Rajah 1 menunjukkan graf fungsi kuadratik $f(x) = -x^2 + 6x - 5$.
Tentukan
a
koordinat titik $Q$,
1 marks
b
titik maksimum $P$.
3 marks
24 marks
Rajah 2 menunjukkan titik $P$, titik $Q$ dan titik $S$ pada suatu satah Cartes. Garis lurus $PQ$ selari dengan paksi-$x$. Diberi bahawa $PQ = 2OS$.
Cari
a
nilai $k$,
1 marks
b
persamaan garis lurus $PS$.
3 marks
34 marks
a
Gabungkan dua pernyataan $p$ dan $q$ berikut menggunakan perkataan 'atau' untuk membentuk pernyataan majmuk. Seterusnya tentukan nilai kebenaran pernyataan majmuk tersebut.
> $p$ : Kon mempunyai satu bucu.
>
> $q$ : Isipadu kon ialah $\frac{1}{3}\pi j^2 t$.
2 marks
b
Lengkapkan kesimpulan di bawah dan nyatakan jenis hujah sama ada deduktif atau induktif.
> Premis 1 : Semua gandaan 4 boleh dibahagi tepat dengan 2.
>
> Premis 2 : 64 boleh dibahagi tepat dengan 2.
>
> Kesimpulan : ……………………
2 marks
43 marks
Rajah 3 menunjukkan sebidang tanah seluas 13 800 m² berbentuk trapezium yang dimiliki oleh Encik Syamri. Beliau merancang untuk membina pagar kayu di sekeliling tanahnya itu.
Hitung perimeter tanah tersebut, dalam m.
3 marks
54 marks
Terdapat tiga buah buku sejarah dan dua buah buku sains di atas meja. Dua buah buku dipilih secara rawak, satu demi satu tanpa pemulangan, cari kebarangkalian,
a
dua buah buku sejarah dipilih,
2 marks
b
sebuah buku bagi setiap mata pelajaran dipilih.
2 marks
63 marks
Rajah 4 menunjukkan maklumat set bucu dan set tepi bagi suatu graf.
> $V = \{P, Q, R, S, T\}$
>
> $E = \{(P, R), (P, S), (Q, T), (R, Q), (S, T), (S, T), (S, S), (Q, Q)\}$
Rajah 4
a
Lukis satu graf berbilang tepi dan mempunyai gelung berdasarkan maklumat yang diberi.
*(Huraikan graf anda dalam perkataan: bucu-bucu, tepi yang menyambungkan setiap pasangan bucu dan gelung yang dilukis.)*
2 marks
b
Seterusnya, nyatakan bilangan darjah bagi bucu $S$.
1 marks
73 marks
Rajah 5 menunjukkan aras air yang direkodkan di sebuah limbungan kapal. Diberi $y$ mewakili aras air, dalam meter dan $x$ mewakili masa, dalam jam.
Nyatakan
a
amplitud aras air,
1 marks
b
tempoh aras air,
1 marks
c
fungsi trigonometri bagi graf tersebut dalam bentuk $y = a \sin bx + c$.
1 marks
85 marks
Kamal dan rakannya ke sebuah restoran setelah selesai menonton filem. Dia telah memesan dua gelas minuman. Harga segelas minuman Coffee Latte ialah empat kali ganda berbanding dengan harga segelas minuman Laici. Jumlah harga 2 gelas minuman Coffee Latte dan 3 gelas minuman Laici ialah RM27.50. Dengan menggunakan kaedah matriks, cari harga, dalam RM, bagi segelas minuman Coffee Latte dan segelas minuman Laici.
5 marks
95 marks
Encik Luqman berumur 25 tahun dan merupakan seorang perokok. Beliau memiliki polisi insurans perubatan dengan peruntukan deduktibel sebanyak RM300 dan fasal penyertaan peratusan ko-insurans 80/20 dalam polisinya. Beliau ingin menambah polisi penyakit kritikal sebanyak RM150 000 nilai muka asas dan kadar premium bagi setiap RM1 000 ialah RM1.77 berdasarkan status kesihatan beliau.
a
Hitung premium tahunan penyakit kritikal bagi Encik Luqman.
2 marks
b
Hitung bayaran kos yang perlu ditanggung oleh Encik Luqman jika kos perubatan yang dilindungi polisinya berjumlah RM30 300.
3 marks
105 marks
Diberi set semesta, $\xi = \{x : x \text{ ialah integer}, 3 \leq x \leq 15\}$, $F = \{4, 7, 8, 11, 12\}$, $G = \{x : x \text{ ialah faktor bagi } 36\}$ dan $H = \{x : x \text{ ialah nombor gandaan } 5\}$.
a
Berdasarkan maklumat di atas, lengkapkan gambarajah Venn di ruang jawapan.
*(Ruang jawapan hanya menunjukkan sebuah segi empat tepat berlabel $\xi$. Huraikan gambar rajah Venn anda dalam perkataan: kedudukan set $F$, $G$ dan $H$ (bertindih atau terpisah) dan unsur-unsur dalam setiap rantau, termasuk unsur di luar ketiga-tiga set.)*
3 marks
b(i)
Senaraikan unsur bagi $F \cup G'$
1 marks
b(ii)
Cari $n(F \cup G')$
1 marks
Bahagian BAnswer all 5
1110 marks
Rajah 6 menunjukkan tiga segitiga, $ABC$, $DEF$ dan $GHI$ dilukis di atas suatu satah Cartes.
a
Transformasi $\mathbf{R}$ ialah pantulan pada garis $y = -x$.
Transformasi $\mathbf{T}$ ialah translasi $\begin{pmatrix} 3 \\ -2 \end{pmatrix}$.
Nyatakan koordinat imej bagi titik $M$ di bawah gabungan transformasi $\mathbf{RT}$.
2 marks
$GHI$ adalah imej bagi $ABC$ di bawah gabungan transformasi $\mathbf{WV}$.
Huraikan selengkapnya transformasi,
b(i)
$\mathbf{V}$,
3 marks
b(ii)
$\mathbf{W}$.
3 marks
c
Diberi bahawa segitiga $GHI$ mewakili kawasan yang mempunyai luas 32 cm². Hitung luas $ABC$, dalam cm².
2 marks
129 marks
Anda **tidak** dibenarkan menggunakan kertas graf untuk menjawab soalan ini. Garis padu halus untuk garis binaan mestilah ditunjukkan. Anda mesti menggunakan pensel **BB** atau **2B** dan pensel **HB**.
Rajah 7 menunjukkan gabungan dua buah prisma tegak masing-masing dengan tapak segi empat tepat $ABCD$ dan segi tiga $ATS$ yang terletak pada satah mengufuk. Segi empat tepat $BCKJ$ ialah satah condong. Segi empat tepat $FGME$ dan $HJKL$ ialah satah mengufuk. Tepi $AF$, $HG$, $QT$ dan $RS$ adalah tegak. $AS = PR = 4$ cm.
Lukis dengan skala penuh,
a
dongakan pepejal itu pada satah mencancang yang selari dengan $TAB$ sebagaimana dilihat dari arah $X$.
*(Huraikan lukisan anda dalam perkataan: bentuk garis luar dengan label bucu, garis-garis di dalamnya, panjang setiap sisi, jenis setiap garis (padu atau putus-putus) dan garis binaan yang digunakan.)*
4 marks
b
dongakan pepejal itu pada satah mencancang yang selari dengan $BC$ sebagaimana dilihat dari arah $Y$.
*(Huraikan lukisan anda dalam perkataan: bentuk garis luar dengan label bucu, garis-garis di dalamnya, panjang setiap sisi, jenis setiap garis (padu atau putus-putus) dan garis binaan yang digunakan.)*
5 marks
139 marks
Jadual 1.1 menunjukkan taburan kekerapan masa, dalam minit, bagi 90 orang peserta dalam suatu pertandingan merentas desa.
| Masa (minit) | Kekerapan |
|---|---|
| 50 – 54 | 5 |
| 55 – 59 | 14 |
| 60 – 64 | 19 |
| 65 – 69 | 23 |
| 70 – 74 | 16 |
| 75 – 79 | 9 |
| 80 – 84 | 4 |
Jadual 1.1
a
Berdasarkan Jadual 1.1, lengkapkan Jadual 1.2 di ruang jawapan.
| Masa (minit) | Kekerapan | Sempadan Atas | Kekerapan Longgokan |
|---|---|---|---|
| 45 – 49 | 0 | | |
| 50 – 54 | 5 | | |
| 55 – 59 | 14 | | |
| 60 – 64 | 19 | | |
| 65 – 69 | 23 | | |
| 70 – 74 | 16 | | |
| 75 – 79 | 9 | | |
| 80 – 84 | 4 | | |
Jadual 1.2
*(Tulis sempadan atas dan kekerapan longgokan bagi setiap baris jadual.)*
2 marks
b
Untuk ceraian soalan ini, gunakan kertas graf yang disediakan di halaman 21.
Dengan menggunakan skala 2 cm kepada 5 minit pada paksi mengufuk dan 2 cm kepada 10 peserta pada paksi mencancang, lukiskan satu ogif bagi data tersebut.
*(Huraikan graf anda dalam perkataan: skala paksi, titik-titik yang diplot dan bentuk lengkung/garis.)*
4 marks
Menggunakan ogif di **13**($b$), cari
c(i)
julat antara kuartil,
2 marks
c(ii)
persentil ke-35, $P_{35}$.
1 marks
148 marks
Restoran Anida sedang membuat promosi jualan makanan. Restoran itu menawarkan dua jenis hidangan utama, iaitu nasi dagang dan nasi minyak. Pada suatu hari tertentu, restoran itu menawarkan $x$ set nasi dagang dan $y$ set nasi minyak. Harga bagi satu set nasi dagang dan satu set nasi minyak masing-masing ialah RM15 dan RM10. Syarat-syarat jualannya adalah seperti berikut :
- I: Jumlah bilangan hidangan makanan yang dijual selebih-lebihnya 60 set.
- II: Bilangan set nasi minyak sekurang-kurangnya dua kali bilangan set nasi dagang.
- III: Jumlah jualan minimum bagi kedua-dua jenis hidangan makanan ialah RM600.
a
Tulis tiga ketaksamaan linear, selain $x \geq 0$ dan $y \geq 0$, yang memenuhi semua syarat di atas.
3 marks
b
Untuk ceraian soalan ini, gunakan kertas graf di halaman 23.
Menggunakan skala 2 cm kepada 10 set pada kedua-dua paksi, lukis dan lorek rantau yang memuaskan sistem ketaksamaan linear di ($a$).
*(Huraikan graf anda dalam perkataan: skala paksi, setiap garis lurus yang dilukis (persamaan dan titik-titik yang dilaluinya) dan rantau yang dilorek — dibatasi oleh garis yang mana dan di sebelah mana garis itu.)*
5 marks
159 marks
Pada tahun 2022, Encik Ramli dan isterinya mendapat gaji tahunan masing-masing sebanyak RM60 000 dan RM50 000. Mereka telah mendermakan RM400 setiap orang kepada badan kebajikan yang berdaftar. Diberi bahawa jumlah pelepasan yang layak dituntut oleh Ramli dan isterinya ialah RM28 500. Potongan Cukai Berjadual (PCB) masing-masing dipotong RM290 dan RM230 setiap bulan.
a
Dengan menggunakan Jadual 2 : Kadar Cukai Pendapatan Individu untuk Tahun Taksiran 2022, hitung cukai pendapatan taksiran bersama yang perlu dibayar oleh mereka.
| Banjaran Pendapatan Bercukai (RM) | Pengiraan (RM) | Kadar (%) | Cukai (RM) |
|---|---|---|---|
| 35 001 – 50 000 | 35 000 pertama | | 600 |
| | 15 000 berikutnya | 8 | 1 200 |
| 50 001 – 70 000 | 50 000 pertama | | 1 800 |
| | 20 000 berikutnya | 14 | 2 800 |
| 70 001 – 100 000 | 70 000 pertama | | 4 600 |
| | 30 000 berikutnya | 21 | 6 300 |
Jadual 2
6 marks
b
Adakah Encik Ramli dan isterinya perlu membuat bayaran baki cukai pendapatan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)? Terangkan jawapan anda dan sertakan nilai berangka untuk menyokong penjelasan anda.
3 marks
Bahagian CChoose 1 of 2Chosen 0/1
1615 marks
Encik Farqan merupakan seorang pengusaha makanan sejuk beku di Pekan Ajil.
Jadual 3 menunjukkan rekod jualan makanan sejuk beku di kedainya pada suatu hari tertentu.
| Makanan sejuk beku | Bilangan Pek |
|---|---|
| Donat | 150 |
| Karipap | 120 |
Jadual 3
a(i)
Tulis nisbah bilangan pek donat kepada bilangan pek karipap dalam bentuk termudah.
1 marks
a(ii)
Diberi bahawa harga untuk satu pek donat dan karipap masing-masing ialah RM8.00 dan RM5.00, hitung jumlah jualan beliau pada hari tersebut.
2 marks
Rajah 8 menunjukkan graf jarak-masa bagi perjalanan Encik Farqan untuk menghantar makanan sejuk bekunya kepada pelanggan dalam tempoh $t$ minit.
b(i)
Nyatakan tempoh masa, dalam minit, Encik Farqan berhenti seketika.
1 marks
b(ii)
Hitungkan nilai $t$, dalam minit, jika laju purata keseluruhan perjalanan Encik Farqan ialah 75 kmj$^{-1}$.
3 marks
Jadual 4 menunjukkan bilangan pek karipap yang ditempah oleh pelanggan Encik Farqan.
> 10, 22, 19, 20, 15, 20, 21, 18, 17, 16
Jadual 4
c(i)
Diberi bahawa min bagi tempahan tersebut ialah 17.8, hitung sisihan piawai bagi data tersebut.
3 marks
c(ii)
Jika min untuk tempahan donat ialah 17.8 dan sisihan piawainya ialah 3.42, tempahan makanan sejuk beku yang manakah lebih konsisten.
1 marks
Jadual 5 menunjukkan pelan kewangan seorang pekerja Encik Farqan pada suatu bulan tertentu.
| Pendapatan dan Perbelanjaan | Amaun (RM) |
|---|---|
| Pendapatan Aktif | 3 500 |
| Pendapatan Pasif | 200 |
| Simpanan tetap bulanan | 300 |
| Dana kecemasan | 150 |
| Baki Pendapatan | $Q$ |
| **Perbelanjaan tetap bulanan:** | |
| Ansuran kereta | 500 |
| Insuran | 200 |
| Pembiayaan perumahan | 600 |
| **Perbelanjaan tidak tetap bulanan:** | |
| Barangan dapur | 800 |
| Minyak kenderaan | 250 |
| Utiliti rumah | 500 |
| Pemberian kepada ibu bapa | 300 |
| Bil telefon | 150 |
Jadual 5
d(i)
Cari nilai $Q$.
1 marks
d(ii)
Hitung aliran tunai pekerja Encik Farqan. Adakah dia mengurus kewangan dengan cekap?
3 marks
1715 marks
Rajah 9($a$) menunjukkan peta lakaran di sebuah bandar. $A$, $B$, $C$, $D$, $E$, $F$, $G$ dan $H$ merupakan lokasi dalam sebuah bandar. Pada hujung minggu, Sarah mengayuh basikal dari rumahnya di Taman Permai ($A$) dan melalui setiap lokasi sekali sahaja.
Petunjuk:
- $A$ – Taman Permai (Rumah Sarah)
- $B$ – Taman Permai (Rumah Salwati)
- $C$ – Stesen Minyak
- $D$ – Masjid
- $E$ – Pasar raya Permai
- $F$ – Bank
- $G$ – SMK Permai
- $H$ – Hospital
Rajah 9($a$)
Berdasarkan peta lakaran pada Rajah 9($a$),
a(i)
lukis satu pokok yang menghubungkan semua lokasi.
*(Huraikan pokok anda dalam perkataan: bucu-bucu dan tepi-tepi (pasangan lokasi yang disambungkan).)*
1 marks
a(ii)
nyatakan bilangan bucu.
1 marks
b
Pada tahun 2015, Sarah membeli sebuah rumah di taman yang sama dengan harga RM150 000. Selepas lima tahun dia menjual rumah tersebut kepada Bank $ABC$ dan dia memperolehi keuntungan sebanyak 50%. Dia menyimpan $\frac{1}{4}$ daripada wang jualan rumah tersebut dalam Bank $ABC$. Berapakah jumlah simpanannya selama lima tahun dengan kadar faedah 2.5% setahun?
4 marks
Salwati ialah jiran Sarah, telah dimasukkan ke hospital. Rajah 9($c$) menunjukkan graf laju-masa bagi perjalanan motosikal Sarah ke hospital untuk melawat Salwati.
c(i)
Nyatakan tempoh masa, dalam minit, perjalanan motosikal Sarah bergerak dengan laju seragam.
1 marks
c(ii)
Cari jumlah jarak, dalam km, keseluruhan perjalanan tersebut.
3 marks
d
**Penyelesaian menggunakan kaedah matriks tidak dibenarkan untuk soalan ini.**
Dalam perjalanan pulang ke rumahnya, Sarah singgah ke Pasar raya Permai. Sarah membeli dua helai seluar dan tiga helai t-shirt dengan jumlah harga RM145. Purata harga bagi sehelai seluar dan sehelai t-shirt yang dibeli oleh Sarah ialah RM32.50.
Hitung harga dalam RM, bagi sehelai seluar dan sehelai t-shirt.
5 marks
AI is marking
Question by question against the scheme — keep this page open