Diberi $a = 21$ apabila $b = 45$ dan $c = \frac{1}{3}$. Ungkapkan $a$ dalam sebutan $b$ dan $c$ jika $a$ berubah secara songsang dengan $b$ dan kuasa dua $c$. Seterusnya, hitung nilai $c$ apabila $a = 2.1$ dan $b = 2$.
Others Trial 2023 Mathematics Kertas 2 · Set 1
- Trial Set 1 · 2023
- 17 questions · Total 100 marks
- 150 min
- Marking scheme
- From the paper's own marking scheme
- Marking
- Marked by AI against the scheme — a study aid
- Answer in
- Malay or English
- Last updated
- 2026-11-19
Bahagian A
Answer all 10
a
1 marks
Rajah 1 menunjukkan sekeping kad yang bernombor.
> $3\underline{2}7_8$
Rajah 1
Nyatakan nilai digit yang bergaris bagi nombor berikut.
b
3 marks
Diberi $1105_6 = (1 \times 6^m) + (1 \times 6^2) + (n \times 6^0)$, tentukan nilai $m$, $n$ dan $m + n$.
Sarah seorang pekerja pejabat di sebuah bandar raya. Pada kebiasaannya, Sarah akan membawa sebuah botol air yang mempunyai isipadu 1155ml. Pada suatu hari, Sarah terlupa untuk membawa botol air miliknya ke pejabat. Walau bagaimanapun, Sarah mendapati di pejabatnya terdapat sebiji cawan berbentuk hemisfera seperti dalam Rajah 2.
Berapakah bilangan cawan air yang perlu Sarah minum supaya jumlah isipadunya sama dengan jumlah isipadu botol air yang selalu diminum olehnya.
[Gunakan $\pi = \frac{22}{7}$]
Rajah 3 menunjukkan sebidang tanah berbentuk segi empat tepat $PQRS$. Darwish bercadang untuk membina sebuah kolam renang $JKLM$ di atas tanah tersebut. Diberi lebar tanah itu ialah $x$ m dan panjang tanah ialah 8 m lebih daripada lebarnya.
a
1 marks
Bentukkan satu ungkapan kuadratik bagi luas kolam renang itu dalam sebutan $x$.
b
4 marks
Diberi luas kolam renang itu ialah 72 cm². Hitung nilai $x$.
a
2 marks
Rajah 4.1 menunjukkan satu bulatan unit yang berpusat $O$.
Tentukan nilai $\theta$ dan $\tan\theta$.
Rajah 4.2 menunjukkan graf $y = p \text{ kos } qx$ untuk $0^\circ \leq x \leq 90^\circ$.
b(i)
1 marks
Nyatakan nilai-nilai bagi
$p$
b(ii)
1 marks
$q$
a
1 marks
Tentukan sama ada pernyataan majmuk di bawah adalah benar atau palsu.
> Pentagon sekata mempunyai 5 sisi atau 6 bucu.
b
1 marks
Bina satu implikasi yang sesuai berdasarkan pasangan implikasi berikut :
> Jika $m$ ialah gandaan 6, maka $m$ ialah gandaan 2.
>
> Jika $m$ ialah gandaan 2, maka $m$ ialah gandaan 6.
c
2 marks
Tentukan hujah di bawah sah dan munasabah. Sekiranya tidak, berikan justifikasi anda.
> Premis 1 : Jika 2 ialah faktor bagi 4, maka 4 boleh dibahagi tepat dengan 2.
>
> Premis 2 : 4 boleh dibahagi tepat dengan 2.
>
> Kesimpulan : 2 ialah faktor bagi 4.
Jadual 1 di bawah menunjukkan pelan kewangan Yunus.
| Pendapatan bersih | RM |
|---|---|
| Gaji | **S** |
| Elaun | 500 |
| **Perbelanjaan** | **RM** |
| Simpanan tetap bulanan (10% daripada pendapatan bulanan) | 475 |
| Pemberian kepada ibu bapa | 400 |
| Pembiayaan rumah | 1 450 |
| Ansuran kereta | 720 |
| Bil utiliti | 450 |
| Barangan dapur | 1 200 |
| Insurans keluarga | 350 |
Jadual 1
a
1 marks
Senaraikan perbelanjaan tidak tetap bulanan Yunus.
b
2 marks
Tentukan nilai **S**.
Rajah 5 di bawah, $PQT$ dan $RS$ ialah lengkok bagi dua bulatan yang berlainan tetapi mempunyai pusat yang sama, $O$. $OP$, $OQR$ dan $OTS$ ialah garis lurus.
Dengan menggunakan $\pi = \frac{22}{7}$, hitung perimeter, dalam cm, seluruh rajah itu.
Rajah 6 menunjukkan dua garis selari, $AB$ dan $CD$. Kecerunan garis lurus $CD$ ialah $\frac{3}{2}$.
i
1 marks
Nyatakan garis yang selari dengan garis lurus $BC$.
ii
1 marks
Berikan persamaan garis lurus $BC$.
iii
1 marks
Nyatakan pintasan-$y$ bagi garis lurus $CD$.
iv
2 marks
Cari persamaan garis lurus $AB$.
Rajah 7 menunjukkan dua segi empat tepat $BCDE$ dan $EFGH$. $BHE$ dan $EFD$ ialah garis lurus.
Diberi luas segi empat yang berlorek ialah 60 cm². Hitung perimeter bagi segi empat $BCDE$.
Bahagian B
Answer all 5
Hamzah ingin membeli insurans kebakaran untuk rumahnya. Nilai boleh insurans rumahnya adalah RM500 000. Polisi insurans kebakaran yang ingin dibelinya itu mempunyai peruntukan ko-insurans untuk menginsuranskan 80% daripada nilai boleh insurans hartanya dan deduktibel sebanyak RM5 000.
a(i)
1 marks
Nyatakan jumlah insurans yang harus dibeli oleh Hamzah.
a(ii)
4 marks
Rumah Hamzah telah mengalami kebakaran dan jumlah kerugiannya adalah sebanyak RM250 000. Hitung bayaran pampasan yang akan diterima oleh Hamzah jika dia menginsuranskan rumahnya dengan jumlah RM250 000. Seterusnya, hitung nilai penalti ko-insurans.
Pendapatan tahunan Amir adalah sebanyak RM72 099 termasuk elaun sebanyak RM6 600 pada tahun 2022. Dia telah menderma sebanyak RM500 kepada suatu badan kebajikan yang diiktiraf oleh kerajaan. Dia menuntut pelepasan cukai individu sebanyak RM9 000, insurans hayat sebanyak RM2 500, insurans perubatan RM800 dan gaya hidup sebanyak RM2 500. Amir telah membayar zakat sebanyak RM840 pada tahun tersebut.
| Banjaran Pendapatan Bercukai (RM) | Pengiraan (RM) | Kadar (%) | Cukai (RM) |
|---|---|---|---|
| 50 001 – 70 000 | 50 000 pertama | | 1 800 |
| | 20 000 berikutnya | 14% | 2 800 |
Jadual 2
b(i)
2 marks
Hitung pendapatan bercukai bagi Encik Amir bagi tahun 2022.
b(ii)
3 marks
Seterusnya, hitung cukai pendapatan yang perlu dibayar oleh Encik Amir.
Semasa Karnival Keusahawanan Sekolah, murid perlu mendapatkan kupon bagi membuat pembelian makanan dan minuman. Salmah dan Rozita masing-masing telah membelanjakan RM38 dan RM30. Salmah membeli 4 kupon makanan dan 6 kupon minuman manakala Rozita membeli 3 kupon makanan dan 5 kupon minuman.
a
5 marks
Menggunakan kaedah matriks, hitung harga, dalam RM, bagi suatu kupon makanan dan 1 kupon minuman.
b
3 marks
Jika Rozita membeli kupon tambahan sebanyak RM20, adakah nilai kupon ini cukup untuknya membeli 2 kupon makanan dan 3 kupon minuman?
Justifikasi jawapan anda dengan menggunakan pendaraban matriks sahaja.
Diberi set semesta $\xi = \{x : 1 \leq x < 10, x \text{ ialah integer positif}\}$, set $P = \{x : x \text{ ialah gandaan } 2\}$, set $Q = \{x : x \text{ ialah gandaan } 3\}$ dan set $R = \{x : x \text{ ialah nombor kuasa dua sempurna}\}$
a
3 marks
Senaraikan semua set $P$, $Q$ dan $R$ dengan menggunakan tatatanda set.
b
3 marks
Lukis satu gambar rajah Venn untuk menunjukkan hubungan antara kesemua set yang anda nyatakan di **13**(a).
*(Huraikan gambar rajah Venn anda dalam perkataan: bagaimana set $\xi$, $P$, $Q$ dan $R$ dilukis (set mana yang bersilang) dan unsur-unsur yang anda tulis dalam setiap rantau, termasuk unsur di luar $P$, $Q$ dan $R$.)*
c
2 marks
Cari $(P \cap Q) \cup R'$ dan $n(P \cap Q) \cup R'$.
Rajah 8 menunjukkan tiga heksagon tidak sekata $ABCDEF$, $PQRSTU$ dan $PJKLMN$ yang dilukis pada suatu satah Cartes.
a
2 marks
Transformasi $\mathbf{G}$ ialah satu translasi $\begin{pmatrix} 3 \\ -1 \end{pmatrix}$. Nyatakan koordinat imej titik $R$ di bawah gabungan transformasi $\mathbf{G}^2$.
Heksagon $ABCDEF$ ialah imej bagi heksagon $PQRSTU$ di bawah gabungan transformasi $\mathbf{VW}$.
Huraikan selengkapnya transformasi:
b(i)
3 marks
$\mathbf{W}$,
b(ii)
3 marks
$\mathbf{V}$.
c
2 marks
Diberi heksagon $PQRSTU$ mewakili suatu kawasan yang mempunyai luas 68 cm².
Hitung luas, dalam cm², bagi heksagon $ABCDEF$.
a
8 marks
Jadual 3 menunjukkan masa yang diluangkan, dalam jam, untuk mengulangkaji dalam seminggu oleh 32 murid.
| Masa (jam) | 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 10 |
|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
| Bilangan murid | 2 | 5 | 6 | 9 | 6 | 2 | 1 | 1 |
Jadual 3
Hitung julat, julat antara kuartil dan sisihan piawai bagi taburan ini.
b
1 marks
Nyatakan sukatan serakan yang mana lebih sesuai digunakan untuk memberikan suatu gambaran yang lebih jelas berkenaan masa ulangkaji bagi kumpulan murid ini.
Bahagian C
Choose 1 of 2
Chosen 0/1
Syarikat SHF merupakan sebuah syarikat yang amat mengambil berat tentang pekerjanya.
Syarikat tersebut mengupah $x$ bilangan orang pekerja tidak mahir dan $y$ bilangan orang pekerja mahir bagi suatu tugasan terbaharu. Upah harian bagi seorang pekerja tidak mahir dan pekerja mahir adalah masing-masing RM50 dan RM100. Penggajian pekerja itu adalah berdasarkan kekangan berikut:
- Jumlah bilangan pekerja adalah sekurang-kurangnya 30 orang.
- Jumlah upah bagi semua pekerja itu adalah tidak melebihi RM4 000 sehari.
- Nisbah bilangan pekerja mahir kepada bilangan pekerja tidak mahir adalah tidak kurang daripada 1 : 2.
a(i)
3 marks
Tulis tiga ketaksamaan, selain $x \geq 0$ dan $y \geq 0$, yang memuaskan semua kekangan di atas.
a(ii)
4 marks
Dengan menggunakan skala 2 cm kepada 10 unit pada paksi-$x$ dan 2 cm kepada 5 unit pada paksi-$y$, bina dan lorek rantau **R** yang memuaskan semua kekangan di atas.
*(Huraikan graf anda dalam perkataan: skala paksi, setiap garis lurus yang dilukis (persamaan dan titik-titik yang dilaluinya) dan rantau R yang dilorek — dibatasi oleh garis yang mana dan di sebelah mana setiap garis.)*
Syarikat SHF bercadang mengadakan hari keluarga pada bulan Ogos. Pihak Syarikat telah membuat bancian kehadiran pekerja pada hari tersebut. Diberi bahawa nisbah kehadiran pekerja tidak mahir kepada jumlah pekerja syarikat ialah 2 : 5.
b(i)
1 marks
Cari nisbah kehadiran pekerja tidak mahir kepada pekerja mahir?
b(ii)
3 marks
Berapakah peratusan pekerja mahir yang akan menyertai hari keluarga tersebut?
Jadual 4 menunjukkan catatan perjalanan ke hari keluarga Syarikat SHF dan Rajah 9 di bawah menunjukkan graf jarak-masa.
| Masa | Catatan Perjalanan |
|---|---|
| 9:00 a.m. | Perjalanan dimulakan |
| 9:30 a.m. | Berehat di plaza Tol Ayer Keroh selepas perjalanan sejauh 20 km |
| 9:45 a.m. | Meneruskan perjalanan |
| 11:15 a.m. | Tiba di Batu Pahat |
Jadual 4
c(i)
2 marks
Nyatakan nilai $p$ dan nilai $q$.
c(ii)
2 marks
Hitung laju purata, dalam km j$^{-1}$, bagi keseluruhan perjalanan.
Satu kutipan wang telah dijalankan oleh semua murid SMK Seri Seroja bagi menjayakan program karnival STEM yang akan dilaksanakan pada bulan Julai 2023. Jadual 5.1 menunjukkan jumlah kutipan bagi 42 orang murid yang dicatatkan oleh guru kelas 5 Cerdik.
| Kutipan (RM) | Bilangan murid |
|---|---|
| 1 – 50 | 3 |
| 51 – 100 | 7 |
| 101 – 150 | 13 |
| 151 – 200 | 11 |
| 201 – 250 | 8 |
Jadual 5.1
a(i)
1 marks
Berdasarkan data dalam Jadual 5.1, lengkapkan jadual 5.2 di ruang jawapan.
| Kutipan (RM) | Bilangan murid | Titik tengah |
|---|---|---|
| 1 – 50 | 3 | |
| 51 – 100 | 7 | |
| 101 – 150 | 13 | |
| 151 – 200 | 11 | |
| 201 – 250 | 8 | |
Jadual 5.2
*(Tulis titik tengah bagi setiap selang kelas.)*
a(ii)
3 marks
Hitung min anggaran jumlah wang, dalam RM, yang dikumpulkan oleh seorang murid di kelas 5 Cerdik.
a(iii)
2 marks
Jika guru kelas 5 Cerdik diminta untuk mengemukakan laporan kutipan wang, sukatan kecenderungan memusat yang manakah sepatutnya yang dipilih oleh guru kelas 5 Cerdik? Jelaskan.
Tingkatan yang berjaya membuat kutipan wang melebihi had minimum yang ditetapkan oleh pihak sekolah dalam karnival tersebut akan diberi hadiah. Diberi kebarangkalian tingkatan 4 dan tingkatan 5 dipilih masing-masing ialah $\frac{1}{10}$ dan $\frac{3}{4}$. Hitung kebarangkalian
b(i)
3 marks
tingkatan 4 atau tingkatan 5 dipilih,
b(ii)
2 marks
tingkatan 5 sahaja dipilih.
Aziz merupakan salah seorang peserta pertandingan dalam Karnival Stem tersebut. Dia telah menyertai semua pertandingan yang disediakan di enam tempat iaitu A, B, C, D, E dan F. Jadual 5.3 menunjukkan jarak, dalam m, laluan yang digunakan oleh Aziz untuk ke setiap tempat pertandingan.
| | A | B | C | D | E | F |
|---|---|---|---|---|---|---|
| A | – | 30 | 20 | – | – | – |
| B | 30 | – | – | – | 20 | 50 |
| C | 20 | – | – | 50 | – | – |
| D | – | – | 50 | – | 10 | 20 |
| E | – | 20 | – | 10 | – | 10 |
| F | – | 50 | – | 20 | 10 | – |
Jadual 5.3
c(i)
2 marks
Berdasarkan Jadual 5.3, lengkapkan Rajah 10 pada ruang jawapan dengan melukis graf berpemberat bagi laluan Aziz.
*(Huraikan graf anda dalam perkataan: tepi-tepi yang anda lukis (pasangan bucu yang dihubungkan) dan pemberat setiap tepi.)*
c(ii)
2 marks
Lukis satu graf terarah mewakili laluan sehala dengan jarak terpendek bermula dari A ke semua tempat pertandingan. Nyatakan jarak terpendek itu.
*(Huraikan graf terarah anda dalam perkataan: urutan bucu yang dilalui dan arah setiap tepi.)*

AI is marking
Question by question against the scheme — keep this page open
0%Percent
0Score
0Full marks
Some questions could not be marked.
Marks per question

