 marks
c
Menyahut seruan Kementerian Kesihatan Malaysia, waktu hujung minggu, Encik Sani akan berbasikal untuk beriadah. Encik Sani akan bergerak dari rumahnya di Taman Dahlia menuju ke taman-taman yang berhampiran dengan rumahnya.
Rajah 16 (c) menunjukkan graf yang menghubungkan enam buah taman perumahan iaitu Taman Lili, Taman Raya, Taman Ros, Taman Saga, Taman Melor dan Taman Dahlia.
Jarak, dalam km, di antara dua buah taman perumahan adalah ditunjukkan pada tepi graf itu. Sani mengayuh sebuah basikal pada kelajuan 15 km j$^{-1}$, dari Taman Dahlia ke Taman Ros dengan keadaan semua laluan hanya dilalui sekali.
Hitung masa, dalam minit, yang diambil oleh Sani bagi perjalanan terpendek dari Taman Dahlia ke Taman Ros.
3 marks
Sebagai penjawat awam yang bertanggungjawab, Encik Sani akan mentaksirkan pendapatan tahunan dan membayar cukai pendapatan tahunan pada setiap tahun.
Pada tahun 2020 didapati pendapatan tahunan beliau ialah RM73 600. Dalam tahun tersebut beliau telah membayar zakat fitrah dan zakat harta masing-masing sebanyak RM56 dan RM850. Beliau juga telah menderma sebanyak RM3 500 kepada suatu badan kebajikan yang diiktiraf oleh kerajaan. Beliau telah menuntut pelepasan cukai seperti yang disenaraikan dalam Jadual 16 (d)(i). Jadual 16 (d)(ii) pula menunjukkan sebahagian daripada kadar cukai pendapatan individu untuk tahun taksiran 2020.
| Pelepasan cukai | Amaun (RM) |
|---|---|
| Individu | 9 000 |
| Insurans hayat dan KWSP (terhad RM7 000) | 7 000 |
| Insurans perubatan (terhad RM3 000) | 2 400 |
| Perbelanjaan rawatan perubatan ibu bapa (terhad RM3 000) | 3 400 |
| Gaya hidup (terhad RM2 500) | 1 800 |
Jadual 16 (d)(i)
| Pendapatan bercukai (RM) | Pengiraan (RM) | Kadar (%) | Cukai (RM) |
|---|---|---|---|
| 20 000 – 35 000 | 20 000 pertama | | 150 |
| | 15 000 berikutnya | 3 | 450 |
| 35 001 – 50 000 | 35 000 pertama | | 600 |
| | 15 000 berikutnya | 8 | 1 200 |
Jadual 16 (d)(ii)
d(i)
Hitung cukai pendapatan, dalam RM, yang perlu dibayar oleh Encik Sani bagi tahun taksiran 2020.
3 marks
d(ii)
Jika gaji Encik Sani dipotong sebanyak RM150 setiap bulan untuk Potongan Cukai Bulanan (PCB), adakah potongan bulanan PCB itu mencukupi untuk membayar cukai pendapatannya? Justifikasikan jawapan anda.
2 marks
1715 marks
Encik Samad merupakan seorang pengurus di salah sebuah syarikat pemborong buah-buahan di sebuah negeri. Setiap minggu syarikatnya akan mengedarkan buah-buahan yang diperoleh daripada pembekal di dalam dan di luar negara kepada penjual buah-buahan di beberapa buah negeri. Antara produk buah-buahan dari syarikatnya adalah buah epal dan buah oren, yang diimport dari luar negara.
a
Sebagai seorang pengurus di syarikat pemborong buah-buahan, Encik Samad telah mengedarkan oren dan epal kepada penjual buah-buahan A dan penjual buah-buahan B di sebuah daerah. Penjual buah-buahan A menerima 4 kotak oren dan 7 kotak epal dengan 465 biji buah-buahan. Penjual buah-buahan B menerima 2 kotak oren dan 5 kotak epal dengan jumlah 285 biji buah-buahan.
Dengan menggunakan kaedah matriks, cari bilangan oren dan bilangan epal dalam setiap kotak.
4 marks
b
Encik Samad telah meminta pekerjanya untuk menghantar buah-buahan yang telah ditempah, kepada seorang penjual buah-buahan C, dengan menggunakan sebuah lori.
Rajah 17 (b) menunjukkan graf jarak – masa bagi lori tersebut yang bergerak dari syarikat pemborong buah-buahan Encik Samad ke kedai penjual buah-buahan C. Dalam tempoh 20 minit yang pertama lori itu singgah di stesen minyak untuk mengisi minyak selama 15 minit. Kemudian, lori itu meneruskan perjalanannya dan tiba ke kedai penjual buah-buahan.
Hitung purata laju, dalam km j$^{-1}$, bagi keseluruhan pergerakan lori yang dipandu oleh pekerja Encik Samad.
3 marks
Bagi memenuhi permintaan buah-buahan yang semakin meningkat daripada penjual buah-buahan di beberapa buah negeri, Encik Samad bercadang untuk membesarkan lagi perniagaannya. Dia bercadang untuk menubuhkan beberapa lagi cawangan syarikat pemborong buah-buahannya di beberapa buah negeri yang lain. Untuk itu beliau perlu menambah lagi kemudahan peralatan di pejabatnya cawangannya itu. Beliau bercadang untuk membeli dua jenis kerusi pejabat, iaitu kerusi beroda dan tidak beroda untuk kegunaan pekerjanya di pejabat. Syarikat Encik Samad hendak membeli $x$ buah kerusi beroda dan $y$ buah kerusi tidak beroda. Pembelian kerusi-kerusi itu adalah tertakluk kepada kekangan-kekangan yang berikut.
I — Jumlah bilangan kerusi yang beroda dan tidak beroda yang dibeli adalah tidak melebihi 80 buah kerusi.
II — Bilangan kerusi yang tidak beroda yang dibeli adalah sekurang-kurangnya 40 buah kerusi melebihi bilangan kerusi yang beroda.
c(i)
Tuliskan dua ketaksamaan linear selain $x \geq 0$ dan $y \geq 0$, bagi mewakili syarat yang dinyatakan.
2 marks
c(ii)
Gunakan kertas graf pada muka surat 39 untuk ceraian soalan ini.
Dengan menggunakan skala 2 cm kepada 10 unit pada paksi yang mewakili bilangan kerusi yang beroda dan kerusi yang tidak beroda, lukis graf yang memuaskan ketaksamaan linear di 17(c). Seterusnya, lorek rantau yang memuaskan sistem ketaksamaan linear di 17(c).
*(Huraikan graf anda dalam perkataan: setiap garis lurus yang dilukis (persamaannya dan dua titik yang dilaluinya), dan rantau yang dilorek — garis-garis yang membatasinya dan bucu-bucunya.)*
3 marks
d
Syarikat pemborong tersebut telah membeli dua buah mesin untuk mengisi buah-buahan ke dalam sebuah kotak. Encik Samad telah meminta seorang juruteknik di syarikatnya untuk membuat satu tinjauan terhadap kecekapan mesin tersebut. Juruteknik tersebut telah mengambil sampel dari buah epal untuk diuji. Jadual 17 (d) menunjukkan maklumat tentang jisim buah epal yang dapat dimasukkan ke dalam sebuah kotak dengan menggunakan kedua-dua buah mesin, P dan Q.
Mesin P
| Jisim (g) | 174 | 175 | 175 | 176 | 177 |
|---|---|---|---|---|---|
| | 178 | 178 | 180 | 181 | 183 |
Mesin Q
| Min | 176 g |
|---|---|
| Sisihan piawai | 1.46 |
Jadual 17 (d)
Mesin manakah yang lebih cekap untuk digunakan bagi memasukkan buah epal tersebut ke dalam kotak. Berikan justifikasi anda.
3 marks
AI is marking
Question by question against the scheme — keep this page open