Rajah 2 menunjukkan lokasi rumah Siti dan masjid yang dilukiskan pada satah Cartes.
a
Nyatakan koordinat Masjid.
1 marks
b
Jarak mengufuk dan jarak mencancang kedai runcit Ramai dari Rumah Siti ialah 3 unit di paksi-$x$ dan 2 unit di paksi-$y$.
Tandakan lokasi kedai runcit Ramai dalam satah Cartes pada ruang jawapan dan nyatakan koordinatnya.
*(Huraikan dalam perkataan di mana anda menandakan kedai runcit Ramai pada satah Cartes, kemudian nyatakan koordinatnya.)*
2 marks
35 marks
a
Tuliskan kontrapositif bagi implikasi berikut. Seterusnya, nyatakan sama ada kontrapositif itu benar atau palsu.
> Jika $p$ ialah nombor genap, maka $p$ boleh dibahagi tepat dengan 2.
2 marks
b
Tulis Premis 2 untuk melengkapkan hujah berikut.
| | |
|---|---|
| Premis 1 | Semua fungsi kuadratik mempunyai titik pusingan. |
| Premis 2 | …………………………… |
| Kesimpulan | Fungsi $g(x)$ mempunyai titik pusingan. |
Satu set data terdiri daripada **1.3, 1.1, 1.4, 9.2, 1.4, 3.2, 7.8, 1.9, 2.2**
Cari
a
kuartil ketiga
1 marks
b
julat antara kuartil
2 marks
55 marks
Puan Adawiyah ingin memasang jubin berwarna putih dan hitam di ruang tamu rumahnya. Harga bagi sekeping jubin putih ialah RM$x$ manakala sekeping jubin hitam berharga RM$y$. Kontraktor telah memberi dua cadangan susunan jubin dengan jumlah harga yang berbeza seperti dalam Jadual 5 di bawah.
Dengan menggunakan kaedah matriks, hitung nilai $x$ dan nilai $y$.
5 marks
64 marks
Lutfi mempunyai polisi insurans perubatan utama dengan deduktibel sebanyak RM1 000 dan peratusan ko-insurans 80/20. Suatu hari, Lutfi telah dimasukkan ke hospital dan kos perubatan yang dikenakan oleh hospital ialah sebanyak RM35 000.
Hitung kos perubatan yang perlu ditanggung oleh syarikat insurans dan kos yang perlu ditanggung oleh Lutfi sendiri.
4 marks
74 marks
Ukuran panjang sebuah bilik yang berbentuk segi empat tepat ialah 3 meter melebihi ukuran lebarnya. Apabila sebuah karpet yang luasnya 6 m² diletakkan di atas lantai bilik berkenaan, didapati masih ada ruang dua kali ganda luas karpet yang tidak dipenuhi.
Hitung, dalam m, lebar bilik itu.
4 marks
84 marks
Pada ruang jawapan, lukis imej bagi objek di bawah pantulan pada garis $PQ$.
a
*(Huraikan lukisan anda dalam perkataan: berikan koordinat setiap bucu imej dengan mengira petak, dengan mengambil bucu kiri bawah grid sebagai (0, 0) dan sisi satu petak sebagai 1 unit.)*
2 marks
b
*(Huraikan lukisan anda dalam perkataan: berikan koordinat setiap bucu imej dengan mengira petak, dengan mengambil bucu kiri bawah grid sebagai (0, 0) dan sisi satu petak sebagai 1 unit.)*
2 marks
94 marks
Pada 1 Januari 2022, Encik Ikmal membeli 5000 unit saham Syarikat Z dengan harga **RM 3.50** seunit. Pada 31 Disember 2022, Syarikat itu membayar dividen sebanyak 6%. Pada 1 Januari 2023, Encik Ikmal menjual saham itu dengan harga **RM 3.80** seunit.
Berapakah nilai pulangan pelaburan Encik Ikmal?
4 marks
104 marks
a
Pada ruang jawapan, lakarkan graf $y = 3 \sin 2x + 1$, untuk $0^\circ \leq x \leq 360^\circ$.
*(Ruang jawapan: paksi-$x$ bertanda 90°, 180°, 270° dan 360°, paksi-$y$ tanpa skala. Huraikan lakaran anda dalam perkataan: nilai $y$ pada $x = 0^\circ$ dan $x = 360^\circ$, nilai maksimum dan minimum serta di mana ia berlaku, dan bentuk lengkung dari 0° hingga 360°.)*
2 marks
b
Seterusnya, cari nilai-nilai $x$ apabila $y = 1$ selain $x = 0$
2 marks
Bahagian BAnswer all 5
119 marks
Encik Hamidi, bekerja sebagai seorang kerani. Dia menerima gaji bulanan sebanyak RM4 000. Dia ingin menghitung cukai pendapatannya untuk Taksiran Tahun 2022. Jadual di bawah menunjukkan perkara pengecualian dan pelepasan cukai Encik Hamidi.
| Perkara | Had (RM) | Amaun (RM) |
|---|---|---|
| Individu | | 9 000 |
| Gaya hidup | 5 000 | 1 674 |
| Insurans hayat dan KWSP | 7 000 | 7 376 |
| Insurans perubatan dan Pendidikan | 3 000 | 1 325 |
| PERKESO | 250 | 70 |
Jadual 11
Diberi bahawa dalam tahun yang sama:
- I : Dia menerima bonus sebanyak RM 4 000 pada akhir tahun
- II : Dia menderma RM50 kepada sebuah pusat kebajikan yang diluluskan oleh LHDN
- III : Dia membayar zakat berjumlah RM120
- IV : Potongan Cukai Bulanan (PCB) Encik Hamidi ialah RM16.65
Berdasarkan maklumat di atas
a
Hitung pendapatan bercukai Encik Hamidi.
2 marks
b
Jadual di bawah menunjukkan sebahagian daripada kadar cukai pendapatan individu untuk Tahun Taksiran 2022.
| Banjaran Pendapatan Bercukai | Pengiraan (RM) | Kadar (%) | Cukai (RM) |
|---|---|---|---|
| 20 001 – 35 000 | 20 000 pertama | | 150 |
| | 15 000 berikutnya | 3 | 450 |
**\* Rebat cukai sebanyak RM400 akan diberikan sekiranya pendapatan bercukai tidak melebihi RM35 000, tertakluk kepada perubahan semasa.**
Berdasarkan jadual di atas, hitung cukai pendapatan yang perlu dibayar oleh Encik Hamidi.
4 marks
c
Adakah Encik Hamidi perlu membuat bayaran baki cukai pendapatan, atau dia akan menerima lebihan potongan PCB yang dipulangkan oleh pihak LHDN? Jelaskan jawapan anda.
3 marks
129 marks
a
Rajah 12 (a) di bawah menunjukkan sebuah bentuk gabungan yang terdiri daripada sebuah prisma tegak dan sebuah kuboid. Tapak bentuk gabungan $ABCDQPE$ terletak di atas mengufuk. Pentagon $ABIHG$ ialah keratan rentas seragam prisma itu. Segi empat tepat $FGHK$ ialah satah mengufuk dan segi empat tepat $HIJK$ ialah satah condong. Tepi $AG$ dan $BI$ adalah tegak.
*(Arahan lukisan tidak dicetak dalam kertas soalan; berdasarkan skema dan anak panah $Y$: lukis dengan skala penuh, dongakan gabungan pepejal itu pada satah mencancang yang selari dengan $AB$ sebagaimana dilihat dari $Y$.)*
*(Huraikan lukisan anda dalam perkataan: bentuk dongakan, label bucu-bucunya, ukuran setiap sisi, dan garis yang dilukis sebagai garis penuh atau garis putus-putus.)*
4 marks
b
Sebuah kubus dengan tepi 1 cm dipotong dan dikeluarkan daripada bentuk gabungan itu. Bentuk yang tinggal adalah seperti yang ditunjukkan dalam rajah 12 (b) di bawah.
Lukis dengan skala penuh, dongakan bentuk yang tinggal itu pada satah mencancang yang selari dengan $BC$ sebagaimana dilihat dari $Z$.
*(Huraikan lukisan anda dalam perkataan: bentuk dongakan, label bucu-bucunya, ukuran setiap sisi, dan garis yang dilukis sebagai garis penuh atau garis putus-putus.)*
5 marks
1310 marks
Diberi set semesta, $\xi = \{x : 19 < x \leq 30, x \text{ ialah integer}\}$, Set $J = \{x : x \text{ ialah gandaan bagi } 3\}$, Set $K = \{x : x \text{ ialah faktor bagi } 100\}$ dan Set $L = \{x : x \text{ ialah nombor dengan keadaan hasil tambah digit-digitnya adalah nombor perdana}\}$.
a(i)
Senaraikan unsur bagi set $J$ dan $L$ dengan menggunakan tatatanda set.
2 marks
a(ii)
Seterusnya, lukis satu gambar rajah Venn untuk mewakili set semesta, set $J$, set $K$ dan set $L$.
*(Huraikan gambar rajah Venn anda dalam perkataan: kedudukan setiap set berbanding set yang lain, dan unsur-unsur dalam setiap rantau.)*
3 marks
Satu tinjauan telah dilakukan kepada 300 responden tentang bas pilihan mereka. Terdapat tiga syarikat bas ekspress yang disenaraikan iaitu $J$ Ekspress, $S$ Ekspress dan $T$ Ekspress. Jadual 13 menunjukkan keputusan tinjauan tersebut.
| Syarikat Bas Ekspress | Bilangan Responden |
|---|---|
| $J$ Ekspress | 120 |
| $T$ Ekspress | 180 |
| $J$ Ekspress dan $S$ Ekspress | 12 |
| $J$ Ekspress dan $T$ Ekspress | 50 |
| $J$ Ekspress atau $S$ Ekspress | 149 |
| $T$ Ekspress sahaja | 123 |
| Ketiga-tiga syarikat | 2 |
Jadual 13
b(i)
Rajah 13 pada ruang jawapan menunjukkan gambar rajah Venn yang tidak lengkap. Diberi bahawa set $J$ = {responden yang memilih $J$ Ekspress}, Set $S$ = {responden yang memilih $S$ Ekspress} dan Set $T$ = {responden yang memilih $T$ Ekspress}.
Menggunakan maklumat yang diberi, lengkapkan gambar rajah Venn tersebut.
*(Tulis bilangan responden dalam setiap rantau gambar rajah Venn, termasuk rantau di luar ketiga-tiga set.)*
4 marks
b(ii)
Berdasarkan jawapan anda di 13(b)(i), nyatakan bilangan responden yang diwakili oleh $(J \cup S) \cap T'$
1 marks
148 marks
Jadual 14 menunjukkan bacaan suhu, dalam °C, bagi 60 bahan berbeza yang diuji di sebuah makmal.
| Suhu (°C) | Kekerapan |
|---|---|
| 62 – 66 | 5 |
| 67 – 71 | 16 |
| 72 – 76 | 20 |
| 77 – 81 | 11 |
| 82 – 86 | 7 |
| 87 – 91 | 1 |
Jadual 14
Berdasarkan Jadual 14,
Untuk ceraian soalan ini, gunakan kertas graf yang disediakan.
Berdasarkan Jadual 14.1 dan menggunakan skala 2 cm kepada 5°C pada paksi mengufuk dan 2 cm kepada 10 bahan di paksi mencancang, lukis satu ogif.
*(Huraikan graf anda dalam perkataan: skala paksi, titik-titik yang diplot dan bentuk lengkung/garis.)*
4 marks
c
Pada graf yang sama, bina satu plot kotak berdasarkan ogif di 14(b). Seterusnya, nyatakan bentuk taburan suhu bahan-bahan tersebut.
*(Huraikan plot kotak anda dalam perkataan: nilai minimum, kuartil pertama, median, kuartil ketiga dan nilai maksimum yang digunakan, kemudian nyatakan bentuk taburan dengan alasan.)*
3 marks
159 marks
Satu kem motivasi akan dijalankan pada cuti sekolah. Peserta kem tersebut terdiri daripada $x$ orang murid sekolah rendah dan $y$ murid sekolah menengah. Yuran penyertaan bagi seorang murid sekolah rendah dan seorang murid sekolah menengah masing-masing ialah RM100 dan RM120.
Maklumat berikut berkaitan dengan peserta bagi kem tersebut.
- (i) Jumlah peserta kem selebih-lebihnya 90 orang
- (ii) Nisbah bilangan murid sekolah rendah kepada bilangan murid sekolah menengah adalah sekurang-kurangnya 1 : 2
- (iii) Jumlah yuran yang dikutip adalah tidak kurang daripada RM6 000.
a
Berdasarkan maklumat diberi, tulis tiga ketaksamaan linear selain $x \geq 0$ dan $y \geq 0$.
3 marks
b
Untuk ceraian soalan ini, gunakan kertas graf yang disediakan.
Menggunakan skala 2 cm kepada 20 peserta pada paksi-$x$ dan 2 cm kepada 10 peserta pada paksi-$y$, lukis dan lorekkan rantau yang memuaskan sistem ketaksamaan linear di 15(a).
*(Huraikan graf anda dalam perkataan: skala paksi, setiap garis yang dilukis (titik-titik yang dilaluinya) dan rantau yang dilorek.)*
4 marks
c
Berdasarkan graf di 15(b), hitung jumlah yuran maksimum yang diterima oleh penganjur.
2 marks
Bahagian CChoose 1 of 2Chosen 0/1
1615 marks
Rajah 16 menunjukkan graf jarak-masa bagi Choo, Foo dan Ho dalam acara larian 100 meter.
a(i)
Semasa perlumbaan berlangsung, Choo mengalami kekejangan otot. Dia berhenti berlari dan menarik diri daripada perlumbaan itu. Graf manakah yang mewakili larian Choo?
1 marks
a(ii)
Ho tergelincir dan tersadung semasa menuju ke garisan penamat. Selepas itu, dia bangun dan meneruskan lariannya. Nyatakan graf yang mewakili larian Ho.
1 marks
a(iii)
Hitung purata laju, dalam $\text{ms}^{-1}$ bagi Ho.
2 marks
b
Rajah 16(b) menunjukkan sejumlah wang yang dimenangi oleh Foo dalam acara larian 100 meter tersebut.
| | | | | | |
|---|---|---|---|---|---|
| RM1 | RM1 | RM1 | RM1 | RM5 | RM5 |
| RM1 | RM1 | RM1 | RM1 | RM5 | RM5 |
Rajah 16(b)
Foo mengeluarkan dua keping wang kertas secara rawak daripada sampul kemenangan yang telah diterimanya, satu demi satu tanpa pengembalian.
Berdasarkan maklumat di atas, lengkapkan gambar rajah pokok di ruang jawapan.
*(Tulis kebarangkalian bagi setiap cabang gambar rajah pokok.)*
3 marks
c
Rajah 16(c) di bawah menunjukkan sebuah kolam untuk acara renang di mana acara ini akan disertai oleh Foo dan rakan-rakannya. Kolam tersebut berbentuk segi empat tepat yang dikelilingi satu laluan dengan lebar 3 m.
Cari luas, dalam m², laluan itu.
4 marks
d
Set data di bawah menunjukkan masa yang dicatatkan oleh Foo dan lapan orang peserta yang lain dalam acara renang 100 m gaya bebas tersebut.
**1, 4, 5, 8, 9, 4, 8, 8, 7**
Hitung min, varians dan sisihan piawai bagi set skor tersebut.
4 marks
1715 marks
a
Rajah 17 berikut menunjukkan bucu $P$, $Q$ dan $R$ yang mewakili kedudukan rumah Ali, Abu dan Atan sebagai pelanggan tetap Awang.
Jadual berikut menunjukkan darjah bagi setiap bucu.
| Bucu | Darjah |
|---|---|
| P | 3 |
| Q | 3 |
| R | 4 |
Pada ruang jawapan, lukis satu graf berbilang tepi dan mempunyai gelung berdasarkan maklumat yang diberi.
*(Huraikan graf anda dalam perkataan: senaraikan setiap tepi (bucu yang disambungkannya) dan setiap gelung.)*
5 marks
b
Rajah 17(b) di ruang jawapan menunjukkan graf laju-masa yang tidak lengkap, bagi pergerakan Awang menaiki sebuah basikal sebelum sampai ke rumah seorang pelanggannya. Basikal itu bergerak dengan kelajuan seragam selama 5 minit, selepas 5 minit pergerakannya. Selepas itu, basikal itu bergerak sejauh 6.25 km sehingga mencapai laju 40 kmj⁻¹.
Lengkapkan graf tersebut, berdasarkan pergerakan basikal Awang.
*(Huraikan graf lengkap anda dalam perkataan: setiap bahagian graf yang ditambah selepas 5 minit (dari titik mana ke titik mana), dan tunjukkan pengiraan anda.)*
3 marks
c
Jadual kekerapan berikut menunjukkan taburan panjang, dalam cm, bagi 40 ekor ikan yang telah dijual oleh Awang pada waktu pagi tersebut.
| Panjang (cm) | Kekerapan |
|---|---|
| 30 – 34 | 5 |
| 35 – 39 | 7 |
| 40 – 44 | 13 |
| 45 – 49 | 9 |
| 50 – 59 | 6 |
Dengan menggunakan skala 2 cm kepada 5 cm pada paksi mengufuk dan 2 cm kepada 2 ekor ikan pada paksi mencancang, lukis sebuah poligon kekerapan untuk mewakili taburan data itu.
*(Huraikan graf anda dalam perkataan: skala paksi, titik-titik yang diplot dan bentuk lengkung/garis.)*
4 marks
d
Selepas menghantar ikan, Awang telah singgah di sebuah kedai runcit untuk membeli hadiah untuk anaknya. Rajah 17(d) di atas menunjukkan hadiah tersebut dibungkus dengan sebuah kotak berbentuk segi empat tepat $PQRS$. Kotak itu telah diisikan dengan 5 biji bola yang berjejari 13 cm yang telah disusun rapi. Cari panjang $QR$, dalam cm.
3 marks
AI is marking
Question by question against the scheme — keep this page open