Lengkapkan langkah-langkah operasi dengan nombor yang sesuai di ruang jawapan.
$\sqrt{1\frac{11}{25}} \div \sqrt{2\frac{1}{4}}$
$= \sqrt{\boxed{\phantom{00}}} \div \sqrt{\frac{9}{4}}$
$= \frac{6}{5} \div \frac{3}{2}$
$= \frac{6}{5} \times \boxed{\phantom{00}}$
$= \boxed{\phantom{00}}$
*(Tulis nombor bagi setiap petak kosong mengikut urutan: petak pertama, petak kedua dan petak ketiga.)*
Melaka Trial 2022 Mathematics Kertas 2 · UD3
- Melaka Trial UD3 · 2022
- 17 questions · Total 100 marks
- 150 min
- Marking scheme
- From the paper's own marking scheme
- Marking
- Marked by AI against the scheme — a study aid
- Answer in
- Malay or English
- Last updated
- 2026-11-19
Bahagian A
Answer all 10
Rajah 1 menunjukkan dua bangunan, Blok T dan Blok U di atas tanah mengufuk. Balkoni M ialah 12 m dari aras tanah Blok T. Blok U mengandungi dewan dan kantin. Hisham berdiri di balkoni, M memandang kepada kawannya yang berada di kantin L.
Diberi sudut tunduk L dari M ialah 55°. Hitung jarak, dalam m, antara titik K dan titik L.
Rajah 2 menunjukkan satu bulatan unit dengan sudut $\Theta$.
a
1 marks
Nyatakan nilai bagi $\sin \Theta$.
b
2 marks
Tentukan nilai $\tan \Theta$ dan seterusnya, cari sudut $\Theta$.
**Penyelesaian masalah dengan menggunakan kaedah matriks tidak dibenarkan.**
Pada suatu hujung minggu tertentu, Puan Syuhada mengambil bahagian dalam suatu Pesta Jualan Makanan yang berlangsung selama 2 hari. Dia menjual donut-donut itu dalam 2 pakej berlainan. Jadual 1 menunjukkan maklumat berkenaan pakej itu.
| Pakej | Jenis donut | Harga pakej (RM) |
|---|---|---|
| Ekonomi | 2 coklat, 1 strawberi, 1 kastard | **E** |
| Premium | 2 keju, 1 strawberi, 1 kastard | **P** |
Jadual 1
Pada hari pertama, dia berjaya menjual 70 pakej Ekonomi dan 90 pakej Premium dengan hasil jualan RM1 780. Pada hari kedua, jualan pakej Ekonomi adalah 2 kali jualannya pada hari pertama manakala jualan pakej Premium adalah $\frac{2}{3}$ daripada jualannya pada hari pertama. Jumlah jualan Puan Syuhada sepanjang pesta itu ialah RM3 900.
Hitung nilai **E** dan nilai **P**.
Dalam Rajah 3, $OPQ$ ialah sebuah sektor bulatan berpusat $O$ dan $OQR$ ialah sebuah semi bulatan.
Menggunakan $\pi = \frac{22}{7}$, hitung
a
3 marks
perimeter, dalam cm, seluruh rajah itu,
b
3 marks
luas dalam cm$^2$, kawasan yang berlorek.
a
2 marks
Nyatakan kontrapositif bagi implikasi berikut. Tentukan sama ada kontrapositif itu adalah benar atau palsu.
> **Jika Zaki mendapat markah 90 dan lebih, maka Zaki mendapat gred A+.**
b
3 marks
Rajah 4 menunjukkan corak yang dibina dengan menggunakan beberapa klip kertas.
Cari bilangan klip kertas yang diperlukan untuk membina corak ke-4. Seterusnya, buat satu kesimpulan umum secara induktif bagi sebutan ke-n.
Rajah 5 menunjukkan kedudukan tiga kenderaan yang dilukis pada suatu satah Cartes. Kereta Dhaniyah terletak pada paksi-$x$, motosikal Solihin terletak pada paksi-$y$ dan motosikal Pandia berada pada koordinat $(-5, 5)$.
a(i)
1 marks
Diberi 1 unit = 2 km, cari jarak, dalam km, kedudukan motosikal Solihin dari titik asalan.
a(ii)
1 marks
Nyatakan persamaan garis lurus, dalam bentuk $\frac{x}{a} + \frac{y}{b} = 1$, yang menghubungkan motosikal Solihin dan kereta Dhaniyah.
b
3 marks
Motosikal Pandia sedang melalui sebatang jalan yang selari dengan jalan yang menghubungkan Solihin dan Dhaniyah.
Cari persamaan garis lurus mewakili jalan yang dilalui oleh Pandia.
Permudahkan
a
1 marks
$a^3 \times a^2$
b
1 marks
$c^5 \div c^{-5}$
c
2 marks
$(p^{-2}q^5)^3$
Encik Kamarul membeli sebuah kereta bernilai RM77 873 secara kredit. Beliau membayar bayaran pendahuluan sebanyak 10% dan bakinya dibayar secara ansuran selama 9 tahun. Kadar faedah sama rata yang dikenakan oleh bank ialah 3% setahun. Berapakah jumlah bayaran ansuran bulanan yang perlu dibayar oleh Encik Kamarul?
Rajah 6 menunjukkan tinggi, dalam cm, bagi 12 orang pemain bola keranjang.
> 175, 180, 178, 169, 177, 170
>
> 183, 175, 176, 172, 173, 179
Rajah 6
Tentukan
a
1 marks
median
b
3 marks
julat antara kuartil
Bahagian B
Answer all 5
Rajah 7(i) menunjukkan satu titik R, pada satah Cartes.
a(i)
1 marks
Transformasi **T** ialah translasi $\begin{pmatrix} -3 \\ 3 \end{pmatrix}$.
Transformasi **S** ialah pantulan pada garis lurus $y = -2$.
Nyatakan koordinat imej bagi titik R di bawah transformasi berikut:
**T**
a(ii)
2 marks
**TS**
Rajah 7(ii) menunjukkan tiga trapezium $ABCD$, $EFGH$ dan $PQRS$ dilukis pada suatu satah Cartes.
b(i)
3 marks
Trapezium $EFGH$ ialah imej bagi trapezium $PQRS$ di bawah gabungan transformasi **KL**. Huraikan selengkapnya transformasi:
**L**
b(ii)
3 marks
**K**
a
2 marks
Lengkapkan Jadual 2 pada ruang jawapan bagi persamaan $y = -x^3 + 6x - 4$.
| $x$ | −3 | −2 | −1.5 | −1 | 0 | 1 | 2 | 3 | 3.6 |
|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
| $y$ | | −8 | −9.6 | −9 | −4 | 1 | 0 | | −29 |
Jadual 2
*(Tulis nilai $y$ bagi setiap petak kosong dalam jadual dan nyatakan nilai $x$ yang sepadan.)*
b
4 marks
Untuk ceraian soalan ini, gunakan kertas graf yang disediakan. Anda boleh menggunakan pembaris fleksibel.
Menggunakan skala 2 cm kepada 1 unit pada paksi-$x$ dan 2 cm kepada 5 unit pada paksi-$y$, lukis graf $y = -x^3 + 6x - 4$ untuk $-3 \leq x \leq 3.6$.
*(Huraikan graf anda dalam perkataan: skala paksi, titik-titik yang diplot dan bentuk lengkung/garis.)*
Daripada graf di **12**(b), cari
c(i)
1 marks
nilai $y$ apabila $x = -2.5$,
c(ii)
1 marks
nilai $x$ apabila $y = -20$.
Encik Adnan telah membeli insurans kebakaran untuk rumahnya. Nilai boleh insurans rumah itu ialah RM2.4 juta. Polisi insurans kebakaran yang dibelinya itu mempunyai peruntukan ko-insurans untuk menginsuranskan 75% daripada nilai boleh insurans hartanya dan deduktibel sebanyak RM20 000. Lapan bulan kemudian, rumah Encik Adnan terbakar dan menyebabkan dia mengalami kerugian sebanyak RM500 000.
a(i)
1 marks
Nyatakan jumlah deduktibel.
a(ii)
4 marks
Hitung jumlah insurans yang harus dibeli oleh Encik Adnan. Seterusnya hitung nilai insurans yang dibeli oleh Encik Adnan ke atas rumahnya jika dia menerima bayaran pampasan sebanyak RM430 000.
b(i)
1 marks
Nyatakan pihak yang mengutip cukai pendapatan.
b(ii)
4 marks
Pendapatan tahunan Encik Syakirin adalah sebanyak RM120 000. Beliau telah menderma sebanyak 8% daripada pendapatan tahunannya kepada pertubuhan amal yang diiktiraf oleh kerajaan dan membayar zakat sebanyak RM4500. Jadual 3 menunjukkan pelepasan cukai yang dituntut oleh Encik Syakirin manakala Jadual 4 menunjukkan kadar cukai pendapatan perseorangan.
| Pelepasan cukai | Amaun (RM) |
|---|---|
| Individu | 9 000 |
| Gaya hidup (had RM2500) | 13 010 |
| Insurans hayat dan KWSP (had RM7 000) | 12 550 |
| Insurans perubatan (had RM3 000) | 2900 |
Jadual 3
| Banjaran pendapatan bercukai (RM) | Pengiraan (RM) | Kadar (%) | Cukai (RM) |
|---|---|---|---|
| 70 001 - 100 000 | 70 000 pertama | | 4 600 |
| | 30 000 berikutnya | 21 | 6 300 |
| 100 001 - 250 000 | 100 000 pertama | | 10 900 |
| | 150 000 berikutnya | 24 | 36 000 |
Jadual 4
Berdasarkan maklumat yang diberi, hitung pendapatan bercukai Encik Syakirin. Seterusnya, hitung cukai pendapatan yang perlu dibayar oleh Encik Syakirin.
Fakri dan adiknya berhasrat untuk membeli hadiah untuk rakan sekelas mereka sebelum berpindah ke Kota Bharu dengan menggunakan duit simpanan mereka berjumlah RM900. Mereka telah menyenarai pendek dua pilihan hadiah. Jadual 5 menunjukkan kedua-dua pilihan tersebut.
| Pilihan | Harga hadiah bagi setiap murid lelaki (RM) | Harga hadiah bagi setiap murid perempuan (RM) |
|---|---|---|
| Pertama | 16 | 20 |
| Kedua | 18 | 18 |
Jadual 5
a
5 marks
Pilihan pertama akan menggunakan keseluruhan simpanan itu manakala pilihan kedua akan berbaki RM18 daripada jumlah simpanan. Jika terdapat $x$ orang murid lelaki dan $y$ orang murid perempuan, hitung nilai $x$ dan $y$ dengan menggunakan kaedah matriks.
b
4 marks
Fakri dan adiknya bercadang untuk memohon sumbangan daripada ayahnya untuk membeli kotak bungkusan hadiah tersebut. Harga bagi satu kotak bungkusan hadiah bagi pilihan pertama dan kedua masing-masing berharga RM4 dan RM5. Fakri menyatakan bahawa pilihan kedua lebih menjimatkan berbanding dengan pilihan pertama setelah kos kotak bungkusan diambil kira. Dengan menggunakan jawapan di 14(a), adakah anda bersetuju dengan Fakri?
Justifikasikan jawapan anda.
Jadual 6 menunjukkan imbangan pendapatan dan perbelanjaan yang tidak lengkap milik Encik Adham.
| Pendapatan | RM | Perbelanjaan | RM |
|---|---|---|---|
| Gaji | 3 100 | Sewa rumah | 1 500 |
| Elaun | 1 000 | Ansuran pinjaman kereta | 950 |
| Komisen | **X** | Bil utiliti | 325 |
| Bonus dan lain-lain | 515 | Perbelanjaan barangan dapur | **Y** |
| | | Insurans | 200 |
| | | Lain-lain perbelanjaan | 500 |
| | | Simpanan ASB | 250 |
| **Jumlah pendapatan bulanan** | **5 250** | **Jumlah perbelanjaan bulanan** | **5 250** |
Jadual 6
Berdasarkan imbangan pendapatan dan perbelanjaan Encik Adham, hitung setiap yang berikut:
a(i)
1 marks
nilai **X**
a(ii)
1 marks
nilai **Y**
a(iii)
2 marks
Peratus perbelanjaan tetap
b
5 marks
Pada bulan berikutnya, Encik Adham mendapat tunggakan gaji sebanyak RM1 200, kenaikan gaji sebanyak 3% dan faedah simpanan bank berjumlah RM167. Apabila Perintah Kawalan Pergerakan dijalankan, beliau telah melanggan perkhidmatan internet berjumlah RM90 sebulan dan menyebabkan bil utiliti bertambah sebanyak RM55. Selain itu, perbelanjaan barangan dapur turut bertambah 20% dan beliau juga membuat simpanan ASB sebanyak RM500. Pada Jadual 7 di ruang jawapan, lengkapkan imbangan pendapatan dan perbelanjaan Encik Adham pada bulan tersebut.
| Pendapatan | RM | Perbelanjaan | RM |
|---|---|---|---|
| Gaji | | Sewa rumah | 1 500 |
| Elaun | 1000 | Ansuran pinjaman kereta | 950 |
| Komisen | 635 | Bil utiliti | |
| Bonus dan lain-lain | | Perbelanjaan barangan dapur | |
| | | Insurans | 200 |
| | | Lain-lain perbelanjaan | |
| | | Simpanan ASB | 500 |
| | | Langganan perkhidmatan internet | 90 |
| **Jumlah pendapatan bulanan** | | **Jumlah perbelanjaan bulanan** | |
Jadual 7
*(Tulis nilai bagi setiap ruang kosong dalam Jadual 7 bersama nama barisnya.)*
Bahagian C
Choose 1 of 2
Chosen 0/1
Sara menunggang motosikal ke sebuah poliklinik di Bandar A untuk mendapatkan rawatan. Rajah 8 menunjukkan graf laju-masa bagi pergerakan motosikal Sara dari rumah ke persimpangan lampu isyarat sebelum sampai ke poliklinik tersebut dalam tempoh 40 saat.
a(i)
1 marks
Nyatakan tempoh masa, dalam saat, motosikal Sara bergerak dengan laju seragam.
a(ii)
2 marks
Hitung kadar perubahan laju, dalam ms$^{-2}$, motosikal itu dalam tempoh 12 saat yang terakhir.
a(iii)
3 marks
Hitung nilai $v$, jika jumlah jarak yang dilalui dalam tempoh 40 saat ialah 500m.
Jadual 8 di ruang jawapan menunjukkan masa menunggu, dalam minit, bagi 40 pesakit yang ingin mendapatkan rawatan di sebuah poliklinik di Bandar A.
b(i)
2 marks
Lengkapkan Jadual 8 di ruang jawapan.
| Masa (minit) | Kekerapan | Sempadan atas | Kekerapan longgokan |
|---|---|---|---|
| 1 – 4 | 1 | | |
| 5 – 8 | 3 | | |
| 9 – 12 | 5 | | |
| 13 – 16 | 10 | | |
| 17 – 20 | 9 | | |
| 21 – 24 | 6 | | |
| 25 – 28 | 4 | | |
| 29 - 32 | 2 | | |
Jadual 8
*(Tulis sempadan atas dan kekerapan longgokan bagi setiap kelas.)*
b(ii)
4 marks
Untuk ceraian soalan ini, gunakan kertas graf yang disediakan.
Dengan menggunakan skala 2 cm kepada 4 minit pada paksi mengufuk dan 2 cm kepada 4 pesakit pada paksi mencancang, lukis ogif bagi data tersebut.
*(Huraikan ogif anda dalam perkataan: skala paksi, titik-titik yang diplot dan bentuk lengkung.)*
b(iii)
3 marks
Berdasarkan ogif yang dilukis di b(ii), nyatakan median dan julat antara kuartil.
Puan Manisah telah menghidangkan empat bungkus nasi kerabu (K) dan enam bungkus mee goreng (M) di atas dulang. Dua bungkus makanan dipilih secara rawak dari dulang itu, satu demi satu tanpa pengembalian.
a(i)
3 marks
Lengkapkan situasi di atas dengan gambar rajah pokok di ruang jawapan.
*(Tulis kebarangkalian bagi setiap petak kosong (nyatakan petak yang mana) dan lengkapkan kesudahan yang kosong.)*
Cari kebarangkalian bahawa
a(ii)(a)
2 marks
kedua-dua makanan yang dipilih ialah nasi kerabu.
a(ii)(b)
2 marks
sekurang-kurangnya satu nasi kerabu dipilih.
Puan Manisah telah menyediakan 80 bungkus makanan yang terdiri daripada nasi kerabu (K), mee goreng (M) dan nasi lemak (L) untuk jamuan makan di tempat kerjanya. Seramai 32 orang memilih nasi lemak, 28 orang memilih mee goreng, 23 orang memilih nasi kerabu, 9 orang memilih kedua-dua nasi lemak dan mee goreng sahaja, 6 orang memilih kedua-dua mee goreng dan nasi kerabu sahaja, 5 orang memilih kedua-dua nasi lemak dan nasi kerabu sahaja dan 2 orang memilih ketiga-tiga makanan tersebut.
b(i)
2 marks
Hitung bilangan orang yang memilih nasi lemak sahaja.
b(ii)
3 marks
Berapakah bilangan orang yang tidak memilih sebarang makanan?
b(iii)
3 marks
Lengkapkan gambar rajah Venn di ruang jawapan.
*(Tulis bilangan dalam setiap rantau dan nyatakan rantau yang mana.)*

AI is marking
Question by question against the scheme — keep this page open
0%Percent
0Score
0Full marks
Some questions could not be marked.
Marks per question

