Sebuah cafe menjual dua jenis minuman. Dalam satu jam yang pertama, 25 bungkus minuman sejuk dan 30 bungkus minuman panas telah dijual. Pada jam berikutnya, 21 bungkus minuman sejuk dan 33 bungkus minuman panas telah dijual. Jumlah jualan pada jam pertama dan jam berikutnya masing-masing ialah RM227.50 dan RM214.50.
Bentukkan dua persamaan linear yang memenuhi situasi tersebut.
2 marks
23 marks
Rajah 2 menunjukkan suatu rantau berlorek yang memuaskan tiga ketaksamaan pada suatu satah Cartes yang melibatkan garis lurus $OA$, garis lurus $OB$ dan garis lurus $AB$.
Berdasarkan Rajah 2 di atas,
a
tulis ketaksamaan linear bagi garis lurus $AB$ yang memuaskan rantau berlorek tersebut.
1 marks
b
tentukan sama ada titik (4, 8) memuaskan rantau berlorek tersebut. Berikan justifikasi anda.
2 marks
33 marks
Rajah 3(a) menunjukkan sebuah segi tiga $ABC$ yang tidak dilukis mengikut ukuran dan skala yang tepat.
Dengan menggunakan pembaris dan jangka lukis **sahaja**, bina semula segi tiga $ABC$ di atas mengikut ukuran yang diberi dengan tepat, bermula dari titik $A$ pada garis lurus pada Rajah 3(b) di ruang jawapan. Binaan lengkok menggunakan jangka lukis perlu ditunjukkan dengan jelas dan tidak perlu dipadam.
*(Huraikan binaan anda dalam perkataan: langkah-langkah binaan dengan pembaris dan jangka lukis (lengkok yang dilukis), panjang setiap sisi dan sudut yang dibina.)*
3 marks
45 marks
Rajah 4 menunjukkan gabungan dua pepejal berbentuk prisma tegak dengan tapak segi empat tepat $EFGH$ dan tapak $FIJKLMNG$ yang terletak pada satah mengufuk. Sebuah semi silinder dikeluarkan daripada prisma tersebut. $EFIJKVWRS$ ialah keratan rentas seragam objek. Tepi $ES$, $FWR$ dan $KV$ adalah tegak. Diberi $FI = JK = LM = NG = 1$ cm, $RW = WF = QT = TG$ dan diameter semi silinder ialah 2 cm.
Lukis dengan skala penuh dongakan pepejal di atas pada satah mencancang yang selari dengan $KL$, sebagaimana dilihat dari Y.
*(Huraikan dongakan anda dalam perkataan: bentuk dan ukuran rajah (lebar dan tinggi), setiap garis di dalam rajah — label huruf di hujungnya, jaraknya dari tapak, dan sama ada garis itu padu atau sempang.)*
5 marks
54 marks
Dalam satu permainan animasi “*wreck it Ralph*”, Ralph melompat dari sebuah bangunan. Pada masa yang sama, Vanellope membaling sebiji bola ke arah Ralph untuk menjatuhkannya. Graf fungsi $y = 6 + x - x^2$ mewakili pergerakan Ralph dan graf fungsi $y = 2x$ mewakili pergerakan bola tersebut. $y$ mewakili jarak dalam meter dan $x$ ialah masa dalam saat.
a
Nyatakan persamaan paksi simetri bagi graf fungsi kuadratik di atas.
2 marks
b
Nyatakan masa dan ketinggian bola itu tepat mengenai Ralph.
2 marks
65 marks
Kasrawi membuat pinjaman Bank Komuniti sebanyak RM500 000 untuk membeli sebuah rumah di Kulim. Bank mengenakan kadar faedah 3% bagi tempoh pinjaman selama 30 tahun. Selepas 15 tahun, Kasrawi ingin menjual rumah tersebut pada harga RM800 000. Jumlah pinjaman yang telah dilunaskan kepada pihak bank adalah berjumlah RM450 000 dengan baki yang perlu diselesaikan adalah sebanyak RM300 000 selepas rebat dari pihak bank. Dalam tempoh 15 tahun tersebut, beliau telah menyewakan rumahnya dan berjaya memperoleh jumlah wang sewaan sebanyak RM81 000. Perbelanjaan lain yang terlibat ditunjukkan dalam Jadual 6
| Urusan Jual Beli | Bayaran |
|---|---|
| Duti setem (semasa beli) | RM8 000 |
| Komisen ejen (semasa jual) | RM18 000 |
| Kos guaman (semasa urusan jual beli) | RM10 000 |
Jadual 6
a
Hitung nilai faedah pinjaman Kasrawi.
2 marks
b
Tentukan nilai pulangan pelaburan (ROI) bagi Kasrawi dalam urusan jual beli rumah tersebut.
3 marks
74 marks
a
Tulis songsangan bagi pernyataan yang berikut dan seterusnya tentukan kebenarannya.
> Jika luas segi empat sama $RSTU$ ialah 81 cm², maka panjang sisi segi empat sama $RSTU$ ialah 9 cm.
2 marks
b
Bentuk satu kesimpulan induktif bagi urutan nombor di bawah.
$\frac{1}{3} = \frac{1}{3(1^{1-1})}$
$\frac{1}{6} = \frac{1}{3(2^{2-1})}$
$\frac{1}{27} = \frac{1}{3(3^{3-1})}$
$\vdots$
2 marks
84 marks
Rajah 8 menunjukkan sebuah taman permainan yang mempunyai trek larian berbentuk segi tiga bersudut tegak $PQR$. Akmal bercadang untuk membuat satu larian lengkap melalui segi tiga $PQR$.
Jika luas kawasan segi tiga $PQR$ ialah 480 m², hitung jarak, dalam m, larian Akmal untuk satu pusingan lengkap segi tiga $PQR$.
4 marks
94 marks
Hidayah membeli sebuah rumah baharu dan beliau ingin membeli insurans kebakaran untuk rumahnya itu. Nilai boleh insuran rumahnya ialah RM200 000. Polisi insuran kebakaran yang dibelinya mempunyai peruntukan ko-insurans untuk menginsuranskan 80% daripada nilai boleh insurans rumahnya dan deduktibel sebanyak RM6 000.
a
Hitung jumlah insuran yang harus dibeli oleh Hidayah bagi rumahnya itu.
2 marks
b
Rumah Hidayah mengalami kebakaran akibat litar pintas dan mengalami kerugian sebanyak RM50 000. Hitung bayaran pampasan yang boleh dituntut oleh Hidayah jika dia menginsuranskan rumahnya mengikut jumlah insurans yang harus dibelinya.
2 marks
106 marks
Rajah 10 menunjukkan poster pertandingan badminton perseorangan yang dianjurkan oleh Persatuan Badminton di sebuah sekolah di negeri Kedah. Yuran penyertaan pertandingan bagi kategori dewasa ialah RM12 seorang dan bagi kategori kanak-kanak ialah RM5 seorang.
Sehingga akhir bulan Oktober, seramai 180 orang peserta telah mendaftar untuk menyertai pertandingan badminton tersebut. Jumlah kutipan yuran penyertaan adalah RM 1 740. Dengan menggunakan kaedah matriks, cari bilangan peserta dewasa dan kanak-kanak yang telah mendaftar sehingga Oktober.
6 marks
Bahagian BAnswer all 5
118 marks
Rajah 11 menunjukkan graf laju-masa bagi gerakan dua buah kereta dalam tempoh 45 minit. Firdaus memandu dari Bandar $K$ ke Bandar $L$ dan Ramli memandu dari arah yang bertentangan dengan Firdaus. Kedua-dua mereka melalui laluan yang sama.
a
Tentukan nilai $m$. Seterusnya, hitung nilai $v$, jika kadar perubahan laju kereta Ramli dalam tempoh 30 minit yang pertama adalah sama dengan pecutan kereta Firdaus dalam tempoh 45 minit.
4 marks
b
Hitung jarak dari Bandar $L$, dalam km, apabila kedua-dua kereta tersebut berselisih.
4 marks
1210 marks
Halim merupakan seorang eksekutif pemasaran manakala isterinya, Sarah bekerja sebagai juru farmasi di sebuah hospital. Pada tahun 2021, nisbah pendapatan Halim kepada Sarah ialah $1 : \frac{4}{5}$. Mereka masing-masing telah mendermakan RM1 000 kepada badan kebajikan yang diluluskan oleh kerajaan. Setiap bulan, gaji mereka masing-masing dipotong sebanyak RM250 dan RM200 untuk potongan cukai bulanan (PCB). Mereka memilih taksiran cukai pendapatan bersama. Jadual 12.1 menunjukkan pelepasan yang hendak dituntut oleh mereka pada tahun tersebut.
| Perkara | Halim | Sarah |
|---|---|---|
| Individu | RM9 000 | RM9 000 |
| Perbelanjaan rawatan perubatan ibu bapa (had RM5 000) | RM2 000 | - |
| Insurans hayat (had RM7 000) | RM3 500 | RM3 000 |
| Insurans perubatan (had RM3 000) | RM2 600 | RM1 000 |
| Gaya hidup (had RM2 500) | RM1 300 | RM1 000 |
Jadual 12.1
a
Sekiranya jumlah pendapatan bercukai bagi Halim dan Sarah ialah RM104 800. Hitung pendapatan tahunan Halim.
Halim dan Sarah masing-masing membayar zakat secara bulanan sebanyak RM 150 dan RM 130. Tentukan sama ada mereka perlu membuat bayaran baki cukai pendapatan atau tidak. Jelaskan jawapan anda.
3 marks
139 marks
Rajah 13 menunjukkan suatu bentuk teselasi yang terdiri daripada segi tiga sama kaki yang dihasilkan dengan transformasi isometri.
$PQRST$ ialah imej bagi $UQS$ dibawah gabungan transformasi $\mathbf{MN}$
Huraikan selengkapnya transformasi
a(i)
$\mathbf{N}$
2 marks
a(ii)
$\mathbf{M}$
3 marks
b
Diberi sudut $RQS$ ialah 74°, cari nilai bagi sudut $PQU$.
2 marks
c
Diberi bahawa luas $STU$ ialah 36 unit², cari luas $PQRST$.
2 marks
148 marks
Ammar ingin membeli air minuman. Terdapat dua pilihan air minuman yang menjadi pilihan Ammar, sama ada teh atau kopi. Kebarangkalian Ammar membeli air teh ialah $\frac{3}{5}$. Sekiranya dia memilih air teh, kebarangkalian dia menambah “*Boba*” ialah $\frac{2}{7}$. Manakala, jika dia memilih untuk membeli air kopi, kebarangkalian dia memilih kopi tanpa “*Boba*” ialah $\frac{7}{8}$.
a
Lengkapkan gambar rajah pokok di ruang jawapan untuk menunjukkan semua kesudahan yang mungkin.
*(Tulis kebarangkalian bagi setiap petak kosong dan nyatakan petak yang mana.)*
3 marks
b
Cari kebarangkalian bahawa Ammar memilih air teh yang ditambah dengan “*Boba*”.
2 marks
c
Cari kebarangkalian bahawa Ammar memilih mana-mana air minuman tanpa “*Boba*”.
3 marks
1510 marks
Jadual 15 menunjukkan kekerapan bagi 50 orang pesakit Covid-19 di sebuah hospital pada bulan Januari.
| Umur (tahun) | Kekerapan |
|---|---|
| 10 – 19 | 3 |
| 20 – 29 | 12 |
| 30 – 39 | 13 |
| 40 – 49 | $m$ |
| 50 – 59 | $n$ |
| 60 – 69 | 2 |
Jadual 15
a
Diberi $m : n$ ialah 3 : 2. Cari nilai $m$ dan $n$. Seterusnya, nyatakan kelas mod.
3 marks
Berdasarkan jadual kekerapan di atas, hitung
b(i)
min
3 marks
b(ii)
sisihan piawai
3 marks
c
Pada bulan Februari, terdapat penambahan sebanyak 50% bilangan pesakit yang berumur 20 – 29 tahun. Hitungkan jumlah pesakit yang berumur 20 – 29 tahun pada bulan tersebut.
1 marks
Bahagian CChoose 1 of 2Chosen 0/1
1615 marks
Pada 5 Jun 2022, Persatuan STEM SMK Tunku Alang telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Pulau Langkawi. Lawatan itu berlangsung selama 3 hari 2 malam.
a(i)
Seramai 35 orang murid menyertai lawatan itu. Bilangan murid perempuan yang menyertai lawatan itu adalah 5 orang kurang daripada bilangan murid lelaki. Berapa orang murid lelaki yang menyertai lawatan itu?
2 marks
a(ii)
Diberi bahawa jumlah yuran yang dikutip untuk lawatan itu ialah RM6 500. Setiap murid perlu membayar RM100 kurang daripada yuran seorang guru. Sekiranya, 5 orang guru pembimbing menyertai lawatan itu. Cari yuran yang perlu dibayar oleh seorang murid.
4 marks
Rajah 16.1 menunjukkan kedudukan bagi empat tempat menarik dan bersejarah di Pulau Langkawi yang dilukis pada suatu satah Cartes. Garis lurus yang menghubungkan Makam Mahsuri dan Beras Terbakar adalah selari dengan garis lurus yang menghubungkan Air Terjun Telaga Tujuh dan Pantai Tanjung Rhu.
b(i)
Diberi skala ialah 1 unit = 1 km.
Hitung jarak dalam km, di antara Air Terjun Telaga Tujuh dengan asalan $O$.
2 marks
b(ii)
Cari persamaan garis lurus yang menghubungkan Makam Mahsuri dengan Beras Terbakar.
3 marks
Pihak rombongan juga berpeluang untuk menaiki kereta kabel ke puncak gunung. Rajah 16.2 menunjukkan pergerakan untuk membeli tiket kereta kabel ke puncak gunung.
c(i)
Laju eskalator itu ialah 37.5 m / min dan jarak $R$ ke $S$ ialah 15 m.
Berdasarkan Rajah 16.2
Cari masa yang di ambil dari $R$ ke $S$.
2 marks
c(ii)
Pengunjung mengambil masa 3 minit dari $R$ ke kaunter tiket kereta kabel. Hitung purata laju, dalam m / min.
2 marks
1715 marks
Encik Khairullah dan Encik Sulaiman bercadang untuk membina kandang lembu bagi penternakan lembu Fidlot mereka. Mereka telah melukis kandang tersebut pada grid segi empat sama dengan skala 1 cm kepada 2 meter dan dilabel sebagai $PQRS$ seperti dalam Rajah 17 di ruang jawapan.
a
Mereka bercadang untuk membina bumbung bagi sebahagian daripada kandang tersebut. Pada Rajah 17 di ruang jawapan, lukis dan lorekkan kawasan binaan sekiranya bumbung tersebut adalah sentiasa 14 meter dari $P$.
*(Huraikan lukisan anda dalam perkataan: bentuk lokus yang dilukis dan ukurannya dalam cm pada grid, serta kawasan yang dilorek.)*
2 marks
b(i)
Encik Khairullah dan Encik Sulaiman menggunakan perkhidmatan kontraktor berlesen untuk membina bumbung kandang dengan kos RM80 bagi setiap meter persegi binaan tersebut. Hitung kos yang perlu disediakan oleh mereka.
3 marks
b(ii)
Pada bulan Januari 2017 Encik Khairullah telah menyimpan RM11 000 dalam akaun simpanan di Bank Maya dengan kadar 3.25% setahun dan pengkompaunan setiap 3 bulan. Pada bulan Disember 2021, beliau ingin mengeluarkan keseluruhan simpanannya untuk dijadikan modal untuk membayar kos pembinaan bumbung kandang itu. Berdasarkan jawapan anda di (b)(i), tentukan sama ada keseluruhan simpanan yang dikeluarkannya mencukupi untuk membayar kos pembinaan yang ditetapkan oleh kontraktor.
3 marks
c
Setelah pembinaan bumbung bagi kandang selesai, Encik Khairullah dan Encik Sulaiman bercadang membina sebuah tangki air berbentuk silinder dengan jejari 75 cm bagi memudahkan kerja pembersihan dan juga sumber minuman lembu. Hitung tinggi tangki air dalam cm yang perlu dibina sekiranya jumlah isipadu tangki tersebut adalah 2598.75 liter.
[Gunakan 1 liter = 1 000 cm³]
4 marks
d
Encik Khairullah dan Encik Sulaiman telah menguruskan syarikat secara bersama. Di dalam kontrak, mereka bersetuju menyimpan 50% keuntungan sebagai pelaburan semula dan baki 50% keuntungan dibahagikan kepada Encik Khairullah dan Encik Sulaiman mengikut nisbah 3 : 2. Pada akhir tahun 2022, syarikat mereka telah memperolehi keuntungan sebanyak RM 150 000. Berapakah keuntungan yang diperolehi oleh Encik Khairullah pada akhir tahun 2022.
3 marks
AI is marking
Question by question against the scheme — keep this page open