Rajah 1 menunjukkan graf $y = p\ \text{kos}\ x$ untuk $0^\circ \leq x \leq 360^\circ$.
Tentukan
a
nilai $p$,
1 marks
b
nilai $q$.
2 marks
25 marks
Jadual 1 menunjukkan suatu kajian yang dijalankan berkaitan dengan kesan dua jenis baja ke atas jumlah hasil cili, dalam kg, bagi 10 batang pokok cili.
| | |
|---|---|
| Baja $P$ | 12, 18, 25, 30, 36, 36, 40, 42, 50, 54 |
| Baja $Q$ | 25, 28, 30, 32, 32, 38, 40, 40, 42, 45 |
Jadual 1
Berdasarkan data tersebut tentukan baja manakah yang lebih sesuai digunakan? Berikan justifikasi jawapan anda.
5 marks
32 marks
Diberi $0.000007196 = m \times 10^{n}$, dengan keadaan $m \times 10^{n}$ ialah nombor dalam bentuk piawai. Nyatakan nilai $m$ dan nilai $n$.
2 marks
43 marks
Upah, RM$y$ yang diperoleh oleh Mei Shu berubah secara langsung dengan jumlah masa, $t$ jam. Diberi Mei Shu telah menerima upah sebanyak RM112 selepas bekerja selama 14 jam.
Ungkapkan $y$ dalam sebutan $t$, seterusnya cari jumlah jam Mei Shu bekerja sekiranya beliau menerima upah sebanyak RM160.
3 marks
54 marks
a
Tulis akas bagi implikasi berikut.
> Jika diameter bulatan ialah 14 cm, maka lilitan bulatan itu ialah 44 cm.
1 marks
b
Tulis dua implikasi berdasarkan pernyataan berikut.
> $n$ ialah nombor ganjil jika dan hanya jika $(n + 1)$ boleh dibahagi tepat dengan 2.
*(Tulis Implikasi 1 dan Implikasi 2.)*
2 marks
c
Tulis Premis 2 untuk melengkapkan hujah berikut.
Premis 1: Semua prisma tegak mempunyai keratan rentas seragam.
Premis 2: ……………
Kesimpulan: Bentuk $P$ mempunyai keratan rentas seragam.
1 marks
64 marks
Dalam Rajah 2, garis lurus $MN$ adalah selari dengan garis lurus $PO$. Persamaan garis lurus $PO$ ialah $y = -\frac{1}{2}x$.
a
Cari persamaan bagi garis lurus $MN$,
2 marks
b
Cari pintasan-$x$ bagi garis lurus $MN$.
2 marks
75 marks
Jadual 2 menunjukkan laju dan masa bagi suatu zarah dalam tempoh 20 saat.
| Masa (s) | 0 | 5 | 10 | 20 |
|---|---|---|---|---|
| Laju ($\text{ms}^{-1}$) | 10 | 20 | 20 | 0 |
Jadual 2
a
Berdasarkan Jadual 2, lukis graf laju-masa pada rajah di ruang jawapan.
*(Rajah di ruang jawapan: paksi mengufuk Masa (s) bertanda 0, 5, 10, 15, 20; paksi mencancang Laju ($\text{ms}^{-1}$) bertanda 10 dan 20. Huraikan graf anda dalam perkataan: titik-titik yang diplot dan garis yang menyambungkannya.)*
1 marks
b
Hitung kadar perubahan laju dalam $\text{ms}^{-2}$, bagi tempoh 5 saat pertama.
2 marks
c
Hitung jarak dalam meter yang dilalui oleh zarah semasa mengalami nyahpecutan.
2 marks
84 marks
Diberi $V = \{A, B, C, D, E\}$ dan $E = \{(A, B), (A, E), (B, C), (C, D), (C, C), (D, E), (D, E)\}$.
Lukis satu graf tak terarah dan nyatakan bilangan darjah.
*(Huraikan graf anda dalam perkataan: senaraikan bucu dan setiap tepi (dua bucu yang disambung oleh tepi itu).)*
4 marks
95 marks
a
Viraj ingin membina sebuah tapak taman bunga berbentuk bulatan yang berdiameter 7 m seperti yang ditunjukkan pada Rajah 3. Viraj ingin menanam 40% daripada kawasan itu dengan bunga tulip, 40% dengan bunga ros dan selebihnya dengan bunga yang lain.
Hitung panjang pagar, dalam m, yang perlu dibeli oleh Viraj bagi memasang pagar di sekeliling kawasan bunga tulip tersebut.
[Guna $\pi = \frac{22}{7}$]
3 marks
b
Rajah 4 menunjukkan sebuah roda 'Ferris'. Diberi jarak antara titik $J$ dan titik $K$ ialah 18 m.
Hitung luas, dalam $\text{m}^2$, kawasan membulat yang dilalui oleh penumpang yang bermula di kedudukan $J$ hingga ke kedudukan $K$.
[Guna $\pi = \frac{22}{7}$]
2 marks
105 marks
Encik Umar mempunyai jumlah pendapatan tahunan sebanyak RM38 150. Jumlah pelepasan cukai yang layak dituntutnya ialah RM6 200. Jadual 3 menunjukkan kadar cukai pendapatan individu.
| Pendapatan bercukai (RM) | Pengiraan (RM) | Kadar (%) | Cukai (RM) |
|---|---|---|---|
| 0 – 5 000 | Pada 5 000 pertama | 0 | 0 |
| 5 001 – 20 000 | Pada 5 000 pertama; 15 000 berikutnya | 1 | 0; 150 |
| 20 001 – 35 000 | Pada 20 000 pertama; 15 000 berikutnya | 3 | 150; 450 |
| 35 001 – 50 000 | Pada 35 000 pertama; 15 000 berikutnya | 8 | 600; 1 200 |
| 50 001 – 70 000 | Pada 50 000 pertama; 20 000 berikutnya | 14 | 1 800; 2 800 |
Jadual 3
a
Hitung pendapatan bercukai Encik Umar.
2 marks
b
Hitung cukai pendapatan yang perlu dibayar oleh Encik Umar.
3 marks
Bahagian BAnswer all 5
119 marks
Rajah 5 menunjukkan sebuah sfera logam berjejari 6 cm yang dicairkan untuk membentuk sebuah silinder berjejari 4 cm dan tinggi $t$ cm dengan isipadu yang sama.
[Guna $\pi = \frac{22}{7}$]
a
Hitung tinggi, dalam cm, silinder itu.
4 marks
b
Bingwen memerlukan enam buah silinder untuk eksperimen Sains. Hitung luas permukaan, dalam $\text{cm}^2$, bagi enam buah silinder itu dan berikan jawapan anda dalam empat angka bererti.
5 marks
1210 marks
a
Diberi bahawa $M\begin{pmatrix} 4 & 3 \\ 2 & 1 \end{pmatrix} = \begin{pmatrix} 1 & 0 \\ 0 & 1 \end{pmatrix}$ dengan keadaan $M$ adalah matriks $2 \times 2$. Cari nilai bagi $M$.
2 marks
Rajah 6 menunjukkan dua jenis bahan utama yang digunakan dalam pengeluaran dua jenis kek di sebuah kedai bakeri.
| | Bahan $X$ | Bahan $Y$ |
|---|---|---|
| Kek Tiramisu | 40 kg | 23 kg |
| Kek Coklat | $2x$ kg | $y$ kg |
Rajah 6
Diberi bahawa jumlah jisim bagi bahan $X$ dan bahan $Y$ untuk membuat kek coklat ialah 54 kg. Jumlah jisim bahan $X$ dalam kedua-dua jenis kek adalah sama dengan bahan $Y$ kek coklat.
b(i)
Dengan menggunakan kaedah matriks, hitung nilai $x$ dan nilai $y$.
6 marks
b(ii)
Harga bahan $X$ dan bahan $Y$ masing-masing ialah RM1.50 dan RM2.00 sekilogram. Sekiranya harga jualan bagi sebiji kek coklat ialah RM85.00, adakah kedai bakeri ini memperoleh keuntungan? Beri justifikasi jawapan anda dengan menggunakan kaedah matriks sahaja.
2 marks
139 marks
Gambar rajah Venn di ruang jawapan menunjukkan set $A$, $B$ dan $C$ dengan set semesta $\xi = A \cup B \cup C$.
Pada rajah, lorek set,
a(i)
$B'$
*(Huraikan rantau yang anda lorek dalam perkataan: nyatakan bahagian set yang mana dilorek.)*
1 marks
a(ii)
$C \cup (A \cap B)'$
*(Huraikan rantau yang anda lorek dalam perkataan: nyatakan bahagian set yang mana dilorek.)*
2 marks
Kelab Koperasi telah membuat soal selidik minuman yang menjadi pilihan murid untuk dijual sempena Minggu Keusahawanan sekolah. Seramai 150 orang murid telah menjawab soal selidik itu. 20% daripada murid memilih air mineral, 50 orang murid memilih air susu, 60 orang murid memilih air buah, 5 orang memilih kedua-dua air susu dan air mineral, 30 orang memilih kedua-dua air susu dan air buah. Hanya seorang yang memilih ketiga-tiga minuman.
Hitung
b(i)
jumlah murid yang memilih air mineral sahaja.
3 marks
b(ii)
jumlah murid yang tidak berminat dengan ketiga-tiga minuman.
3 marks
149 marks
Rajah 6 menunjukkan sisi empat $ABCD$, $EFGH$ dan $KLMN$ dilukis pada suatu satah Cartes.
Sisi empat $KLMN$ ialah imej bagi sisi empat $ABCD$ di bawah satu gabungan transformasi $\mathbf{WV}$.
Huraikan selengkapnya transformasi
a(i)
$\mathbf{V}$
3 marks
a(ii)
$\mathbf{W}$
3 marks
b
Diberi bahawa sisi empat $KLMN$ mewakili suatu kawasan yang mempunyai luas 240 $\text{m}^2$. Hitung luas kawasan berlorek, dalam $\text{m}^2$.
3 marks
158 marks
a
Lengkapkan jadual di ruang jawapan bagi persamaan $y = x^2 - 3x + 10$ dengan menulis nilai-nilai $y$ apabila $x = -3$ dan $x = 2.5$.
| $x$ | −4 | −3 | −2 | −1 | 0 | 1 | 2 | 2.5 |
|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
| $y$ | 38 | | 20 | 14 | 10 | 8 | 8 | |
*(Tulis nilai $y$ yang tertinggal.)*
2 marks
b
Untuk ceraian soalan ini, gunakan kertas graf yang disediakan di halaman 23. Anda boleh menggunakan pembaris fleksibel.
Berdasarkan jawapan di 15(a) dan menggunakan skala 2 cm kepada 1 unit pada paksi mengufuk dan 2 cm kepada 5 unit pada mencancang, lukis graf $y = x^2 - 3x + 10$ untuk $-4 \leq x \leq 2.5$.
*(Huraikan graf anda dalam perkataan: skala paksi, titik-titik yang diplot dan bentuk lengkung.)*
4 marks
Dari graf di 15(b), cari
c(i)
nilai $y$ apabila $x = 0.4$,
1 marks
c(ii)
nilai $x$ apabila $y = 22$.
1 marks
Bahagian CChoose 1 of 2Chosen 0/1
1615 marks
Yashvi telah membeli sebuah rumah baharu yang mempunyai halaman rumah yang cantik dan ruang rehat yang selesa. Beliau akan membuat pengubahsuaian rumah mengikut kemampuan beliau.
a
Diberi ruang rehat rumah Yashvi berbentuk segi empat tepat dengan panjang dan lebarnya masing-masing ialah 5 m dan 4 m.
Hitung luas ruang rehat rumah Yashvi, dalam $\text{m}^2$, dan tukarkan jawapan tersebut kepada dalam asas tiga.
4 marks
b
Yashvi ingin meletakkan rumput karpet tiruan di laman rumahnya. Jadual 4 menunjukkan maklumat pembelian rumput karpet tiruan.
| Jenis Karpet | Bilangan Keping yang Dibeli | Harga sekeping (RM) |
|---|---|---|
| Nipis | $r$ | 4 |
| Tebal | $2s$ | 7 |
Jadual 4
Jumlah bilangan rumput karpet tiruan yang dibeli ialah 154 keping. Jumlah harga bagi kedua-dua jenis yang dibeli ialah RM664. Tulis dua persamaan linear dalam sebutan $r$ dan $s$ untuk mewakili maklumat di atas. Seterusnya, hitung nilai $r$ dan $s$.
5 marks
c
Yashvi bercadang membuat pengubahsuaian keseluruhan dapur rumahnya dengan kos RM100 000. Yashvi memilih untuk membuat pinjaman peribadi bagi tempoh 5 tahun dengan kadar faedah sama rata yang dikenakan oleh bank iaitu 4% setahun.
Hitung jumlah bayaran balik dan ansuran bulanan yang perlu dibayar oleh Yashvi.
4 marks
d
Jika setiap bulan Yashvi mempunyai pendapatan lebihan sebanyak RM1000 daripada jumlah pendapatannya, adakah pinjaman peribadi ini membebankannya? Berikan justifikasi anda.
2 marks
1715 marks
Aisyah merupakan seorang pembuat kek. Aisyah menerima pelbagai tempahan kek dan menyertai pertandingan membuat kek.
a
Aisyah ingin membuat sebiji kek berperisa pandan untuk tempahan kek hari jadi. Kek tersebut berbentuk kuboid mempunyai panjang $(x + 7)$ cm, lebar $x$ cm dan tinggi 6 cm. Jumlah isipadu kek itu ialah 360 $\text{cm}^3$.
Hitung nilai $x$ dengan menggunakan kaedah pemfaktoran.
4 marks
b
Aisyah ingin membuat penghantaran kek. Aisyah perlu menghantar kek ke semua pelanggannya dengan keadaan setiap rumah hanya dilalui sekali sahaja. Rajah 7 menunjukkan kedudukan rumah Aisyah dan rumah-rumah pelanggan Aisyah manakala Jadual 5 menunjukkan rumah pelanggan Aisyah.
Aisyah menyertai pertandingan membuat Kek Kreatif sempena Pertandingan Jom Masak Putrajaya. Rajah 8 menunjukkan lukisan pelan dan dongakan kek kreatif Aisyah yang mempunyai tapak heptagon $ABCDEFG$ yang terletak di atas satah mengufuk. Segi empat tepat $NMTR$ ialah satah condong. Tepi $AJ$, $BK$, $CL$, $DT$, $EP$, $FQ$ dan $GH$ adalah satah mencancang. Diberi $AG = RT = ER = NM$ dan $FG = LM$.
c(i)
Lukis dengan skala penuh,
dongakan objek itu pada satah mencancang yang selari dengan $AD$ sebagaimana dilihat dari arah $X$.
*(Huraikan dongakan anda dalam perkataan: bentuk luarannya dan ukurannya, setiap garis di dalamnya (bucu hujung dan panjang) serta garis tersembunyi jika ada.)*
4 marks
c(ii)
dongakan objek itu pada satah mencancang yang selari dengan $DE$ sebagaimana dilihat dari arah $Y$.
*(Huraikan dongakan anda dalam perkataan: bentuk luarannya dan ukurannya, setiap garis di dalamnya (bucu hujung dan panjang) serta garis tersembunyi jika ada.)*
4 marks
AI is marking
Question by question against the scheme — keep this page open